Khamis, 31 Januari 2013

Berjaga


Apabila berlakunya kematian ada satu perkara akan kita buat iaitu berjaga. Tak kira si mati meninggal dunia pada siang mahupun malam budaya berjaga-jaga memang sudah sebati dengan budaya kita tak kira bangsa dan agama. Berjaga adalah mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku kepada si mati sebelum dikebumikan. Adakala menunggu hari, masa mahupun keadaan yang baik untuk mengebumikan si mati nie. Contoh paling terbaik adalah masyarakat cina tak kira dia adalah beragama Buddha mahupun Kristian, kerna bagi mereka nie untuk mengebumikan si mati nie memerlukan pandangan Feng Shui agar waris si mati mampu hidup aman dan terbaik selepas pemergian si mati nie. Seperti masanya, kedudukan kubur dan tarikh yang paling sesuai untuk dikebumikan. Lebih mahal tapak kubur tu lebih baik Feng Shui dia dan tak hairan lah belanja pengebumian boleh mencecah dari RM2000 sehinggakan setengah juta ringgit. Maka wujudnya perkataan seperti “semasa hidup susah, bila sudah mati pun susah”.

Balik ke tajuk cerita yang saya bakal ceritakan nanti adalah kisah saya menolong berjaga untuk keluarga mendiang  mak cik saya dahulu. Selepas mak cik saya meninggal dunia di hospital kerana kanser maka mayatnya dibawah ke funeral parlour di Kota Kinabalu (tak pasti betul ka ejaan saya bagi nie) Fuk Luk Sui. Bangunan 2 tingkat dan dikelilingi dengan perkuburan cina. Di tingkat bawah kira besar juga tapi tiada air-con la hanya tingkat atas iaitu tingkat 1 sahaja ada air-con dan berdekatan dengan pejabat dia. Manakala tingkat atas pula kira open air dan paling besar sekali la. Mereka nie kira sewa berapa hari dan juga kemudahan dia bagi free. Upacara doakan si mati, mereka boleh uruskan ataupun kamu bawa sendiri. Nak katakan lengkap untuk kemudahan penggunanya dengan tempat berjaga, wifi dan TV (Astro). Malah untuk kemudahan lain seperti van mengantar mayat serta kerja pengebumian juga (kira saya ads pula itu tempat). 

Kira kena tunggu 3 hari sebelum dikebumikan agar keluarga terdekat mahupun sahabat-handai dapat memberikan penhormatan kali terakhir sebelum hari pengebumian. Tak perlu kisah kerna pihak funeral parlour sudah kasi sewa keranda peti sejuk tu. Memang berjaga nie sukar sangat la tapi kira pertolongan ikhlas bagi keluarga yang kehilangan orang yang tersayang nie.

Seperti saya nie, saya ada kebolehan untuk mengesan dan menrasakan kehadiran roh semestinya saya sedar semasa saya menolong berjaga nie. Ada satu nie saya rasa seratus-peratus yang saya simpan sendiri dan saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa selepas ia berlaku kepada saya. Pada malam pertama saya berjaga nie pada masa tu hanya saya sahaja belum lagi tertidur kerna saya nie kira macam burung Hantu punya mode la susah mau tidur dan siap ada free wifi siapa nak lepas bukan. Semestinya pada masa tu memang sunyi sekali dan terasa seram juga kerna keliling kamu ada tanah perkuburan. Sepupu saya nie kebanyakkan adalah perempuan dan kalau sepupu lelaki boleh dikira maka perasaan Gentlemen mesti ada bukan, biar lah saya berjaga. Semestinya malam tu  kamu  boleh mendengar bunyi-bunyian yang ganjil selain daripada bunyi serangga. Pernah saya nie terkejut semasa menggunakan tandas (lokasi itu sebelah lift dan berdekatan dengan tingkap yang betul-betul mengadap kepada tanah perkuburan, bunyi macam ada orang berjalan-jalan diluar tandas tu padahal pada masa tu hanya saya seorang sahaja yang masih bangun. Bila saya tengok keluar memang tiada sesiapa pun malah saudara saya masih bertiduran, apa lagi terus saya buat tak tau dan terus ke laptop saya macam biasa saya, padahal dalam hati bukan main seram. Nie la paling seram bagi saya nie, macam ia berlaku pada malam kedua semasa berjaga nie. Sudah 2 hari saya tak tidur sbb saya sudah tak dapat tidur selepas mendengar mendiang mak cik saya nie meninggal dunia malah pada malam pertama berjaga pun saya tiada tidur. Balik pergi cerita saya nie, pada masa saya bermain game di FB tidak tau macam sekitar jam 1 atau 2 pagi. Entah dari mana nie perasaan macam ada benda menengok perbuatan kamu nie. Dari ekor mata saya nie, saya ternampak ada lembaga hitam di belakang saya nie yang pada masa tu saya mengadap laptop saya. Semestinya memang seram sangat bukan main, akan tetapi seperti persis saya selagi kamu tak mengacau dia maka dia tak akan mengacau kamu. Semasa berjaga kamu tidak akan tau apa yang bakal muncul menengok mahupun mencuba menyakat bukan? 

Walaupun perasaan sedih semasa berjaga adakala ada kisah lucu nie berlaku. Sepupu perempuan saya nie nakal-nakal juga la. Time tu dekat jam 11malam sudah dan ada rasa lapar juga nie. Kerna malas mau pigi beli makanan di restaurant dan mengambil masa yang lama nak pulang dan balik juga maka fikir mau panggil delivery la nie. Masa tu fikir mau call PizzaHut kerna masa mau tutup maka call pula nie McD delivery nie. Bukan main lucu nie sampai terketawa nie kira macam mau kasi kena la. Kazen saya nie buat-buat suara seram sambil buat order tu fikir maybe mereka buying it la gitu but mereka nie tak tau alamat nie. Memang fikir kita yang kena balik padahal plan tu berjalan juga la nie. Masa pengantaran tu saya keluar ambil barang so kira saya nie miss la cerita seterusnya. Tapi tak bila saya sudah balik memang nampak nie delivery tu sudah sampai. Kazen saya ceritakan semasa mereka buat delivery tu, sampai 3 pengantar nie bawa makanan tu nie macam bikin kawan la nie. Maybe diorang tau tempat tu plus sudah dekat tengah malam baru diorang nie sampai ke tempat kami nie. Plus kazen-kazen saya nie semua pakai hitam lagi nie nak tambah seram la bila semua keliling tempat tu dekat kuburan lagi. Nah tak tau la perasaan orang McD delivery tu macam mana bah kan. Memang terketawa nie berabis kisah tu , memang lucu sangat nie.

Ok la sampai sahaja cerita saya nie buat malam Jumaat nie. Harap kamu membacanya nie faham dengan pengalaman saya nie jikalau kamu ada kisah sendiri sila kongsikan. 

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan