Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Okiku dan 9 piring. Ia merupakan salah satu hantu yang terkenal yang dikenali sebagai Onryo (hantu pendendam) di dalam cerita rakyat Jepun dan ceritanya menjadi inspirasi kepada cerita Sadako. Akan tetapi dia kurang dikenali di luar Jepun. Tiba masanya kita memperkenalkan cerita ini.
Okiku pada namanya membawa maksud "Chrysanthemum". Okiku adalah dayang atau pembantu rumah yang menghilangkan piring berharga dan mati di dalam keadaan tragik lalu kembali sebagai hantu pendendam.
Bersama dengan Oiwa dan Otsuyu, kisah Okiku adalah salah satu daripada Nihonsan dai Kaidan - 3 cerita hantu Jepun. Ceritanya diceritakan semula berulang kali di dalam cerita rakyat, teater boneka, kabuki, filem, anime dan manga.
Penceritaan adalah sama dari nama, lokasi dan persekitarannya dimana ada sedikit perbezaan dimana cerita dari mulut ke mulut.
Versi terkenal dari cerita, Banchory Sarayashiki - "The Dish Manor at Bancho". Bertempat di Istana Himeji, iaitu pada hari ini di wilayah Hyogo.
Cerita Okiku pertama diceritakan di dalam cerita layar yang dikenali sebagai Banchory Sarayashiki pada July 1741 di teater Toyotakeza. Okiku adalah seorang pembantu /dayang di rumah seorang samurai yang kaya. Terdapat beberapa versi mengenai ceritanya selang beberapa tahun dimana pengakhiran cerita dia dikhianati dan dibuang ke dalam perigi oleh majikannya. Akhirnya dia kembali sebagai Onryo untuk menghantui Tuannya.
Versi cerita rakyat - Okiku merupakan seorang orang gaji yang mempunyai rupa paras yang cantik, dimana tuannya Aoyoma Tessan ingin menjadikan dia sebagai kekasihnya akan tetapi Okiku menolaknya. Pada satu hari, tuannya telah memperdayakan Okiku untuk mempercayai bahawa dia telah menghilangkan salah satu daripada 10 piring pusaka keluarga tuannya. Okiku mulai mengira dan mengira berulang kali, mendapati ia hanya 9 sahaja. Apabila Okiku berdepan dengan Aoyoma dan membuat pengakuan, Aoyoma akan memaafkannya asalkan Okiku setuju menjadi kekasihnya. Okiku tetap menolaknya dimana Aoyoma menjadi marah lalu dia menghumban Okiku ke dalam perigi.
Okiku kembali sebagai Onryo selepas kematiannya. Okiku terus mengira piring dan apabila dia mencapai angka 9, dia akan mengeluarkan bunyi jeritan yang menyebabkan tuannya menjadi tidak siuman. Terdapat versi lain dimana perkara ini berlaku berulang kali, seorang sami menjerit "10" selepas Okiku mengira angka 9. Okiku berfikir bahawa 10 piring telah ditemui dan dia tidak mengganggu sesiapa lagi.
Versi Okamoto Kido - Cerita ini lebih kepada versi romantik. Disini diceritakan bahawa Okiku dan Aoyoma dilamun cinta. Pada satu hari, mak cik Aoyoma memberikan cadangan perkahwinan kepadanya. Apabila pengantin perempuan dari keluarga yang kaya dan berpengaruh. Aoyoma berjanji kepada Okiku untuk menolak cadangan mak ciknya dan ajab berkahwin dengan Okiku. Okiku mengambil keputusan untuk menguji kesetiaan Aoyoma dengan memecahkan salah satu piring pusaka keluarga Aoyoma . Bagi tradisi keluarga Aoyoma , kesalahan ini akan membawa kepada hukuman mati. Akan tetapi Aoyoma mengambil keputusan untuk memaafkannya, berfikir Okiku tidak sengaja. Apabila Okiku membuat pengakuan yang sebenarnya, Aoyoma menjadi marah lalu membunuh Okiku sebelum membuang mayat Okiku ke dalam perigi.
Okiku kembali sebagai Yurei akan tetapi dia tidak marah terhadap Aoyoma. Apabila melihat Okiku di dalam keadaan wajah yang tenang, Aoyoma mulai menyesal dengan perbuatannya lalu melaksanakan Seppuku. Akhirnya mereka bersatu dengan kematian.
Versi lain - 1 versi mengatakan Okiku sengaja memecahkan piring itu, bertujuan untuk dibunuh. Okiku percaya bahawa Aoyoma mencintainya dan dia sudi berkorban agar dapat berkahwin dengan wanita pilihan mak cik Aoyoma demi kemajuan kerjayanya. Akan tetapi Aoyoma melakukan Seppuku kerana nak mengikuti Okiku. Terdapat juga versi lain dimana ada pihak ketiga baik kekasih lain mahupun isteri, yang sengaja memecahkan piring pusaka itu. Sebelum menyalahkan Okiku yang menyebabkan kematiannya, baik orang ketiga dan Aoyoma menerima gangguan setiap malam sehingga di ragut nyawa mereka.
Walaupun cerita lagenda ini agak lama dan popular, akan tetapi lagenda Okiku banyak menerima adaptasi ke layar perak seperti " A Samurai's Love" (1954) dan cerita nombor 4 di dalam drama television Jepun iaitu Kaidan Hyaku Shasetsu. Seperti kamu lihat Sadako pun dibunuh sama seperti Okiku, sebelum dibuang ke dalam perigi. Di dalam Manga, Sadako at the End of the World, Sadako bertemu dengan Okiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan