Khamis, 27 Disember 2012

Bab 4: Perihal pengetahuan yang saya pernah kongsikan


Nie saya sertakan perihal yang saya pernah kongsikan di dalam Facebook dahulu. Nie kira pengetahuan yang saya kongsikan kepada kamu semua untuk tatapan. Malah saya sertakan beberapa cerita dan pengetahuan yang saya pernah kongsikan.

Dalam bahagian nie, saya akan kongsikan pengalaman saya mengenai “Jelmaan”, “Cara dan Mengelak”, “Kisah Sandakan War Memorial Parks”,“Kuburan” dan “Berjaga”. 

Dalam “Jelmaan”, saya akan kongsikan perihal mengenai jelmaan yang kita selalu dengar dan pernah dialami oleh orang biasa. Manakala dalam “Cara dan Mengelak” pula, saya kongsikan cara-cara untuk melihat benda-benda ghaib yang bagi kita manusia tak nampak kecuali mereka yang ada kebolehan melihat tu lain cerita la. Dan saya sertakan cara mengelaknya dengan petua orang tua dan dari segi pandangan agama. Paling terakhir adalah “Kisah Sandakan War Memorial Park”, kesemua kisah seram dan menakutkan yang saya pernah dengar (kerna saya orang Sandakan yang tulen) dan saya akan kongsikan di sini. Di dalam kisah “kuburan”, kisah-kisah mengenai sebuah kubur lama di sebuah pekan di Sandakan iaitu Beluran. Kisah kubur nie diceritakan penjaga kubur keluarga bahagian mak saya yang pernah berlaku di sana nanti saya akan ceritakan lebih lanjut. Bagi “Berjaga” pula adalah perihal menjaga mayat sama ada dirumah mahupun di rumah pengurusan mayat, nie perasaan pertama kali saya alami semasa menolong keluarga saya berjaga dan pengalaman selama tempoh berjaga.

Dengan nie saya kongsikan kepada kalian.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Ganjil


Salam Malam Jumaat semua,

Nie adalah cerita pengalaman  saya yang terakhir sekali. Cerita nie berlaku semasa saya bersekolah di sekolah rendah tertua di Sandakan, Sabah. Kalau tak silap saya ia sudah melebihi 100 tahun yang terletak di Tanah Merah, Sandakan. Sekolah nie bangunannya diperbuat daripada papan yang mempunyai 1 tingkat sahaja dan berdekatan dengan sebuah kampung di belakangnya. Malah sekolah nie ada tadika serta pejabatnya sendiri dan malah mempunyai gereja atau chapel di atas bukit berdekatan dengan sekolah rendah nie. Nama sekolah dan gereja nie bernama sama iaitu St. Gabriel. Malah dahulunya memang ada pokok besar ditanam di tengah-tengah sekolah nie (tapi ia ditebang kerna keselamatan sebab ia terlampau besar) yang berusia lebih 100 tahun yang ditanam oleh tukang kebun sekolah semasa sekolah tu dibuka.
Kita semasa kecil sentiasa mendengar kisah-kisah seram atau kisah aneh yang berlaku di sekolah bukan? Kadang-kadang cerita tu benar adakalanya ia palsu. Masa tu kita masih budak-budak kira senang ditipu maka kita percaya ia bulat-bulat. Nie saya sertakan cerita pendek tentang kisah-kisah tu dan harap maaf la sebab cerita nie tak seram seperti cerita sebelumnya.

Kisah 1,
Pernah diceritakan bahawa asal usul sekolah disiring bukit nie pernah digunakan sebagai hospital semasa WW2 kerna pada masa tu Sandakan diserang Jepun. Bilik-bilik darjah di bangunan papan digunakan sebagai bilik pesakit manakala pula bangunan tadika tu pula digunakan tempat menyimpan mayat mangsa perang. Selepas perang maka sekolah tu digunakan semula sebagai tempat menimba ilmu semula. Ada pernah berlaku pihak sekolah membuat perkhemahan, ada pelajar ketakutan bila nampak kelibat lembaga hitam di bangunan papan berjalan pelahan-lahan sebelum ghaib. Bagai lembaga tu mencari-cari barang yang hilang, barang yang hilang tu saya tak tahu la apa bendanya.

Kisah 2,
Nie pernah berlaku semasa saya darjah 2. Pernah gempar satu sekolah bila ada pelajar ternampak kelibat lembaga putih terbang ke arah pokok besar sebelum terbang ke pokok durian tua (yang terletak di belakang tadika, kira pokok durian yang tumbuh sendiri yang asal di hutan belakang tadika tu). Malah saya sendiri ternampak macam kain putih bergantung di atas dahan pokok berdekatan dengan sungai kecil malah bukan saya seorang kerna masa tu semua pelajar nampak sebelum disuraikan oleh guru kami. Lepas tu its history kerna esoknya kain putih tu hilang bersama-sama dengan cerita tu.

Kisah 3,
Nie berlaku semasa saya darjah 4. Ada pelajar perempuan sekelas dengan saya menjerit di dalam tandas perempuan ketakutan. Bila di dalam tandas tu ada seekor labah-labah yang sangat besar di dinding tandas tu. Bukan pelajar sahaja ketakutan malah gurunya juga. Dan pengetua sekolah mengarahkan tandas tu ditutup sementara akan tetapi bila mereka mau tutup tandas tu labah-labah sudah ghaib walaupun ada sangka ia keluar dari tingkap tandas akan tetapi pada masa tu tingkap tandas sentiasa tertutup kerna ia mustahil membukanya sebab sudah berkarat. Cukup ganjil bukan?

Kisah 4,
Nie cerita saya dengar dari kawan sekelas yang tinggal di kampung belakang sekolah tu. Gereja / chapel St. Gabriel dahulunya sudah lama tak digunakkan dibiarkan begitu sahaja selepas kematian pastor. Malah penduduk kampung tak berani menggunakkannya. Bila waktu malam, ada akan terdengar bunyi organ dimainkan malah bunyi loceng gereja pandai berbunyi dengan sendirinya. Akan tetapi bila pihak sekolah mengambil keputusan untuk menggunakkan gereja tu semula (memang saya ingat kami la yang kasi bersih gereja tu masa PJK kalau tak silap masa darjah 5. Memang seram la masa kasi bersih gereja tu malah untuk pengetahuan semua kami selalunya masa PJK kami lakukan di perkarangan gereja tu.) dan kisah seram yang berlaku di gereja tu sudah hilang.

Kisah 5,
Nie kisah terakhir yang berlaku semasa saya darjah 5. Memang seram sangat nak menggunakan tandas sekolah kami nie yang terletak dihujung sekolah dan bersebelahan dengan hutan dan sungai kecil tu. Tak kira masa memang seram sangat. Kalau pergi sorang-sorang jangan mimpi la kebanyakkan memang berteman tak kira perempuan mahupun lelaki. Pernah sekali saya temankan kawan saya pergi ke tandas tu hanya kawan saya sahaja masuk manakala saya diluar tandas tu. Masa tu saya bersendirian di luar tandas, boleh saya terdengar bunyi-bunyian yang ganjil yang saya tak pernah dengar. Bila saya lihat keliling tandas tu tiada apa-apa dan saya menanya kawan saya di dalam tandas tu masa ada dia sudah ke belum. Entah dari mana dari hutan belakang tandas nie keluar seekor burung berwarna biru (semua biru) terbang keluar. Tak saya membuang masa saya lari terus ke bilik darjah meninggalkan kawan saya nie. Memang saya kena marah oleh si kawan nie kerna meninggalkan dia nie. Akan tetapi sampai sekarang nie saya tak tau jenis burung tu malah adakah ia sebenarnya atau jelmaan?

Sampai disini sahaja cerita saya sampaikan kepada kamu semua. Memang certa saya tak banyak dan tak menyeramkan langsung. Kebanyakkan cerita nie saya ingat-ingat lupa kerna sudah lama berlaku. Tetapi cukup sayang sekali nie kerna hanya nama sekolah tu masih wujud tetapi bangunan tu dah tak wujud sudah. Nie kerna pihak berkuasa mengarahkan bangunan papan tu dirobohkan sebab tak selamat malah tiada sebarang renovation dilakukan untuk mengekalkan sekolah bersejarah nie. Walaupun sekolah tu dipindahkan akan tetapi sejarah lama yang ada pada tapak sekolah boleh digunakkan sebagai muzium akan tetapi tak. Memang sayang sekali nie. Bila bekas pelajar sekolah tu melihat kembali keadaan sekolah memang pilu dengan keadaan nie. Bukan saya seorang sahaja berfikiran begitu malah bekas pelajar yang lain turut berfikir begitu. Yang menyatat hati nie apabila tapak tu menjadi car wash malah banyak kerosakkan dan vandalism yang dilakukan oleh pekerja car wash nie. Sakit hati betul-betul.


Sampai disini dahulu cerita saya nie dan berakhir sudah kisah-kisah pengalaman seram saya nie. Kalau ada masa yang lain saya akan menceritakkan perihal yang saya pernah post dalam Facebook dahulu. Nantikan perihal nie.

Khamis, 20 Disember 2012

Seorang Diri


Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan ceritakan pengalaman seram yang saya alami ketika saya menjalankan industry training bagi menghabiskan pelajaran saya. Latihan selama 6 bulan di industry permakanan ke restaurant dan perhotelan. Saya nie sudah memohon tempat latihan saya seawal sebelum bulan May dan tidak mau last minute selection (masa final exam saya sudah apply dan kawan-kawan lain belum lagi apply kalau ada pun tak banyak). Sebelum Kaamatan sudah saya dapat keputusannya dan Sutera Harbour Resort menerima saya sebagai pelatihnya di dapur pastry di Pasific Sutera.

Dari saya membuang masa, lebih baik saya ceritakan pengalaman saya nie. Memang betul la yang kita selalu dengar bahawa setiap hotel, motel dan inn tu mempunyai ceritanya sendiri yakni kisah seramnya. Apa yang kita dengar tu berbeza dengan mengalaminya sendiri. Nie kisah yang saya sendiri alaminya, kira banyak chapter sangat jadi saya buat satu kisah dengan satu kisah lagi malah saya akan letakkan beberapa cerita lain yang saya dengar semasa di sana.

Kisah 1,
Nie berlaku masa saya buat kali pertama di sana, masa tu saya seorang diri di dalam dapur. Dapur pastry di Pasific Sutera terletak di level 2 dan terletak di hujung sekali daripada dapur yang lain, kira berdekatan dengan bilik stor dan Ballrooms. Kalau siang hari tak beberapa seram la tapi bila waktu malam bukan main seram hanya Tuhan saja yang tau betapa seramnya. Balik pegi cerita saya nie, rakan sekerja yang lain turun pegi dewan makan untuk berehat sekejab. Pada masa tu saya seorang saja di dapur tu, kalau tikus besar mahupun lipas lalu depan kau pada pertama kali memang terkejut juga la (jangan tanya mengapa kotor sangat dapur tu). Masa seorang tu macam ada nampak kelibat nie lalu di tepi-tepi. Memang saya buat tak tahu juga la dan paling teruk nie bila saya membuat kerja bagaikan ada benda di belakang kamu nie melihat kamu buat kerja. Ia macam satu lembaga besar hitam, berbulu lebat dan mempunyai mata besar berkaca merah. Memang seram sangat pada masa tu akan tetapi saya ada cakap sesuatu pada masa tu. “Saya nie orang baru di sini, saya hanya menjalankan latihan saya di sini selama 6 bulan. Saya boleh rasa kehadiran kamu dan melihat kamu. Saya tak akan kacau kamu maka kamu jangan kacau saya.” Lepas tu lembaga terus ghaib. Tu la pengalaman pertama saya pada hari pertama saya di sana.

Kisah 2,
Nie berlaku beberapa minggu di sana, masa tu saya seorang di dalam stor dapur kami la. Masa saya mencari bahan di sana saya ternampak nie balik lembaga tu (yang saya ceritakan di kisah 1), betul-betul dia di sana. Hanya sepintas lalu saya ternampak ia lepas tu ia ghaib. Bila saya pergi bilik stor dapur kami nie saya rasakan dia berada di sana, macam dia selalu di sana. Bila kawan sekerja bercerita-cerita ada la saya tanya pernahkan diorang rasa seram bila seorang di dapur. Memang mereka katakan ya dan saya ceritakan la hari pertama saya di sana. Pertama memang mereka tak percaya la tapi memang pernah berlaku kepada mereka juga. Rasanya benda tu memang tinggal di sana sudah lama kira tempat tinggal dia la. Saya kasi tau la lebih lanjut bentuknya kerna saya boleh tengok benda ghaib nie dan saya pernah satu kali nie terkejut juga bila benda tu menampaknya dirinya dekat oven besar kami nie. Masa tu memang la mengejut juga maka tak prepare la. Kata rakan pekerja katakan bukan saya orang pertama yang nampak malah ada pekerja terdahulu pun ada kelebihan tu dan pernah menceritakannya pada mereka.

Kisah 3,
Nie kisah saya dengar daripada rakan sekerja saya dulu. Nie pernah berlaku di Pasific Sutera sendiri dan cerita nie hanya pekerja di hotel tu tahu. Ceritanya begini, dulu ada satu Executive Chef (kita kasi singkat EC) nie yang jackass sangat dan selalu cari pasal dengan orang bawahan dia. Silap sedikit memang kena maki berabis sangat kira orang nie kena anti oleh semua pekerja di sana nie. Ada satu pekerja dapur nie (kita kasi nama dia A), selalu jadi mangsa chef tu. Satu malam nie A terlibat dengan kemalangan jalan rasa dekat dengan jalan masuk ke Sutera Harbour tu dan A terkorban dalam kemalangan tu. EC tidak tau tentang kemalangan tu dan marah-marah sudah A tak masuk kerja dah kira mau pecat A sudah. Pada malam tu EC kena pergi club di tingkat atas (macam tingkat 8 atau 10 tak seberapa ingat sudah) pakai lift bila sampai sahaja. EC agak terkejut juga la bila A betul-betul dihadapan dia, terus di marah-marah A tapi A macam buat tak dengar sangat dengan kepalanya memandang ke bawah. EC terus tinggalkan A dan terus pergi ke club tu. Bila sahaja EC di dapur, dia pergi tanya pekerja lain kalau ada nampak A. Memang pekerja lain terkejut juga bila EC bilang dia jumpa dengan A, walaupun berasa lain macam pekerja tu memberitahu EC yang sebenarnya bahawa A meninggal dunia kerna kemalangan tu. Memang EC tak percaya mungkin pekerja lain tu cuba menipu dia nie, bila dia tanya HR memang benar berita tu. Terus demam EC nie seminggu sebelum meletak jawatan dia. Itu ceritanya la. EC tu tak tau di mana sudah mahupun perangai dia tukar ke tak kita tak tau la.

Kisah 4,
Nie kisah saya dengar pula, Pasific Sutera ada pantai dia. Ada orang pernah ceritakan bahawa pernah ada sepasang pelancong asing (tak ingat negara mana) kununnya mau buat projek di sana. Malam tu bulan purnama kira terang la malam tu. Bila sahaja pasangan tu di pantainya dengan tergesa-gesa mereka terus patah balik dan lari terus ke bilik mereka. Bila ditanya apa mereka nampak, mereka nampak macam ada lembaga putih terapung-apung di pantai tu macam lembaga perempuan bergaun putih mulai pelahan-lahan mengejar pasangan tu. Pada keesokkan harinya pasangan tu terus check-out.

Kisah 5,
Nie berlaku apabila saya hendak ke wave pools, pada masa tu malam kena pergi ambil makanan lebihan selepas function yang diadakan di sana. Masa saya mahu ke sana saya kena lalu lorong sunyi untuk menuju ke basement. Masa saya menolak trolly saya nie, macam ada benda menarik apron saya dari belakang bila saya paling ke belakang nampak macam tangan kecil menariknya. Saya memang nampak la ada lembaga kecil seakan-akan budak-budak kecil. Terus saya marah (pada masa tu memang stress) bahawa “ saya mau cepat dan saya tak nak main-main sekarang nie”. Lepas tu lembaga tu ghaib. Itu bukan last time saya nampak lembaga kecil tu dan masa lain tu bila saya turun tangga saya ada nampak lembaga tu di sana tapi tak menggangu la hanya melihat saya sahaja. Dan satu kali semasa saya pergi mengambil gelas di bilik stor besar di belakang dapur pastry, untuk ke sana kamu kena lalu lorong yang panjang dan sunyi. Masa tu memang nampak kelibat budak-budak bermain di sana sebelum ghaib di hujung lorong tu.

Kisah 6,
Nie kisah saya dengar yang terjadi di Marina Sutera dari salah seorang pekerja di sana. Pernah satu malam nie ada seorang dua pekerja dapur yang terakhir yang kira mau kunci dapur tu selepas membersihnya. Masa mau menguncinya, mereka memastikan tiada orang lagi di dapur tu sebelum menguncinya. Entah dari mana, dari jauh macam ada susuk badan orang di hujung dapur. Bila sahaja 2 orang nie pergi periksa orang tu sudah tiada. Tanpa membuang masa mereka cepat-cepat menguncinya dan terus balik. Apa yang berlaku pada 2 orang nie tiada yang akan tahu kerna lepas perkara tu terjadi 2 orang pekerja tu meletakkan jawatan ada kemungkinan tu sebabnya.

Kisah 7,
Nie saya dengar dari orang sana juga, salah satu bilik di Pasific mahupun di Magellen Sutera pernah berlakunya kematian mengejut. Kisahnya begini, ada satu guest nie tak keluar dari biliknya sehari walaupun masa check-out guest tu masih tak keluar. Bila pihak hotel pergi check, guest tu sudah meninggal dunia sudah bukan kerna membunuh diri tetapi ada orang kata semula jadi dan ada orang kata heart attack. Terus pihak hotel menelefon keluarga guest nie dan keluarga guest tu minta mayat tu mesti di dalam bilik tu juga. Lepas mayat tu kena ambil warisnya, pihak hotel memang kasi bersih tu bilik akan tetapi bila guest lain tinggal di bilik tu. Mereka terasa bagaikan ada melihat mereka dan kira tak selesa sangat. Malah salah satu maid di sana pernah nampak lembaga hitam di bilik tu walaupun bilik tu tak dihuni oleh sesiapa pun. Bagaikan roh si mati masih disitu dan rohnya tidak mau moving on ada kemungkinnya dia mati celik.

Kisah 8,
Nie pun saya dengar dari rakan sekerja saya, nie pernah berlaku di Golf Club dia. Ceritanya hanya singkat sangat. Ceritanya begini pernah satu malam nie, ada seorang waiter di sana tinggal dia seorang disana. Dia kena make sure semua bersih sebelum dia balik. Tempat makan di sana kira open air dan mengadap ke padang golf tu. Bila mau tutup saja, dia ternampak ada lembaga hitam berjalan-jalan ke arah padang golf. Waiter tu memang hairan la siapa yang berjalan-jalan tu, terus dia berjalan ke arah lembaga tu untuk memberitahu bahawa club tu mau tutup. Bila sahaja dia sampai terus waiter tu pucat kerna hadapan dia adalah lembaga tak berkepala. Tanpa berfikir panjang terus dia larikan diri. Keesokkan harinya dia terus demam dan selepas baik sahaja terus dia letakkan jawatannya.

Kisah 9,
Nie kisah pengalaman saya yang terakhir, nie berlaku semasa saya mengambil bahan di dapur hujung di basement. Sebenarnya ada wujudnya sebuah dapur selain Chinese Kitchen kira tempat menyediakan bahan-bahan dan kira tempat bucher. Tak kira siang mahupun malam dapur tu tetap seram sama ada berkawan mahupun bersendirian. Jika hendak ke dapur tu kena minta kunci dengan penjaganya kerna dapur tu sentiasa berkunci tak kira masa. Balik ke cerita saya nie, malam tu memang gelap walaupun berlampu kerna keadaan dapur tu cukup gelap. Bukan hapa kerna cerita yang saya dengar dari rakan sekerja bahawa pernah satu chef nie pergi ambil barang di dapur tu malam-malam, bila dia sampai ke dapur tu di ternampak nie ada lembaga hitam macam memotong daging mentah di dalam keadaan dapur yang gelap. Pada masa tu dia seorang sahaja di sana apa lagi terus dia cabut dan keesokkan harinya dia demam sebelum dia meletakkan jawatannya. Tu yang saya dengar dan bila saya disana teringat-ingat saya cerita tu. Memang seram bila kamu di dalam dapur tu malah kamu merasakan bagaikan ada benda melihat perbuatan kamu selama kamu di dapur tu. Memang seram walaupun berkawan juga. 

Kisah 10,
Kisah nie saya dengar dari rakan pekerja saya. Kisah nie berlaku di dapur di Magellen Sutera. Pada masa tu ada seorang pekerja perempuan di bahagian dapur, kira dia la yang paling last habis kerja. Bila dia mau balik dia kena lalu melintasi office Executive Chef. Bila dia sampai di sana, dia betul-betul ternampak ada lembaga hitam berambut panjang duduk di dalam office yang gelap tu. Tanpa berfikir panjang terus dia larikan dirinya tanpa melihat belakangnya. Keesokkan harinya dia demam dan kalau tak silap dia masih kerja di sana sebelum berpindah ke Pasific Sutera. Dan dia la orangnya menceritakan saya cerita tu.

Kisah 11,
Nie kisah berlaku d Magellan Sutera dan diceritakan sendiri oleh mak cik saya yang pernah berkerja di sana. Kisah nie sedikit sahaja. Begini mak cik saya sama kawan dia nie pigi mau ambik cookies d Pastry Kitchen nie. 1st mak cik saya nie nampak ada orang di dlm dapur tu so dia bilang sama kawannya ada orng di dalam dapur tu. Bila mereka pigi kitchen tu, tgk2 tada org pula walaupun satu dapur kena check memang tiada orang pun di sana. Apa lagi terus mereka nie buat langkah seribu dan terus cabut lari.

Kisah 12,
Nie berlaku di golf club dan diceritakan oleh mak cik saya juga. Pernah nie satu org keja OT pigi pungut bola golf masa dia dekat jam 12am. Bila dia pungut nie ada benda baling dia bola golf d belakang dan bila dia tgk ada pula bola golf tu d belakang. Kemudian dia sambung balik pigi pungut bola golf lagi dan sekali lagi nie ada bola golf kena baling di belakang dia. Padahal tiada sudah nie bola golf d belakang dia nie kerna semua dia sudah pungut. Bila dia tgk depan kerna tak tahan sudah balik2 nie kali nie dia terus tgk belakang dia. Dam ada satu lembaga hitam berbulu dengan mata merah kaca dibelakang dia nie. Tanpa menghirau apa2 lagi terus dia cabut. Esoknya dia demam plus bagi notis berhenti keja.

Kisah 13,
Nie terjadi di Magellan Sutera, dan dicerita oleh mak cik saya semasa dia berkerja di sana. Cerita nie berlaku pada satu malam nie. Ada satu kapel orang putih nie kissing2 dekat dengan lift dari jauh nie salah seorang perempuan org putih nie nampak ada perempuan berpakain serba putih berdiri dekat mereka nie memerhati perbuatan mereka berdua yang tak senonoh dengan marah. 1st mereka nie buat tak tau apabila perempuan org putih nie nampak yang perempuan tu tiada kaki (tak injak tanah la), apa lagi terus couple to tekan lift terus cabut pigi bilik mereka. Same time ada satu security berjaga-jaga pada masa tu, masa patrolling dia nampak perempuan yang berpakaian serba putih. Dia bilang sama perempuan tu "Miss, you are not allow to walk here." Tapi itu perempuan tak balas. So security tu suluh la dari atas ke bawah itu perempuan, terus pucat security tu apabila perempuan tu tak injak tanah. Pelahan-lahan dia patah balik terus cabut. Esoknya dia demam dan beberapa hari dia bagi notis berhenti kerja. Dan couple to pigi complain apa yang terjadi semalam semasa diorg nie pigi check out. Sempat la perempuan org putih nie bagi soalan bonus "Why that lady have no feet?"..

Nie sahaja kisah saya buat malam nie. Segala-galanya adalah pengalaman saya selama saya di sana dan cerita-cerita seram yang saya dengar. Apa yang kita dengar tentang kisah seram mengenai hotel, motel mahupun inn tu adalah benar akan tetapi berlain versinya. Hotel boleh dikatakan tempat sesuai bagi benda ghaib nie tinggal kerna tidak kesemua bilik tu didiami malah bilik tu adakala dibiarkan kosong jika ia bergantung pada musimnya. Maka ada petua orang dulu-dulu, bila kita ditempat baru hendaklah kita memberi salam malah kita diminta untuk mengetuk pintu bilik yang kita bakal diami nie dan memberi salam. Nie hanya langkah berjaga-jaga sahaja dan mengelak daripada kejadian tak diingini berlaku. Kita tak tau asal usul mahupun sejarah tapak hotel tu bukan sama ada ia tempat tu hutan, tanah tambak mahupun benda lain. Adakala hotel, motel mahupun inn nie tempat lintasan roh mahupun hantu nie tu kita tak pasti bukan bila benar tu lain cerita. Kewujudan mahluk ghaib tu di sana ada sebab tertentu dan hanya kita sebagai manusia yang boleh melihat mahupun tak, hanya cuba mengelak sahaja bila kena juga dah kira takdir kamu.


Sekian dulu buat malam nie, nantikan kisah seram saya yang terakhir “Ganjil” di malam yang lain