Khamis, 17 Januari 2013

Kisah Sandakan War Memorial Park


Sini saya sampaikan perihal yang saya pernah post dahulu. Kisahnya adalah sebuah tempat di Sandakan yang paling berhantu dan paling angker sangat. Tak kira siang mahupun malam, tempat tu tetap seram. Kerna tempat tu bekas tempat tahanan perang semasa Jepun memeritah. Kira banyak nyawa terkorban dengan seksaan askar Jepun dulu sebelum lebih parah dengan “Death Marching” (sila baca sejarah berdarah nie sendiri malas nak jelaskan di sini). 

Bagi sesiapa yang pernah melawat tempat ini,sandakan memorial park adalah salah satu tempat bersejarah dan tarikan pelancong di sandakan. Tempat ini merupakan tempat bersejarah, dimana disinila tawanan tentera britain dan australia di seksa, dibunuh dan dijadikan kuli untuk membuat jalan raya maut sandakan-ranau. Ramai pelancong datang ke tempat ini terutamanya dari waris keluarga yang datang untuk melawat tinggalan keluarga mereka yang terlibat.

Nie saya sertakkan ceritanya:

Kisah 1
Seorang teman pernah melalui kawasan taman ini utk balik dari kerja, sekitar jam 2 pagi. Semasa melalui kawasan ini, dia ternampak sebuah lembaga putih, yaitu seorang perempuan di dalam gelap sedang bermain buaian sambil menyanyi- nyanyi......dia merasa pelik, macam mana plak ada buiaian kat tengah tasik tu?? Kedudukan lembaga sedang bermain buaian tu betul-betul di tengah tasik, dan ditepi tasik itu ada sebuah pokok yang agak tinggi dan redup....
apa lagi,si teman ni terus cabut dan keesokannya, dia demam.

Kisah 2
Kasan taman memorial  perang sandakan ini juga pernah mengemparkan negara (pernah masuk berita) tentang kes seorang perempuan mati disulah dalam keadaan bogel. Seminggu selepas kejadian itu, seorang jaga sedang memeriksa kawasan taman ini. Tak semena menanya, dia mendengar suara sayup- sayup meminta tolong, dalam keadaan mengerang kesakitan..... jaga ini terus cabut lari..... penduduk kawasan taman ini juga melaporkan perkara yang sama. Pada firasat,mungkin kah roh si mati tidak tenteram kerana pembunuhnya masih belum ditemui?

Kisah 3
Pernah dilaporkan, orang hilang dalam taman memorial ni. Ini berlaku 3 tahun lepas, dimana seorang lelaki yang lari dari rumah, melarikan diri dan bersembunyi dalam taman ini. Maka, penduduk kampung mengumpul sebanyak orang untuk mencari lelaki ini, yang dikatakan lari ke taman ini. Seorang teman, yang ketika itu masuk ke taman ini bersama 3 gengnya dan mereka berpecah sebaik sahaja sampai di satu jalan yang gelap, di dalam taman ini. Si teman ini liar mencari kelibat manusia, tanpa disedarinya,dia merasakan kesejukan yang agak luar biasa dari arah belakangnya. Mungkin berlaku kejadian paranormal diluar kesedarannya. Dia cuba menoleh tapi kerana perasaan takut, dia cuma melirik ke kiri. Dia merasakan ada sebuah lembaga tinggi berwarna hitam, sedang memerhatikannya. Dengan ketakutan dia terus melarikan diri.

Keesokannya, lelaki yang hilang tersebut ditemui dalam keadaan kebingungan. Ada sesetengah penduduk yang suka bergosip, budak ni kena sorok hantu tinggi yang duduk dalam taman tu. Benar atau tiada kesahihannya.

Kisah 4
Berdasarkan pengalaman aku. Aku pernah berjoging dalam taman nih sektiar jam 5.30 petang. Kawasan taman ini banyak lorong2 kecil, yang bagi aku seram gak. Apabila aku hendak berpatah balik, keadaan jalan semakin merumitkan malah aku sendiri pun tak pernah nampak jalan tersebut. Aku kehulu dan kehilir mencari jalan balik malah makin rumit. Hari semakin gelap dan jam menunjukkan jam 6 petang. Aku semakin bengang kerana setiap kali aku berpatah balik, jalan semakin lain.....aku panik, tanpa semenamenanya, aku melaungkan qamat ditengah hutan itu sambil berjalan. Tidak lama kemudian, aku nampak sebuah pondok kecil berdekatan tasik yaitu jalan keluar dari taman itu. Seram gilo siott!!!!

Kisah 5
Berlaku sekitar jam 3 pagi. Kawan aku ni gatal sangat nak tengok bola so dia jalan kaki sendirian ke taman merpati, tidak jauh dari taman itu. Semasa dia melalui taman tersebut, dia mendengar sayup2 perempuan memanggil namanya. Pada mulanya dia buat dono jer, tapi makin lama suara tu makin rancak memanggil namanya.... dia terus berjalan, sambil menghafal segala ayat ayat suci yang dia tau...... apa bila dia sudah semakin menjauhi dari taman itu, dia mendengar sayup sayup dari arah hutan di taman itu, suara orang ketawa manja yang agak menyeramkan... apa lagi, kawan aku terus cabut lari....

Untuk pengetahuan anda, kisah 1-5 adalah kisah seram dari salah sebuah blog di internet. Ia hanya saya sertakan dalam kisah seram tempat nie. Klu nak tau nie link dia saya kongsikan pada kamu semua untuk cerita selanjutnya, http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=253922 . Kisah seterusnya adalah kisah yang saya pernah dengar berlaku di sana.

Kisah 6
Pernah satu kisah nie, ada budak2 pi main tapuk2 di taman time petang. Ada lima yang main game tu. Ada satu nie jadi org yg mencari nie abis mengira dan mau cari kawan2 dia la. Bila dia mau mencari kawan2nya tu, dari jauh dia ternampak nie sekujur badan serba putih dari jauh. Memang dia fikir mungkin kawan dia bila dekat2 sudah terus itu budah cabut lari sambil menjerit. Apa yang budak tu nampak adalah pocong/ hantu bungkus/ hantu gula2 berdiri dekat satu pokok di sana. Apa saya dengar itu budak demam seminggu dan tak pernah lagi main2 di taman tu lagi.

Kisah 7
Satu kisah lagi nie, pernah ada org ternampak ada seorang gadis berbaju kurung putih berdiri dekat dengan pintu masuk ke taman tu bila tengok kali kedua itu gadis tu sudah ghaib. Ada kemungkinan gadis tu adalah mangsa rogol dan bunuh yang pernah berlaku di Taman Rimba pada tahun 2003. Sebabnya gadis tu satu sekolah dengan saya tapi lain tingkatan macam tingkatan 6 atas something la. Malah ada orang pernah ternampak gadis nie merayau-rayau sambil menangis dan adakala menangis mahupun meminta tolong.

Kisah 8
Nie kisah pula saya dengar dari kawan mom saya sendiri. Kawan mom saya nie tinggal dekat dengan taman tu macam di apartmentnya yang betul2 disebelah taman tu. Baby kawan my mom nie selalu saja menangis bila time senja bukan menangis yang biasa tapi menangis ketakutan malah anak2 kecil yang lain pun satu kali menangis juga. Pernah sekali kawan my mom nie ternampak kepala tarabang landing dekat dengan jendela rumah dia memang ketakutan dia terus. Memang dia ada bawa pastor pegi bless itu rumah tapi masih juga anak2 dia menangis tapi kurang la tak selalu. Mereka hanya tahan  beberapa tahun dan apa saya dengar kawan my mom nie sudah tak tinggal lagi di apartment tu sudah.

Kisah 9
Nie hanya penduduk yang tinggal berdekatan dengan taman tu sahaja yang tau nie, apabila dekat senja sahaja penduduk di sana sudah tak keluar dari rumah. Kerna bila sahaja waktu senja di taman tu, kamu akan terdengaran bunyi orang berkawat. Malah bunyi tu kedengaran secara berterusan dan yang berkawat tu bukan manusia tetapi hantu jepun (kira yang tiada kepala kena pancung). “Mereka” nie akan berkawat dari senja sehingga waktu subuh. Sebab “mereka” nie berkawat, tiada orang tau.

Kisah 10
Nie saya pernah terbaca masa saya post nie dulu, kisah orang berjoging di taman tu. Ada seorang nie (maybe org baru la) pegi joging awal pagi di taman tu. Masa tu memang sunyi tiada seorang pun di taman tu. Seorang nie memang happy sangat sebab tiada orang dan tak sesak la, masa dia berjoging. Dia ada terdengar bunyi orang berlari di belakang dia dan buat kasi pelahan sedikit larian dia maybe orang di belakang nie mau potong dia. Mangkin lama orang belakang nie tak mau potong2 dia lagi apabila dia tengok belakang, ada satu lembaga tanpa kepala ikut berjoging bersama-sama dengan dia nie. Tanpa berfikir terus dia cabut balik rumah dan demam terus seminggu. Kira dia dah serik tak mau berjoging di sana lagi.
Adakah roh tu tak dapat move on? Adakah roh tu tersiksa walaupun mereka nie sudah mati? Adakah mereka nie masih menjalankan tugas mereka walaupun sudah meninggal dunia? Itu kita tak tau jawapan nie.

Walaupun saya pernah hantar tawaran kepada kumpulan paranormal “SEEKER” membuat kajian di sana sampai sekarang tiada berita. Harap ada kumpulan paranormal yang lain akan membuat kajian di taman tu memang berharap rahsia tu dapat dibongkar.

Nie sahaja kisah seram di Sandakan War Memorial Parks, jika ada sebarang tambahan sila jangan segan sila tambah di tempat yang tersediakan. Harap kamu faham, walaupun ia seram dan menakutkan tetapi ia adalah heritage kami dan sebahagian daripada sejarah orang jati Sandakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan