Khamis, 9 Mei 2013

Palsu


Dari jauh kelihatan seorang wanita berpakaian berbaju kebaya perang, dipadankan dengan kasut tinggi perang dan beg tangan LV. Rupanya bagaikan dalam linkungan 20-an dan berambut ikal mayang hitam berkilat. Kehadiran wanita ini sering kali menjadi tumpuan kepada pelajar Sekolah Antarabangsa St. Raphael yang berlalu-lalang di pintu utama sekolah. 

Wanita tersebut sering kali tersenyum apabila beberapa pelajar melontarkan senyuman kepadanya walaupun hatinya masih berdebar-debar menanti. Bagi wanita ini ia merupakan kali pertama datang ke sekolah bagaikan menanti sesuatu yang bakal menantinya.

“Selamat pagi, tumpang tanya adakah kamu Ms Jane Spencer?” soal seorang jejaka berambut hitam berbelah tepi dan memakai kaca mata bertangkai hitam.

“Selamat pagi. Ya saya.” Jawab Ms Jane

“Saya diminta menjemput kamu untuk melaporkan diri. Lupa nak perkenalkan diri saya Mr Samuel Tan dan kamu boleh panggil saya Sam sudah cukup.” Jelas Mr Sam agak kekok.

“Maaf la er. Mr Sam, saya tak tahu sekolah nie dan ia agak menyusahkan kamu sahaja.” Kata Ms Jane malu-malu kucing.

Er. Tak apa lagipun saya diminta untuk menjemput kamu. Lagipun sesiapa pun boleh sesat kalau mencari pejabat bilik guru.” Kata Mr Sam sambil tergelak kecil.

Lalu Mr Sam mempelawa Ms Jane untuk membawanya ke pejabat bilik guru untuk melaporkan diri.

***
Selepas perhimpunan pagi dan segala sesi perkenalan sudah selesai, Ms Jane mulai terasa gementar kerana ia adalah pertama kali dia mengajar kepada pelajar dalam mata pelajaran muzik. Berdasarkan panduan peta yang diberikan Mr Sam, Ms Jane mulaikan perjalanan ke bilik muzik baru yang terletak berdekatan dengan kantin sekolah.

Apabila Ms Jane melintasi blok lama, dengan ternampak kelibat seorang pelajar perempuan berambut panjang sehingga ke paras pingang dan apa yang menarik perhatiannya kecantikkan pada pelajar tersebut. Ms Jane mendapati pelajar tersebut memasuki bilik ERT yang dia nampak jelas dari tingkap blok lama tersebut. Ms Jane merasakan ada kemungkinan pelajar perempuan tersebut memasuki kelas, dia tidak menghiraunya lalu teruskan perjalanannya ke destinasi yang ditujunya.

***
Semestinya jelas pada rupa paras Ms Jane, dia kelihatan letih yang teramat sekali selepas habisnya kelasnya mengajar pelajar tingkatan 1. Bukan kerana bunyi muzik yang dimain oleh pelajar tingkatan 1 ini akan tetapi karenah pelajar-pelajar lelaki yang agak nakal sekali bermain-main ketika dia mengajar.

Pada hari pertamanya ada sesuatu yang didengari oleh Ms Jane mengenai satu khabar angin mengenai sebuah lagenda sekolah daripada pelajar perempuan dari kelas yang tadi mengajar. Ia adalah sebuah kisah lagenda mengenai sebuah bilik yang berkunci dan tersembunyi, dimana sesiapa sahaja yang bermain alat muzik di dalam bilik tersebut bakal menjadi yang terbaik sekali yang tiada bandingannya. Ms Jane merasakan kisah tersebut tidak berasas sekali kerana kemahiran tidak begitu mudah sekali boleh berubah menjadi yang terbaik kerana kemahiran tersebut perlukan bertahun-tahun untuk dijadikan sempurna.

***
Dekat sebulan Ms Jane sudah mengajar di sekolah tersebut hanya sesuatu yang dia tidak gemar sekali mendengarnya adalah khabar angin mengenai bilik yang tersembunyi. Baginya dia tidak menyukai pelajarnya menaburkan khabar angin tersebut malah dia sering kali memberitahu mereka bahawa kemahiran perlu dilatih bukan mencari jalan mudah untuk menjadi terbaik. Akan tetapi usahanya untuk mematikan khabar angin tersebut sering kali gagal kerana ia sudah lama tertanam dalam pemikiran pelajar sekolah tersebut.

Ms Jane kelihatan termenung jauh ketika dia meminum petang di kantin sekolah. Lamunannya terhenti apabila kedengaran ada seseorang  memanggilnya dibelakangnya.

Hei, Ms Jane termenung jauh nampak mesti terkenang teman lelaki ke?” gurau Mr Sam.

Er. Tak la. Lagipun saya masih single lagi dan mana saya ada teman lelaki lagi.” Kata Ms Jane yang menahan malu apabila ditegur oleh Mr Sam.

Kelihatan Mr Sam duduk didepan Ms Jane dengan secawan kopi pekat bersama-sama sepinggan pisang goreng. Ms Jane masih merah padam menahan malunya apabila dia mendapati Mr Sam duduk didepannya dengan tiba-tiba. Ms Jane bagaikan jatuh hati apabila dia melihat gelagat Mr Sam meminum kopi panas tersebut apabila dia mendapati Mr Sam menjeling ke arahnya terpaksalah dia berpandangan kearah lain kerana malu perbuatannya sudah diketahui.

Entah dari mana kelihatan seorang pelajar perempuan yang Ms Jane pernah ternampak ketika dia pertama kali datang ke sekolah tersebut. Kelihatan pada tangan pelajar perempuan tersebut seperti sebuah beg penyimpanan violin. Sayu pada mata pelajar perempuan tersebut dan berjalan terus ke blok bilik khas untuk pelajar junior.  
 
Ms Jane terasa ada sesuatu pada pelajar perempuan ini yang boleh menarik perhatiannya bagaikan ada satu aura yang membuatkan dia terus tertarik kepada pelajar perempuan tersebut.

Dengan tiba-tiba kedengaran teguran memanggil Ms Jane.

“Ms. Jane bagaimana keadaan kamu selama sebulan kamu mengajar di sekolah nie?” soal Mr Sam sambil menghirup minumannya.

“Kalau first time memang sukar juga la apabila sebulan saya disini mulai sudah biasakan diri saya dengan karenah pelajar-pelajar di sekolah nie.” jawab Ms Jane sambil meminum tea susunya yang sudah menjadi sejuk kerana lama dibiarkan.

“Maaf la Mr Sam, boleh saya tanya kamu sesuatu ka?” soal Ms Jane.

“Boleh apa dan saya akan mencuba terbaik menjawap soalan kamu.” Kata Mr Sam dengan sedikit hampa kerana dia mengharap Ms Jane memanggil nama terus tanpa ber-encik dengannya.

“Pernah kamu pernah dengar khabar angin di sekolah nie mengenai satu bilik tersenbunyi di dalam sekolah nie?” tanya Ms Jane.

“Selama saya mengajar sekolah nie selama 3 tahun adakala saya pernah terdengar tapi tak ia hanya la kisah lagenda sahaja.” Jawab Mr Sam seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan sesuatu.

“Walaupun ia kisah lagenda akan tetapi khabar angin masih lagi kedengaran. Adakah patut kalau kamu main alat muzik di bilik tersembunyi pada tengah malam kamu bakal menjadi yang terbaik sekali. Rasanya ia hanya la kisah karut lagipun mana ada jalan mudah dalam menyermpunakan satu kemahiran.” Kata Ms Jane.

“Saya hanya nasihat kepada kamu Ms Jane baik kamu biarkan sahaja kerana tak kira kisah tu benar mahupun palsu sememangnya kira mustahil untuk mematikan kisah tersebut.” Kata Mr Sam sedikit tegas.

Belum sempat Ms Jane ingin membantah apa yang dikatakan oleh Mr Sam, kedengaran bunyi loceng sudah berbunyi lalu kelihatan Mr Sam meminta dirinya untuk bersiap-siap untuk mengajar semula. Ms. Jane tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia rasakan bagaikan ada sesuatu yang Mr Sam cuba rahsiakan ia daripada dia. Dia ingin mengetahui rahsia tersebut belum sempat dia nak bertindak Ms Jane terlupa bahawa dia ada kelas dengan pelajar tingkatan 5. Tanpa membuang masa dia terus berlari ke bilik guru untuk mengambil buku-buku untuk mengajar kelas tersebut nanti.

***
 Ms Jane terasa hatinya cukup tersentuh dengan seorang pelajar lelaki mengeselkan violin dengan penuh sayu sekali. Ave Maria dimainkan dengan penuh perasaan oleh pelajar lelaki berambut blonde yang berbangsa British. Rupanya kelihatan sedih apabila pelajar lelaki memainkan lagu tersebut hampir kesemua pelajar tingkatan 5 menitiskan air mata ketika mengamati lagu yang dimain olehnya.

Sebaik sahaja selesai, pelajar lelaki tersebut terus menunduk sebagai tanda hormat iaitu mengatakan persembahannya sudah tamat. Kedengaran bunyi tepukkan daripada rakan sekelasnya memuji persembahannya yang menyentuh perasaan. Tanpa membuang masa pelajar lelaki tersebut duduk ke tempat duduknya adakala 

Ms Jane terlihat pelajar lelaki tersebut menitiskan air matanya tanpa rakan sekelasnya perasan.

Selesai sahaja kelasnya, Ms Jane terus memanggil pelajar lelaki tersebut yang kelihatan dengan berhati-hati memasukkan violinnya ke dalam beg peryimpanan. 

John Wood, tak sangka cara kamu bermain cukup menentuhkan perasaan sekali. Kalau kamu teruskan semestinya kamu akan mendapat tawaran biasiswa untuk belajar di sekolah berprestige di Viena.” Puji Ms Jane.

“Terima kasih dengan pujian tersebut lagipun apabila saya bermain saya akan sering kali teringat kawan baik saya sebagai inpirasi saya untuk bermain.” Kata John.

“Siapa kawan baik kamu adakah dia teman wanita kamu?” Gurau Ms Jane.

“Namanya Lily Chin akan tetapi dia sudah lama meninggal dunia akibat membunuh diri.” Kata John dengan sebak menahan kesedihan.

“Maafkan cikgu, saya langsung tidak tahu. Lupakan apa saya katakkan tadi.” Kata Ms Jane yang sudah berasa serba-salah dengan guraunya tadi.

“Tak apa Ms Jane, ia sudah jadi kisah lama. Sudah 4 tahun berlalu. Jika bukan sebab khabar angin semestinya dia masih hidup lagi.” Kata John sambil mengesat air matanya.

Terus muka Ms Jane mengerut apabila dia mendengar mengenai khabar angin itu lagi. Belum sempat dia ingin menanya perihal tersebut dengan John. Kelihatan John sudah meminta dirinya untuk balik kerana sudah kira lewat walaupun masa sudah menunjukkan waktu baru 6.30 petang. John terus menunduk sebagai tanda hormat sebelum meninggalkan Ms Jane seorang diri.

***
Ms Jane masih lagi runsing memikirkan perihal khabar angin tersebut ketika dia berjalan balik ke pintu gerbang sekolah. Dengan tiba-tiba kedengaran seperti seseorang sedang bermain violin dikawasan berdekatan dengan blok lama. Ms Jane terus membelok ke kanan dari grandstand dan memasuki bangunan lama. Ms Jane terus mengikut ke arah lagu yang dimainkan iaitu Syampony no.9, Ode to Joy oleh Beethoven. Cara orang yang memainkan lagu tersebut bagai seorang yang pakar sekali.

Apabila Ms Jane tiba ke kawasan yang dia dengar lagu tersebut, kelihatan seorang pelajar perempuan bermain dengan mengasikkan sekali dengan violin berwarna hitam dan bertali merah seperti darah. Ms Jane cukup kagum sekali dengan lagu yang disampai oleh pelajar tersebut.

Sebaik selesai sahaja lagu tersebut dimainkan, pelajar perempuan tersebut tersenyum apabila dia mendapati Ms Jane sudah terpacak berdiri di tepi pintu keluar blok lama. Lalu pelajar perempuan menunduk hormat kepada Ms Jane lalu berjalan ke arahnya. Ms Jane bagaikan tergamam dengan cara bermain pelajar perempuan tersebut bagaikan setiap lagu yang dimainkan masih berlegar-legar di telinganya walaupun lagu tersebut selesai dimainkan.

Ketika pelajar perempuan berada didepan Ms Jane, dia berasa kekok kerana dia tidak sedar pelajar tersebut di depannya. 

“Ms Jane bagaimana cara saya bermain bagus ke?” Soal pelajar perempuan tersebut.

“Ya cukup mengagumkan bagaikan kamu nie sudah pro sekali.” Jawab Ms Jane dengan kekok sekali.

“Terima kasih dengan pujian Ms Jane. Lupa saya kenalkan diri saya. Nama saya Anna Sonata dan pelajar tingkatan 3.” Kata Anna sambil tersenyum.

Nice to meet you, Anna. Kali pertama saya mendapat tahu ada pelajar yang hebat macam kamu berlajar di sekolah nie.” kata Ms Jane.

I know, cikgu masih baru mengajar di sekolah nie bukan semesti Ms Jane terdengar mengenai khabar angin tersebut bukan. Ia sesuatu yang tak mungkin tidak didengari bukan?” soal Anna sambil tersenyum.

Ms Jane bagaikan terkejut entah dari mana bagaikan Anna dapat membaca apa yang difikirkan sedang dirunsingkannya. Ms Jane hanya menangguk dengan pertanyaan yang Anna kemukakan kepadanya.

“Cikgu masih baru, sekolah nie banyak rahsianya malah ia ada sejarah hitam yang sering kali dirahsiakan oleh pihak sekolah. Semestinya guru-guru yang senior daripada Ms Jane tak akan memberitahu perihal tersebut kepada cikgu kerana cikgu masih baru.” Kata Anna.

“Sejarah hitam bagi sekolah iaitu pelajarnya sering kali membunuh atas sebab yang sukar untuk dijelaskan dan ia sering kali dikaitkan dengan bilik berkunci yang tersembunyi di sekolah nie. Malah kedengaran khabar angin mengenai sesiapa sahaja yang memasuki bilik berkunci dan bermain dengan alat muzik yang terdapat dalam bilik muzik usang tersebut pada tengah malam, dia bakal menjadi yang terbaik sekali yang tiada bandingannya.” Tambah Anna bagaikan menjawab apa yang difikirkan oleh Ms Jane.

“Walaupun ia hanya la lagenda sekolah tak mungkin mengenai bilik berkunci tu benar, ia betul-betul tak masuk akal ia betul-betul karut sekali.” Marah Ms Jane.

“Ia benar-benar wujud!” marah Anna sambil mengentak kakinya pada tanah dan permukaan tanah tersebut pecah.

“Maaf ya cikgu, biar saya kongsikan satu rahsia yang diturunkan daripada mereka yang pernah mencubanya yang menjadi yang terbaik sekali.” Kata Anna yang tersedar yang di marah tadi.

“Di blok lama terdapat satu dinding simen yang kelihatan menhalang untuk terus mara ke hujung blok tersebut jangan tertipu yang sebenarnya ada jalan lain untuk ke hujung blok tersebut. Biar saya beritahu kepada cikgu bahawa di dalam bilik ERT terdapat sebuah pintu yang tersembunyi di sebalik rak penyimpan barang. Pintu tersebut menyambungkan ke dalam sebuah bilik kecil dimana ia ada stor yang sudah tidak digunakan lagi dan ada sebuah pintu kecil disebalik kotak tv. Dari pintu kecil tu cikgu akan keluar dan kamu akan nampak sebuah pintu berwarna merah dan ia adalah bilik yang tersembunyi. Pintu tu memang berkunci tetapi ada satu teknik dimana cikgu kena ketuk pintu tersebut empat kali pada pintu tersebut barulah kamu dapat memasuki bilik tersebut. Jangan buka lampunya tetapi cikgu harus gunakan sebatang lilin merah yang kamu bawa dari rumah. Nyalakan lilin tersebut dan berjalan ke arah alat muzik yang kamu ingin gunakan. Alat muzik tersebut tak akan mengeluarkan sebarang bunyi jikalau masa sudah tengah malam baru la ia akan berbunyi. Mainkan sebuah lagu sehingga ia selesai walaupun cikgu dengar seperti sesuatu bagaikan mengiring kamu teruskan bermain sehingga selesai. Jangan takut teruskan sahaja walau macam mana pun jangan berhenti. Selesai sahaja kamu bermain, ambil lilin merah kamu dan bawa ia keluar daripada bilik tersebut dan jangan berpaling ke belakang. Apabila cikgu diluar terus tutup pintu tu, matikan api lilin dan terus balik.” Kata Anna bersungguh-sungguh.

Belum sempat Ms Jane ingin mengatakan sesuatu, kedengaran pengumunan daripada speaker mengatakan kepada kesemua aktiviti perlu dihentikan dan kesemua diminta untuk pulang. Ms Jane terus melihat waktu pada jam tangannya kelihatan ia sudah jam 7malam, dia mulai cemas ada kemungkinan dia bakal tertinggal bus. 

Apabila dia berpaling ke arah Anna, kelihatan dia mulai berjalan ke arah beg sekolahnya yang diletakkan bersebelahan dengan air pancut yang usang. Ms Jane hanya terus berjalan ke arah pintu gerbang sekolah tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan Anna.

Apabila Ms Jane melepasi pintu utama sekolah, kedengaran dari jauh sesuatu yang menakutkan dia amat sekali. Ms Jane terus membuka langkah seribunya dengan harapan dia dapat melarikan diri daripada mendengar lagu sumpahan tersebut. Bunyi gesel violin yang penuh asik sekali ketika memainkan lagu sumpahan tersebut. Ms Jane merasakan nasibnya cukup malang sekali akibat dia balik lambat malah dia terdengar lagu sumpahan tersebut. 

Bunyi lagu terus kedengaran apabila Ms Jane sudah sampai ke tempat menunggu bus. Nasibnya baik sekali ada sebuah bus di tempat menunggu bus, tanpa membuang masa dia terus menaikki bus tersebut. Ms Jane mencuba segala upaya daripada terdengar lagu berpuaka iaitu Gloomy Sunday.

***
Ms Jane dari tadi bergumil-gumil dalam hatinya, ia adalah kerja gila walaupun dia terpaksa melakukannya juga. Dia nak pastikan sama ada apa yang dikatakan oleh Anna adalah benar ataupun palsu. Dengan berhati-hati berbekalkan pada lampu suluhnya dia berjalan perlahan-lahan menuju ke blok lama. Baginya dia sendiri terpaksa menggunakan pintu belakang sekolah untuk memasuki ke perkarangan sekolah malah Ms Jane beberapa hampir ditangkap oleh beberapa tukang jaga yang menjalankan tugas mereka menjaga sekolah pada waktu malam.

Apabila Ms Jane tiba ke blok lama, dia terus mengikuti apa yang dikatakan oleh Anna. Segala-gala yang dikatakan oleh Anna semestinya benar sekali apabila di depan muka Ms Jane adalah sebuah pintu berwarna merah. 

Ms Jane berasa seram sejuk malah dia sendiri terbau sesuatu yang hanyir sekali seperti bau darah. Dia terus mendekati pintu tersebut, Ms Jane hampir terjerit yang disangka cat merah yang sebenar ia adalah darah merah yang masih segar lagi malah dia beberapa kali hampir termuntah. Walaupun dia ada sedikit nak pitam dengan tenaga yang dia ada, tanpa membuang masa mencapai tombol pintu akan tetapi ia terkunci. Dengan perlahan-lahan dia mengetuk pintu tersebut sebanyak 4 kali dan entah dari dalam kedengaran bunyi pada kunci pada tombol pintu sudah tak terkunci lagi.

Semestinya bilik tersebut ditelan oleh kegelapan dan bau yang kurang menyenangkan keluar daripada bilik tersebut sebaik sahaja pintu tersebut dibuka. Dengan berbekalkan lilin merah, Ms Jane terus nyalakan ia untuk menerangi bilik tersebut. Kelihatan bilik tersebut cukup suram sekali yang sudah ditinggalkan, yang anehnya tiada langsung habuk bagaikan ada sesuatu membersihkannya akan tetapi bau seperti sesuatu yang mereput itu masih lagi berlegar-legar. Berbagai-bagai alat muzik masih tersusun kemas pada bilik muzik usang nie yang sedang menanti tuannya untuk memainkan mereka semula.

Ms Jane terus tercari-cari alat muzik yang dia cari iaitu violin bagaikan sudah tersedia violin usang berada betul-betul diatas piano yang sedia menunggu Ms Jane. Apabila Ms Jane memetik salah satu tali violin bunyinya agak lari seperti biasa malah tali tersebut yang bila-bila masa sahaja putus.

Ms Jane melihat balik jam tangannya hanya tinggal seminit lagi akan menunjukkan tengah malam. Ms Jane adakala berasa seram sejuk ketika dia berada di dalam bilik tersebut bagaikan ada sesuatu sedang memerhatinya dan adakala dia sering kali terlihat ada sesuatu berlegar-legar di dalam tersebut.

Apabila masa betul-betul menunjukkan 12 tengah malam, dengan perlahan-lahan Ms Jane mengangkat violin usang tersebut lalu meletakkanya pada bahunya lalu mulai mencubanya. Bagaikan satu pertunjukkan silap mata bunyi violin sekarang cukup mengagumkan sekali buat Ms Jane daripada tune yang lari kepada tune yang sempurna sekali. Tanpa membuang masa dia terus memainkan sebuah lagu iaitu Hungarian Dance no.5 in G minor oleh Johannes Brahms. Ms Jane merasakan dia bagaikan menjadi lebih baik malah dia rasakan dia membuat sebuah persembahan di sebuah konsert kerana entah dari mana kedengaran seperti ada sesuatu mengiringnya bermain. Nada yang Ms Jane mainkan bagai menari-nari dengan setiap geselan violinnya dan terasa seperti ingin membuatkan dia ingin turut serta menari.

Sebaik sahaja Ms Jane selesai bermain, lilin yang digunakan olehnya terpadam dengan tiba-tiba tanpa sebarang angin memadam ia lalu serta-merta bilik tersebut ditelan oleh kegelapan. Ms Jane mengapai-gapai mencari mancisnya untuk cuba menghidupkan lilinnya tadi apabila dia berjaya menghidupkan semula lilin tersebut, dia terus alami ketakutan yang teramat sekali apabila kelihatan berpuluh-puluh tangan keluar daripada lantai yang cuba mencapainya. Kedengaran bunyi ketawa seorang lelaki yang cukup menakutkan sekali mulai memenuhi bilik serta bunyi meminta tolong.

Ms Jane menjerit ketakutan apabila kelihatan satu lembaga lelaki berambut putih bertocang serta separuh badan lelaki tersebut hanyalah rangka manakala separuhnya sudah mereput. Kaki Ms Jane mulai menjadi kaku apabila lembaga lelaki tersebut betul-betul berada di depannya malah mata Ms Jane terus sahaja tertumpu kepada lembaga lelaki tersebut bagaikan ada sesuatu menyuruhnya berbuat demikian.

“Kamu mesti tidak percaya dengan kewujudan bilik nie bukan akan tetapi kamu sendiri di dalamnya. Biarkan saya membuat persembahan kepada kamu yang kamu tidak akan lupakan sehingga kamu mati.” Kata lembaga lelaki sambil berjalan ke arah piano dan terus memainkan sebuah lagu.

Ms Jane mulai dilanda ketakutan yang teramat sekali dengan lagu yang dimainkan oleh lembaga tersebut malah tangan dan kakinya sudah dipegang rapat oleh tangan-tangan yang keluar daripada lantai. Ms Jane cuba melepaskan dirinya akan tetapi usahanya tidak dapat dijayakan atas kehadiran satu lembaga gadis dengan rupa yang menyeramkan sekali dengan berpakaian sailor dengan reben merah diikat kemas pada rambutnya hanya sesuatu yang cukup menakutkan sekali matanya berlubang serta tengkorak kepalanya kelihatan. Lembaga gadis tersebut tanpa membuang masa mengiringi lembaga lelaki tersebut bermain dengan menggunakan sebuah violin berwarna hitam dan bertali merah darah.

Lagu sumpahan terus menenuhi bilik muzik tersebut manakala Ms Jane masih lagi menjerit ketakutan dan cuba untuk melepaskan dirinya akan tetapi dia masih berhempas-pulas untuk melarikan dirinya akan tetapi dia semestinya tidak dapat lari daripada Gloomy Sunday.

***
Pada keesokkan harinya, kelihatan beberapa kereta polis berada diperkarangan sekolah. Pita berwarna kuning kelihatan melilit satu kawasan taman lama yang berada didepan blok lama. Pihak polis kelihatan sibuk dengan membuat siasatan apabila Ms Jane sudah ditemui mati berdekatan dengan air pancut lama.

“Mayatnya ditemui oleh tukang kebun sekolah pada awal pagi ketika tukang kebun tersebut ingin membersihkan taman tersebut. Mayat tersebut ditemui dengan keadaan yang cukup mengerikan dengan perutnya pecah apabila ditikam oleh bahagian tajam air pancut lama nie dan rupa si mati bagaikan menangis darah sambil memandang ke arah bangunan lama.” Jelas salah seorang polis kepada Detektif Daniel.

“Sudah kamu dapatkan punca bagaimana si mati boleh berada di atas air pancut nie?” soal Detektif Daniel.

“Kami mendapati kasut si mati berada diatas beranda di bangunan utama sekolah. Rasanya si mati seperti membunuh diri akan tetapi kami tak menjumpai sebagai surat membunuh diri mahupun penanda yang ingin membunuh diri.” Kata polis tersebut lagi.

“Baiklah, minta pihak forensik membawa mayatnya untuk dibedah siasat dan yang lain teruskan siasatan ada kemungkinan ada penunjuk yang kita mungkin terlepas.” Arahan Dtektif Daniel.

Kelihatan perkarangan taman tersebut riuh-rendah oleh polis malah ada beberapa lagi diarahkan untuk mengawal keadaan dimana terdapat beberapa pelajar mulai menenuhi tempat kejadian. Para guru-guru terpaksa mengawal pelajar-perlajarnya daripada melihat kejadian tersebut. Dari jauh kelihatan Mr Sam berduka dengan pemergian Ms Jane yang berlaku tiba-tiba malah kehilangan cukup dirasainya atas perasaannya kepada Ms Jane mulai mendalam.

***
Jauh di dalam bilik berkunci, kelihatan roh Ms Jane berdiri di samping lembaga gadis. Ms Jane terus menangis darah dengan tangannya mengarah sekumpulan lembaga hitam seperti pelajar untuk terus bermain alat muzik tersebut. Kelihatan pada piano tersebut lembaga lelaki tersebut tersenyum dengan amat mengerikan sekali.

“Ms Jane, nampak kamu akan sentiasa mendengar laguku malah kita ada extra hand mengajar mangsa-mangsa ku ini malah kamu akan sentiasa menemani  kesayangan saya sendiri akhir zaman.” Kata lembaga lelaki tersebut.

Ms Jane terus menjerit meminta tolong sambil menangis darah atas dia sudah menjadi mangsa kepada Gloomy Sunday.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan