Khamis, 13 Disember 2012

Kisah di Kunak


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan sampaikan kisah pengalaman seram saya buat tatapan semua. Kisah nie berlaku semasa berumur 13/14 tahun dan kisah nie sudah lama berlaku adakalanya saya tidak ingat kisah nie bila saya menulis semula point saya baru saya ingat semula. Kisah nie berlaku semasa saya, family dan saudara saya pergi melancong ke Kunak sebelum ke Semporna pada musim cuti sekolah. 

Memang seronok la bila kamu bertemu dengan family kamu apatah lagi bila bertemu dengan sepupu bukan. Itu la perasaan bila diberitahu yang bila mau pergi melawat mak cik Ros saya di Pangkalan Madai, Kunak. Dimana kami pernah pergi kesana sudah (tak bermalam di sana) dan kira kali kedua kami ke sana la. Suasana paya bakau dengan persekiran yang aman bila disana dan juga haiwan-haiwan yang terdapat disana. Malah dua mak cik saya (kakak tua kepada mak cik Ros saya di Kunak) turut mau join sekali melawat dia di Kunak. Selepas mengambil mereka di Airport dan bermalam satu hari di rumah saya untuk membuat preparation untuk perjalanan keesokkan harinya. Memang seawal jam 6 pagi sudah kami memulakan perjalanan kami kerna menggelak daripada kesesakan lalu lintas sebab masa tu adalah musim cuti sekolah. Dekat 3jam setengah baru kami sampai ke simpang memasuki pangkalan Madai yang kira berdekatan dengan simpang ke Gua Madai. Dan mengambil masa 30minit untuk sampai kerna jalan tu masih belum bertar lagi kira garble dan kena lalu beberapa kampung untuk sampai ke destinasi tu

Suasana memang seronok sekali dan kegembiraan bila bertemu dengan keluarga kami. Persekitaran memang 100% paya bakau bersama dengan sebatang sungai (yang digunakan oleh boat untuk memancing ikan ke laut) dan binatang-binatang yang unik boleh dilihat secara berdepan bukan yang dibaca dari buku. Contohnya seperti ikan yang boleh menembak air untuk menjatuhkan mangsanya (tak ingat nama ikan nie), burung raja udang (Kingfisher) dan biawak (monitor lizard). Kebaikan di sana adalah dapat memakan ikan yang segar lepas ditangkap (yang sering diberikan kepada suami mak cik Ros saya kerna bekerja di sana).

Nie kisah seram pada malam harinya, memang tempat tu aman akan tetapi bila malam harinya keadaan macam sunyi semacam saja yang kamu boleh dengar adalah bunyi kodok dan bunyi-bunyi unggas di paya bakau tu. Nie saya kasi cut direct pigi time tidur, dimana bila setiap kali saya mau tidur ada terdengar macam ada benda menyeret di luar mangkin lama bunyi mangkin dekat tapi di luar ringkap tu terang kerna pada malam tu bulan penuh tiada apa-apa diluar. Pernah nie saya dengar yang adik saya nie ternampak bila terbangun tengah malam, ada benda terbang perlahan-lahan di luar tingkap atau lebih lanjut kepala terbang (pandai-pandai la sebab kamu tau apa benda tu) apa lagi dia terus berpeluk dengan mak saya ketakutan sampai tertidur. Nie berlaku pada malam pertama kami bermalam disana. Lepas tu bila kami bermalam disana, kami sudah tau apa nak buat.

Kamu semua memang tidak tau wujudnya kolam air panas selain Kolam Air Panas Poring dan di Tawau bukan? Memang wujudnya satu lagi kolam air panas di Kunak, itu yang kami dapat tau selepas pak cik Jo (suami Mak cik saya Ros) memberitahu tempat tu. Kolam air panas nie tak ramai yang pergi kerna ia terletak di tempat yang terpencil dan untuk memasuki tempat tu kena melalui beberapa ladang kelapa sawit untuk sampai ke sana. Kolam air panas tu berada berdekatan dengan sebatang sungai dan dikelilingi dengan hutan.

Memang syiok la bila tau, tak payah pigi jauh-jauh untuk mandi air panas. (Maaf la jalan masuk ke kolam air panas tu saya sudah lupa sebab ia sudah happen 11 tahun yang lalu, kalau mau tau kena cari-cari orang di sana untuk tau tempat itu pun kalau mereka tau la). Direct pegi kisahnya, bila sampai memang la orang yang lebih tua akan baca-baca sesuatu dan memberi salam kerna tempat itu tempat baru dan tempat tu terpencil sangat. Bagi yang masih kecil memang seronok la bila dapat bermandi-manda di kolam air panas dan mandi sungai. Bagi saya lain pula terasa macam ada benda menengok kamu nie, perasaan tu lain macam sangat apabila kehadiran kamu di sana dilihat oleh sesuatu. Yang uniknya termpat tu bersih sangat bagaikan ada benda menjaganya malah batu-batuan disekitar kolam dan sungai hampir kesemuanya berwarna hijau (ada minta izin ambik batu tu tapi tak ingat mana hilang sudah batu tu), batu unik nie bila basah ia hijau manakala bila ia kering pula ia macam batu sungai biasa dengan sedikit bintik-bintik berwarna hijau. Memang ada yang sepupu yang kecil dan adik saya sendiri menangis macam ada benda di sana. Bukan itu saja saya sendiri pun ada nampak benda tu berdiri di tepi sungai tu yang menengok ke arah saya nie, macam lembaga sederhana besar memang gelap bentuk benda tu. Walaupun pak cik Jo nie cina tapi kerna sudah biasa tinggal dengan penduduk kampung maka dia tahu, dia bersama-sama dengan bapa saya memberikan sedikit makanan (yang memang kami bawa untuk berkelah di sana) dan diletakkan di pokok besar yang terletak berdekatan dengan kolam air panas dan sungai (kira tengah-tengah).  Lepas tu perasaan tu sudah hilang, bagaikan benda yang tinggal di sana membenarkan kami semua berada di sana. Memang la bila habis semua sampah dan sisa makanan tu kami kasi bersih serta kami kasi tinggal makanan lebihan tu dekat pokok tu.

Lepas tu, tiada sudah kisah pengalaman saya nak ceritakan kerna selepas cerita nie tiada kisah seram berlaku sudah. Maka sekian dulu cerita saya buat malam nie. Jangan disangkakan manusia sahaja ada perasaan ingin tahu malah binatang dan mahluk lain turut mempunyai perasaan nie. Selalu pada malam pertama mahupun kali pertama kamu di tempat baru mesti ada benda lain bersama-sama dengan kamu mahupun datang melihat sahaja. Kamu bagaikan orang asing yang datang ke tempat “mereka” nie dan “mereka” nie hanya ingin tahu siapa yang datang sahaja. Walaupun “mereka” nie tak boleh dilihat dengan mata kasar bukan bermakna “mereka” nie tak wujud. Maka petua orang dulu-dulu tiada maknanya akan tetapi setiap petua tu ada sebabnya untuk mengelak daripada perkara-perkara buruk bakal menimpa. Memang ramai main langgar bila di tempat terpencil seperti sungai, kolam mahupun air terjun; petua tak dibuat maka berlakunya kematian seperti mati lemas mahupun hilang. Bila kena baru merana dan menyesal berpanjangan. Bila dunia dah moden, apa yang dahulu dilupakan dan dikatakan karut. Petua tu hanya mengelak sahaja tak lebih dari itu, ikut atau menyesal. Ingat di tempat baru selalu ingat untuk memberi salam kerna bukan kita sahaja di dunia nie malah ada mahluk ghaib lain turut menumpang di dunia nie.


Nantikan cerita kedua saya “Seorang diri” di lain masa.

Sekian.

Bab 3: Sambungan cerita pengalaman seram saya


Nie adalah kisah pengalaman seram yang saya ingin kongsikan kepada kamu semua. Cerita nie saya belum pernah ceritakan kepada sesiapa pun dan kisah nie berlaku kepada diri sendiri mahupun orang lain. 

Untuk bahagian hanya 3 sahaja cerita yang saya ceritakan iaitu “Kisah di Kunak”, “Seorang diri” dan “Ganjil”. Kisah di Kunak adalah kisah nie sudah lama berlaku dan kira kisah lama yang terjadi kepada saya sekitar umur 13/14 tahun. Dimana kami sekeluarga bermalam di rumah mak cik saya di Kunak (itu dulu sekarang mak cik saya sekeluarga dah berpindah dari sana atas alasan pertukaran kerja suami mak cik saya nie, dan mereka tinggal tetap di Sandakan sudah). Bagi saya tahap keseraman cerita nie dan cerita terakhir hanya tahap sederhana sahaja kecuali cerita kedua yang saya bakal cerita pada saya adalah kisah seram pada tahap tinggi. Kisah kedua adalah kisah pengalaman saya semasa menjalani Industries Training di Sutera Habour Kota Kinabalu, under Pasific Sutera. Memang apa yang orang luar katakan bahawa hotel sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah seram dan menakutkan tak kira bilik mahupun persekitaran hotel tu. Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang cerita nie. Cerita ketiga pula adalah kisah lama semasa saya belajar di sekolah rendah tertua di Sandakan iaitu SK. St. Gabriel, Tanah Merah (nama saja masih wujud di peta tapi tak wujud di tempatnya kerna tempat tu dah terbiar manakala sekolah itu pindah tempat ke Karamunting, Sandakan). Terdapat banyak cerita mulut dan pengalaman sendiri tentang sekolah rendah nie, nanti saya akan ceritakan.

Nama tempat mahupun nama orang, kira tidak 100% saya ingat kerna nie berlaku sudah lama. Harap siapa yang tahu maka jangan terasa ya nie hanya cerita pengalaman seram saja. Yang bimbang kalau terasa seram dengan cerita nie maka bacanya pada waktu siang mahupun berkawan.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.

Khamis, 6 Disember 2012

Benci Nombor Ekor


Bagi orang yang sensitif pada perkara yang manusia tak boleh rasa mahupun melihat perkara yang ghaib, ia adalah satu kelebihan yang Maha Esa telah berikan dan ada juga menganggap ia sumpahan. Kebolehan nie boleh didapati melalui keturunan mahupun mendapat ia dengan sendirinya. Saya juga salah seorang yang boleh nampak yang manusia lain tak dapat dan saya dapat ia cara tak sengaja dan ia juga dari keturunan juga. Ada banyak perkara yang kamu harus sembunyikan kerna ada ramai manusia di luar sana tak percaya kepada hal nie dan mengganggapnya sebagai tahyul dan karut. Di era abad 21 nie bilangan manusia yang mempercayai kepada hal nie tidak banyak malah lebih kepada pemikiran rasional dan secara sainstifik. Kepercayaan kepada benda-benda ghaib hanya ditolak kepada bomoh, dukun, bidan dan pengamal perubatan traditional. Apa yang mereka percaya hanya teknologi sahaja dan setiap perkara boleh diterangkan dengan sains bukan dari segi agama dan kepercayaan sudah. Mangkin lama manusia lebih mempertuhankan sains daripada Yang Maha Esa. 

Balik kepada kisah saya, orang macam saya nie boleh menrasakan kehadiran semangat mahupun roh dan juga mahluk ghaib yang lain. Perasaan tu cukup kuat sekali malah ada yang membuat seseorang itu pening, sakit kepala dan bagi saya menangis. Perasaan nie adalah penanda kehadiran mereka nie. Ramai yang tidak sedar mereka mampu merasakannya malah sering kali mengaitkan dengan penyakit. Orang yang sensitif nie tak mengira umur malah ada yang kehilangan kelebihan nie bila meningkat umur. Tak hairan la bahawa kanak-kanak boleh melihat benda-bande ghaib nie kerna hati mereka masih tulen dan bersih tidak bagi mereka yang meningkat dewasa dimana hatinya mulai dipenuhi dengan perasaan cemburu, dengki, takbur dan sebagainya. 

Kerna nakkan kekayaan dengan cara mudah tak perlukan banyak usaha, manusia lebih kepada nombor ekor untuk mendapatkan kekayaan itu. Kepercayaan agama pula ditolak ketepi atas nama duit. Ada manusia sanggup menyembah kubur mahupun apa-apa yang dianggap keramat hanya mendapat nombor bertuah itu. Jangan disangkakan orang itu baik dan beriman akan tetapi hatinya tiada orang tahu bukan, silap hari bulan boleh kamu terjumpa orang tu di tempat membeli nombor ekor nie bukan. Walaupun ada papan diletakkan di kedai tu tentang ia haram bagi orang Islam kerna ia dikira sebagai judi, akan tetapi amaran itu diingkari masih ada orang Islam membelinya. 

Kenapa saya tahu hal nie, kerna saya pernah lalui dan memlihat perkara yang membuat saya membencinya lebih. Ada sanggup merosakkan dirinya sendiri untuk membeli barang haram nie dan tak menghirau keluarganya dirumah kelaparan. Hanya kerna nombor, keluarganya sengsara. 

Nie pengalaman pertama saya sebab saya anti nombor ekor. Orang dulu-dulu ada habit menyimpan barang-barang purba bukan dari tembikar ke senjata lama bukan. Pernah satu kali nie saya pergi ke rumah mendiang mak cik saya atas jamuan makan malam akan tetapi jamuan itu ada maksud lain apabila dia menjemput seorang bomoh (bomoh tu dah meninggal). Bomoh nie kalau tentang nombor ekor nie selalu kena tepat, maka process mendapatkan nombor ekor nie melalui menggunakkan barang purba yakni sepasang pedang samurai yang mendiang mak cik saya simpan. Masa process tu dijalankan, tak tau apa bomoh tu baca keluar nombor di pedang tu. Tapi bagi saya pula merasakan semangat di dalam pedang tu rasa kesakitan kerna saya merasakan air mata saya keluar dengan sendirinya. Semangat itu rasa cukup sengsara sangat. Saya memberitahu mak saya tentang hal dan menasihatkan supaya tak teruskan akan tetapi ia terus berterusan juga. Nie ada satu perkara yang saya tau pada masa itu kalau ia dipaksa ia tak akan menjadi nombor itu keluar. Kan betul bila pada hari ahad result dia keluar yang bahawa nombor tu tak keluar malah kira terbalik pada hari kemudiannya. 

Nie pengalaman satu lagi nie pernah saya ceritakan sebelumnya dalam “Kerana Bising” sila rujuk disana.

Dan nie kira pengalaman yang menambahkan kebencian saya, pernah sekali mak cik saya nie (mak cik saya yang tinggal d kampung nie dari last story saya nie dalam “Bunyi”) bersama-sama dengan suami, kawan-kawannya dan mak saya join upacara menarik nombor ekor di rumah kecil di depan rumah besar dimana dibawahnya ada busut (apa yang saya tahu busut tu ada penunggu tapi penunggu nie baik suka pada kanak-kanak). Mereka bersama-sama satu bomoh nie pi bersila dekat busut tu la di dalam keadaan gelap. Masa itu saya dirumah besar memang motto saya yang saya tak minat dengan hal nombor ekor maka saya seorang sahaja di rumah tu. Kazen saya macam tak tau ke mana sudah itu budak maka saya seorang saja sambil tengok TV (mana ada peluang tengok tv masa malam-malam kerna selalu card Astro kena cabut oleh suami mak cik yang nyayuk nie). Diluar rumah betul-betul sunyi, dengan tiba-tiba macam ada benda lari dengan laju dari pintu besar rumah tu pergi ke pintu dapur. Macam benda tu lari tu betul-betul macam kecemasan mau masuk nie, apa yang saya tau semua anjing-anjing mak cik saya sudah kena rantai dan ayam-ayamnya semuanya di reban sudah. Kucing pula bersama-sama dengan saya nie, jadi apa benda yang lari di luar sana tu? Bila sahaja upacara tarik nombor ekor tu habis, ada juga saya tanya pada mak saya apa benda tu akan tetapi sampai hari nie saya masih tak tau jawapannya. Mestilah lepas tu habis memang share-share nombor yang telah dapat tu kan macam mana mau pau dia dan kasi terbalik dia dan last sekali berapa mau beli. Nie betul-betul buat saya bertambah benci pada barang nie, demi kekayaan apa pun sanggup buat. Last sekali nombor tu tak keluar, puas? Buang masa bersila di bawah kolong rumah tu dan derma darah dengan nyamuk satu sen pun tak dapat.

Saya hanya nampak macam minat pada nombor ekor nie tapi sebaliknya saya sentiasa menyumpah nombor tu tak kena. Kalau kena maka sumpahan saya tak menjadi dah kira nasib orang tu bernasib baik la. Akan tetapi saya tetap benci kepada benda nie

Sekian dulu cerita saya buat malam nie, harap kamu menerima sebab saya anti sangat pada nombor ekor. Ia haram dalam agama akan tetapi manusia mudah leka bila pada duit. Duit adalah punca perkara nie berlaku kerna bila kamu berkuasa dan kaya, kamu dilayan macam Tuhan dan Raja. Apabila kamu hilang kuasa dan miskin, kamu akan dilayan macam anjing kurap malah tidak dipandang langsung. Nie la manusia kebaikan itu bukannya diterima hanya kejahatan sahaja yang dianggapkan baik. 


Nantikan cerita pengalaman saya yakni “Kisah di Kunak” di masa yang lain. 

Sekian.

Khamis, 29 November 2012

Bunyi


Nie saya akan ceritakan pengalaman yang saya telah lalui selama 1 tahun setengah. Pengalaman nie saya tempur selama saya di sana. Pengalaman terjadi semasa saya menumpang di rumah mak cik saya di sebuah perkampungan di kawasan Penampang lama iaitu di bahagian Donggongon. Kampung tu kira terpencil kerna tiada pengangkutan awam yang keluar masuk hanya pengangkutan van pirate kampung sahaja yang boleh diharap tetapi bukan setiap masa ada van nie. Kampung nie saya akan rahsiakan dimana hanya satu benda saja saya akan memberitahu lokasinya dengan ia berdekatan dengan tempat yang bernama Junction of the Cross.

Saya menumpang di rumah mak cik saya hanya kerna saya berlajar di kolej ATIC mengambil diploma dalam seni pastri. Selama saya disana ada kisah seram dan benda-benda yang saya lihat yang manusia tidak dapat melihatnya. Nasib baik la hanya 1 tahun setengah saja saya disana disebabkan ia terlalu jauh dari segi pengangkutan iaitu perlukan 3 kali bus, sering kali banjir dan ia terlampau sunyi. Pernah saya kena tidur 1 malam di hotel kerna jamuan ATIC night kira senior years la, lewat baru abis dan tiada sudah pengangkutan balik jangan harapkan orang ketam batu macam mak cik saya untuk mengambil saya. Syukurlah yang saya berpindah ke Bevelly Hills dimana ia dekat dengan bandar dan saya hanya 2 kali bus sahaja dan ia boleh menjimatkan duit pengangkutan saya juga. Malah saya tak perlu risau lagi dalam hal balik kerna semasa saya akhir sems saya memang balik lewat dan banyak perkara perlu disiapkan.

Balik pergi kisah saya nie, rumah mak cik saya nie 1 tingkat dimana ditingkat bawah adalah simen manakala tingkat atas adalah papan. Bilik saya saya menumpang nie ditingkat atas. Walaupun agama kami berbeza tapi ia tak menjadi masalah kepada saya. Malah saya pernah tolong mak cik saya catering buat penganut Kristian. Mak Cik saya nie Roman Katolik kira kuat sembahyang la akan tetapi dia nie kuat main nombor ekor (nanti saya akan ceritakan didalam tajuk “Benci nombor ekor”).

Nie saya nak ceritakan pengalaman seram saya semasa saya menumpang di rumah mak cik saya nie, bagi yang telah membaca pengalaman seram nie mesti ada yang sudah tahu yang saya nie boleh tengok dan rasa yang manusia tak boleh. Kira ganjil bukan akan tetapi saya nie bukan nak menarik perhatian orang lain hanya saya seorang saja yang tahu kerna tak nak orang lain salah anggap apa yang mereka tak nampak maka mereka menggangap ia karut dan tahyul. Bukan ka nie kita selalu nampak bukan dan ia adalah punca orang yang bercakap takbur dan besar selalu kena teruk; lepas tu la baru menyesal tak sudah.

Dirumah mak cik saya nie ada beberapa tempat yang saya rasakan ada benda di sana, diantaranya ada sebuah bilik di tingkat bawah ia ada perasaan gelap sangat walaupun ia dekat alter gambar Holy Mary akan tetapi bilik itu betul-betul lain sekali. Kemudian dekat penjuru pintu dekat tandasnya, dimana macam ada lembaga kecil di sana duduk (saya selalu perasan apabila mengunakan tandas pada waktu malam) tapi ia tak menganggu. Seterusnya belakang rumah dimana dekat dengan tiang pagarnya kadang-kadang ada rasa macam ada benda berdiri di sana nie pun tak mengacau. Kemudian tangga untuk ke tingkat atas, nie yang paling menakutkan ada lembaga berambut panjang macam lembaga perempuan berdiri ditengah dan diatas tangga tu (malah kakak saudara yang pernah tinggal disana turut nampak juga dan ia membetulkan apa yang saya nampak tu benar). Yang lebih menakutkan pada waktu malam, tangga tu sentiasa bergelap malah mak cik saya nie ketam batu tak nak kasi terang disana malah kena berhati-hati turun mahupun naik jika mahu menggunakkan tandasnya. Lembaga tu selalu disana pernah saya tersasul tercakap “boleh kamu ketepi tak nampak ka saya angkat nie berat sangat” boleh dia pergi tepi. Lembaga nie tak menggangu juga. 

Ada dua bilik di tingkat atas rumah tu, bilik satu tu saya menumpang manakala satu lagi kira master rooms la. Yang master room tu saya jarang masuk kerna saya pernah ceritakan kisah seram yang telah saya alami di bilik tu dalam kisah “Asrama II” yakni “Demam”. Saya tak tau la sama ada ia masih tempat “mereka” nie lalu ke tak, saya tak nak ambil tahu. Ada satu benda yang setiap malam pada tepat jam 11 malam, ada bunyi “bang” di atas bumbung rumah nie dan si ketam batu nie tak nak repair tu lubang di siling kalau kau tengok dari lubang tu nampak terus pergi atap zink dia nie. Setiap malam kamu akan mendengarnya kecuali hujan dan ribut. Saya tak pernah mahu ambik tahu kerna pernah terjadi kepada adik saya nie yang pernah tinggal di rumah mak cik saya nie, pernah satu malam dia terbangun kerna bunyi tu dan dia pigi check di luar. Dia ternampak benda tu yakni hantu paling terkenal di Sabah (kerna taboo namanya dipanggil maka saya taruk kapala tarabang) itu landing di atas zink reban ayam. Kerna takut dia terus pegi tidur dan esok dia kasi tau my mom dan saya; kami tak nak beritahu mak cik saya untuk menjaga hatinya. Bunyi saya akan dengar pada tepat 11 malam dan ada benda unik yang saya turut dengar pada jam 1 pagi ayam-ayam mak cik saya akan berkokok sebabnya itu saya tak pasti. Ada yang mengatakan bila ayam berkokok apa malam, ia ternampak malaikat itu Allahualam la.. 

Nak tambah sedikit la, saya ada habit jemur kain pada waktu malam tapi bukan diluar tetapi di beranda di tingkat atas. Dulu ada rumah banglo kosong di depan beranda tu tapi rasanya sekarang sudah ada orang tinggal sudah. Balik pergi cerita saya nie, setiap kali saya menjemur kain. Saya nampak macam ada lembaga hitam di dalam rumah tu kerna rumah tu tidak berlampu dan tiada langsir maka kamu boleh tengok terus ke dalam rumah tu. Bila pertama kali saya nampak memang terkejut juga la tetapi bila sudah terbiasa maka kamu sendiri pun akan biasa bukan.

Sekian dulu cerita saya nie nantikan cerita saya yang seterusnya iaitu “Benci Nombor Ekor”.



Nie bukan semua tahu bahawa setiap rumah yang kita tinggal nie tak kira yang baru mahupun yang lama mesti ada penunggu rumah. Kita tau bukan yang dunia yang kita tinggal nie bukan saja adanya kita nie malah ada mahluk lain selain kita. Maka tak hairan la jika ada benda lain turut menumpang di rumah kita bukan. Jin dan syaitan ada dimana-mana. Tempat kesukaan mereka tempat yang kotor, tempat maksiat dan tempat-tempat yang haram. Apa yang buruk, kotor dan keji adalah kesukaan mereka nie. Ada kemungkinan bahawa tandas anda pun mungkin ada benda tinggal di sana. Tak kira betapa besar mahupun kecil pun mesti ada benda yang tinggal disitu. Malah orang tua-tua pernah berpesan jangan membuang air besar dan kecil ditempat bertakung mahupun lubang takut ia adalah tempat tinggal mereka nie. Dengan akhir sekali setiap kali sebelum masuk ke rumah selepas berjalan sangat dinasihatkan untuk memberi salam tak kira ada orang dirumah mahupun tak. Dan ia boleh mengelak daripada tetamu tak diundang masuk ke rumah.