Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Sennichimae.
Pada Mei 1972, berlakunya satu kebakaran pada bangunan Sennichimae di Osaka. 117 adalah angka mereka yang terkorban. Oleh kerana itu kawasan itu terkenal dengan paling banyak cerita seram.
Seorang pekerja meninggalkan bangunan Sennichimae melalui jalan keluar ruang bawah tanah dan kebetulan pada masa itu hujan mulai turun. Dia membuka payungnya dan berjalan keluar ke kelompok orang, sepanjang perjalanan dia mengelak satu per satu individu yang ada di sana. Sampai ke tahap dia berasa lain macam ketika dia melalui laluan tersebut.
Terdapat keanehan pada orang yang dia berpintas lalu daripadanya. Walaupun keadaan hujan agak deras, tiada satu pun daripada mereka menggunakan payung. Keadaan mereka senyap, ekspresi mereka agak kaku dan kesemua memandang serta menuju ke arah yang sama apabila berjalan.
Tiba-tiba sebuah teksi berhenti di sebelah pekerja berkenan dan melambai dia untuk ke sana.
"Mari sini!" jerit pemandu teksi.
"Saya tak nak teksi." jawab pekerja.
"Masuk sahaja!" kata tegas daripada pemandu teksi.
Dengan perasaan gundar, pekerja itu memasuki kenderaan dan ingin meninggal secepat mungkin.
Selepas beberapa seketika, pemandu teksi itu bersuara dengan berwajah pucat.
"Ya, sebenarnya ketika saya melihat kamu berjalan seorang diri di sebuah lorong yang sunyi, gelagat kamu seperti sedang cuba mengelak seseorang. Ia membuatkan saya ingin membantu kamu....."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan