Khamis, 20 Disember 2012

Seorang Diri


Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan ceritakan pengalaman seram yang saya alami ketika saya menjalankan industry training bagi menghabiskan pelajaran saya. Latihan selama 6 bulan di industry permakanan ke restaurant dan perhotelan. Saya nie sudah memohon tempat latihan saya seawal sebelum bulan May dan tidak mau last minute selection (masa final exam saya sudah apply dan kawan-kawan lain belum lagi apply kalau ada pun tak banyak). Sebelum Kaamatan sudah saya dapat keputusannya dan Sutera Harbour Resort menerima saya sebagai pelatihnya di dapur pastry di Pasific Sutera.

Dari saya membuang masa, lebih baik saya ceritakan pengalaman saya nie. Memang betul la yang kita selalu dengar bahawa setiap hotel, motel dan inn tu mempunyai ceritanya sendiri yakni kisah seramnya. Apa yang kita dengar tu berbeza dengan mengalaminya sendiri. Nie kisah yang saya sendiri alaminya, kira banyak chapter sangat jadi saya buat satu kisah dengan satu kisah lagi malah saya akan letakkan beberapa cerita lain yang saya dengar semasa di sana.

Kisah 1,
Nie berlaku masa saya buat kali pertama di sana, masa tu saya seorang diri di dalam dapur. Dapur pastry di Pasific Sutera terletak di level 2 dan terletak di hujung sekali daripada dapur yang lain, kira berdekatan dengan bilik stor dan Ballrooms. Kalau siang hari tak beberapa seram la tapi bila waktu malam bukan main seram hanya Tuhan saja yang tau betapa seramnya. Balik pegi cerita saya nie, rakan sekerja yang lain turun pegi dewan makan untuk berehat sekejab. Pada masa tu saya seorang saja di dapur tu, kalau tikus besar mahupun lipas lalu depan kau pada pertama kali memang terkejut juga la (jangan tanya mengapa kotor sangat dapur tu). Masa seorang tu macam ada nampak kelibat nie lalu di tepi-tepi. Memang saya buat tak tahu juga la dan paling teruk nie bila saya membuat kerja bagaikan ada benda di belakang kamu nie melihat kamu buat kerja. Ia macam satu lembaga besar hitam, berbulu lebat dan mempunyai mata besar berkaca merah. Memang seram sangat pada masa tu akan tetapi saya ada cakap sesuatu pada masa tu. “Saya nie orang baru di sini, saya hanya menjalankan latihan saya di sini selama 6 bulan. Saya boleh rasa kehadiran kamu dan melihat kamu. Saya tak akan kacau kamu maka kamu jangan kacau saya.” Lepas tu lembaga terus ghaib. Tu la pengalaman pertama saya pada hari pertama saya di sana.

Kisah 2,
Nie berlaku beberapa minggu di sana, masa tu saya seorang di dalam stor dapur kami la. Masa saya mencari bahan di sana saya ternampak nie balik lembaga tu (yang saya ceritakan di kisah 1), betul-betul dia di sana. Hanya sepintas lalu saya ternampak ia lepas tu ia ghaib. Bila saya pergi bilik stor dapur kami nie saya rasakan dia berada di sana, macam dia selalu di sana. Bila kawan sekerja bercerita-cerita ada la saya tanya pernahkan diorang rasa seram bila seorang di dapur. Memang mereka katakan ya dan saya ceritakan la hari pertama saya di sana. Pertama memang mereka tak percaya la tapi memang pernah berlaku kepada mereka juga. Rasanya benda tu memang tinggal di sana sudah lama kira tempat tinggal dia la. Saya kasi tau la lebih lanjut bentuknya kerna saya boleh tengok benda ghaib nie dan saya pernah satu kali nie terkejut juga bila benda tu menampaknya dirinya dekat oven besar kami nie. Masa tu memang la mengejut juga maka tak prepare la. Kata rakan pekerja katakan bukan saya orang pertama yang nampak malah ada pekerja terdahulu pun ada kelebihan tu dan pernah menceritakannya pada mereka.

Kisah 3,
Nie kisah saya dengar daripada rakan sekerja saya dulu. Nie pernah berlaku di Pasific Sutera sendiri dan cerita nie hanya pekerja di hotel tu tahu. Ceritanya begini, dulu ada satu Executive Chef (kita kasi singkat EC) nie yang jackass sangat dan selalu cari pasal dengan orang bawahan dia. Silap sedikit memang kena maki berabis sangat kira orang nie kena anti oleh semua pekerja di sana nie. Ada satu pekerja dapur nie (kita kasi nama dia A), selalu jadi mangsa chef tu. Satu malam nie A terlibat dengan kemalangan jalan rasa dekat dengan jalan masuk ke Sutera Harbour tu dan A terkorban dalam kemalangan tu. EC tidak tau tentang kemalangan tu dan marah-marah sudah A tak masuk kerja dah kira mau pecat A sudah. Pada malam tu EC kena pergi club di tingkat atas (macam tingkat 8 atau 10 tak seberapa ingat sudah) pakai lift bila sampai sahaja. EC agak terkejut juga la bila A betul-betul dihadapan dia, terus di marah-marah A tapi A macam buat tak dengar sangat dengan kepalanya memandang ke bawah. EC terus tinggalkan A dan terus pergi ke club tu. Bila sahaja EC di dapur, dia pergi tanya pekerja lain kalau ada nampak A. Memang pekerja lain terkejut juga bila EC bilang dia jumpa dengan A, walaupun berasa lain macam pekerja tu memberitahu EC yang sebenarnya bahawa A meninggal dunia kerna kemalangan tu. Memang EC tak percaya mungkin pekerja lain tu cuba menipu dia nie, bila dia tanya HR memang benar berita tu. Terus demam EC nie seminggu sebelum meletak jawatan dia. Itu ceritanya la. EC tu tak tau di mana sudah mahupun perangai dia tukar ke tak kita tak tau la.

Kisah 4,
Nie kisah saya dengar pula, Pasific Sutera ada pantai dia. Ada orang pernah ceritakan bahawa pernah ada sepasang pelancong asing (tak ingat negara mana) kununnya mau buat projek di sana. Malam tu bulan purnama kira terang la malam tu. Bila sahaja pasangan tu di pantainya dengan tergesa-gesa mereka terus patah balik dan lari terus ke bilik mereka. Bila ditanya apa mereka nampak, mereka nampak macam ada lembaga putih terapung-apung di pantai tu macam lembaga perempuan bergaun putih mulai pelahan-lahan mengejar pasangan tu. Pada keesokkan harinya pasangan tu terus check-out.

Kisah 5,
Nie berlaku apabila saya hendak ke wave pools, pada masa tu malam kena pergi ambil makanan lebihan selepas function yang diadakan di sana. Masa saya mahu ke sana saya kena lalu lorong sunyi untuk menuju ke basement. Masa saya menolak trolly saya nie, macam ada benda menarik apron saya dari belakang bila saya paling ke belakang nampak macam tangan kecil menariknya. Saya memang nampak la ada lembaga kecil seakan-akan budak-budak kecil. Terus saya marah (pada masa tu memang stress) bahawa “ saya mau cepat dan saya tak nak main-main sekarang nie”. Lepas tu lembaga tu ghaib. Itu bukan last time saya nampak lembaga kecil tu dan masa lain tu bila saya turun tangga saya ada nampak lembaga tu di sana tapi tak menggangu la hanya melihat saya sahaja. Dan satu kali semasa saya pergi mengambil gelas di bilik stor besar di belakang dapur pastry, untuk ke sana kamu kena lalu lorong yang panjang dan sunyi. Masa tu memang nampak kelibat budak-budak bermain di sana sebelum ghaib di hujung lorong tu.

Kisah 6,
Nie kisah saya dengar yang terjadi di Marina Sutera dari salah seorang pekerja di sana. Pernah satu malam nie ada seorang dua pekerja dapur yang terakhir yang kira mau kunci dapur tu selepas membersihnya. Masa mau menguncinya, mereka memastikan tiada orang lagi di dapur tu sebelum menguncinya. Entah dari mana, dari jauh macam ada susuk badan orang di hujung dapur. Bila sahaja 2 orang nie pergi periksa orang tu sudah tiada. Tanpa membuang masa mereka cepat-cepat menguncinya dan terus balik. Apa yang berlaku pada 2 orang nie tiada yang akan tahu kerna lepas perkara tu terjadi 2 orang pekerja tu meletakkan jawatan ada kemungkinan tu sebabnya.

Kisah 7,
Nie saya dengar dari orang sana juga, salah satu bilik di Pasific mahupun di Magellen Sutera pernah berlakunya kematian mengejut. Kisahnya begini, ada satu guest nie tak keluar dari biliknya sehari walaupun masa check-out guest tu masih tak keluar. Bila pihak hotel pergi check, guest tu sudah meninggal dunia sudah bukan kerna membunuh diri tetapi ada orang kata semula jadi dan ada orang kata heart attack. Terus pihak hotel menelefon keluarga guest nie dan keluarga guest tu minta mayat tu mesti di dalam bilik tu juga. Lepas mayat tu kena ambil warisnya, pihak hotel memang kasi bersih tu bilik akan tetapi bila guest lain tinggal di bilik tu. Mereka terasa bagaikan ada melihat mereka dan kira tak selesa sangat. Malah salah satu maid di sana pernah nampak lembaga hitam di bilik tu walaupun bilik tu tak dihuni oleh sesiapa pun. Bagaikan roh si mati masih disitu dan rohnya tidak mau moving on ada kemungkinnya dia mati celik.

Kisah 8,
Nie pun saya dengar dari rakan sekerja saya, nie pernah berlaku di Golf Club dia. Ceritanya hanya singkat sangat. Ceritanya begini pernah satu malam nie, ada seorang waiter di sana tinggal dia seorang disana. Dia kena make sure semua bersih sebelum dia balik. Tempat makan di sana kira open air dan mengadap ke padang golf tu. Bila mau tutup saja, dia ternampak ada lembaga hitam berjalan-jalan ke arah padang golf. Waiter tu memang hairan la siapa yang berjalan-jalan tu, terus dia berjalan ke arah lembaga tu untuk memberitahu bahawa club tu mau tutup. Bila sahaja dia sampai terus waiter tu pucat kerna hadapan dia adalah lembaga tak berkepala. Tanpa berfikir panjang terus dia larikan diri. Keesokkan harinya dia terus demam dan selepas baik sahaja terus dia letakkan jawatannya.

Kisah 9,
Nie kisah pengalaman saya yang terakhir, nie berlaku semasa saya mengambil bahan di dapur hujung di basement. Sebenarnya ada wujudnya sebuah dapur selain Chinese Kitchen kira tempat menyediakan bahan-bahan dan kira tempat bucher. Tak kira siang mahupun malam dapur tu tetap seram sama ada berkawan mahupun bersendirian. Jika hendak ke dapur tu kena minta kunci dengan penjaganya kerna dapur tu sentiasa berkunci tak kira masa. Balik ke cerita saya nie, malam tu memang gelap walaupun berlampu kerna keadaan dapur tu cukup gelap. Bukan hapa kerna cerita yang saya dengar dari rakan sekerja bahawa pernah satu chef nie pergi ambil barang di dapur tu malam-malam, bila dia sampai ke dapur tu di ternampak nie ada lembaga hitam macam memotong daging mentah di dalam keadaan dapur yang gelap. Pada masa tu dia seorang sahaja di sana apa lagi terus dia cabut dan keesokkan harinya dia demam sebelum dia meletakkan jawatannya. Tu yang saya dengar dan bila saya disana teringat-ingat saya cerita tu. Memang seram bila kamu di dalam dapur tu malah kamu merasakan bagaikan ada benda melihat perbuatan kamu selama kamu di dapur tu. Memang seram walaupun berkawan juga. 

Kisah 10,
Kisah nie saya dengar dari rakan pekerja saya. Kisah nie berlaku di dapur di Magellen Sutera. Pada masa tu ada seorang pekerja perempuan di bahagian dapur, kira dia la yang paling last habis kerja. Bila dia mau balik dia kena lalu melintasi office Executive Chef. Bila dia sampai di sana, dia betul-betul ternampak ada lembaga hitam berambut panjang duduk di dalam office yang gelap tu. Tanpa berfikir panjang terus dia larikan dirinya tanpa melihat belakangnya. Keesokkan harinya dia demam dan kalau tak silap dia masih kerja di sana sebelum berpindah ke Pasific Sutera. Dan dia la orangnya menceritakan saya cerita tu.

Kisah 11,
Nie kisah berlaku d Magellan Sutera dan diceritakan sendiri oleh mak cik saya yang pernah berkerja di sana. Kisah nie sedikit sahaja. Begini mak cik saya sama kawan dia nie pigi mau ambik cookies d Pastry Kitchen nie. 1st mak cik saya nie nampak ada orang di dlm dapur tu so dia bilang sama kawannya ada orng di dalam dapur tu. Bila mereka pigi kitchen tu, tgk2 tada org pula walaupun satu dapur kena check memang tiada orang pun di sana. Apa lagi terus mereka nie buat langkah seribu dan terus cabut lari.

Kisah 12,
Nie berlaku di golf club dan diceritakan oleh mak cik saya juga. Pernah nie satu org keja OT pigi pungut bola golf masa dia dekat jam 12am. Bila dia pungut nie ada benda baling dia bola golf d belakang dan bila dia tgk ada pula bola golf tu d belakang. Kemudian dia sambung balik pigi pungut bola golf lagi dan sekali lagi nie ada bola golf kena baling di belakang dia. Padahal tiada sudah nie bola golf d belakang dia nie kerna semua dia sudah pungut. Bila dia tgk depan kerna tak tahan sudah balik2 nie kali nie dia terus tgk belakang dia. Dam ada satu lembaga hitam berbulu dengan mata merah kaca dibelakang dia nie. Tanpa menghirau apa2 lagi terus dia cabut. Esoknya dia demam plus bagi notis berhenti keja.

Kisah 13,
Nie terjadi di Magellan Sutera, dan dicerita oleh mak cik saya semasa dia berkerja di sana. Cerita nie berlaku pada satu malam nie. Ada satu kapel orang putih nie kissing2 dekat dengan lift dari jauh nie salah seorang perempuan org putih nie nampak ada perempuan berpakain serba putih berdiri dekat mereka nie memerhati perbuatan mereka berdua yang tak senonoh dengan marah. 1st mereka nie buat tak tau apabila perempuan org putih nie nampak yang perempuan tu tiada kaki (tak injak tanah la), apa lagi terus couple to tekan lift terus cabut pigi bilik mereka. Same time ada satu security berjaga-jaga pada masa tu, masa patrolling dia nampak perempuan yang berpakaian serba putih. Dia bilang sama perempuan tu "Miss, you are not allow to walk here." Tapi itu perempuan tak balas. So security tu suluh la dari atas ke bawah itu perempuan, terus pucat security tu apabila perempuan tu tak injak tanah. Pelahan-lahan dia patah balik terus cabut. Esoknya dia demam dan beberapa hari dia bagi notis berhenti kerja. Dan couple to pigi complain apa yang terjadi semalam semasa diorg nie pigi check out. Sempat la perempuan org putih nie bagi soalan bonus "Why that lady have no feet?"..

Nie sahaja kisah saya buat malam nie. Segala-galanya adalah pengalaman saya selama saya di sana dan cerita-cerita seram yang saya dengar. Apa yang kita dengar tentang kisah seram mengenai hotel, motel mahupun inn tu adalah benar akan tetapi berlain versinya. Hotel boleh dikatakan tempat sesuai bagi benda ghaib nie tinggal kerna tidak kesemua bilik tu didiami malah bilik tu adakala dibiarkan kosong jika ia bergantung pada musimnya. Maka ada petua orang dulu-dulu, bila kita ditempat baru hendaklah kita memberi salam malah kita diminta untuk mengetuk pintu bilik yang kita bakal diami nie dan memberi salam. Nie hanya langkah berjaga-jaga sahaja dan mengelak daripada kejadian tak diingini berlaku. Kita tak tau asal usul mahupun sejarah tapak hotel tu bukan sama ada ia tempat tu hutan, tanah tambak mahupun benda lain. Adakala hotel, motel mahupun inn nie tempat lintasan roh mahupun hantu nie tu kita tak pasti bukan bila benar tu lain cerita. Kewujudan mahluk ghaib tu di sana ada sebab tertentu dan hanya kita sebagai manusia yang boleh melihat mahupun tak, hanya cuba mengelak sahaja bila kena juga dah kira takdir kamu.


Sekian dulu buat malam nie, nantikan kisah seram saya yang terakhir “Ganjil” di malam yang lain

Khamis, 13 Disember 2012

Kisah di Kunak


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan sampaikan kisah pengalaman seram saya buat tatapan semua. Kisah nie berlaku semasa berumur 13/14 tahun dan kisah nie sudah lama berlaku adakalanya saya tidak ingat kisah nie bila saya menulis semula point saya baru saya ingat semula. Kisah nie berlaku semasa saya, family dan saudara saya pergi melancong ke Kunak sebelum ke Semporna pada musim cuti sekolah. 

Memang seronok la bila kamu bertemu dengan family kamu apatah lagi bila bertemu dengan sepupu bukan. Itu la perasaan bila diberitahu yang bila mau pergi melawat mak cik Ros saya di Pangkalan Madai, Kunak. Dimana kami pernah pergi kesana sudah (tak bermalam di sana) dan kira kali kedua kami ke sana la. Suasana paya bakau dengan persekiran yang aman bila disana dan juga haiwan-haiwan yang terdapat disana. Malah dua mak cik saya (kakak tua kepada mak cik Ros saya di Kunak) turut mau join sekali melawat dia di Kunak. Selepas mengambil mereka di Airport dan bermalam satu hari di rumah saya untuk membuat preparation untuk perjalanan keesokkan harinya. Memang seawal jam 6 pagi sudah kami memulakan perjalanan kami kerna menggelak daripada kesesakan lalu lintas sebab masa tu adalah musim cuti sekolah. Dekat 3jam setengah baru kami sampai ke simpang memasuki pangkalan Madai yang kira berdekatan dengan simpang ke Gua Madai. Dan mengambil masa 30minit untuk sampai kerna jalan tu masih belum bertar lagi kira garble dan kena lalu beberapa kampung untuk sampai ke destinasi tu

Suasana memang seronok sekali dan kegembiraan bila bertemu dengan keluarga kami. Persekitaran memang 100% paya bakau bersama dengan sebatang sungai (yang digunakan oleh boat untuk memancing ikan ke laut) dan binatang-binatang yang unik boleh dilihat secara berdepan bukan yang dibaca dari buku. Contohnya seperti ikan yang boleh menembak air untuk menjatuhkan mangsanya (tak ingat nama ikan nie), burung raja udang (Kingfisher) dan biawak (monitor lizard). Kebaikan di sana adalah dapat memakan ikan yang segar lepas ditangkap (yang sering diberikan kepada suami mak cik Ros saya kerna bekerja di sana).

Nie kisah seram pada malam harinya, memang tempat tu aman akan tetapi bila malam harinya keadaan macam sunyi semacam saja yang kamu boleh dengar adalah bunyi kodok dan bunyi-bunyi unggas di paya bakau tu. Nie saya kasi cut direct pigi time tidur, dimana bila setiap kali saya mau tidur ada terdengar macam ada benda menyeret di luar mangkin lama bunyi mangkin dekat tapi di luar ringkap tu terang kerna pada malam tu bulan penuh tiada apa-apa diluar. Pernah nie saya dengar yang adik saya nie ternampak bila terbangun tengah malam, ada benda terbang perlahan-lahan di luar tingkap atau lebih lanjut kepala terbang (pandai-pandai la sebab kamu tau apa benda tu) apa lagi dia terus berpeluk dengan mak saya ketakutan sampai tertidur. Nie berlaku pada malam pertama kami bermalam disana. Lepas tu bila kami bermalam disana, kami sudah tau apa nak buat.

Kamu semua memang tidak tau wujudnya kolam air panas selain Kolam Air Panas Poring dan di Tawau bukan? Memang wujudnya satu lagi kolam air panas di Kunak, itu yang kami dapat tau selepas pak cik Jo (suami Mak cik saya Ros) memberitahu tempat tu. Kolam air panas nie tak ramai yang pergi kerna ia terletak di tempat yang terpencil dan untuk memasuki tempat tu kena melalui beberapa ladang kelapa sawit untuk sampai ke sana. Kolam air panas tu berada berdekatan dengan sebatang sungai dan dikelilingi dengan hutan.

Memang syiok la bila tau, tak payah pigi jauh-jauh untuk mandi air panas. (Maaf la jalan masuk ke kolam air panas tu saya sudah lupa sebab ia sudah happen 11 tahun yang lalu, kalau mau tau kena cari-cari orang di sana untuk tau tempat itu pun kalau mereka tau la). Direct pegi kisahnya, bila sampai memang la orang yang lebih tua akan baca-baca sesuatu dan memberi salam kerna tempat itu tempat baru dan tempat tu terpencil sangat. Bagi yang masih kecil memang seronok la bila dapat bermandi-manda di kolam air panas dan mandi sungai. Bagi saya lain pula terasa macam ada benda menengok kamu nie, perasaan tu lain macam sangat apabila kehadiran kamu di sana dilihat oleh sesuatu. Yang uniknya termpat tu bersih sangat bagaikan ada benda menjaganya malah batu-batuan disekitar kolam dan sungai hampir kesemuanya berwarna hijau (ada minta izin ambik batu tu tapi tak ingat mana hilang sudah batu tu), batu unik nie bila basah ia hijau manakala bila ia kering pula ia macam batu sungai biasa dengan sedikit bintik-bintik berwarna hijau. Memang ada yang sepupu yang kecil dan adik saya sendiri menangis macam ada benda di sana. Bukan itu saja saya sendiri pun ada nampak benda tu berdiri di tepi sungai tu yang menengok ke arah saya nie, macam lembaga sederhana besar memang gelap bentuk benda tu. Walaupun pak cik Jo nie cina tapi kerna sudah biasa tinggal dengan penduduk kampung maka dia tahu, dia bersama-sama dengan bapa saya memberikan sedikit makanan (yang memang kami bawa untuk berkelah di sana) dan diletakkan di pokok besar yang terletak berdekatan dengan kolam air panas dan sungai (kira tengah-tengah).  Lepas tu perasaan tu sudah hilang, bagaikan benda yang tinggal di sana membenarkan kami semua berada di sana. Memang la bila habis semua sampah dan sisa makanan tu kami kasi bersih serta kami kasi tinggal makanan lebihan tu dekat pokok tu.

Lepas tu, tiada sudah kisah pengalaman saya nak ceritakan kerna selepas cerita nie tiada kisah seram berlaku sudah. Maka sekian dulu cerita saya buat malam nie. Jangan disangkakan manusia sahaja ada perasaan ingin tahu malah binatang dan mahluk lain turut mempunyai perasaan nie. Selalu pada malam pertama mahupun kali pertama kamu di tempat baru mesti ada benda lain bersama-sama dengan kamu mahupun datang melihat sahaja. Kamu bagaikan orang asing yang datang ke tempat “mereka” nie dan “mereka” nie hanya ingin tahu siapa yang datang sahaja. Walaupun “mereka” nie tak boleh dilihat dengan mata kasar bukan bermakna “mereka” nie tak wujud. Maka petua orang dulu-dulu tiada maknanya akan tetapi setiap petua tu ada sebabnya untuk mengelak daripada perkara-perkara buruk bakal menimpa. Memang ramai main langgar bila di tempat terpencil seperti sungai, kolam mahupun air terjun; petua tak dibuat maka berlakunya kematian seperti mati lemas mahupun hilang. Bila kena baru merana dan menyesal berpanjangan. Bila dunia dah moden, apa yang dahulu dilupakan dan dikatakan karut. Petua tu hanya mengelak sahaja tak lebih dari itu, ikut atau menyesal. Ingat di tempat baru selalu ingat untuk memberi salam kerna bukan kita sahaja di dunia nie malah ada mahluk ghaib lain turut menumpang di dunia nie.


Nantikan cerita kedua saya “Seorang diri” di lain masa.

Sekian.

Bab 3: Sambungan cerita pengalaman seram saya


Nie adalah kisah pengalaman seram yang saya ingin kongsikan kepada kamu semua. Cerita nie saya belum pernah ceritakan kepada sesiapa pun dan kisah nie berlaku kepada diri sendiri mahupun orang lain. 

Untuk bahagian hanya 3 sahaja cerita yang saya ceritakan iaitu “Kisah di Kunak”, “Seorang diri” dan “Ganjil”. Kisah di Kunak adalah kisah nie sudah lama berlaku dan kira kisah lama yang terjadi kepada saya sekitar umur 13/14 tahun. Dimana kami sekeluarga bermalam di rumah mak cik saya di Kunak (itu dulu sekarang mak cik saya sekeluarga dah berpindah dari sana atas alasan pertukaran kerja suami mak cik saya nie, dan mereka tinggal tetap di Sandakan sudah). Bagi saya tahap keseraman cerita nie dan cerita terakhir hanya tahap sederhana sahaja kecuali cerita kedua yang saya bakal cerita pada saya adalah kisah seram pada tahap tinggi. Kisah kedua adalah kisah pengalaman saya semasa menjalani Industries Training di Sutera Habour Kota Kinabalu, under Pasific Sutera. Memang apa yang orang luar katakan bahawa hotel sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah seram dan menakutkan tak kira bilik mahupun persekitaran hotel tu. Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang cerita nie. Cerita ketiga pula adalah kisah lama semasa saya belajar di sekolah rendah tertua di Sandakan iaitu SK. St. Gabriel, Tanah Merah (nama saja masih wujud di peta tapi tak wujud di tempatnya kerna tempat tu dah terbiar manakala sekolah itu pindah tempat ke Karamunting, Sandakan). Terdapat banyak cerita mulut dan pengalaman sendiri tentang sekolah rendah nie, nanti saya akan ceritakan.

Nama tempat mahupun nama orang, kira tidak 100% saya ingat kerna nie berlaku sudah lama. Harap siapa yang tahu maka jangan terasa ya nie hanya cerita pengalaman seram saja. Yang bimbang kalau terasa seram dengan cerita nie maka bacanya pada waktu siang mahupun berkawan.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.

Khamis, 6 Disember 2012

Benci Nombor Ekor


Bagi orang yang sensitif pada perkara yang manusia tak boleh rasa mahupun melihat perkara yang ghaib, ia adalah satu kelebihan yang Maha Esa telah berikan dan ada juga menganggap ia sumpahan. Kebolehan nie boleh didapati melalui keturunan mahupun mendapat ia dengan sendirinya. Saya juga salah seorang yang boleh nampak yang manusia lain tak dapat dan saya dapat ia cara tak sengaja dan ia juga dari keturunan juga. Ada banyak perkara yang kamu harus sembunyikan kerna ada ramai manusia di luar sana tak percaya kepada hal nie dan mengganggapnya sebagai tahyul dan karut. Di era abad 21 nie bilangan manusia yang mempercayai kepada hal nie tidak banyak malah lebih kepada pemikiran rasional dan secara sainstifik. Kepercayaan kepada benda-benda ghaib hanya ditolak kepada bomoh, dukun, bidan dan pengamal perubatan traditional. Apa yang mereka percaya hanya teknologi sahaja dan setiap perkara boleh diterangkan dengan sains bukan dari segi agama dan kepercayaan sudah. Mangkin lama manusia lebih mempertuhankan sains daripada Yang Maha Esa. 

Balik kepada kisah saya, orang macam saya nie boleh menrasakan kehadiran semangat mahupun roh dan juga mahluk ghaib yang lain. Perasaan tu cukup kuat sekali malah ada yang membuat seseorang itu pening, sakit kepala dan bagi saya menangis. Perasaan nie adalah penanda kehadiran mereka nie. Ramai yang tidak sedar mereka mampu merasakannya malah sering kali mengaitkan dengan penyakit. Orang yang sensitif nie tak mengira umur malah ada yang kehilangan kelebihan nie bila meningkat umur. Tak hairan la bahawa kanak-kanak boleh melihat benda-bande ghaib nie kerna hati mereka masih tulen dan bersih tidak bagi mereka yang meningkat dewasa dimana hatinya mulai dipenuhi dengan perasaan cemburu, dengki, takbur dan sebagainya. 

Kerna nakkan kekayaan dengan cara mudah tak perlukan banyak usaha, manusia lebih kepada nombor ekor untuk mendapatkan kekayaan itu. Kepercayaan agama pula ditolak ketepi atas nama duit. Ada manusia sanggup menyembah kubur mahupun apa-apa yang dianggap keramat hanya mendapat nombor bertuah itu. Jangan disangkakan orang itu baik dan beriman akan tetapi hatinya tiada orang tahu bukan, silap hari bulan boleh kamu terjumpa orang tu di tempat membeli nombor ekor nie bukan. Walaupun ada papan diletakkan di kedai tu tentang ia haram bagi orang Islam kerna ia dikira sebagai judi, akan tetapi amaran itu diingkari masih ada orang Islam membelinya. 

Kenapa saya tahu hal nie, kerna saya pernah lalui dan memlihat perkara yang membuat saya membencinya lebih. Ada sanggup merosakkan dirinya sendiri untuk membeli barang haram nie dan tak menghirau keluarganya dirumah kelaparan. Hanya kerna nombor, keluarganya sengsara. 

Nie pengalaman pertama saya sebab saya anti nombor ekor. Orang dulu-dulu ada habit menyimpan barang-barang purba bukan dari tembikar ke senjata lama bukan. Pernah satu kali nie saya pergi ke rumah mendiang mak cik saya atas jamuan makan malam akan tetapi jamuan itu ada maksud lain apabila dia menjemput seorang bomoh (bomoh tu dah meninggal). Bomoh nie kalau tentang nombor ekor nie selalu kena tepat, maka process mendapatkan nombor ekor nie melalui menggunakkan barang purba yakni sepasang pedang samurai yang mendiang mak cik saya simpan. Masa process tu dijalankan, tak tau apa bomoh tu baca keluar nombor di pedang tu. Tapi bagi saya pula merasakan semangat di dalam pedang tu rasa kesakitan kerna saya merasakan air mata saya keluar dengan sendirinya. Semangat itu rasa cukup sengsara sangat. Saya memberitahu mak saya tentang hal dan menasihatkan supaya tak teruskan akan tetapi ia terus berterusan juga. Nie ada satu perkara yang saya tau pada masa itu kalau ia dipaksa ia tak akan menjadi nombor itu keluar. Kan betul bila pada hari ahad result dia keluar yang bahawa nombor tu tak keluar malah kira terbalik pada hari kemudiannya. 

Nie pengalaman satu lagi nie pernah saya ceritakan sebelumnya dalam “Kerana Bising” sila rujuk disana.

Dan nie kira pengalaman yang menambahkan kebencian saya, pernah sekali mak cik saya nie (mak cik saya yang tinggal d kampung nie dari last story saya nie dalam “Bunyi”) bersama-sama dengan suami, kawan-kawannya dan mak saya join upacara menarik nombor ekor di rumah kecil di depan rumah besar dimana dibawahnya ada busut (apa yang saya tahu busut tu ada penunggu tapi penunggu nie baik suka pada kanak-kanak). Mereka bersama-sama satu bomoh nie pi bersila dekat busut tu la di dalam keadaan gelap. Masa itu saya dirumah besar memang motto saya yang saya tak minat dengan hal nombor ekor maka saya seorang sahaja di rumah tu. Kazen saya macam tak tau ke mana sudah itu budak maka saya seorang saja sambil tengok TV (mana ada peluang tengok tv masa malam-malam kerna selalu card Astro kena cabut oleh suami mak cik yang nyayuk nie). Diluar rumah betul-betul sunyi, dengan tiba-tiba macam ada benda lari dengan laju dari pintu besar rumah tu pergi ke pintu dapur. Macam benda tu lari tu betul-betul macam kecemasan mau masuk nie, apa yang saya tau semua anjing-anjing mak cik saya sudah kena rantai dan ayam-ayamnya semuanya di reban sudah. Kucing pula bersama-sama dengan saya nie, jadi apa benda yang lari di luar sana tu? Bila sahaja upacara tarik nombor ekor tu habis, ada juga saya tanya pada mak saya apa benda tu akan tetapi sampai hari nie saya masih tak tau jawapannya. Mestilah lepas tu habis memang share-share nombor yang telah dapat tu kan macam mana mau pau dia dan kasi terbalik dia dan last sekali berapa mau beli. Nie betul-betul buat saya bertambah benci pada barang nie, demi kekayaan apa pun sanggup buat. Last sekali nombor tu tak keluar, puas? Buang masa bersila di bawah kolong rumah tu dan derma darah dengan nyamuk satu sen pun tak dapat.

Saya hanya nampak macam minat pada nombor ekor nie tapi sebaliknya saya sentiasa menyumpah nombor tu tak kena. Kalau kena maka sumpahan saya tak menjadi dah kira nasib orang tu bernasib baik la. Akan tetapi saya tetap benci kepada benda nie

Sekian dulu cerita saya buat malam nie, harap kamu menerima sebab saya anti sangat pada nombor ekor. Ia haram dalam agama akan tetapi manusia mudah leka bila pada duit. Duit adalah punca perkara nie berlaku kerna bila kamu berkuasa dan kaya, kamu dilayan macam Tuhan dan Raja. Apabila kamu hilang kuasa dan miskin, kamu akan dilayan macam anjing kurap malah tidak dipandang langsung. Nie la manusia kebaikan itu bukannya diterima hanya kejahatan sahaja yang dianggapkan baik. 


Nantikan cerita pengalaman saya yakni “Kisah di Kunak” di masa yang lain. 

Sekian.