Khamis, 28 Mac 2013

Death Prediction


Kedengaran bunyi jeritan perempuan terus-menerus tanpa henti. Di lorong yang gelap, 2 perempuan menjerit ketakutan sambil berlari bagaikan mereka berdua cuba melarikan diri dari sesuatu yang mengejar mereka berdua dari belakang. Mia dan Lia sudah tidak lagi melihat ke belakang mereka untuk memastikan benda tu berlalu pergi akan tetapi kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan datang dari belakang mereka berdua.

“Ke mana kamu berdua ingin larikan diri. Tak kira dimana kamu berdua bersembunyi saya tetap akan mengambil kamu.” Kata lembaga hitam sambil membawa sabit yang panjang.

Mia dan Lia cukup ketakutan dengan teramat sekali apabila lembaga hitam tu yang mengejar mereka berdua dari belakang. Nie tak akan berlaku bukan kerna mereka berdua yang mulakan dahulu.

***
Sebulan yang lalu.
Mia dan Lia adalah sahabat yang baik, mereka berdua akan selalu menghabiskan masa mereka dengan melayari laman web untuk mencari apps untuk Iphone mereka berdua nie akan tetapi mereka akan mencari apps yang percuma. Kakak Mia cukup berang apabila kad kreditnya dipakai oleh Mia untuk membeli apps di apps store lalu dia melarang Mia dari mengunakan ia lagi. Manakala Lia juga dilarang oleh ibubapanya dengan mengunakan kad kredit mereka tanpa pengetahuan.

Mia dan Lia sekarang nie sudah cukup taksub dengan apps yang baru di apps store dengan memuat-turunnya. Mereka berdua cukup suka membeli apps tu tak kira mahal sekali pun selepas sahaja mereka berdua kena cut-off maka mereka berdua memilih mencari yang percuma sebagai ganti.

Pada satu malam, Mia bermalam di rumah Lia kira sebagai slumber party la bagi mereka berdua nie. Dari bergosip mengenai kawan mereka di sekolah dan juga musuh mereka. Lepas tu baru mereka berdua kemaskinikan FB mereka apabila ia selesai mereka akan melayari laman web dengan harapan mencari apps yang percuma.

“Boring la balik-balik benda yang sama saja tiada yang unik ka?” soal Lia yang sudah kebosanan mencari apps yang dia minat di laman apps store.

“Apa kata kita masuk ke laman web, mana kita tau ada yang tiada dalam apps store boleh kita cari.” Kata Mia memberi pendapat kepada Lia.

Lia terus setuju dengan pendapat kawan baiknya Mia, mereka berdua terus melayan satu per satu website apps yang mereka boleh dapatkan secara percuma. Mereka terus melayan tanpa mengetahui masa sudah berlalu dan jam mulai menandakan tengah malam, Lia mulai rasa mengantuk dan mengambil keputusan berbaring di katilnya manakala Mia masih mencari di laptop Lia.

“Hey Lia, mari kau sini. Saya sudah jumpa nie website ada apps unik nie.” kata Mia bersungguh-sungguh.

Dengan keadaan malas Lia terpaksa bangun dari baringan dia lalu berjalan ke arah Mia.

“Biar saya tengok. Death Prediction? Apa benda nie? Website dia cukup ganjil nie, Angel of Death?” soal Lia yang berasa kehairanan.

“Memang ganjil bukan? Tadi website nie tiada dalam search bila tengah malam pula website nie wujud di depan saya pula. Katanya tentang apps nie, ia boleh membuatkan kita meramal kematian seseorang dengan menaipkan nama dan sebab kematiannya. Lagipun apps nie percuma.” Jawab Mia.

“Saya rasa tak sedap hati la dengan apps nie. Kau ok ka?” soal Lia.

“Apa kata kita cuba dahulu kalau kita tidak mahu lagi kita hanya delete ia dari phone kita macam kita selalu lakukan.” Jawab Mia sambil memberi pendapat untuk mencuba ia dahulu.

Lia akhir bersetuju lalu mereka berdua memuat-turun ke kedua-dua Iphone mereka. Apabila ia selesai dimuat-turun, mereka berdua apa asalnya tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila mereka mengunakan apps tersebut. Tertera pada apps tu cara-cara mengunakan ia dan juga menyatakan nama baru kena dimasukkan selepas 2 hari selepas nama terdahulu dimasukkan. Mereka berdua berasa hairan dengan apps yang ternyata mudah sekali untuk digunakan. 

Mereka berdua ragu-ragu nama yang mereka berdua bakal gunakan. Akhir mereka bersependapat untuk meletakkan nama musuh mereka iaitu Kira. Kira adalah rakan sekelas yang selalu bermulut laser kepada semua orang. Lia mengambil keputusan meletakkan nama tu pada apps tu dan Mia menyatakan cara kematiannya adalah jatuh dari tangga. Apabila selesai Lia menekan send dengan tiba-tiba screennya menjadi gelap lalu keluar lilin merah dan kelihatan apinya yang menyala dengan tiba-tiba terpadam. Lia berasa seram apa yang lihat tadi lalu memberitahu Mia. 

Maybe kesan efek dia sahaja nie kira nak memberitahu kita dengan cara seram.” Kata Mia.

“Kau nak cuba ka dengan apps kamu nie? Saya sudah gunakan dahulu.” Soal Lia.

“Nanti la saya baru gunakan apps nie nak tau juga effective ka atau main-main sahaja.” Jawab Mia.

***
Keadaan di Sekolah Menengah Convent St. Catherine, pelajar-pelajar perempuannya riuh-rendah apabila mereka diberitahu dengan kematian seorang pelajar yang bernama Kira. Apa yang diberitahu bahawa Kira telah meninggal dunia apabila terjatuh dari tangga bus dan diberitahu punca kematian kerna ditolak sebelum dilanggar oleh sebuah van. Kematian ia cukup ganjil sekali apabila saksi mengatakan Kira menekan loceng berhenti akan tetapi ia tidak berbunyi lalu dia berjalan ke arah pemandu bus tersebut untuk memberhentikan bus kerna dia sudah terlepas tempat yang dia ingin turun. Apabila bus tu berhenti, Kira bagaikan ditolak keluar dari bus tu lalu sebuah van tak sempat brek lalu melanggarnya. Ketika ditolak tu tiada sesiapa pun dibelakang Kira apabila ia berlaku.

Apabila Mia dan Lia mendengar perihal tersebut, mereka berdua berpandang pada masing-masing lalu tersenyum bahawa ramalan yang pada apps tu benar-benar berlaku.

Satu per satu musuh dan orang yang mereka tidak minat, satu per satu meninggal dunia dengan cara misteri sekali sehinggakan salah satunya membingungkan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes dengan mangsa mati terjerut pada tali di atas tangki air yang setinggi 10 tingkat dan kedudukan terletak ditengah-tengah. Manakala ada pula mati dilanggar lari dan beberapa lagi hilang beberapa hari sebelum ditemui mati dengan badan mereka bercerai-berai.

Mia dan Lia sekarang nie sangat tabsub dengan apps nie dan mereka kelihatan gembira apabila mengetahui kematian orang yang menjadi mangsa mereka. 

Berlaku pada satu hari, Mia mengambil keputusan untuk meletakan nama teman lelaki Lia yang meninggalkannya. Lia menghalang Mia dari berbuat demikian dan menyebabkan pergaduhan yang teruk diantara mereka berdua. Dengan keadaan marah, mereka berdua tidak sedar bahawa mereka meletakkan nama Mia dan Lia ke dalam apps nie tanpa meletakkan sebabnya lalu mengantarnya.

 Apabila mereka berdua mengetahui apa yang mereka berdua telah lakukan, mereka terus ketakutan yang teramat sekali. Mereka mencuba untuk menarik apa yang mereka telah lakukan, mereka berdua terus mengambil keputusan untuk memadamkan apps tu dari Iphone mereka. Malah mereka berdua cuba melayari ke laman web yang mereka berdua mendapatkan apps tersebut namun usaha mereka gagal mencarinya dan akhirnya mereka memcubanya buat kali terakhir dengan mencarinya pada tengah malam.

Akhirnya mereka berdua berjaya memasuki website tu akan tetapi website tu cukup berbeza sekali seperti kali terakhir mereka memasuki laman web tersebut. Kelihatan lilin merah bernyala-nyala kelihatan ia bagaikan terapung manakala lantainya merah bagaikan darah. Keadaan ia gelap cukup menyeramkan dengan nyalaan lilin-lilin merah. Dengan tiba-tiba kedengaran suara ketawa yang menyeramkan datang dari tengah-tengah screen. Mia dan Lia mulai menjerit ketakutan apabila kelihatan dua pasang mata merah menyala memandang tepat ke arah mereka berdua. Dengan tiba-tiba, kelihatan darah pekat mengalir di depan screen mereka lalu keluar lembaga hitam bermata merah dan bertopeng putih memandang tepat ke arah mereka berdua.

Mia dan Lia terus menjerit sekuat hati mereka akan tetapi suara jeritan langsung tidak didengari oleh Kakak Mia.
Dengan tiba-tiba, lembaga tu bersuara.

“Tiada gunanya kalian menjerit bukan ada sesiapa pun akan dengan jeritan kamu berdua. Apa yang sudah kalian letakkan tak boleh ditarik balik dan kalian bakal saya ambil.” Kata lembaga tu sambil ketawa.

Dengan ketakutan, Mia terus mencabut plug daripada laptopnya akan tetapi screen tu masih hidup walaupun battery sudah dicabut. Dalam keadaan kelam-kabut, Lia terus mengambil laptop Mia lalu memhempasnya ke lantai akan tetapi screen tu masih hidup lagi.

“Ingat apa yang sudah berlaku ia tak boleh ditarik balik. Ingat saya akan bakal datang mengambil kalian berdua.” Kata lembaga tu lalu screen tu mati dengan sendirinya.

Mia dan Lia berpeluk ketakutan dengan apa yang berdua telah alami. Pintu bilik Mia dibuka oleh Kakak Mia kerna dia terdengar bunyi jeritan mereka berdua dan juga ada benda dihempas kuat. Kakak Mia terus berlari kearah mereka berdua lalu cuba menyenangkan mereka berdua yang masih dalam ketakutan. Kelihatan laptop Mia sudah hancur berkecai di atas lantai, Kakak Mia hanya memandang ke arah laptop tersebut dan berasa hairan mengapa ia berkeadaan begitu dan dia membiarkan ia dahulu sebelum dia menanya adiknya selepas Mia sudah tenang.

Lia sudah dihantar balik manakala Mia masih belum tenang lagi. Kakak Mia terus membawa Mia ke bilik tidurnya dan meminta dia berehat di situ.

Apabila Mia sudah dibuai mimpi, dia berasakan dirinya di sebuah tempat yang penuh dengan lorong-lorong gelap. Dia terus berlari-lari mencari jalan keluar dengan memasuki satu per satu lorong gelap tu. Mia mulai berasa takut yang teramat sekali apabila dia mendengar bunyi gelak ketawa yang menyeramkan bagaikan suara yang dia dengan di website tersebut. Mia terus berlari-lari dengan harapan dia dapat melarikan diri daripada bunyi menyeramkan tu.

Mia terus berlari-lari bagaikan tiada tempat tuju, dengan tiba-tiba dia berlanggar dengan sesuatu. Didepannya kelihatan Lia, dengan serta-merta mereka berdua terus berpeluk satu sama lain. Mia terus menanyakan mengapa Lia boleh berada di sini manakala Lia tahu apabila dia tertidur dan apa yang dia ingat dia sudah berada di sini. Belum sempat mereka menanya satu sama lain dengan tiba-tiba mereka tersentak apabila mereka terpandang pada satu sudut di lorong tersebut, mereka bagaikan lihat sesuatu yang mengerikan.

Kelihatan sabit panjang yang berlumuran dengan darah pekat malah ia menitis ke lantai. Dengan pelahan-lahan ada satu lembaga hitam keluar entah dari mana dan lembaga tu serba hitam dengan tompok-tompok darah kering pada pakaian yang labuh ke lantai. Tanpa disangka lembaga hitam tu menoleh ke arah mereka berdua, dengan penuh angkernya kelihatan darah merah mengalir keluar dari mulut dan mata topeng tu. Lembaga tu mulai berjalan ke arah Mia dan Lia.

Mia dan Lia terus melarikan diri bagaikan mereka tak pernah larikan diri dengan ketakutan yang teramat sekali.

***
Mia dan Lia bagai berlari dekat berjam lamanya akan tetapi mereka masih belum dapat melepaskan diri mereka daripada lembaga tu. Malah mereka berdua cuba segala upaya untuk bangun dari mimpi ngeri nie akan tetapi mereka tidak mampu. Akhirnya Lia sudah tidak larat untuk berlari dan dia menyuruh kawan baiknya untuk melarikan diri malah dia meminta maaf dengan Mia kerna dia telah meletakkan nama Mia dalam Death Prediction. Sama bagi Mia turut berminta maaf dengan Lia kerna dia sendiri turut berbuat demikian. Mia tidak mempeduli dia cuba membimbing Lia dengan harapan mereka bersama-sama melepaskan diri daripada lembaga tu.

Belum sempat mereka bangun, kelihatan lembaga hitam sudah berada di hadapan mereka. Kaki mereka bagaikan dikunci dan tak mampu bergerak untuk melarikan diri. Dengan pelahan-lahan lembaga hitam tu berjalan ke arah mereka berdua bersama-sama dengan sabitnya tu

“Kalian berdua memang cepat sangat kamu berlari, tak sama dengan mangsa yang terdahulu yang saya dapat mengambil dengan mudah sekali. Sekarang nie saya sudah puas bermain dengan kamu berdua dan tiba masanya saya tamatkan permainan nie.” kata lembaga hitam tu sambil berketawa dengan angkernya.

Mia dan Lia masih mencuba mengerakkan kaki mereka tetapi tak berjaya sama sekali bagaikan kaki mereka sudah dirantai ke lantai. Keadaan lorong gelap nie mulai berubah apabila lantai malah dinding mulai berubah warna kepada merah darah dan juga kelihatan titisan darah menitis ke lantai. 

Lembaga hitam tu mulai perlahan-lahan berjalan sambil mengengam sabit panjang ke arah mereka berdua. Apabila tiba di depan Mia dan Lia, lembaga hitam tu berdiri dan berkata-kata.

Sapa dulu saya nak ambil. Herm.. biar saya ambil Lia dahulu. Tapi ia tak seronok langsung kalau salah ambil kamu dengan topeng muka nie. Biar saya lihatkan kamu rupa asal saya.” Kata lembaga tu.

Lembaga hitam tu mulai menanggalkan topengnya, dengan penuh gerunnya kepada Mia dan Lia apabila mereka berdua nampak rupa asal lembaga hitam tu. Dalam hood lembaga hitam tu, ada dua bebola mata merah saga dan tengkorak yang cukup mengerikan dengan darah berlumuran pada tengkorak tu

“Dengan rupa saya yang sebenarnya dah tiba masanya Lia. Ha ha ha ha!” gelak lembaga hitam tu.

“Siapa kamu nie? Tolong lepaskan saya.” Pinta Lia.

“Saya adalah malaikat kematian dan saya datang mengambil nyawa kamu.” Kata lembaga hitam tu sambil menghayunkan sabitnya tepat pada Lia.

Mia tergamam dengan Lia diambil di depan matanya sendiri. Lembaga hitam tu menghayunkan sabitnya pada Lia lalu kelihatan rohnya kelihatan tersangkut pada sabit tersebut manakala jasad Lia mulai berkecai dengan isi badannya hancur malah organ-organ pada tubuh Lia berderai keluar manakala darah Lia terpecik ke badan Mia.

Mia terus menangis dan menjerit sekuat hatinya dengan apa yang dia lihat didepannya. Kelihatan lembaga hitam tu mengesat sabitnya lalu memandang ke arah Mia yang masih menjerit ketakutan. Lembaga hitam hendak menghayunkan sabitnya ke arah Mia.

Is your turn” kata lembaga hitam tu.

Belum sempat sahaja, Mia sudah terbangun dari mimpinya. Peluh mulai membasahi tubuhnya dan nafasnya turun naik bagaikan dia sudah berlari maraton. Mia sudah berasa lega kerna dia terlepas daripada lembaga hitam tu. Dengan tiba-tiba Mia merasakan kepalanya bagaikan ada air menjatuhi kepalanya dan apabila dia menyentuh kepalanya lalu melihatnya dengan dekat. Mia mulai ketakutan apabila dia melihat air iaitu darah pekat dengan pelahan-lahan Mia memandang ke atas. Dengan serta-merta Mia tergamam apabila lembaga hitam tu berada di atas dia sambil mengengam sabitnya.

“Kau ingat kamu boleh terlepas daripada saya ka? Pernah ka Malaikat Maut terlepas daripada tugasnya?” soal lembaga hitam tu.

“Dah tiba masanya saya mengambil kamu!” jerit lembaga hitam sambil menghayunkan sabitnya tepat ke arah Mia yang kelihatan menjerit.

Keesokkan harinya,

Mayat Mia dan Lia masih di atas meja bedah, keadaan mayat mereka berdua cukup mengerikan yang teramat sekali. Mayat mereka berdua hancur berkecai dan darah hitam pekat keluar dari organ-organ mereka nie. Pihak polis masih belum dapat memastikan kematian mereka nie sama ada bunuh diri mahupun dibunuh. Keadaan mayat yang dijumpai oleh waris mereka cukup mengerikan dan keadaan bilik mereka penuh dengan darah. Keadaan mayat Mia dan Lia hampir sama dengan kes terdahulu dekat 20 tahun dahulu dan akhirnya siasatan terpaksa dihentikan apabila tiada sebarang petanda baru.

***
Nampaknya Mia dan Lia semestinya tak menyangka bahawa mereka sendiri bakal menerima nasib yang sama dengan mangsa-mangsa sebelumnya. Mereka tidak tahu bahawa mereka bermain dengan nyawa seseorang bukan. 

Memang tertanya-tanya tentang kes 20 tahun tu bukan? Yang sebenarnya ia pernah berlaku dahulu sebelum wujudnya smartphone dan internet. Cara menggunakannya dengan menulis surat pada sampul khas yang berwarna merah dan orang tu kena menulis nama dan sebab kematian pada sekeping kertas lalu seal sampul surat tu dengan lilin merah. Surat tu kena dihantar kepada satu alamat misteri. Dalam masa dua hari nama orang tu bakal menerima nasibnya. Hanya segelintir yang senasib dengan Mia dan Lia dan hanya sedikit sahaja yang mati pada masanya. 

Tiada orang tahu dari mana sumber mengenai Death Prediction nie datang dan apa tujuannya. Apabila datangnya kemajuan maka Death Prediction juga mengikut perkembangan semasa ke dalam dunia internet. Angel Of Death akan muncul kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi mangsanya dan ia sentiasa mencari mereka yang bakal menjadi taksub dengan permainan nyawa nie.

Ingat di luar sana, ada kemungkinan apps nie masih wujud di luar sana. Tiada yang tahu bukan? Adakah ia akan muncul di depan kamu pada satu hari? Tu kisah yang lain.

Sekian.

Khamis, 21 Mac 2013

Bab 8: Dunia Teknologi


Dunia kita sekarang nie jauh lebih kedepan daripada masa lalu bukan? Hidup kita lebih selesa daripada kehidupan yang lampau dengan kemajuan yang kita nikmati sekarang nie

Dunia kita cukup maju sekali dengan teknologi yang kita dapat sekarang nie dan ia akan terus maju tu pun untuk kepentingan kepada kita manusia. Dari perubatan, makanan ke kehidupan hari kita. Banyak perkara bakal dilupakan dan atau dihiraukan kerna kewujudan teknologi nie. Walapun ia ada kebaikkan kepada kita akan tetapi kita memang tidak boleh lari langsung dengan keburukkannya juga. Kita mulai ketagih dengan teknologi dan apa yang sebelumnya bakal dilupakan satu per satu. Yang kita tahu bakal dimasukkan di dalam muzium dan ada satu saying what is history, its history”.

Baik buat kali nie saya akan kongsikan 2 kisah seram yang ada kaitan dengan teknologi sekarang nie. Kisah pertama adalah ada kaitan dengan ramalan iaitu “Death Prediction”, ia adalah satu apps yang misteri untuk smartphone yang boleh membuat seseorang tu mati. Manakala kisah kedua pula adalah “Spam Mail” dimana kisah mengenai email yang diterima yang boleh meramalkan apa yang terjadi pada masa depan pada penerimanya. 

Nantikan kisah nie pada malam Jumaat yang akan datang mengenai kisah seram apa yang sentiasa berlaku di depan kita yang kita sendiri tak tau kewujudan hal misteri di dalam dunia teknologi nie.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.

Bukan Sebarangan


Kedengaran bunyi jeritan kesakitan dan meminta pertolongan yang datang dari salah satu kelas Sekolah Rendah Feng Huang. Bunyi tu datang daripada seorang budak perempuan yang menjerit kesakitan dan minta dilepaskan apabila rambutnya ditarik. Kedengaran bunyi gelak ketawa datang dari budak perempuan yang menarik rambut budak perempuan tadi. Pelajar-pelajar cuba menghalang akan tetapi usaha tu gagal dengan kehadiran beberapa lagi pelajar perempuan yang satu kumpulan dengan budak perempuan yang menarik rambut tu.

Hi hi hi. Freak! Weirdo!” gelak ketawa daripada Nicola Du sambil menarik-narik rambut budak perempuan tu.

“Lepaskan rambut saya. Tolong lepaskan. Sakit tolong la lepaskan.” Pinta Siew Mei.

Akan tetapi pinta Siew Mei tidak dipeduli langsung malah dia lebih teruk dibuli. Kelihatan Nicola langsung tak memberikan dia balas kasihan langsung malah perbuatannya lebih dahsyat sekali kerna tidak bertimbang rasa. Dia terus membuli Siew Mei kerna dia cukup berbangga bahawa dia datang daripada golongan berada manakala Siew Mei pula datang dari golongan sederhana dan Siew Mei sendiri adalah anak yatim piatu. Nicola akan mengambil kesempatan atas sebab tu.

Riuh-rendah terhenti apabila kelihatan Miss Chan berada di muka pintu kelas tu. Dia terus memarahi Nicola kerna apa yang dia sendiri nampak malah dia memberi amaran kepada Nicola dan dia sendiri bakal menelefon ibubapa Nicola atas sebab tu. Miss Chan turut memberi amaran kepada pengikut Nicola dan meminta satu per satu berjumpa dengan guru besar termasuk Nicola. Miss Chan terus membimbing Siew Mei bangun dan sering kali bertanya keadaannya. Walaupun Siew Mei masih tersedak menahan nangisnya hanya dia mampu mengatakan dia tidak ada apa-apa.

Apabila habis sahaja masa persekolahan, Siew Mei mengemas-gemas buku-bukunya ke dalam beg sekolahnya sebelum berjalan pulang ke rumah. Kelihatan dari luar pagar sekolah, ada sebuah kereta BMW putih di dalamnya Nicola menangis di belakang kereta tu. Di sisinya ibubapanya yang memarahi Nicola dengan teruk sekali. Siew Mei tersenyum sebentar dan apa yang dia percaya Nicola sudah dihukum. Siew Mei terus berjalan kaki pulang dan dia terlihat muka marah Nicola apabila kereta tu lalu disebelah dia. Siew Mei sudah tahu yang dia bakal dibuli dengan teruk selepas apa yang berlaku tadi malah dia sudah lama bersabar sejak dia berpindah di sekolah tu dari situ la dia dibuli.

Siew Mei terus berjalan-jalan sehingga ke pinggir bandar Feng Huang lalu dia berhenti di depan pintu gerbang yang tertulis yang papan kayu tertera “Nirvana’s Funeral House”. Siew Mei terus memasuki perkarangan Nirvana, dia melalui beberapa jirat cina dan juga tempat altar sembahyang. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi muzik untuk orang mati berdekatan dengan Siew Mei, Siew Mei melihat ada upacara penghormatan terakhir di salah satu dewan di Nirvana. Lalu kedengaran sapaan dari seseorang kepada Siew Mei.

“Mei, sudah balik. Pergi bersihkan diri kamu dan makan tengah hari nanti kamu tolong bersihkan tempat biasa ya. Ayah dan mak sekarang sibuk sangat dengan upacara nie.” pemberitahuan Ming iaitu abang sepupu Siew Mei.

Siew Mei terus mengangguk lalu berjalan ke sebuah rumah berdekatan dengan pejabat pentabiran Nirvana. Siew Mei terus pergi membersihkan dirinya lalu pergi memakan lauk yang disediakan di atas meja. Kerja sekolahnya dia sudah siapkan di sekolah dan apabila dia balik ke rumah dia akan menolong pak cik dan mak ciknya di Nirvana. Selesai sahaja dia makan tengahari, dia terus berkemas segala mangkuk dan membersihkan sebelum dia menjalankan tugasnya nanti. Siew Mei terus berjalan ke bilik stor sambil mengambil beberapa tuala buruk, baldi air, penyedok sampah dan penyapu. Apabila dia dapat kesemuanya, dia terus berjalan ke pinggir dewan dan sampai ke beberapa barisan tembok iaitu tempat penyimpan abu orang mati. 

Walaupun tempat tu sunyi sangat malah ada sedikit menyeramkan, apabila sahaja Siew Mei sampai di sana kedengaran bunyi-bunyi bagaikan ada ramai orang menyapa Siew Mei dengan mesranya. Siew Mei sudah biasa dengan keadaan tu kerna dia seorang yang mempunyai kebolehan iaitu deria ke-6 malah keluarganya yang menjalankan Funeral House nie mempunyai kebolehan nie. Siew Mei lebih istimewa daripada yang lain kerna dia mempunyai kebolehan untuk berkawan dengan roh-roh yang berada di kawasan Nirvana. Apabila Siew Mei meletakkan peralatannya di lantai simen dia terus pergi menyapa satu per satu yang menanya khabar kepadanya. Selepas dia membalas sapaan tu dia terus menjalankan tugasnya yang diberikan iaitu membersihkan tempat tu, bukan dia dipaksa atau apa sebenarnya dia sendiri meminta tugas tu daripada Mak ciknya sendiri kerna tidak mahu membebankan mereka yang menerima dia selepas kematian ibunya. Bapanya sudah lama meninggal dunia kerna kemalangan jalan raya. 

Bagi Siew Mei tempat tu sahaja dia melupakan kisah sedihnya serta meningati semula kematian ibunya yang tersayang. Semestinya dia akan teringat apabila dia dia menolong pak cik dan mak ciknya pengurusan jenazah dan upacara pengebumian akan tetapi dia akan menangis kerna dia akan teringat dengan ibunya. Maka Mak ciknya mengambil keputusan menunaikan hasrat Siew Mei untuk dengan kerja membersihkan sahaja. Sekarang nie Siew Mei ada sedikit kegembiraan pada wajahnya apabila dia di sana dengan kawan-kawannya menemaninya di sana.

Apabila selesai Siew Mei menjalankan tugasnya, Siew Mei akan menjenguk dengan kawan rapatnya adalah seorang nenek yang akan sentiasa duduk di kerusi batu berdekatan dengan kolam air pancut. Siew Mei kenal dengan nenek tu semenjak dia tinggal dengan keluarga Mak ciknya, apa yang dia tahu nenek nie sudah meninggal dunia dekat 5 tahun dan sentiasa kesunyian. Siew Mei akan sentiasa kelihatan bersama-sama dengan Nenek Sung apabila dia selesai menjalankan kerjanya dan apabila dia ada masa lapang. Bagi dia Nenek Sung semestinya selalu baik dan sering kali bercerita dengan Siew Mei dan sehinggakan dia menggangap Siew Mei sabagai cucunya daripada cucunya yang sebenarnya yang semestinya sudah melupakan dia.

***
Selepas kejadian Nicola dihukum oleh ibubapanya, Nicola lebih teruk membuli Siew Mei dari mengejek sehinggakan memukulnya. Nicola cukup marah sangat atas sebab dia mahu menjadi perhatian malah ibubapanya sendiri kurang memberi perhatian kepadanya yang sentiasa sibuk dengan perniagaan mereka nie. Sebelum Siew Mei memasuki sekolah tu, Nicola sentiasa mendapat perhatian dan dia sendiri cukup bangga dengan perhatian yang dia terima akan tetapi semua berubah apabila Siew Mei memasuki sekolah tu. Perhatian yang Nicola dahagakan semua berpindah kepada Siew Mei kerna dengan rambut yang panjang berwarna hitam dengan rupa yang cantik dan baik berbudi bahasa memyebabkan Siew Mei menjadi perhatian. 

Dengan perasaan cemburu membara pada hatinya, Nicola ingin perhatian dia sanggup membuli dengan harapan Siew Mei bakal tergugat mahupun inginkan Siew Mei meninggalkan sekolah tu. Selepas Nicola mendapat tahu bahawa Siew Mei nie anak yatim piatu dan juga dia tinggal dengan saudara-maranya yang menguruskan Funeral House dimana Nicola berasa jijik dengan pekerjaan tu. Dengan keadaan tu dia menggunakan alasan tu untuk membuli Siew Mei dan lebih teruk lagi apabila dia pernah terserempak dengan Siew Mei bercakap seorang diri ketika dia dan keluarganya menziarahi neneknya di tempat penyimpanan abu Nirvana. Nicola terus memgambil peluang memberitahu hal tu dan menyebabkan Siew Mei dibuli dengan teruk sekali dan mulai dipinggirkan atas punca daripada mulut berbisa Nicola.

***
Pada hari Sembahyang Hantu iaitu pada 15 haribulan 7 di dalam kalender Cina. Hari di mana hantu akan bebas dari pintu Neraka dimana mereka akan bebas untuk pulang mahupun bekeliaran di dunia manusia. Dimana orang masih hidup akan menyembahkan kepada mereka nie makanan serta membakar duit kertas, rumah, orang gaji, kereta dan keperluan harian yang bakal mereka gunakan di alam baka. Kelihatan tepi jalan penuh dengan sajian makanan, colok dan wang kertas untuk hantu agar mereka nie dipuaskan agar tiada sebarang perkara buruk berlaku. Terdapat juga beberapa wayang dan konsert khas bagi hantu pada hari tu untuk menghiburkan hantu-hantu nie. Keadaan tanah perkuburan Cina penuh dengan keluarga yang datang untuk sembahyang hantu dengan menyembahkan makanan kegemaran orang yang tersayang dan barang-barang keperluan yang bakal dibakar untuk kegunaan alam baka. Malah tokong penuh dengan keadaan riuh-rendah dengan doa-doa untuk diberikan kepada hantu nie.

Nirvana’s Funeral House semestinya penuh dengan orang pada hari sembahyang hantu, kelihatan keluarga Mak Cik Siew Mei sibuk pada hari tu. Siew Mei juga dengan ringan hatinya menolong saudaranya pada hari sibuk nie. Dia bersama-sama dengan abang sepupunya Ming pergi mengutip bayaran service iaitu pembersihan dengan pelangan-pelangan mereka yang mengunakan service mereka. Dengan nie sahaja mereka dapat kewangan menguruskan Funeral House tu

Semasa Siew Mei dan Ming pergi pengutip bayaran, kelihatan Nicola dan sekeluarganya di tembok altar penyembahan. Siew Mei kelihatan Nicola langsung tidak mempedulikan dia malah kelihatan Nicola sibuk melayan Iphonenya dan tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Sebelum Ming berjalan ke keluarga tu, Siew Mei menarik baju Ming memintanya berhenti sebentar.

“Ming, kamu nampak ka apa yang saya nampak?” soal Siew Mei kepada Ming.

“Ya. Saya nampak dengan jelas sekali. Itu perkara biasa pada hari sembahyang hantu. Nenek Sung memang kelihatan gembira tapi sebenarnya dia sedih. Baik kita sambung kerja kita lagipun hal nie kita kena rahsiakan.” Jawab Ming kepada Siew Mei.

Selepas sahaja Siew Mei mendengar penjelasan Ming, mereka terus berjalan ke arah keluarga Nicola untuk mengutip pembayaran service. Mereka berdua menyapa bapa Nicola selepas tu tunduk hormat ke arah tombstone. Dengan sombongnya Nicola langsung tidak mempedulikan kehadiran Siew Mei di sana. Selesai sahaja pembayaran tu mereka berdua meninggalkan Nicola dan keluarganya.

Selesai sahaja upacara sembahyang hantu, Nicola tidak habis-habis membebel dengan ibubapanya kerna membayar service Nirvana. Dia mengatakan mereka bukannya menjalankan kerja mereka dengan sempurna malah ada kemungkinan mereka nie memberikan bayaran yang mahal untuk bapa Nicola membayar dengan mahal sekali. Semestinya Nicola kena balik dengan teruk apabila bapanya mengatakan bahawa mereka hanya menziarah nenek Nicola setahun sekali manakala hari-hari lain mereka tidak datang langsung. Kira baik la penjaga-penjaga Nirvana menjaga tempat neneknya dengan baik sekali yang berbeza dengan Nicola yang langsung tidak mengikuti upacara sembahyang hantu kerna sibuk dengan Iphonenya sahaja. 

Sebelum keluarga Nicola ingin balik, Nicola menahan sekejab kerna dia tertinggal beg tangannya di kerusi batu. Dia ingin mengambilnya dahulu dan dia tak akan mengikuti mereka balik kerna dia ternampak kawan-kawannya berdekatan. Nicola terus berlari ke tempat tembok tu lalu dia terhenti apabila dia ternampak Siew Mei di alter menyembahan tu. Nicola nampak dengan jelas bahawa Siew Mei bercakap seorang diri dan mulai memakan kuih yang ditinggalkan di sana. Dalam hati Nicola yang penuh dengan perasaan cemburu akhirnya dia menjumpai apa yang tau yang bakal dia gunakan untuk menjatuhkan Siew Mei. Apabila Siew Mei berlalu dari situ dengan serta-merta dia mengambil beg tangannya dan berjalan ke arah alter peryembahan lalu menjatuhkan segala-gala barang penyembahan dia sana. Nicola ketawa apa yang dia lakukan dan bagi dirinya dia sudah puas lalu berlalu pergi mencari kawan-kawannya. 

Apa yang dilakukan oleh Nicola dilihat jelas sangat oleh hantu-hantu yang tinggal di sana. Di luar penglihatan Nicola, hantu-hantu nie cukup marah dengan perbuatan yang dikira kurang ajar dan tidak menghormati hantu-hantu nie. Pada malamnya nanti mereka bakal menghukum Nicola kerna tidak menghormati dan juga membuli Siew Mei. Akhirnya mereka dapat melaksanakan ia juga apabila peluang datang bergolek.

Ketika Nicola bersama-sama dengan dua kawannya di tempat rehat berdekatan pintu masuk ke Nirvana, masing-masing sibuk dengan gosip dan Fb mereka akan tetapi dengan tiba-tiba Nicola ternampak Siew Mei lalu berdekatan dengan tokong. Kelihatan Siew Mei membawa sebakul duit kertas dan seikat colok, berjalan ke arah tokong. Nicola terus memanggil dua kawannya mengajak mereka untuk berjumpa dengan Siew Mei, dia tak akan puas selagi dia tidak nampak Siew Mei sengsara. 

Keadaan tokong cukup sunyi akan tetapi ia berubah apabila kedengaran bunyi piring gangsa terjatuh ke lantai. Kelihatan Siew Mei ditolak dari belakang oleh Nicola dan membuatkan dua kawan Nicola tergamam dengan perbuatan Nicola. Nicola terus mengetawakan Siew Mei dengan mengatakan perkataan yang tak elok kepada Siew Mei. Dengan secepat kilat, Nicola terus menyambar rambut Siew Mei lalu ditariknya. Siew Mei menjerit kesakitan dan meminta dilepaskan dengan keadaan menangis. Pinta Siew Mei langsung tidak dipedulikan langsung oleh Nicola manakala dua kawan Nicola berasa bagaikan serba-salah selepas mereka berdua melihat perbuatan Nicola bagaikan orang yang tidak siuman. Dengan serta-merta mereka berdua cuba melepaskan pegangan Nicola akan tetapi Nicola masih memegang erat rambut Siew Mei tidak langsung melepaskan.

“Mengapa kamu berdua nak lepaskan dia nie? Kenapa kamu berdua hanya tengok sahaja mengapa tak join sekali.” Soal dengannya marahnya kepada dua kawannya.

“Saya tak tau apa nak katakan la, kau macam orang tak siuman bila kamu membuli Siew Mei.Saya cukup terkilan dengan perbuatan kamu nie.” Jawab Mui.

“Walaupun kami berdua sudah berkawan dengan kamu sejak kecil lagi, tapi hari nie kau macam orang lain. Saya pun tak sangka kau berbuat demikian. Cukup la.” Pinta Lin.

“Walaupun kita berlain sekolah tapi kita berdua sudah berkawan dengan kau sejak kecil lagi. Mengapa kamu membuli dia nie.” Soal Mui.

Hey! Nanti kejab, nie saya beritahu sebabnya dia nie weirdo dan macam orang tak betul. Ya sebab tu.” Kata Nicola lalu melepaskan rambut Siew Mei.

Selepas sahaja Nicola melepaskan pegangannya, Siew Mei terus terjatuh ke lantai sambil memegang kepala yang masih dalam kesakitan. Langsung tidak menpedulikan keadaan Siew Mei yang dalam kesakitan, Nicola terus berlari ke arah dua kawannya dan cuba menghalang mereka pergi.

“Dia mesti ada sebabnya dengan tersendiri bukan? Lagipun apa sebabnya mengapa kamu berbuat demikian walaupun dia lain daripada kamu bukan?” soal Lin yang meminta perjelasan dengan Nicola.

“Sebabnya, nanti saya ada tangkap gambar dia tadi yang memakan kuih di altar tu.” Jawab Nicola lalu mengeluarkan Iphonenya lalu tunjukkan kepada Mui dan Lin.

“Apa nak hairankan juga? Lepas sahaja upacara sembahyang hantu, memang sajian tu kita makan juga. Mengapa kau tidak tahu ka?” soal Mui.

“Tak bukan I mean. Saya sendiri tak makan lepas upacara sembahyang hantu tu. Sebabnya saya rasa ia mengelikan.” Jawab Nicola yang mulai gelabah.

Huh? Mesti kau nie tak sertai upacara sembahyang hantu bukan? Whatever la nampaknya kau tiada sebab mengapa kamu membuli dia juga.” Jeling Lin dan Mui kearah Nicola yang kelihatan mulai resah.

Whatever now is your own. Kami berdua mau balik. Kita kira putus kawan dengan kamu nie kerna kau nie dah menjadi kejam dan tak berhati perut. So Good Bye.” Kata Lin dengan marahnya lalu berjalan bersama-sama dengan Mui pergi ke pintu keluar.

Pada asalnya Nicola berasa sedih dengan pemergian dua kawannya tapi ia terus lesap dalam masa beberapa saat apabila dia ternampak Siew Mei cuba melarikan diri daripada Nicola. Dengan marahnya dia terus berlari mengejar Siew Mei yang berlari ke arah bahagian tengah Nirvana. Nicola tak boleh terima hakikat kawannya meninggalkan dia atas sebab perbuatannya akan tetapi dia menggangap bahawa Siew Mei punca kepada kesemua masalahnya. Nicola tidak sedar di berlari berdekatan dengan tembok penyimpanan abu mayat.

Siew Mei terus berlari ke arah tembok tu lalu bersembunyi di belakang pokok dan dia berharap sangat Nicola tidak dapat mencarinya. Akan tetapi dengan tiba-tiba rambutnya telah ditarik dengan kuat sekali. Siew Mei cuba menronta-ronta dari tarikan tu dengan gerunnya kelihatan Nicola dengan berangnya menarik rambutnya. Siew Mei cuba menjerit meminta pertolongan dengan tiba-tiba Nicola menghayunkan satu tumbukan tepat ke perut Siew Mei. Siew Mei terus mengerang kesakitan dengan memegang perutnya lalu terus menjerit meminta pertolongan.

“Tiada gunanya kamu menjerit meminta tolong. Kau tau tempat nie jauh sangat daripada pejabat pentadbiran. Jerit la kuat-kuat tiada gunanya. Hi hi hi. Malam nie kau akan rasa paling teruk dalam hidup kamu nie.” kata Nicola ketika bercakap bersemuka dengan Siew Mei.

“Nicola, apa sebabnya kamu buli saya. Saya tak pernah buat salah dengan kamu. Tolong lepaskan saya. Saya pinta dengan kamu nie.” pinta Siew Mei.

“Kau tak buat salah. Bullshit. Kau memang pernah buat salah dengan saya nie. Salah kau kerna semua orang mesti berikan perhatian tak kira masa.” Kata Nicola.

“Perhatian? Itu yang kau katakan salah? Bukan saya mau mendapat perhatian juga, saya hanya menanya kerna saya orang baru. Adakah itu salah?” soal Siew Mei.

“Memang salah. Kerna kau la saya tak lagi mendapat perhatian. Saya tak kira malam nie kau bakal terima nasib mu.” Kata Nicola yang mulai menheret Siew Mei ke arah kerusi batu.

Nicola hendak menghentak kepala Siew Mei di kerusi batu tu dan Siew Mei masih menjerit meminta pertolongan. Dengan tiba-tiba ada satu tiupan angin kuat ke arah Nicola dan membuat dia tersentak apabila kelihatan lembaga putih keluar satu per satu dari tembok tombstone tu lalu bergerak perlahan-lahan ke arah Nicola. Nicola mulai menjerit dengan ketakutan keadaan lembaga tu mulai menyeramkan dengan ada tidak mempunyai mata yang meninggal lubang hitam pada bekas mata tu, ada pula bermata merah dengan isi yang mereputkan, darah keluar meleleh dari mata dan mulut, dan ada yang kelihatan melayang-layang dengan organ-organ terkeluar dari badannya. Nicola cuba berlari menyelamatkan dirinya akan tetapi kakinya bagaikan dipaku dan membuatkan dia sukar untuk melarikan diri. Dengan seramnya Nicola nampak, lembaga tu mulai berkerumun di depan Siew Mei. 

Dengan pelahan-lahan Siew Mei bangun dan mulai duduk di atas kerusi batu tu. Dari kumpulan lembaga tu muncul di depan Nicola dan mulai perlahan-lahan berjalan ke arahnya. Nicola tergamam kerna dia kenal sangat lembaga yang berjalan ke arahnya iaitu mendiang neneknya iaitu Nenek Sung. Dia cuba mencapai Nicola iaitu cucunya akan tetapi ia terhenti di separuh jalan apabila dia mulai memarahi cucunya.

“Tak sangka kamu betul-betul jahat, apa salah Siew Mei kepada kamu? Selama saya masih hidup kau langsung tak pedulikan saya langsung bagaikan saya bukan nenek kamu dan selepas saya meninggal dunia kamu masih tak pedulikan saya masih. Bagus lagi Siew Mei yang sentiasa menemani saya di sini, lain pula kamu yang langsung tidak pedulikan nenek.” Marah Nenek Sung sebelum berubah rupa menjadi lebih menyeramkan dengan mata merah sambil mengeluarkan air mata darah malah kulitnya bagaikan mayat reput.

Nicola tak mampu berkata apa-apa selepas dia nampak apa yang berlaku di depannya dengan semua kekuatan dia dapat mengerakkan kakinya. Tanpa membuat masa dia membuat langkah seribu dan dengan harapan mendiang neneknya tidak mengejar dia. Apabila Nicola berpaling ke belakang, dengan ketakutan yang teramat sekali kerna dia ternampak nenek mengejar dia dari belakang.

Nicola sudah tidak sedar bahawa dia sudah lari keluar dari pintu pagar Nirvana. Dia tidak lagi melihat kelilingnya dengan tiba-tiba kedengaran bunyi Honk di sebelahnya kanannya. Lalu Bang! Nicola terhumban ke sebelah jalan apabila dilanggar oleh sebuah lori yang bergerak laju. Pemandunya tidak sempat menekan breknya lalu melanggar Nicola dengan kuat sekali. Dengan keperitan daripada pelanggaran tadi, Nicola meninggal dunia di sana juga.

***
Dalam upacara pengebumian Nicola.

Dari jauh kelihatan Nicola berdiri di sebalik pokok berdekatan dengan tembok penyimpan abu. Kelihatan keluarganya bersedih dengan pemergian Nicola. Kedengaran prayer chating dibaca oleh sami-sami untuk Nicola ketika upacara mereka meletakkan balang abu ke dalam tembok tu. Ibu Nicola menangis meronta-ronta dan terpaksa dipegang beberapa orang untuk menyenangkan dia. Bapa Nicola turut bersedih ketika dia sendiri yang meletakkan balang tu dan akhirnya meletakkan tombstone pada tembok tu. Nicola masih menangis dengan sedaknya apa yang berlaku didepannya. Dalam kesedihan tu kelihatan Nenek Sung bersama-sama dengan Nicola dengan memeluknya dengan harapan dia bersabar.

Apabila selesai sahaja upacara tu dan keluarga Nicola mulai meninggalkan tempat tu. Siew Mei berjalan pelahan-lahan ke arah tombstone Nicola lalu menberus dengan tangannya. Baginya akhirnya Nenek Sung tidak lagi akan berasa kesunyian sudah dengan adanya Nicola. Nenek Sung akan sentiasa bersama-sama dengan Nicola buat selama-lamanya.

Siew Mei mulai berjalan pelahan-lahan ke arah Nicola yang bersama-sama dengan Nenek Sung. Nicola berasa hairan mengapa Siew Mei melambai-lambai ke arahnya dan mengucap selamat tinggal kepada dia. Apa yang Nicola tidak tahu kemunculan pintu berwarna merah di belakangnya. Nenek Sung mulai menarik Nicola, dengan ketakutan Nicola memandang ke arah pintu tu yang penuh dengan syaitan membawa masuk satu per satu hantu ke dalamnya.
“Hajat mu sudah terlaksana sudah tiba masanya kamu mengadap Raja Yama dan bawa sekali dengan cucu kamu sekali semestinya dia juga akan diadili.” Kata syaitan berwarna biru bermuka bengis kepada Nenek Sung.

Nenek Sung hanya mengangguk sebagai tanda setuju lalu menarik Nicola masuk ke dalam pintu tu. Nicola cuba melepaskan dirinya akan tetapi ia mustahil dengan tarikan daripada pintu tu. Nicola cuba mencapai tangannya dengan harapan Siew Mei dapat menyelamatkan dia akan tetapi Siew Mei hanya berdiri di situ melambai-lambai tangannya. Akhirnya Nicola masuk ke dalam pintu tu dan hilang dalam kegelapan kemudian pintu tu tutup dengan rapatnya lalu ghaib.

Siew Mei hanya tersenyum kerna dia sudah menyelesaikan tugasnya iaitu menghantar hantu-hantu balik semula ke neraka selepas mereka selesaikan hajat mereka. Dia tahu bahawa Nenek Sung kesunyian maka hajatnya adalah dia tidak lagi kesunyian apabila dia sudah meninggal dunia dengan adanya Nicola maka hajat tu dapat diselesaikan maka Nenek Sung dapat ke neraka.

Siew Mei terus berlalu meninggalkan kenangan yang dia sendiri tak akan dapat lupakan sampai bila-bila. Baginya upacara sembahyang hantu tahun nie berlainan sekali dengan tahun-tahun yang berikutnya.

Sekian~