Tamat sudah kisah sekuel kepada Muzik, Irama dan lagu. Nantikan kisah penghabisan kepada cerita ini
pada masa akan datang.
Dengan ini saya ingin kongsikan beberapa kisah pendek
buat santapan kamu semua pada malam Jumaat ini. Kisah ini adalah berkaitan
dengan sebuah cermin antik yang mempunyai misterinya tersendiri. Kesemua kisah
seram adalah hasil daripada penulisan sendiri dan cara saya menyampaikan kisah
ini just direct to the point kerana
kebanyakan kisah seram saya panjang-panjang belaka.
Cermin
satu-satunya ciptaan manusia yang banyak maksudnya tersendiri tak kira negara,
agama dan bangsa semestinya mereka ada adat yang berkaitan dengan cermin sama
ada ia berkaitan dengan dunia supernatural.
Cermin sering kali dikaitan dengan alam yang berlain
dengan kita. Cermin pernah digunakan untuk meramal nasib sehingga meramalkan
suatu peristiwa. Cermin sering kali dikaitakan dengan alam roh malah ada pula
ia berkaitan dengan mereka yang ingin melihat syaitan pun ada kaitan dengan
cermin.
.Dengan ini saya akan kongsikan empat kisah. “Wishing” adalah sebuah kisah mengenai
seorang gadis mengunakan cermin untuk membuat hajatnya untuk menjadi cantik.
Adakah gadis ini bakal hajatnya menjadi ataupun sebaliknya. “Future” adalah kisah adik-beradik
kembar ingin melihat masa depan mereka menggunakan cermin. Apa yang mereka
berdua nampak adakah mereka berdua berasa puas hati atau sesuatu yang mereka
tak ingin melihatnya. “Prediction”
adalah kisah seorang wanita mencuba petua lama dengan mengunakan cermin lama
untuk meramalkan sesuatu perkara. Apabila ramalan tersebut menjadi benar akan
tetapi apabila ramalan tersebut ada kaitan dengan dirinya ia betul-betul
menakutkan remaja tersebut. “Legend”
adalah kisah mengenai apabila seorang wanita menemui sebuah cermin antik di
bilik stor mendiang neneknya. Ada satu rahsia pada cermin antik yang bakal
membuatkan wanita ini ketakutan.
Ia ada kisah sebuah cermin antik, nantikan kisah ini.
Ingat matikan
lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan suasana
sepi,
Bacalah kisah
saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan