Khamis, 31 Ogos 2023

Kimono Putih

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Kimono Putih.. Ia adalah upacara yang menyeramkan dari Jepun yang membolehkan kamu memanggil hantu.

Amaran:

Upacara ini teramat membahayakan dan jikalau kamu melaksanakannya, nyawa kamu menjadi taruhan. Hanya 1 kesilapan, kamu sudah menempah maut. Jikalau kamu merasakan bahu mulai menjadi tegang dan berat, kamu harus menghentikan serta-merta dan jangan teruskan.

Di dalam laman sesawang di Jepun yang mengungkapkan upacara ini dengan " Jangan sesekali mencubanya." bagi pendapat saya, kita patut menerima amaran tersebut dan tidak mencubanya (I doubt that).

  1. Sekitar jam 2 hingga 3 pagi, sebelum kamu hendak tidur, baring di atas katil. Bermula mengadap ke bahagian utara siling bilik tidur kamu, perlahan-lahan mengadap ke 4 penjuru, satu per satu pada siling secara lawan jam. Ulang sebanyak 3 kali.
  2. Dengan berpeluk tubuh di bahagian dada kemudian membaca ayat ini sebanyak 3 kali. "On be yamashironi sowakaa"
  3. Bayangkan seorang wanita yang berambut hitam yang panjang sangat sedang merangkak ke arah kamu. Dia mengenakan baju kimono putih yang berlumuran dengan darah. 
  4. Teruskan membayangkan wanita tersebut yang mulai mendekati sehinggakan dia bersemuka dengan kamu. 
  5. Lepaskan dari berpeluk tubuh, matikan cahaya lampu dan buat keadaan bilik kamu segelapnya. Kemudian tidur. 

Wanita berkimono putih yang berlumuran darah akan munculkan dirinya di dalam mimpi kamu. 

Nota:
  1. Jikalau wanita itu datang dekat kepada kamu, jangan berbicara dengannya. 
  2. Wanita itu bakal menanyakan nama kamu, jangan jawab pertanyaannya. 
  3. Jikalau wanita itu mulai berbisik di telinga kanan, gerakkan tangan kanan kamu. Perbuatan ini akan membuat kamu terjaga semula. 
  4. Apabila kamu terjaga, jikalau kamu tidak melihat bayangan hitam wanita tersebut di mana-mana penjuru di dalam bilik, bererti kamu selamat. 
Maaf saya tidak tahu apa maksud sebenar mantera yang digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan