Di kawasan perumahan elit, suasana yang sunyi sepi
menjadikan keadaan perumahan tu
menyeramkan apabila kedengaran bunyi menjerit yang mengerikan yang datang di
sebuah rumah banglo mewah. Kedengaran bunyi menjerit nie berterusan sepanjang malam.
Bunyi jeritan nie terus-menerus
selama seminggu, nie cukup
membimbang Dato’ Ismail walaupun apa cara sekalipun dari perubatan moden
sehinggakan kepada perubatan traditional tidak mampu mengubati penyakit
kedua-dua anak gadis kesayangannya. Datin Rokiah sudah kehabisan air mata kerna sentiasa bersama-sama
anak-anaknya. Tira yang kakak sentiasa menjerit sambil menampar pipinya
bertalu-talu tanpa henti manakala adik kembarnya pula menjerit sambit mencabut
rambutnya yang sekarang semangkin tipis. Walaupun kedua-dua kembar nie diikat akan tetapi mereka akan
terus menjerit ketakutan yang teramat sekali dan bagaikan ada benda yang
menakut di hadapan mereka bila waktu malam.
Keadaan nie
membuatkan Dato’ Ismail dan Datin Rokiah bersedih apa yang ditimpah oleh anak
kembar mereka nie, dan akur apa yang
ditentukan oleh Ilahi.
****
Sebulan yang lalu.
Tira dan Mira, akhirnya memasuki Sekolah Menengah Cendera
yang terkenal di tanah air. Dengan memasuki tingkatan 4 Rajawali yang beraliran
Sains. Sebaik sahaja mereka disana dengan secepat kilat mereka nie menjadi popular di kalangan pelajar lelaki yang lain. Dengan kekayaan dan
kecantikan, mereka mampu menguasai sekolah tu
sehinggakan pihak sekolah terutamanya para gurunya tidak dapat berbuat apa-apa
kerna menerima ugutan daripada pasangan kembar bahawa bapa mereka ada kuasa
memecat mereka nie dan ia benar
kerna Dato’ Ismail adalah salah satu lembaga pengarah sekolah tu.
Semua berubah dengan kehadiran seorang gadis desa yang
turut memasuki sekolah tu atas
tajaan dari seseorang. Namanya Putri Raja Aminah Raja Ahmad, gadis melayu yang
sopan santun dan berbudi bahasa. Gadis nie
semestinya mengenali adik-beradik kembar nie
kerna semasa bersekolah rendah dahulu adalah satu sekolah. Malah Putri
pernah menjadi teman rapat adik-beradik kembar nie sebelum berpindah semula ke Pekan Sri Intan atas sebab
tertentu.
Apa awalnya Tira dan Mira menerima Putri sebagai teman
lamanya yang sudah lama tidak berjumpa tapi semua berubah apabila Putri
menyelamatkan salah seorang mangsa buli adik-beradik kembar nie. Dari situlah muncul perasaan benci
kepada Putri sehinggakan Putri sendiri menjadi mangsa buli adik-beradik kembar nie.
Pada awal pagi, Putri melangkah masuk perkarangan sekolah
dengan hati yang tenang dengan harapan yang dia mahu tiada perkara buruk yang
bakal berlaku kepadanya.Dekat seminggu dia terus-menerus dibuli oleh
adik-beradik kembar tu dan Putri tak
menyangka mereka berperangai sedemikian rupa. Sampai sahaja Putri ke kelasnya 4
Rajawali dia mendapati meja dan kerusinya telah diconteng dengan perkataan yang
tak elok. Dengan perasaan sayu di membersihnya walaupun hatinya sakit apabila
menlihat keadaannya. Dari jauh kedengaran ketawa sinis dari adik-beradik kembar
nie.
“Tengok tu
budak kampung tu, pandai juga dia kasi bersih.” kata Tira sambil
menunjuk-nunjuk kearah Putri.
“Ia la kak,
perempuan nie tak sedar diri lagi nie. Dia belum tahu kedudukana dia di
sekolah nie”. kata Mira sambil
ketawa sinis ketika dia melihat perbuatan Putri.
Selepas tu
bunyi loceng menandakan bermulanya sesi pembelajaran sudah bermula.
Adik-beradik kembar masuk ke kelas sambil juga menolak Putri sampai terjatuh.
Kawan sekelas lain tidak dapat berbuat apa-apa malah jauh sekali untuk menolong
kerna mereka nie takut sekali dengan adik-beradik kembar nie. Tak kira pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan pun takut
menjadi mangsa buli adik-beradik kembar nie
kerna mereka boleh mengupah pelajar-pelajar nakal di sekolah tu untuk mengerja mereka nie. Nak dikira selagi adik-beradik
kembar nie terus bermaharajarela di
sekolah tu dan suasana sekolah nie penuh dengan ketakutan.
Pada waktu rehat, Putri terpaksa mengambil jalan yang
jauh untuk ke kantin sekolah untuk mengelak daripada bertembung dengan
adik-beradik kembar nie. Dari jauh
ternampak kelibat kembar tu menampar
pelajar perempuan lain atas sebab teman lelaki mereka bercakap dengan pelajar
perempuan tu. Putri sudah tak hairan
kerna kembar nie sentiasa bertukar-tukar teman lelaki malah sanggup merampas
dari orang lain. Atas kerna rasa
takut kepada kembar tu, mereka
terpaksa akur walaupun ia tidak adil.
Selepas sahaja Putri membeli makanannya dengan tiba-tiba
tangannya dipukul kuat sangat sehinggakan terjatuh bertaburan di lantai. Sangkaan
Putri adalah tepat ia adalah perbuatan Tira yang memukulnya. Dengan ganasnya
Mira menarik tudung Putri lalu mengatakan.
“Putri kampung! Makanan kau sudah jatuh. Macam mana kau
mau buat santapan ha? Pigi kau makan makanan kotor nie.” sambil menundukkan muka Putri
kearah makanan yang jatuh tu.
“Makan jangan kau tak makan! Baru puas hati aku nie!” kata Tira sambil memijak-mijak
tangan Putri dan mulai ketawa terbahak-bahak ketika Putri menjerit kesakitan.
“Hari nie saya
belanja kamu makan makanan di kantin nie”
kata Mira kepada penyokong-penyokong sebelum berjalan ke arah kantin lalu
meninggalkan Putri dalam kesakitan.
“Nie lah
balasannya kamu melawan kami berdua” gertak Tira kepada Putri malah menendang
tangan Putri sebelum menyertai adik kembarnya.
Dengan tangan Putri yang kesakitan, dia mulai bangun dan
terus ke tandas untuk membersihkan dirinya. Dengan keadaan kesakitan dan rasa
laparnya yang teramat sekali, dia berjalan ke pondok rehat. Putri masih tenang
sekali dan menganggap ia adalah cubaan daripada Ilahi. Lamunan Putri terhenti
sebentar apabila dipanggil dari belakang dan apabila dia menoleh kebelakang ada
dua kawan baiknya Aisha dan Faizal.
“Kamu ok ka?
Maaf la saya betul-betul tak dapat
menolong kamu tadi di kantin kerna bukan main banyak penyokong-penyokong kembar
tu. Dan kerna saya juga la kamu
menjadi mangsa buli adik-beradik kembar tu.”
kata Aisha sambil menangis kerna
kekesalannya dibantu oleh Putri.
“Tidak apa juga, ia adalah satu pahala menolong mereka
yang lemah. Lagipun ia bukan salah kamu juga.” jawap Putri dengan tenang.
“Nie kami
belikan kamu sedikit roti. Kami nampak apa yang berlaku di kantin tadi.” hulur
Faizal sebagai tanda simpatinya kepada Putri. Dia memang minat sangat dengan
Putri kerna sikap baiknya malah dia
terpaksa berlakon sebagai lelaki lembut untuk mengelak daripada adik-beradik
kembar tu minat kepadanya.
Adakalanya dia berasa geli yang teramat sekali akan tetapi dia terpaksa.
Dari jauh kedengaran bunyi loceng menandakan berakhirnya
sudah waktu rehat dan ia meminta pelajar-pelajar untuk balik ke kelas
masing-masing.
Walaupun rasa kesakitan pada tangannya, Putri tidak
menunjukkan kepada kawan baiknya dan bersama-sama mereka melangkah ke kelas
masing-masing.
Tepat jam 3
petang, loceng sekolah telah berbunyi menandakan bahawa sesi persekolahan sudah
tamat. Putri mengemas-gemas bukunya sebelum memasukkan ke dalam beg sekolahnya.
Sebelum Putri sempat meninggalkan kelasnya, dia dipanggil untuk ke kelab budaya
oleh salah seorang ahli kelab tu. Putri
mengikut pelajar yang memanggilnya dan dia berasa hairan mengapakah pelajar tu bukan terus ke bilik kelab manakala
menuju ke arah taman. Dari jauh Putri kedengaran bunyi tamparan tanpa henti dan
bunyi tangisan dari arah taman tu.
Di luar sangkaannya, dihadapan dia Aisha sedang dibuli oleh adik-beradik kembar tu. Apabila dia memandang ke arah ahli
kelabnya, dengan tiba-tiba dia dipeluk dengan kuat dari salah seorang penyokong
adik-beradik kembar tu.
“Mengapa mahu tunjuk hero
ka? Kawan kau kena buli lagi?” kata Tira sambil menunjukkan penyokongnya
untuk melepaskan pelajar yang membawa Putri ke kembar tu dan mengarahnya untuk ditumbuk sekali sebelum melepaskannya.
Didepan Putri, dia berasa kasihan juga ahli yang kena
tumbuk tu. Yang dia berbuat demikian
atas ugutan kembar tu juga. Dia tahu
juga bahawa adik-beradik kembar nie selalu
berbuat demikian dan apa yang dijanjikan sentiasa dimungkari.
“Lepaskan Aisha! Dia tak pernah buat salah dengan kamu!
Mengapa kamu berdua sangat kejam sangat mengalahkan binatang!” pekik Putri yang
mulai tak tahan hatinya melihat Aisha disepak-sepak oleh penyokokng kembar tu.
“Oh. Ingat kamu nie
Puteri Raja ka? Ingat kamu nie alim sangat la!” marah Tira dengan rakusnya menarik tudung Putri sebelum
menolak Putri ke arah Aisha yang kesakitan.
“Ingat kamu nie cantik
sangat la Puteri Kampung! Ingat kau baik sangat kau boleh lawan kami berdua nie?” marah Mira sambil menarik rambut
Putri.
Dengan rasa kesakitan Putri menjerit untuk dilepaskan,
serta-merta Tira terus menampar pipi Putri berterusan. Penyokong-penyokong
kembar berdiri ditepi sambil mengetawakan gelagat Putri meraung kesakitan.
Apabila puas adik-beradik kembar nie
memberhentikan apa yang buat tadi dan mengarahkan salah seorang penyokong
mereka untuk mengambil penyapu. Tira dan Mira mengambil penyapu dengan sekali
hayung, terpancul darah keluar dari kepala Putri. Selepas Putri melihat darah
yang meleleh dari kepalanya dan terus menjerit “Ya Allah! Dengan tiba-tiba, Tira dan Mira tersentak
apabila ada satu kuasa menarik mereka ke belakang malah penyokong-penyokong
kembar tu ditolak ke tepi.
Tira dan Mira berasa sangat terkejut apabila dihadapan
mereka adalah beberapa lembaga gergasi berpakaian seperti hulubalang zaman
dahulu. Dengan muka yang bengis datang menyerang ke arah kembar tu akan tetapi berhenti apabila bunyi
loceng berbunyi bertalu-talu. Dengan perasaan takut dan cemas, adik-beradik
kembar tu terus berlari meninggal
Putri.
Aisha tersedar dan merangkak ke arah Putri yang pengsan,
terus dia menjerit meminta tolong. Dengan serta-merta Faizal dengan beberapa guru
datang memberi bantuan dan dalam 3 minit ambulan datang. Bunyi siren terus berkumandang membawa Putri
ke Hospital. Faizal yang membunyikan loceng tu berturut-turut mengharapkan adik-beradik kembar tu ketakutan mahupun cemas dengan bunyi
kecemasan, apa yang tidak tahu bahawa adik-beradik kembar tu ketakutan atas sebab lain.
Tanpa rasa bersalah meninggalkan penyokong-penyokong
mereka yang menunggu nasib mereka yang bakal mereka terima. Malah Tira dan Mira
tak langsung peduli perihal yang bakal berlaku kepada Putri. Semasa mereka nie berlari dan berhenti apabila
pemandu mereka mengehon kearah mereka untuk dihantar pulang. Semasa dalam
perjalanan pulang, dengan tiba-tiba Tira dan Mira menjerit ketakutan dan
hampir-hampir pemandu terbabas. Pemandu tu
memberhentikan kereta dan menoleh kebelakang ke arah adik-beradik kembar yang
menghairankan bahawa kembar tu dah
tak sedar diri dan mulai meracau-racau.
Datin Rokiah mulai menangis apabila melihat Tira yang
mulai histeria apabila didukung masuk oleh pemandu tersebut malah dia mengarah
pembantu rumahnya untuk mendukung Mira masuk ke rumah. Datin Rokiah mulai resah
dan cuba menghubungi suami Dato’ Ismail agar pulang secepat mungkin.
Adik-beradik kembar
masih dalam keadaan histeria apabila Dato’ Ismail tiba. Dia betul-betul
terkilan apa yang berlaku kepada dua puteri kesayangannya. Keadaan kembar tu semangkin teruk apabila selepas
solat maghrib dengan keadaan menjerit terlolong, Tira mulai menampar-nampar
pipinya manakala Mira pula mulai mencabut rambutnya. Walaupun pembantu-pembantu
rumah itu cuba menghalangkan akan tetapi usaha itu sia-sia apabila mereka
mencuba memegang tangan kembar tu
bagaikan ada kuasa asing membuat mereka terpelanting. Datin Rokiah terus
menangis-nangis melihat keadaan anak kembarnya dan meminta Dato’ Ismail untuk
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mereka menghadapi sekarang nie.
Dari ribuan ringgit dibuang mencari ubat untuk mengubati
adik-beradik kembar nie dari
perubatan moden sehinggakan perubatan alternatif dan traditional, tiada yang
mampu mengubati mereka berdua.
Manakala di hospital, Putri mulai terbangun dari keadaan
pengsannya. Dia tak ingat berapa lama sudah dia tak sedarkan dirinya. Dengan
tiba-tiba, ada suara tenang yang cukup Putri mengenali yang teramat sekali
memanggilnya dari tepi katilnya. Suara itu adalah suara neneknya yang mulai
membelai Putri dengan penuh kasih sayang. Belum sempat Putri berbuka mulut,
neneknya mulai berkata-kata dengannya.
“Nak, kamu
sudah sedar dari mimpian ngeri. Nek
cukup risau anak sama anak tak sedar. Sekarang nie anak tak perlu risau sudah.” kata Nenek Khatijah kepada cucu
kesayangannya dengan tenang sekali.
“Nek, saya
dengar dengan pesanan nenek tapi hari tu
saya mulai hilang sabar dan meminta pertolongan dengan mereka nie” kata Putri yang mulai tersedak
untuk menangis.
“Nak, mereka nie pelindung kamu bukan? Mereka sudah
lama berkhidmat dengan keluarga kita sejak moyang kita menjadi Raja di Pekan
dahulu. Walaupun kita tidak lagi tinggal di istana seperti kaum kerabat kita
yang lain, kita sendiri yang memilih untuk tinggal seperti orang kebanyakkan.
Darah kita nie darah berdaulat
dengan tertitisnya darah kita ke bumi. Mereka hulubalang hitam akan melindungi
kamu, wahai cucu ku” kata Nenek
Khatijah sambil memeluk Putri dan cuba menenangkan cucunya.
“Rasanya lebih baik anak balik sahaja ke pekan Sri Intan
dan teruskan pembelajaran anak di sana.” Kata nenek Khatijah dengan tenang
kepada Putri. Dan Putri mengganguk sebagai tanda setuju.
Setelah Putri beransur pulih, dia membuat pertemuan kali
terakhir dengan kawan baiknya sebelum berangkat pulang ke Pekan Sri Intan.
Semestinya Aisha akan terus-menerus berlinangan air mata apabila mendapat tahu
yang Putri bakal berpindah dan bakal meninggalkan mereka nie. Aisha terus memeluk Putri dengan erat sambil meminta jikalau
ada masa agar berhubung selalu. Manakala Faizal menghulurkan kotak putih kepada
Putri, apabila Putri membukanya dan mendapati gelang tali. Putri tahu yang
Faizal membuatnya sendiri gelang tali tu dan berterima kasih dengan pemberian
itu. Sebelum sempat Faizal hendak memberitahu hasrat hatinya, Putri sudah
memasuki ke dalam kereta dan duduk di tepi neneknya. Apa yang Faizal tahu
bahawa ada kemungkinan bahawa dia tiada rezeki untuk bersama-sama dengan Putri
dan dia sanggup meninggalkan hasratnya. Dengan pelahan-lahan kereta tu
meninggal Aisha dan Faizal, maka perginya kawan dan teman yang baik yang sukar
dicari ganti.
***
Akhirnya Dato’ Ismail menjumpai seorang dukun yang
terhandal yang sukar ditemui. Dibawanya Dukun Ali ke rumahnya, dengan harapan
dukun nie mampu mengubati anak
kembarnya nie. Dengan segala
peralatan perubatan disediakan dengan harapan untuk membantu mengubati penyakit
yang dihadapi adik-beradik kembar nie.
Sebelum Dukun Ali memulakan perubatannya,
“Dato’ saya akan cuba apa yang termampu kerna apa yang dihadapi oleh anak-anak
Dato’ adalah berat sangat” kata Dukun Ali sambil memasukan sesuatu ke kemanyan
dan membaca sesuatu sebelum dihembuskan kearah adik-beradik kembar nie yang diikat rapi agar tidak
menganas.
“Dato’ dan Datin, harap kamu bersabar dengan apa yang
saya bakal beritahu kepada kamu nie.
Anak-anak kamu nie telah buat
kesalahan berat sangat dan perbuatan mereka sekarang nie adalah sumpahan.” Kata Dukun Ali
“Kesalahan apa? Mereka nie tidak pernah buat kesalahan apa-apa pun dan mengapa mereka
disumpah?” marah Datin Rokiah sebelum
ditenangkan oleh Dato’ Ismail.
“Begini Datin, apa yang kamu lihat tu bukan dilakukan oleh anak-anak puan tapi benda lain yang
memaksa anak-anak puan berbuat demikian. Apa yang saya faham mereka nie adalah hulubalang hitam dan mereka nie penjaga setia kepada keluarga
diraja Raja Mahmud. Dan mereka nie
mengukum anak-anak puan kerna mereka
telah menghina dan mencederakan keturunan Raja Mahmud maka secara tak langsung
warisnya menjatuhkan sumpahan tu.”
Jelas Dukun Ali kepada Datin Rokiah.
“Keturunan Raja Mahmud? Adakah anak-anak saya yang melakukannya?
Tiada jalan kah anak-anak saya bebas
daripada hukuman nie? soal
Dato’Ismail kepada Dukun Ali dengan penuh harapan.
“Hanya satu sahaja caranya dengan anak-anak kamu pergi
meminta ampun. Itu sahaja caranya. Tiada ubat di dalam dunia nie mampu mengubati anak-anak tuan nie kerna mereka menghina darah
berdaulat. Nak saya beritahu bahawa masa anak-anak tuan sudah hampir
tamat.” jawab Dukun Ali.
Selepas sahaja Dato’ Ismail mendengar nasihat Dukun Ali,
tanpa berfikir panjang pada keesokkan harinya dia terus ke sekolah untuk
menanya terus dengan pengetua sekolah tu.
Disitu la segala-gala yang dia tak
mengetahui anak kembar telah lakukan dengan kes buli, ugutan malah kes merokok
semuanya didengari. Betapa kecewanya dengan pembuatan anak-anaknya sendiri dan
dia sendiri tak menyangka bahawa dengan menggunakan namanya sendiri
adik-beradik kembar nie bermaharajarela
di sekolah tu. Apa yang disangkanya
bidadari padahal hanya manusia yang bertopengkan syaitan, penyesalannya dengan
kasih sayang diberikan kepada anak kembarnya disalah erti. Apabila dia teringat
untuk menanyakan untuk berjumpa dengan pelajar yang dibuli oleh anak-anaknya
hanya satu diberitahu iaitu Putri yang adik-beradik kembar ingin membunuh
pelajar tu. Kaki Dato’ Ismail hampir
goyah selepas mendengar perihal tu
dan selepas dia mengambil sedikit tenaganya untuk menanyakan di mana pelajar tu. Pengetua tu hanya mengatakan bahawa pelajar tu sudah pindah sekolah dan pelajar tu juga tidak meninggalkan alamat untuk mencarinya bagai semua
perihal mengenai Putri lenyap dengan secara misteri malah orang yang menaja
belajar disana turut ghaib.
Dato’ Ismail terpaksa berputus asa semua harapan yang
mengharapkan anak-anak baik semula hanya mimpi. Dia hanya bertawakal kepada
Ilahi dengan cubaan yang diberikan dan sentiasa bersama-sama dengan Datin
Rokiah untuk menemani anak kembar mereka.
Pada satu malam, dengan tiba-tiba semua tingkap dirumah
Dato’ Ismail pecah kesemuanya dengan secara misteri. Bunyi jeritan meminta
tolong datang dari bilik Tira dan Mira. Tanpa berbuang masa Dato’ Ismail, Datin
Rokiah dan beberapa pembantu rumah terus lari menyerbu ke bilik adik-beradik
kembar. Suasana bilik bagaikan ada puting berliung berputar-putar di katil Tira
dan Mira. Dalam keadaan ketakutan mereka meminta tolong dengan ibubapa mereka
sambil menangis. Dato’ Ismail cuba mencapai tangan anak-anaknya tetapi usaha
itu gagal apabila ada satu lembaga hitam berbaju hulubalang mengalang cubaan
itu. Dengan serta-merta muncul 4 lagi lembaga hitam berbaju hulubalang
dikeliling katil Tira dan Mira. Satu per satu mengeluarkan keris sebelum
mengangkat Tira dan Mira ke atas. Dengan ketakutan yang teramat sekali, Tira
dan Mira menjerit bersama-sama dengan “Ampunkan kami!” sebelum ditikam oleh 5
lembaga tu.
Selepas itu, lembaga itu ghaib satu per satu dan puting
berliung turut berhenti. Dato’ Ismail dan Datin Rokiah terus berlari ke arah
anak-anak mereka sambil menangis. Apabila mereka menerpa anak kembar mereka,
sudah tidak bernyawa dengan serta-merta Datin Rokiah meraung sekuat hatinya
dengan kematian anaknya. Dato’ Ismail hanya pasrah yang dihadapinya akan tetapi
dia tak tahan dengan kehilangan kedua-dua anak kembarnya.
***
Kehidupan Putri menjadi tenang apabila dia pulang ke
Pekan Sri Intan dimana moyangnya membuka tempat tu. Penduduk cukup ramah dengan dia malah dia dapat melupakan kisah
perit yang dia pernah hadapi. Walaupun ada rasa bersalah apabila dia tak sempat
memaafkan adik-beradik kembar itu. Hanya satu perkara yang dia bakal ingat buat
selama-lamanya adalah penjaga keturunan Raja Mahmud.
Sekian.
......................................................................................................................................................................
Buli satu perkara yang kita tak dapat lepas. Ia sentiasa
berlaku dimana-mana sahaja tak kira masa dan tempat. Kita nie manusia dan perasaan untuk menindas mereka yang lemah selalu
ada pada diri kita (tak semua la).
Mereka yang membantu adakala menjadi mangsa itu sendiri. Tak kira yang membuli
itu orang kebanyakkan mahupun yang berkuasa sekali pun, kita sebagai masyarakat
sepatutnya mengelak daripada ia berlaku bukan bukan menggalakkan mahupun tidak
peduli dengan hal nie. Kisah nie adalah sekadar pengajaran buat kamu
sebagai pembaca, kerna di luar sana tu bukan apa yang kita sangkakan
adalah benar dan banyak lagi yang tersembunyi daripada pandangan mata kita
bukan. Keturunan Raja nie adalah
benar dan saya pernah membacanya di dalam sebuah majalah misteri dahulu dan
saya mengambil kisah nie dalam
penceritaan saya nie. Apakah
keturunan nie ada penjaga mahupun
penunggu tiada orang boleh menjelaskannya. Adakah kerna darah keturunan yang berdaulat? Apakah pandangan kamu pula?
Mahu percaya atau tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan