Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun yang teramat seram sekali mengenai seorang wanita dimana dibunuh kejam oleh suaminya dan kembali menjadi hantu penuh dengan dendam kesumat. Cerita ini di adaptasi ke layar perak sebagai "The Grudge" atau "Ju-on" di Jepun.
Semasa Kayako masih kecil, ibubapanya telah mengabaikannya. Dia menghabiskan masanya seorang diri di dalam kesepian dan kemurungan. Dia tidak mempunyai sebarang kawan dan di sekolah, dia sering menjadi mangsa buli oleh murid-murid lain apabila mereka beranggapan bahawa Kayako agak menyeramkan.
Apabila Kayako menjadi dewasa dan mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Taeko Saeki. Dia merasakan suaminya akan menyayanginya dan akan menjaganya dengan baik. Mereka hidup dengan bahagia dan dia melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Tashio.
Kebahagiaan itu berakhir dengan tragedi apabila pada satu hari, sang suami mulai mengintai sekitar bilik tidur dan menemui buku catatan harian Kayako. Sebaik sahaja dia membaca kandungan buku catatan itu, dengan perasaan cemburu buta dia yakin Kayako curang dengannya. Sebaik sahaja Kayako balik dari kerja dan naik ke bilik tidurnya, sang suami sedang menunggunya sambil memegang sebilah pisau.
Tanpa membuang masa sang suami menyerang Kayako dengan memukul serta menusuk pisau ke tubuh Kayako dengan kejam sekali di hadapan anak lelaki mereka sendiri.
Kayako cuba menyelamatkan dirinya akan tetapi sang suami tetap mengejarnya. Keadaan sang suami seperti orang kurang siuman dengan kemarahan kesumat. Dipenuhi dengan darah, Kayako tergelincir dan jatuh menyebabkan buku lali kakinya patah. Dengan keadaan terdesak untuk menyelamatkan diri, Kayako mulai merangkak menuruni tangga rumahnya. Apabila Kayako hampir mencapai pada muka pintu utama, tiba-tiba sang suami mencapainya.
Sang suami mengambil kepala Kayako dengan kedua-dua tangannya lalu memulas ia ke tepi dan mematahkan legar Kayako. Kayako masih lagi hidup akan tetapi dia dalam keadaan lumpuh. Dia hanya mampu mengeluarkan suara garau yang menyakitkan. Sang suami mengheret Kayako ke atas, lalu memasukinya ke dalam beg plastik hitam dan meninggalkan di atas loteng rumah untuk mati. Manakala sang suami mengambil anak lelakinya, lalu membunuhnya dengan melemaskan di dalam tub mandi sebelum menyembunyikan mayat di dalam almari.
Oleh kerana Kayako mati di dalam keadaan yang penuh dengan kesakitan, keperitan dan kemarahan. Kayako kembali menjadi hantu pendendam. Dia sering munculkan dirinya kepada suaminya dan mencekik menggunakan rambutnya. Akhirnya sang suami ditemui terbaring di jalan raya, pihak polis melakukan siasatan bahawa dia telah mengambil nyawanya sendiri.
Sejak hari itu, rumah yang pernah dihuni oleh Kayako menjadi berhantu sejak kematiannya. Ada yang mengatakan jikalau kamu ke rumah berkenaan, kamu akan mendengar suara Kayako yang serak dan bunyi tercekik. Kemudian kamu akan terlihat dia mengheret turun dari tangga rumahnya dalam keadaan berdarah dan mengelengkan lehernya yang patah kanan dan kiri sambil kedengaran bunyi patah.
Dimana keadaan ini disertakan dalam filem yang berkaitan.
Rumah berkenaan masih wujud dan berdiri teguh, malah terdapat mereka yang berani ke rumah berkenan untuk mengalami mahupun mencari kewujudan Kayako. Baik kanak-kanak sehingga dewasa akan menguji keberanian di rumah ini.
Apa terjadi kepada rumah ini, madih kurang dipastikan, ada yang mengatakan ia masih berdiri manakala ada yang mengatakan ia sudah dirobohkan.
Disini saya sertakan Channel YouTuber sebagai rujukan "Kowabana" dimana dia banyak berkongsi urban legend, cerita seram, kawasan keras, permainan seram dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan