Khamis, 24 Januari 2013

Kuburan

Salam Malam Jumaat semua,

Bila masanya telah tiba, kita manusia tak akan hidup buat selama-lamanya bukan. Bila tibanya masanya, kita akan meninggalkan dunia nie. Dan tempat bersemadinya kita nie tak lain tak bukan di tanah perkuburan. Akan tetapi bukan semuanya cara pengumian kerna ia berbeza daripada pandangan agama yang dianuti si mati. Kalau cara Islam maka pengebumian juga caranya adalah Islam, yang beragama Kristian dengan caranya tersendiri dan sebagainya. Dikirakan bahawa kuburan adalah tempat bersemadinya si mati buat selama-lamanya.

Saya sendiri sudah mengalami kesemua pengebumian dari berlain agama dari yang beragama Islam ke Buddha. Setiap agama ada pandangan sendiri dengan kuburan. Bagi yang beragama Islam bila berlakunya kematian, si mati akan dikebumikan pada hari itu juga tak kira si mati meninggal dunia di rumah mahupun di hospital. Bagi mereka ia harus dilaksanakan dengan segera dan kira taboo juga kalau bedah siasat dijalankan kepada mayat si mati nie. Walaupun kematian tu berlaku pada malam atau pada tengah malam, ada yang mahupun si mati dikebumi waktu malam juga manakala ada yang menunggu sehingga awal pagi baru dikebumikan. Bila ia berlaku maka kesemua waris si mati kena berjaga-jaga dari perkara tak diingini berlaku. Si mati dimandikan dan dikafan sebelum disembahyangkan di masjid mahupun dirumah; dikebumikan di tanah perkuburan dan terakhir dibacakan takhil selama seminggu. Ya bagi mereka juga percaya si mati nie akan kembali ke rumahnya menjenguk keadaan rumahnya buat kali terakhir.

Bagi yang beragama Kristian mahupun Buddha pula berlainan sedikit. Hanya persamaan apa yang saya tahu ialah mereka akan menempatkan mayat si mati buat sementara di keranda peti sejuk, untuk menunggu hari yang sesuai untuk dikebumikan. Nie membolehkan ahli kelaurga dan sahabat handai dapat memberikan perhormatan yang kali terakhir kepada si mati. Dan waris si mati kena berjaga-jaga sepanjang malam serta memberikan doa untuk si mati, selain itu mereka juga akan berjudi dan meminum arak (tiada gunanya kerna pengsan juga) dalam masa berjaga tu. Lain la tempat tu tempat menyimpan mayat sementara kira macam Funeral Parlor (itu saya akan cerita lain hari kerna ia ada kisahnya sendiri). Balik pergi tadi, bila tiba masanya maka mayat tu akan disemadikan di tapak perkuburan (bergantung kepada agama si mati) dan cara pengebumian agama masing2. Satu lagi persamaannya ada kos kerna kos pengebumian, kos penyimpan, kos sewa keranda peti sejuk, kos makanan, kos tapak kubur, kos penghantaran (jika overseas la) dan kos makam; memang tidak lari RM2,000-RM20,000 bagi yang berpendapatan rendah memang menyusahkan tidak bagi mereka yang kaya-raya. Ada satu saying dalam bahasa cina “masa hidup memang susah, bila sudah mati lagi susah”.  Ada satu lagi cara pengebumian tapi bukan dengan menanam akan tetapi dengan cara cremation. Cremation adalah membakar mayat si mati sehingga menjadi abu. Keputusan untuk membuat creamtion atas kerna adakah tempat tu kekurang tanah perkuburan ataupun atas permintaan terakhir si mati itu sendiri ataupun berpenyakit kronik (mengelak daripada penyakit itu berjangkit). Bagi saya walaupun ia ada sedikit murah tapi ia tetap sama sahaja kos dia dengan pengebumian biasa dan ia mengambil masa dekat 1-2 jam daripada pengebuminan biasa yang hanya 1 jam sahaja. Dalam cremation juga bukan semua terbakar habis menjadi abu malah tulang2 masih ada belum menjadi abu. Abu mayat akan diletakkan di dalam bekas dan terpulang kepada warisnya untuk membawanya pulang ataupun meletakkan ia di tempat disediakan. Kebanyakkan cremation dilakukan kepada mereka yang beragama Buddha dan ada segelintir yang beragama Kristian untuk membuat cremation. Satu lagi saya nak tambah bahawa dahulu semasa belum adanya keranda peti sejuk nie, bagi mereka yang beragama Kristian mahupun Buddha akan menanam mayat si mati secepat mungkin manakala ada yang mengawet mayat demi mendapatkan masa dan tarikh yang sesuai untuk pengebumian.

Berbalik kepada kisah saya nie, ada juga manusia yang tak tahu penghormati kuburan nie dengan membuat perkara yang tak diingini pada kubur tu. Ia bagaikan manusia yang bodoh dan tak bertamadun langsung, nie kerna kubur tu kira macam rumah kepada si mati nie dan tempat mereka bersemadi. Perbuatan seperti mengijak2 dan membuat pose yang pernah dahulu berlaku yang membuat ramai orang mengamuk kerna tak menghormati kuburan. Yang menyakitkan hati bila mendapat tahu yang berpendidikan tinggi sanggup melakukan perbuatan terkutuk nie. Bukan sahaja yang hidup marah malah yang mereka yang sudah meninggal dunia turut marah, nantikan pengajaran yang berat bakal dikenakan kepada manusia bodoh nie dengan kemalangan yang tak diingini berlaku, penyakit ganjil sehinggakan histeria.

Nie ada satu kisah yang saya mahu kongsikan kepada kamu semua, nie cerita berlaku di sebuah pekan kecil di Sandakan iaitu Beluran (kira kampung saya kedua la). Kisah nie berlaku sudah lama dan ada kaitan dengan kuburan lama di sana. Berdekatan dengan pekan tu ada dua kuburan lama yang dimiliki oleh dua keluarga cina yang berpengaruh di sana. Tempat tu masih kelihatan walaupun sudah diliputi dengan hutan akan tetapi kuburan tu masih di sana. Nie saya nak cerita kisah tentang kuburan paling besar yang terletak berdekatan dengan sungai/laut kira bberapa batu dari gigi air. Kubur tu paling lama malah paling besar dengan menempatkan dua orang (berpasangan) di dalam satu kubur. Dan kisahnya begini, ada satu budak nie bermain-main di kubur besar nie. Di kuburan besar nie ada 2 patung penjaga menjaga kubur besar nie. Budak nie pergi kasi palit tanah liat di patung tu kununya nak menampal muka patung tu la. Malam tu terus budak tu demam panas yang bukan main dan rasa sakit seluruh badannya. Satu keluarga budak nie sudah bingung bila ubat doktor pun tiada guna, bila mereka pergi minta bantuan dengan dukun. Dari situ mengatakan budak tu ada buat sesuatu dan kesakitan ataupun penyakit tu datang dari perbuatan budak tu sendiri. Bila keluarga budak tu menanya sama budak tu apa dia buat, baru mereka tau puncanya daripada kubur besar tu. Jadi mereka pergi berjumpa dengan penjaga kubur tu (nenek saya) untuk memberi kebenaran pergi ke kubur besar nie. Bila sahaja mereka membersihkan kubur besar tu, budak tu terus baik. Kisah nie diceritakan sendiri oleh nenek saya nie dan apa saya tahu kisah nie berlaku sudah lama dan budak tu sudah besar & berkahwin sudah. Kubur besar tu adalah kubur moyang saya dan saya adalah salah satu waris kepada kubur besar tu (kira cicit). Bila ada masa, memang saya sekeluarga akan melawat kuburan lama tu kerna ia juga menempat kubur datuk saya (mother side) bukan hanya masa sembahyang kubur manakala bila ada masa sahaja kami akan ke sana dengan membersihkannya dan berdoa kepadanya (dengan cara orang Islam, walaupun beragama berlain akan tetapi yang sama cara kami hormat mereka yang sudah meninggal dunia nie).

Bagi mereka yang sudah meninggal dunia, kubur adalah rumah mereka. Kita yang masih hidup nie kena menghormati mereka nie walaupun mereka sudah lama meninggal dunia nie dengan menghormati rumah mereka nie. Tentu kita akan marah bila rumah kita sendiri tak dihormati bukan? Maka bagi mereka juga sama. Untuk mengelak daripada tak diingini berlaku maka bila terinjak secara tak sengaja maka kita memohon maaf, memberi salam bila masuk ke tanah perkuburan, selalu cakap minta lalu mahu minta tumpang. Tak salah kita bersopan santun dan hormat-menghormati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan