Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend terkenal daripada Jepun mengenai Kokkuri - San. Ia adalah satu permainan paling menyeramkan di Jepun, ia mempunyai persamaan dengan papan Ouija, spirit of the coin dan apa yang berkaitan untuk berhubung dengan semangat. Kebiasaannya ia dimain oleh budak-budak sekolah di Jepun untuk memanggil semangat untuk mereka menanyakan soalan seperti pencintaan, gosip dan perihal masa depan.
"Kokkuri - San, Kokkuri - San, beritahu saya, bilakah tarikh kematian saya?"
2 budak perempuan sedang menahan nafas sambil memerhatikan duit siling 10 Yen mulai bergerak sepanjang sekeping kertas lalu mengejakan jawapannya.
Kokkuri - San adalah versi Jepun kepada papan Ouija dan ia sering dimainkan di dalam bilik darjah sekitar Jepun kira bertahun lamanya. Permainan ini berkembang di seluruh Jepun dan ia menyebabkan banyak berlakunya kes hsiteria di media dan banyak sekolah telah mengharamkan pelajarnya daripada bermain Kokkuri - San.
Permainan papa. Ouija dikatakan berbahaya apabila ia boleh tidak sengaja memanggil syaitan atau memberikan peluang kepada "mereka" untuk merasuki. Manakala Kokkuri - San adalah lebih kurang berisiko tinggi apabila semangat yang dipanggil adalah sejenis "Trickster Spirit" daripada kepercayaan agama Shinto.
Kokkuri - San adalah nama semangat yang dipanggil di dalam proses permainan dan ia akan memberikan jawapan. Ia adalah semangat haiwan iaitu gabungan Rubah, Anjing dan Rakun. Kok = Kitsune (Rubah), Ku = Inu (Anjing) dan Ri = Tanuki (Rakun). Rubah boleh dikatakan suka mempermainkan atau menjadi guru, Anjing itu setia dan melindungi dan Rakun pula penuh dengan muslihat dan pembawa nasib baik. Kesemua adalah kualiti gabungan menjadi Kokkuri - San.
Mereka golongan muda sering kali menanyakan pelbagai jenis soalan seperti, "Kokkuri - San, siapa buah hati saya?" atau "Kokkuri - San, bila saya akan menjadi kaya dan terkenal?" Tapi ada soalan itu lebih baik kamu diberitahu jawapannya.
Untuk bermain permainan Kokkuri - San, kamu memerlukan sekurangnya 2 orang, sekeping kertas dan 1 duit siling 10 Yen.
- Ambil sekeping kertas dan lukisan " Torri" (Pintu Gerbang Traditional Jepun) di atas menggunakan pen dakwat merah. Tuliskan "Ya" dan "Tidak" pada sebelah-menyebelahi Torri. Manakala dibawah tuliskan 1 baris nombor (dari 0-9) dan 3 baris huruf (dari A-Z).
- Buka tingkap atau pintu agar membolehkan Kokkuri - San untuk masuk ke dalam bilik. Torri melambangkan pintu di Tokong Shinto dan semangat akan masuk dan keluar melaluinya.
- Letakkan duit siling pada pintu Torri berwarna merah. Setiap orang harus meletakkan jari telunjuk mereka pada duit siling berkenaan.
- Panggil semangat dengan memanggil, "Kokkuri - San, Kokkuri - San, jikalau kamu disini, sila gerakkan duit siling ini."
- Kamu boleh tanya kepada Kokkuri - San dengan apa juga soalan yang kamu mahu, ia akan menggerakkan duit siling untuk mengerjakan jawapannya.
- Untuk menamatkan permainan, kamu harus meminta Kokkuri - San untuk pergi dengan berkata," Kokkuri - San, Kokkuri - San, sila balik ke rumah." Duit Siling itu akan bergerak ke "Ya" dan kemudian bergerak akhirnya berhenti pada Torri Merah.
- Selepas kamu pastikan Kokkuri - San dah pergi, kamu harus memusnahkan kertas berkenaan sama ada mengoyakkannya atau membakarnya. Kamu harus gunakan duit siling berkenaan dalam belanja sebelum berakhir nya keesokan hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan