Khamis, 10 Ogos 2023

Okiku Mushi / Ulat Okiku

 



Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Okiku Mushi atau Ulat Okiku. Ia adalah sejenis Yokai dengan bentuk ulat pada kakinya dan bertubuhkan manusia. Ia dipanggil sebagai ulat Okiku dimana ia datang daripada dendam jelmaan / hantu Okiku seperti di dalam cerita Bancho Sarayashiki.

Menurut cerita, seorang dayang istana bernama Okiku dibunuh oleh kekasihnya. Tubuhnya diikat, diseksa kemudian mayatnya dibuang ke dalam perigi di Istana Himeji selepas kematiannya, terdapat banyak kejadian aneh berlaku yang ditujukan kepada hantu Okiku. 

Ia kerana kemunculan sejenis ulat yang dikenali dalam nama bahasa Inggeris sebagai Chinese Windmill (Byasa Alcinous).

Apabila rupa pupa rama-rama ini seperti seorang wanita yang sedang diikat, dimana penduduk tempatan mengaibkan dengan cerita Okiku.

Ada yang percaya bahawa semangat Okiku menjelma sebagai serangga ini dimana terhasil daripada perasan dendam Okiku yang masih ada di dalam dunia ini. 

Walaupun serangga ini dikenali oleh tempatan sebagai Jako Ageha di Jepun sekarang, ia tetap dengan nama timangnya sebagai ulat Okiku. 

Disebabkan populariti cerita Okiku serta kebijaksanaan pemasaran oleh peniaga tempatan sekitar istana Himeji, dimana pada era Edo telah menjual pupa berkenaan sebagai cenderahati kepada pelancong di sebuah kuil berdekatan dengan Istana berkenan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan