Khamis, 11 Mei 2023

Kebakaran Pusat Beli-belah Shirokiya 1932

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai sebuah pusat beli-belah Shirokiya dimana ada kematian yang menyayat hati.

Pada 16 Disember 1932,berlakunya satu kebakaran di pusat beli-belah berkenaan yang mengorbankan 14 orang. Ketika kebakaran, ramai jurujual wanita pada masa itu mengenakan pakaian tradisional kimono digenakan naik ke bumbung bangunan 8 tingkat pusat beli-belah itu.

Khabar angin mengatakan wanita-wanita berkenaan enggan unuuk melompat ke bawah ke jaringan keselamatan yang dibentangkan oleh ahli bomba. Pakaian tradisional kimono, pada masa itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam, maka mereka agak takut membawa malu dengan membuka keaiban mereka di khalayak ramai apabila mereka melompat turun. Hasilnya kesemua mereka terkorban dalam kebakaran tersebut. Berita ini sampai menarik perhatian sejauh di negara Eropah.





Oleh kerana kebakaran ini, pihak pengurusan pusat membeli-belah mengarahkan kesemua jurujual wanita untuk mengenakan pakaian dalam ketika dalam pemakaian tradisional kimono dan trend berkenaan berkuat kuasa keseluruhan.

Berbeza apa yang dipercayai, Shoichi Inoue iaitu seorang Professor dalam Kebudayaan Jepun dan Pembinaan Arkitek di Pusat Kaji selidik Antarabangsa untuk Kebudayaan Jepun menidakkan cerita mengenai dilema wanita dalam bab kehormatan diri. Menurut Inoue, kebanyakan orang berjaya diselamatkan oleh ahli bomba dan cerita mengenai jurujual wanita memilih untuk mengorbankan diri mereka untuk menjaga kehormatan diri adalah sekadar cerita rekaan dari negara barat sahaja. Cerita ini masih relevan sehinggakan ia tertulis di dalam buku rujukan dan diterbitkan oleh agensi Bomba. 

Ramai orang Jepun masih percaya bahawa perubahan ketara pada budaya pakaian terutamanya pemakaian pakaian dalam serta pakaian harian barat ada kaitan dengan tragedi kebakaran Pusat Beli - Belah Shirokiya.

Akan tetapi ia masih tiada bukti memperkuatkan lagi kepercayaan urban legend ini.



2 ulasan:

  1. Font cerita membuat kan saya sukar untuk membaca. 😪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl tu . Cerita best..tp x le nk baca..

      Padam