Khamis, 15 November 2012

Malam 30 Ogos


Setiap kali saya terpandang pada kalender pada bulan Ogos, sering kali saya teringat peristiwa aneh dan seram yang pernah saya alami pada 30 Ogos. 30 Ogos cukup bermakna pada saya dan kisah pengalaman nie saya tak akan lupakan sampai bila-bila.

Kisah nie berlaku 2 bulan selepas cerita yang saya pernah ceritakan dulu, nie merupakan persembahan koir terakhir sebelum saya menduduki SPM yang just around the corner. Kami mendapat jemputan untuk membuat persembahan koir di Jalan Pantai Sandakan kerna Hari Kemerdekaan peringkat Sabah akan di diadakan di sana. Latihan selama seminggu dan cukup berhasil bagi kami dengan suara yang penuh dengan semangat. 

30 Ogos, kami disuruh tinggal di sekolah kerna keesokkan harinya kami kena datang awal ke sana sekitar jam 5 pagi. Nie kerna kebanyakkan ahli kami tinggal jauh dari sekolah dan ia memudahkan masa untuk mengenali pelajar mana yang ada atau tak. Dan masa itu jika tidak silap saya bahawa hari itu jatuh pada hari Jumaat dan hari 31 Ogos jatuh pada hari Sabtu. Petang hari 30 Ogos hanya ahli koir yang kelihatan di kawasan sekolah. Dan diputuskan bahawa ahli perempuan akan bermalam di bilik muzik di tingkat 2 manakala ahli lelaki pula diputuskan di surau sekolah. Boleh dikira agak jauh dari ahli perempuan. Bersertakan 3 guru pengiring iaitu 2 guru perempuan dan seorang guru lelaki.

Di short cut cerita nie, bila malamnya sudah menjelang. Semua cerita seram saya akan ceritakan. Pada jam 7 malam tepat selepas kami makan malam, kami disuruh membuat raptai terakhir sebelum persembahan kami esok. Raptai dan latihan itu diadakan di tapak perhimpuan, perangai ahli koir kami tak pernah berubah ada saja joker sana sini dan juga ahli perempuannya gossip tanpa henti tetapi suara kami power itu saja. Semasa latihan juga tak terlepas yang mengambil gambar untuk kenangan dekat 3 orang mengambilnya termasuk saya sendiri.

Lagi di short cut itu cerita, lepas saja kami habis latihan pada jam 9 malam. Ada yang terus melepak-lepak untuk berehat kerna banyak air liur dibuang dan nasib baik pihak sekolah sudi menghidupkan water cooler untuk kegunaan kami. Saya pula duduk berlepak dengan ahli junior saya yang pada masa itu tingkatan 1-4 dan termasuk dengan beberapa senior saya juga. Kami yang bercerita pengalaman yang aneh dan seram, malah termasuk pula cerita perihal mimpi. Pada masa itu saya masih aktif lagi dan meramal dan mentafsir mimpi, hanya meramal saya dah jarang buat manakala meramal cuaca itu selalu saya buat; dan mentafsir mimpi pun kira jarang saya sudah buat sebab tiada masa dan ia memakan tenaga yang banyak. 

Semasa saya berbual-bual dengan junior saya nie, tak tau kenapa saya rasakan bagaikan mahu berpaling ke belakang dan terasa bagaikan ada yang memanggil saya. Bila sahaja junior saya dipanggil sekejab, saya tergerak untuk berpaling ke belakang. Kau tau tak apa saya nampak? Dari blok papan, saya ternampak ada tangan melambai ke arah saya bagaikan memanggil saya ke sana. Terasa bagaikan mahu ke sana tetapi hajat itu tak kesampaian kerna junior saya dan memanggil saya untuk ke surau kerna cikgu muzik kami meminta kami pergi tidur disebabkan nak bangun awal apa keesokkan harinya. Bila saya berpaling balik ia sudah tiada di situ, ia sudah ghaib.

Di pendekkan lagi cerita, pada jam 3 pagi kami sudah dikejutkan bangun untuk bersiap. Kamu tau la, bila lelaki bersiap cepat bagaikan kilat dan manakala perempuan pula punya main lama kerna kena bermekap lagi untuk persembahan. Kesemua ahli lelaki siap pada jam 3.30 pagi dan kena menunggu bus yang akan menbawa kami ke tempat menyambut hari kemerdekanan di Jalan Pantai, Sandakan. Untuk membuang masa sekejab sementara menunggu bus dan ahli perempuan, kesemua ahli lelaki mengambil keputusan untuk berjalan ke blok papan untuk menguji keberanian mereka. Dan mereka mengharapkan saya untuk mengetuai mereka ke sana, nie kerna saya ada sedikit ilmu dalam hal nie. Cerita itu pernah saya kisahkan dalam cerita sebelumnya yang bertajuk “Kerana Bising”, dan bagi tidak tau sila baca ia dulu sebelum membaca cerita nie. Tapi ia sudah terlambat maka baca saja cerita nie sampai habis baru baca cerita sebelumnya. Walaupun perasaan takut itu ada pada diri saya dan saya terpaksa memberanikan diri melangkah kehadapan. Semasa saya berjalan di kawasan blok papan, hati saya bercampur baur dengan perasaan seram sejuk dan teringat dengan cerita seram mengenai blok papan itu sendiri dengan menampakkan kelibat perempuan berbaju putih dan berambut panjang dengan nama lain “Pontianak” yang berkeliaran di blok itu. Setiap langkah ku bagaikan ada yang memerhatikan dan apabila saya memaling kebelakang, punya sial. Cakap berani tetapi ahli lelaki yang lain difikirkan di belakang saya rupa-rupanya 5 meter jauh daripada saya. Bila di tempat lain berani mengalahkan singa bila takut bagaikan mereka nie kehilangan kebanggaan mereka iaitu biji kejantanan mereka nie. Selepas saya dapat tahu, saya terus berpatah balik sambil memarahi mereka tetapi di dalam hati saya cukup bersyukur kerna perasan takut yang melampau.

Bila saja kami sampai ke tapak perhimpunan, ahli perempuan mulai memunculkan diri malah bus kami sudah sampai. Kemudian off on our way to the events.

Cerita nie belum habis lagi, bila sahaja gambar itu dicuci. Ada keganjilan pada gambar iaitu di satu bahagian gambar itu ada bentuk bola atau dalam nama Inggeris dia Orbs. Iaitu bebola roh yang tertangkap secara tak sengaja oleh kamera. Ya saya sendiri pun pernah tertangkap ia sekali semasa bergambar pada malam 30 Ogos tu, malah bukan saya seorang saja tertangkap gambar orbs nie rupa-rupanya 2 lagi yang mengambil gambar pada masa itu juga tertangkap benda yang sama. Tapi sayangnya gambar itu sudah hilang dalam simpanan saya dan saya sudah lupa dimanakan saya telah menyimpannya.
Sampai sini dulu cerita nie, nantikan cerita pengalaman saya yang seterusnya yang bertajuk “Malam yang menyeramkan”.



Tak kira dimana sahaja, selalu kita dengar kisah seram sekolah. Sama ada yang seram mahupun angker, ada satu persamaan ia selalu terjadi kepada seorang yang bernama pelajar. Setiap sekolah memang ada tempatnya yang keras ataupun berhantu, tak kira di tandas, stor mahupun bilik darjah. Ingat mereka (jin, hantu dan bunian) nie ada dimana-mana sahaja dan sama ada mereka nie mengacau atau tak, semua datang dari diri sendiri. Jangan takbur mahupun cakap besar, memang kamu akan kena.

Khamis, 8 November 2012

Perjalanan..


Cerita pengalaman seram ini berlaku setahun selepas cerita yang saya ceritakan dahulu. Cerita ini pun ada kaitan dengan aktiviti yang saya ikuti iaitu pentandingan koir. Pemulaan pengalaman saya tak beberapa menarik, jadi di pendekkan cerita.
Disebabkan bus membuat hal dekat 3 kali, kami diminta oleh pengetua kami untuk balik dan sudah terlambat buat kami untuk berbuat apa-apa. Dengan perasaan kecewa, kami hanya akur dan terpaksa balik. Kami berpatah balik dari Telupid dan menhala ke Sandakan semula. Harapan cuma harapan, nama Sandakan malah nama sekolah kami tak dapat menyelah.

Dalam perjalanan pulang, di dalam bus yang usang. Kecewaan masih ada di muka setiap ahli koir dan ada yang tak sebab berlagak macho tetapi di bahagian bus ahli perempuan tidah tahu la pula. Hari mulai memasuki mahgrib iaitu hari mulai senja, di situlah bermula pengalaman saya seorang.

Seingat saya dalam perjalanan pulang, tidak tahu mengapa berlakunya kesesakan lalu lintas padahal jalan itu di dalam hutan. Bagaikan ada sesuatu perkara buruk telah berlaku di hadapan bus kami. Di dalam bus itu  kesemuanya ahli lelaki around 19 orang bersama dengan seorang guru pengiring (perempuan). Saya sendiri boleh lihat mana satu ahli koir yang boleh diharap melalui expresi pada muka mereka dengan yang berdiam kerna hampa (boleh diharap) dan gembira sambil ketawa (tak boleh diharap). Masa itu saya sorang saja yang tingkatan 5 dan yang lain tingakatan 4-3. Saya nie tak suka duduk di bahagian belakang bus bukan hapa saya nie mudah mabuk dalam bus maka saya selalu mengambil di bahagian bus.

Disambungkan cerita, dalam kesesakan itu malam mulai menjelang. Lampu bus mulai dihidupkan. Tidak tau mengapa pada masa itu saya melihat keluar tingkap bus dan lalu terpandang sesuatu di atas pokok. Betul-betul saya ternampak sesuatu lembaga hitam mencangkung di pangkal dahan pokok itu dengan rambutnya yang panjang dengan keadaan menunduk kebawah. Rasa ku mahu menjerit tetapi tak mampu mengeluarkannya. Bila saya nak memberitahu seseorang tetapi dilarang oleh guru pengiring itu untuk merahsiakan, saya faham tak nak sebarang panik berlaku. Klu semua panik keadaan akan menjadi lebih teruk. Walaupun saya nie takut tetapi hati ku meminta saya terus melihat dari ekor mata untuk melihat sama ada ia masih di sana atau tak. Bentukkan bagaikan hantu yang paling terkenal Pontianak.

Rupa-rupanya dihadapan kami ada kemalangan iaitu sebuah lori menjunam ke gaung dan dengar khabarnya pemandunya meninggal dunia di situ juga. Dalam pemikiran ku adakah ia menunjjukkan dirinya disebabkan kemalangan itu, ataupun mungkin ia tercium bau darah. Apakah kemungkinannya hanya saya seorang tahu.

Selepas beberapa hari, saya memberanikan diri saya menceritakan ia kepada ahli lain tentang kejadian hari itu. Kebanyakkan terkejut dan tak mempercayainya berlaku. Ada ahli perempuan mengatakan mereka ada berasa seram sejuk semacam selepas mereka melintasi kemalangan itu. 

Itu saja cerita saya buat kali nie, pengalaman seterusnya akan saya ceritakan bila masanya.
.....................................................................................................................................................................

Mereka (hantu) ini berada dimana-mana sahaja, tak kira di hutan, bandar mahupun di rumah sendiri. Banyakkan berdoa meminta perlindungan dari Yang Maha Esa daripada mereka (hantu) ini terus menggangu anda. 

Kerana bising..


Kisah nie berlaku kepada saya masa itu saya masih berlajar di Smk Muhibbah, Sandakan, Sabah. Nie adalah pengalaman pertama saya menghadapi perkara nie. Dan pada masa tu timbul rasa minat saya dalam dunia misteri and angker. Masa nie juga saya belum sedar akan keunikan yang ada pada saya dan pada masa itu saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun saya ada keunikan ini. Kebolehan untuk merasa kehadiran dan nampak mereka (Roh dan Hantu). Masa tu juga saya mulai berjinak-jinak ke arah meramal nasib (tapi sekarang jarang sekali saya buat kecuali saya ingin mengenali seseorang yang baru saya kenal) dan masa tu juga saya selalu membuat ramalan cuaca sama ada hujan ke tak. Masa itu saya cukup active dalam aktiviti koir sekolah kerna pada masa itu saya mengambil pendidikan muzik (pada masa itu hanya sekolah nie sahaja mengajar mata pelajaran nie). Saya mengikuti sejak saya tingkatan 1 sehingga saya di tingkatan 5. Menang atau kalah itu adat pertandingan hanya satu sahaja penting menaikkan nama sekolah dan menbuktikan kami boleh melakukannya.

Balik ke cerita saya, masa tu saya tingkatan 4 dan pada masa itu kumpulan koir kami menang peringkat Sandakan 2 kali berturut-turut atas jasa Guru muzik kami pada masa itu Cikgu Albert. Dan pertandingan peringkat Sabah akan diadakan di Dewan Perpustakaan Tawau. Kami memang seronok betul dan lagi seronok bagi saya dan beberapa kawan kami abis PMR, dah masa untuk enjoy

Pada 9 September, kami bertolak dari sekolah pada awal pagi ke Tawau.Berteman sorang guru lelaki dan dua guru wanita, dan seramai 45 pelajar. Harapan kami besar untuk mencuba menaikkan nama sekolah ada bagi setiap ahli koir kami dan tahun lepas kami mendapat no.4 nie masanya kami cuba naik lagi. Bila sahaja kami sampai, penganjur menempatkan kumpulan kami di sebuah sekolah rendah baru (Sk Jambatan Putih, Tawau) dan tempat tidur kami berada di tingakat 4 sekolah tu. Hanya kumpulan kami saya ditempatkan di sekolah tu dan kumpulan lain ditempatkan di sebelah sekolah itu. Sekolah kami duduk tu berada di tengah-tengah diantara dua lagi sekolah rendah bersebelahan. Dewan makan ataupun kantin berada di sekolah sebelah dan kami kena berjalan kaki ke sana. 

Pada malam pertama, walaupun letih kerna pejalanan kami ke sana memakan masa 4 jam dan kami mampu membuat latihan suara sebelum kami rehat. Bilik untuk  pelajar lelaki berada di blok A dan manakala pelajar perempuan di blok B, ada bilik mandi di tingkat bawah blok C. Pada malam nie tiada sebarang perkara terjadi.

Pada malam kedua, latihan kami mulai bersungguh-sungguh kerna esok harinya pertandingan peringkat negeri Sabah. Berdebar-debar kami menunggu dan akhirnya ia tiba. Walaupun suara koir kami Power sangat tetapi dari dulu disiplin kami teruk. Buat bising tanpa henti baik pelajar perempuan mahupun lelaki memang sama saja. Kalau saya kiranya mau marah pada dorang nie kerna bising sangat tapi saya hanya mampu bersabar sahaja. Malam nie hanya berlaku kejadian aneh, ingat tak masa tu ada keluar berita bahawa planet marikh dekat dengan bumi dan pada malam tu kami nampak sangat lingkaran bulat yang besar pada bulan. Nie menunjukkan ia adalah planet Marikh.

Pada hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Walaupun letih tetapi hasilnya, kami mendapat tempat ke-4 lagi kerna kami tak mempunyai wakil pengadil daripada Sandakan. Dan kami menganggap berat sebelah kerna 4 pengadil itu dari sekolah pihak lawan dan semestinya pengadil itu akan memenangkan kumpulan dari sekolah mereka sendiri bukan. 1 hal lagi pengadil yang asal tak dapat datang dan terpaksa mencari last minute punya pengadil iaitu wakil seorang guru dari pihak kumpulan lain.

Pada hari ketiga dan pada malam terakhir kami disana. Cikgu kami bagi kami 1 kumpulan green light untuk berjalan-jalan di Bandar Tawau selepas pertandingan itu. Itu malas saya nak ceritakan, baik ke part seram. Pada malamnya, entah dari mana seekor kumbang hitam bersaiz besar datang menyerang kami di bilik penginapan kami pelajar lelaki kemudian ke pelajar perempuan. Yang hairannya, ia hanya menyerang pelajar yang membuat bising sahaja (saya nie tak buat bising, pendiam kalau bercakap tu ada limit tak nak macam orang tak siuman terjerit sini sana). Tepat pada jam 6 petang semasa kami menuju ke ruang makan, ada seorang pak cik sekurity memberitahu bahawa sekolah yang kami menginap nie berpenunggu. Pada fikiran aku patutlah, kalau saya bersendirian saya ada merasakan bagai ada seseorang memerhati kamu dan sama kes bila di dalam tandas seorang diri. Saya ada sedikit ilmu mengenai perkara misteri dan aneh, saya memberitahu kepada kesemua ahli kumpulan koir kami agar bersenyap dan saya juga menceritakan mungkin kerna kita terlalu bising pada malam kedua, penunggunya marah dengan kita. Saya menasihatkan agar mereka memohon maaf dan mereka juga harus tidak membuat bising lagi. Dan juga saya menasihatkan agar yang beragama Islam untuk bersolat manakala yang bukan beragama Islam untuk berdoa berdasarkan agama yang mereka anuti. Saya dan ahli lain menuju ke bilik solat yang terletak di tingkat 2 blok C. 

Selepas solat, saya ada menasihati ahli lain untuk berzikir. Pada masa itu bila saya menjenguk ke arah luar bilik solat, saya ternampak kelibat perempuan memakai tudung berwarna putih berdiri di tingkat 4 blok B dan dia bagaikan tersenyum. Rupa-rupanya bukan saya sorang jee nampak junior saya turut nampak dan saya memberitahu agar tidak memberitahu kepada lain kerna nie boleh membuat ahli lain ketakutan. (Tapi pecah juga semasa kami sudah pulang di Sandakan.)
Pada masa tu, saya dengan kawanku T (samaran) bersependapat untuk menguna petua tu. Maka kami berdua mengambil keputusan untuk ke dewan makan yang disebelah sekolah untuk meminta bawang merah dan putih. Kira seram juga kami berdua berjalan ke dewan makan tu malam-malam, tidak tau la kawan saya nie rasa ke tak kerna time tu saya ada rasa macam ada orang tengok kami berjalan ke dewan makan. Bila saja kami dapat bawang merah dan putih kami terus agihkan kepada ahli kami untuk diletakkan didalam bilik.

Oleh kerna sekarang nie kami senyap sangat, nie membuat guru pengiring kami hairan dan menanyakan sebabnya. Ada yang menceritakan hal tadi dan salah seorang guru pengiring iaitu guru perempuan cina turut mengiakan hal tadi. Dia menceritakan semasa dia sedang mandi di bilik mandi ditingkat bawah blok C, dia ada terdengar suara seseorang sedang menyanyi dan dia sangkakan mungkin salah satu ahli perempuan kumpulan kami tetapi masa tu hanya dia sorang saja masa tu. Dia mandi dan memakai pakaiannya secepat kilat sebelum menuju ke bilik penginapan pelajar perempuan. Seram sejuk masa perkara tu diceritakan terjadi.

Apabila kami pulang semula ke Sandakan pada keesokkan harinya, semua kami dinasihatkan agar bersihkan serta kemas bilik penginapan kami sebelum kami balik.

Apabila di sekolah, satu persatu kawan member kumpulan koir kami keluarkan gambar yang diambil semasa kami di Tawau. Salah seorang Junior saya, ada mengatakan dia ada terambik gambar ganjil semasa pada malam ketiga tue dan semasa dia mengambil gambar tue saya dah tidur (banyak pakai tenaga punya pasal time kena kacau tue dan time tu juga saya tolong). Dia kata lagi dia tertangkap ‘Orb’ iaitu berbola semangat ataupun roh, tetapi bagi saya pula ia adalah pantulan cahaya. Tetapi ada yang lebih jelas bahawa dia ada tertangkap susut tubuh seseorang di luar tingkap dan ya itu benar kerna ia bagaikan  mengadap mereka dari dalam. Bila saya tanya apa masa diorang baru buat time tue, rupa-rupanya diorang buat bising balik patutlah! (time tue lelaki jee yang bising not for the girls). 

Satu lagi kes saya jadi antu nombor, OMG! Bila saja kami pulang, kawan setingkatan dengan saya (pun salah satu ahli kumpulan koir) ada menceritakan kepada pak cik security sekolah kami accident di Tawau bahawa saya ada tolong time tu. Pak cik security nie (ada juga ilmu dalam bab-bab nie juga dan boleh mengurut kalau ada sakit badan) tanya kalau-kalau penunggu tu ada bagi nombor. Saya nie anti nombor ekor so sorry saya tak mau layan tentang hal nie. (Saya dah tak layan dia dekat 2 minggu sebelum saya kasih tau dia yang saya nie anti ekor agar dia faham. Dia faham juga dan sampai sekarang nie dia masih tak berubah-ubah juga. Haram oi pak cik) Pak cik kawan rapat keluarga saya kira bomoh la dan kadang-kadang dia masih tanya kalau-kalau saya ada hubung dengan dia lagi (Dyus) biasanya saya jawab kadang-kadang dia ada.
Nielah boleh dikira sebagai pengalaman paling aneh dan ganjil yang saya alami. Nantikan sambungan cerita saya pada bahagian ke-2 cerita pengalaman saya nie.

Sekian.


Kita sering kali diingatkan oleh orang tua kita, bila kita pergi ke tempat baru haruskan memberi salam atau meminta izin dahulu. Jika terlupa sahaja petua nie semestinya ada perkara aneh mahupun kemalangan ganjil akan berlaku. Moral dari pengalaman saya nie bila ditempat baru selalu ingat kita nie bukan seorang je kat sana dan benda lain ada di situ. Ingat Tuhan dan sentiasa pegang pada prinsip nie “Selagi kita tak buat kacau sama mereka maka mereka tak akan kacau kita balik”. Jadi ingat bila ditempat baru seperti hotel dan asrama, beri salam dulu sebelum ketuk pintu tu 3 kali, barulah kita masuk. Dan sama kes dengan di hutan dengan memberi salam dan meminta izin dulu sebelum mahu hutan dan nie boleh dipakai semasa naik gunung. Kalau di sungai atau air terjun, memberi salam dan lap sedikit air dimuka dan selawat. Di laut pula, salam dan izin. Kemana-mana sekali pun kalau boleh ingat bawa beberapa ulas bawang merah sebagai dinding daripada benda nie dekat dengan kamu.Walaupun ia sedikit karut tapi nie turun-temurun dari nenek moyang kita lagi tak kira agama mahupun bangsa, semua kita ada petuanya. Sama ada mahu percaya ke tak ia hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerna “Air yang tenang jangan sangkakan tiada buaya”.

Bab 2: Pengalaman saya yang tak akan saya lupakan.


Sekarang nie, giliran saya sendiri bercerita. Dyus kena rehat dulu sebabnya nie semua cerita dari pengalaman yang saya sendiri alami. Cerita pengalaman ini betul-betul belaku apa diri saya sendiri. Mari saya ceritakan kepada kamu semua dan cerita nie saya tak pernah cerita kepada sesiapa pun malah ingatan saya kuat dan saya boleh ingat lagi kejadian yang berlaku pada saya.

Biar saya kongsi 4 cerita pengalaman seram yang pernah berlaku kepada saya. Kisah nie dah belalu 6 tahun dahulu ketika saya masih bersekolah di sekolah menengah lagi. Masa saya di sekolah menengah lagi, saya boleh dikira sibuk dengan aktiviti sekolah saya iaitu koir sekolah. Kiranya active sekali berbanding dengan persatuan lain selain daripada Teakwando dan kelab catur. Kebanyakan kisah seram dan perkara ganjil berlaku semasa saya mengikuti kelab muzik iaitu koir sekolah. Dalam koir sekolah saya dibahagian bass iaitu suara lelaki tulen (suara rendah) itu masa tingkatan 3. Masa tingkatan 1-2 itu campur (tak pernah menang dapat nombor 2 saja berlainan pula masa saya tingkatan 3 baru dapat Johan daerah Sandakan). Pengalaman pertama saya berlaku masa tingkatan 4, dimana kumpulan koir kami memasuki pertandingan peringkat negeri di Tawau, Sabah. Nanti saya ceritakan. Kisah kedua masa tingkatan 5, juga kumpulan koir dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Kisah ketiga masa tingkatan 5, malam 30 Ogos. Dan kisah terakhir pula terjadi semasa saya berlajar di kolej swasta, iaitu hostel. 

Ingat ya saya takkan tapis-tapis nama tempat tu ya, tetapi tarikh (kalau saya ingat) dan nama orang tu ada hanya nama timangan sahaja dan lain nama tu maaf tak beberapa ingat. Saya masih ingat tetapi saya ada masalah ingat nama orang jadi mohon maaf kalau ada yang terasa ya

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.