Khamis, 17 Ogos 2023

Tersadung di dalam Tandas.

Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai "Tripping Bathroom" atau tersadung di dalam Tandas.

Ia sebuah urban legend di Jepun mengenai sebuah tandas di dalam sebuah bangunan sebuah syarikat dimana pekerja yang menggunakan tandas berkenaan akan tersadung. Ia adalah cerita sebenar yang berlaku di Bandar Ueda, Nagano Jepun.

✳️Penceritaan dari pandangan seorang pekerja wanita yang bernama Midori. 

Tandas di syarikat ini agak aneh, dimana ramai telah menjadi mangsa dengan tersadung dan jatuh. Perkara anehnya, tiada apa-apa yang boleh menghalang jalan yang menyebabkan kita tersadung jatuh. 

Kelmarin, rakan sekerja bernama Yuki semasa berada di dalam Tandas. Sebaik sahaja dia keluar daripada kubikal tandas, dia telah tersadung lalu terjatuh ke lantai tandas. Lututnya telah tercedera dengan teruk sekali. 

Kami membawanya ke bilik rehat dan membantunya dengan meletakkan plaster luka pada lututnya yang berdarah. 

"Kamu tiada apa-apa?" soal saya. 

"ya, rasanya." jawab Yuki. 

"Kamu agak cuai." kata Sakura dalam nada berjenaka. 

"Ia bukan salah saya pun." bantah Yuki. 

"Sato-San daripada Jabatan Jualan turut terjatuh di dalam Tandas pada minggu lepas. Manakala minggu sebelumnya pula terjadi kepada Honda-San." kata Yuki. 

"Walaupun kamu tahu, Mengapa kamu masih terjatuh?" soal Sakura. 

"Kamu tu Cuai je. Entah mengapa ramai sering tersadung di sana? Kamu kena lebih berjaga-jaga." tanya Sakura dengan musykil. 

Saya tak berani nak berkata apa-apa. Saya tak ingin menjadi individu yang memberitahu kesemuanya. 

Beberapa hari kemudian, giliran Sakura menggunakan tandas berkenaan. Sebaik sahaja dia keluar daripada kubikal tandas, dia turut tersadung dan terjatuh. Dia merasakan terdapat sesuatu yang menghalang jalannya walaupun pada mata kasar tiada apa-apa di sana. 

"Sekarang siapa yang cuai?" gelak Yuki dengan sinis. 

"Ia bukan salah saya. Apabila kamu melangkah kaki keluar dari kubikal tandas, kamu terasa seperti ada sesuatu di depan. Seperti terdahulu, kamu merasakan ada sesuatu membuat kamu tersadung?" bantah Sakura. 

"Apa yang kamu maksudkan?" tanya Yuki. 

"Tiada apa-apa disana, tapi terasa seperti ada sesuatu di sana. Saya sendiri pun tak dapat kepastian... Mungkin khayalan saya sahaja." kata Sakura. 

"Midori, semasa kamu menggunakan tandas itu, berjaga-jaga ya. Ia boleh menjadi perkara yang ganjil jikalau ketiga-tiga kita mempunyai plaster luka di lutut kita." kata Yuki dan Sakura bersama. 

Saya sekadar memberikan gelak halus dan memberikan jaminan kepada mereka yang saya akan berhati-hati. 

Saya tahu yang saya tidak akan tersadung dan terjatuh. Apabila hanya saya seorang sahaja yang boleh nampak " mereka". 

Seorang hantu wanita sedang bersujud di hadapan kubikal tandas di bahagian tengah. 

Ia akan membuat sesiapa sahaja tersadung jatuh sebaik sahaja mereka keluar daripada melepaskan hajat. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan