Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 30 Ogos 2018
Salam Malam Jumaat
Salam Malam Jumaat semua,
Saya ingin memberitahu bahawa yang saya akan mengambil cuti daripada menulis blog ini buat sementara waktu apabila saya akan bekerja di luar kawasan. Iaitu di kawasan agak pendalaman dan saya tak ingin menbawa laptop saya ke sana atas faktor keselamatan walaupun laptop agak lapuk. Di sebabkan saya tak tahu langsung keadaan di sana serta keadaan internet serta line di sana macam mana. Jadi ia kira keputusan yang bijak untuk memberhentikan dahulu daripada update.
Sekurangnya ia memberikan saya masa nak berehat walaupun seminggu sekali, saya kongsikan di blog ini. Selain itu jikalau saya dengar sebarang cerita seram di tempat kerja saya ini, saya akan kumpul dulu sebelum saya kongsikan di blog ini. Nampak saya tak akan nikmati bed time story, cerita seram seperti creepypasta dan mj12. Apabila saya sendiri maklum dimana saya bekerja ini dan taboo kena ikut apabila ia pernah terjadi dan belajar daripada pengalaman.
Seberang jenis research saya akan berhenti termasuk juga kepercayaan, mitos dan lagenda. Apabila ia mengambil masa nak tulis, translate dan taip disini. Kerja di sana agak banyak dan kena multi task, tapi ia adalah perkara biasa terutamanya dalam pekerjaan yang saya pilih ini walaupun separa pakar.
Oleh itu, harap bersabar dimana saya akan kembali apabila saya ada mood dan ada bahan yang menarik yang saya nak kongsikan. Saya sedia maklum bahawa saya boleh update menggunakan handphone, akan tetapi ia agak mustahil nak taip di sana apabila saya sudah biasa menggunakan keyboard. Kira habit apabila terbiasa menekan papan kekunci ini. Saya sudah sedia maklum di Facebook terutamanya di group dimana saya sebagai admin dengan keadaan saya ini. Saya akan mulakan kerja saya pada 1st September 2018.
Harap kamu semua boleh bersabar dan terima kasih dengan menyokong blogspot ini walaupun di dalam keadaan cctv. Sekadar membaca dan tak memberikan sebarang komen ataupun pendapat. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi saya apabila saya mulai menulis blog ini sejak 2012 lagi. Apa-apapun terima kasih dan harap bersabar, apabila keadaan dah bertambah baik barulah saya akan sambung menulis.
Khamis, 23 Ogos 2018
Makanan
Salam Malam Jumaat semua,
Apa itu makanan? Makanan itu nyawa, tanpa makanan kita akan mati. Semua mahluk yang hidup memerlukan makanan untuk hidup baik tumbuhan, haiwan malah mahluk halus. Apa yang kita tahu secara stereotype adalah darah. Ya ia adalah salah satu makanannya tapi tak semua tahu yang sebenarnya bukan sahaja darah malah ada lagi beberapa yang saya bakal kongsikan. Buat mereka yang gila nak memuja ataupun memanggil makhluk halus ni, baik lupakan sahaja, lagipun ia adalah pekerjaan yang sia-sia dan tak membawa sebarang hasil. Walaupun saya pernah kongsikan yang berkaitan beberapa tahun yang lalu di blog ini, 50/50 nak ubah post tersebut. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang ini terutamanya golongan belianya.
Dalam agama Islam ada mengatakan kita untuk menjaga kebersihan terutamanya di rumah. Sebab mahluk halus atau dikenali sebagai jin ini, suka kepada tempat-tempat yang kotor apabila ia tempat ia tinggal dan makan. Oleh itu tandas sering kali menjadi pilihan buat jin ini, air kecing dan najis merupakan salah satu daripada makanan mereka ini. Tapi ia berbeza dengan mahluk halus yang tinggal bebas di hutan atau busut, yang menanggapnya sebagai kotor. Itulah berlakunya kes dimana kemaluan membengkak dan perut menjadi busung. Sebab sekarang logik, jikalau ada orang luar datang terus melepaskan hajat besar / kecil di depan pintu rumah kamu ataupun di atas tempat tidur kamu. Semestinya kamu marah jadi kamu akan membalas juga. Berbalik kepada kebersihan, menjaga kebersihan bagi mengelakkan daripada benda yang tak patut tinggal di rumah kita. Jikalau ada urusan walaupun sekejab maka tutup makanan itu daripada membiarkan begitu sahaja, jika tidak jin ini akan mengganggu kita dan makanan kita juga dikotorkan terutamanya makanan yang ditinggal ataupun dibiarkan begitu sahaja. Jin akan datang menjilat makanan itu sebelum kita memakan makanan ini. Oleh itu bacalah"Bismillah" semasa nak letakkan makanan itu mahupun sebelum menjamahnya bacalah doa makan bagi mengelak daripada jin dan syaitan menjamah bersama.
Dengan keadaan sekarang ini, ramai lebih memilih untuk makan diluar apabila sibuk dengan urusan mencari rezeki dan golongan yang tak tahu nak masak. Makanan diluar pun boleh memberikan impak buat kepada diri mahupun kesihatan juga. Apabila dunia serba moden sekalipun, persaingan itu tak boleh dielakkan selain daripada penggunaan sihir untuk menjatuhkan persaingan malah ada memgambil langkah dengan mengunakan pelaris. Sama ada bantu barang-barang yang sudah di sihir ataupun dipuja sebelum dimasukkan ke dalam makanan ataupun menggunakan bantuan mahluk halus. Makanan yang dihasilkan memang teramat sedap sekali membuat pelanggan menjadi ketagih untuk membeli makanan ini. Walaupun makanan itu biasa-biasa sahaja dan ada juga melarang pelanggan membawa balik makanan yang disajikan. Bagi mereka yang pernah menonton wayang Indonesia "Wujud", dimana ada babak di dalam warung. Apabila ada mahluk halus menjilat makanan atau ada kes dimana dikencing pada makanan agar perniagaan itu laris. Tak semua mempunyai kelebihan melihat ini jadi ramai tak tahu, selain itu jika kamu terlihat kertas yang ditampalkan di dinding dimana kelihatan seperti ayat-ayat Al-Quran akan tetapi ia bukan sama sekali. Ia dikenali sebagai Wafak dimana terlukiskan bentuk-bentuk seperti haiwan dan lain-lain, ia bukan ajaran Islam sebaliknya kepercayaan pra Islamik di nusantara. Bagi yang tak tahu dengan menanggap sebagai ayat Al- Quran padahal ia adalah bukan. Ada mereka menggunakan sebagai pelaris peniagaan, ia salah dalam agama. Lebih baik minta dengan Maha Esa dengan berdoa dan bekerja keras, barulah Allah makbulkan dan rezeki masuk.
Ada satu makanan dimana mahluk halus ini paling suka dimana rata-rata tak sedar memberikan makanan ini secara percuma. Ia adalah asap. Asap daripada setanggi, kemenyan dan rokok. Jikalau ada bacaan ayat-ayat Al-Quran semasa membakar setanggi atau kemenyan ini, mahluk halus tak akan menggangu malah mengelak daripada dekat. Apa jikalau kemenyan digunakan untuk memanggil mahluk halus ini maka ia akan datang, siapa tak nak datang jikalau diberikan makanan secara percuma. Makanan percuma daripada asap rokok, lagi-lagi mereka perokok tegar. Walaupun berbagai-bagai jenis nasihat ataupun alasan kesihatan malah harga dinaik sekalipun ada juga sanggup ikat perut untuk melepaskan gian, jikalau boleh satu kotak rokok dihabiskan. Walaupun difatwakan sebagai haram, tapi masih ada mereka menghisap rokok walaupun tahu ia adalah haram. Walaupun orang itu daripada golongan yang alim dan faham agama, tapi merokok tanpa rasa bersalah. Maaflah jika terasa tapi ia adalah fakta. Asap rokok atau vape, sama juga tu. Hembus pun asap juga, asap tu tetap makanan sukaan jin dan mahluk halus ini. Sambil kamu sembur asap keluar, ada seekor jin akan makan bersama-sama dengan kamu. Secara tak langsung menjadi kawan baik kamu juga. Apabila banyak kes telah berlaku dan ia bukan berlaku kepada seorang sahaja. Persoalannya masih lagi nak merokok selepas mendapat tahu kamu memberikan makanan kepada syaitan, iblis dan jin?
Sebelum saya menghabiskan pendapat saya ini, saya ini bagi nasihat buat mereka diluar sana. "Berbuat baik biar berpada dan berjahat, jangan sekali" terutamanya dengan keadaan sekarang yang suka membawang. Berjaga-jaga dengan makanan dan minuman di tempat awam, takut ada mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi sama ada nak menyakiti mahupun menjadikan kamu sebagai kekasih. Ada barang-barang sihir digunakan khas untuk makanan dan minuman diantaranya adalah santau. Santau makanan dimana digunakan untuk menjatuhkan orang lain sama ada ditempat kerja, persaingan mahupun iri hati sekalipun. Selain itu ada mengunakan santau sebab nak si mangsa sukakan orang yang mengantar santau tersebut, walaupun pada salah ditolak mentah oleh si mangsa. Akhirnya si mangsa sujud dan meminta si penghantar untuk menerima cintanya. Ia seseuatu yang sukar sekali diubati terutamanya dalam perubatan alternatif ini. Jikalau ada jalan semesti ada jalan memulihkan mereka yang menjadi mangsa santau. Jikalau dibiarkan lama ia akan memudaratkan si mangsa sampai meninggal dunia ataupun memberikan peluang kemenangan kepada penghantar santau ini. Tapi pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ataupun tunggu Allah bayar cash sahaja. Apa-apa pun jaga makanan dan minuman kamu, lagipun hati lain-lain. Lebih baik berjaga-jaga sahaja.
Dengan ini sekali lagi saya ulang, sila jaga kebersihan khas buat kaum wanita. Bila datang bulan, jangan tahu nak marah-marah sahaja. Tahu ia adalah sakit tapi bukan kamu sahaja alami malah semua wanita pun alaminya. Allah bagi kamu cuti daripada solat dan puasa, manakala kaum lelaki tiada alasan nak cuti sebab mereka tak merasai apa kaum wanita perlu lalui setiap bulan. Apa-apa pun sila jaga kebersihan diri dan cuci sehinggakan bersih terutamanya tuala wanita ini. Jika dibiarkan ia memberikan peluang kepada mahluk halus iaitu jin untuk memakannya sebab darah itu adalah salah satu makan kesukaan mereka ini. Selain itu darah daripada luka, pastikan dibersihkan dengan mencucinya dengan air sehingga bersih sebelum membuangnya di tong sampah sebab ia membawa efek yang sama juga. Darah itu adalah nyawa kita, tanpanya kita mati. Jadi bersihkan dahulu sampai bersih sebelum membuangnya.
Sampai disini sahaja saya berkongsi mengenai makanan baik kita manusia mahupun mahluk halus ini. Ia daripada pengalaman dan cerita dimana saya pernah dengar terutamanya di Misteri Jam 12 Malam. Jaga kebersihan dan berjaga-jaga dengan makanan yang kita makan di luar serta tutup makanan kita apabila kita tak tahu niat orang lain macam mana baik orang itu kawan baik sendiri. Jin dan mahluk halus ini mempunyai makanan yang mereka sukai, jikalau boleh elakkan memberikan makanan ini secara sengaja mahupun tak. Ada banyak lagi saya tak ingin jelaskan apabila bagi yang Islam sudah sedia maklum dimana ada diajar apakah makanan syaitan, iblis dan jin ini. Jikalau kamu tidur dalam kelas agama tu, pandai-pandai cari (dengan renungan menyindir). Sekian sahaja buat malam ini dan Salam Malam Jumaat semua.
Khamis, 16 Ogos 2018
Cabaran
Salam Malam Jumaat
Apa itu cabaran? Cabaran adalah sesuatu buat seseorang itu membuktikan diri mereka ini hebat ataupun sebaliknya. Di dalam baba paranormal dan supernatural, cabaran memainkan peranan dimana ada individu mahupun golongan / kumpulan itu membuktikan satu subjek mahupun menguji keberanian.
Cabaran selalunya dalam bentuk wang ataupun kelebihan untuk "Bragging rights" kepada orang lain mahupun kumpulan lain. Adakalanya cabaran ini memakan diri mahupun orang lain. Apabila cabaran untuk tempat-tempat yang mempunyai sejarah gelap, keras mahupun berpuaka. Bagi mereka ini sekadar memenuhi cabaran yang diberikan tanpa sebarang ilmu mengenai dunia paranormal dan supernatural. Kebanyakkannya akan pergi atau terjah ke tempat-tempat ini, ala-ala kumpulan paranormal yang professional. Atas alasan "Adventure" dan darah muda ingin tahu.
Oleh kerana takut dipandang rendah oleh pencabar, maka cabaran itu dilakukan tanpa memikirkan risikonya sama ada ganjaran wang mahupun rasa hormat berpanjangan. Dengan memasuki kawasan ataupun melakukan "challenge" seram, untuk membuktikan sesuatu pandangan. Sama ada berlakunya kejadian paranormal mahupun tidak itu terpulang sama ada kena secara direct mahupun tidak. Jika kena pada empunya diri sekurang-kurangnya demam selama 2 minggu mahupun tidak lagi mengulangi atau melakukan cabaran ini. Jika tidak pun ada kemungkinan tinggi ia berlaku kepada orang rumah, dengan gangguan kelibatan, keadaan rumah mulai menjadi panas dan berlakunya kerasukkan dimana ia lebih teruk. Apabila dipanggil oleh pakar perubatan alternatif, puncanya daripada cabaran dimana empunya diri yang buat.
Cabaran ataupun dikenali yang menjadi trend "Challenge" yang banyak disiarkan di Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan sosial media. Lebih-lebih dahulu ada beberapa cabaran seram iaitu "Charlie Charlie" dan pada masa sekarang iaitu "Momokun". Dimana kebanyakkan adalah palsu dan dilakukan oleh troll. Kecuali mainan yang memanggil roh, jikalau di barat ia berlainan oleh kerana kepercayaan di Asia lebih menebal kebanyakkan cabaran ini berjaya disini daripada di barat. Apabila yang dipanggil itu bukan apa yang diharapkan terutamanya memanggil roh, semangat ataupun hantu. Seperti mana kita tahu jin akan mengambil kesempatan dan ia memberikan kebenaran kepada mahluk ini untuk menduduki tubuh badan kita mahupun rumah. Ia memang sukar nak halau. Kes bagi momokun pula adalah seorang manusia yang mempunyai masalah mental dibawak bersembang dengan kamu dengan harapan menakutkan dan menyerang secara psikologi mental untuk membunuh diri. Atas apa alasan sekalipun jangan gatal tangan nak chat dengan mereka yang tidak siuman ini.
Kesimpulannya, cabaran ini tak membawa sebarang kebaikkan kepada diri. Jikalau tujuan nak popular, baik lupakan sahaja selain daripada membuang masa dan ia tidak membawa sebarang jenis kebaikkan pada diri juga. Bukan sahaja menyahut cabaran paranormal malah cabaran tarian, memakan barang yang bukan makanan dan lain-lain. Ia tak membuat kamu hebat, dihormati serta disanjungi sebaliknya ia membuktikan kepada dunia mentaliti dan sikap kamu macam mana kepada dunia. Sebelum melakukan sebarang jenis cabaran, fikir sedalamnya dan risiko. Jangan mementingkan diri sendiri dan kena fikirkan orang lain juga, Its just a one thing, its didn't last long so it's not worthy.
Khamis, 9 Ogos 2018
Anak Patung
Salam Malam Jumaat,
Anak Patung, salah satu alat permainan kesukaan anak-anak kecil terutamanya budak-budak perempuan. Tak kisahlah anak patung itu diperbuat daripada kain, kaca, plastik dan lain-lain. Asalkan anak-anak kecil dapat menggunakan imaginasi mereka untuk bermain. Adakala anak patung ini digunakan oleh golongan tertentu untuk mengurung atau mempergunakan mahluk halus untuk merasuki anak patung ini atas tujuan sihir dan lain-lain.
Anak patung yang cukup sifat ataupun seakan-akan manusia, ia menjadi pilihan buat mahluk halus untuk diaminya. Anak patung yang mempunyai isi ini, membuat terutamanya anak kecil untuk tertarik pada anak patung ini. Semata-mata nak berdamping dengan anak-anak kecil ini, seperti saya jelaskan dalam tajuk "Imaginary Friends". Ada sebab mengapa umat Islam dilarang sama sekali memiliki anak patung yang cukup sifat di rumah, apabila malaikat mengelak daripada memasuki rumah (betul ke tidak tu, terpulanglah).
Tapi mempunyai kes dimana empunya anak patung ni adalah golongan bukan kanak-kanak dimana anak patung ini dibeli atau mengambil untuk dijadikan hiasan mahupun koleksi bagi mereka yang suka mengumpul anak patung sebagai hobi. Pernah wujudnya anak patung itu disimpan di dalam rumah berubah tempat, berubah kedudukan dan bergerak tanpa dikawal oleh manusia seperti mana berlaku kepada anak patung terkenal iaitu Annabelle dan Robert, dimana ada cerita anak patung ini bergerak daripada tempat asal ditinggalkan. Penampakkan kelibat anak patung ini bergerak terutamanya buat orang rumah. Akhirnya empunya anak patung diganggu barulah terhegeh-hegeh nak minta bantuan. Kebiasanya anak patung ini tak boleh dimusnahkan dengan membakarnya apabila ia adalah perbuatan yang bodoh, bagaikan menyimbahkan minyak ke api yang membara. Mahluk yang tinggal di dalam anak patung ini menjadi lebih marah dan gangguan bertambah teruk sekali. Sebaiknya meminta bantuan yang lebih pakar dalam perubatan alternatif, untuk menghapuskan anak patung ini sama ada menanam ditempat yang terpencil mahupun dihanyutkan ke laut.
Akan tetapi sifat manusia ini sukar sekali nak difahami terutamanya syaitan datang membisik agar membalas dendam secara halus. Anak patung yang diisi dengan jin untuk tujuan membalas dendam mahupun kes iri hati. Anak patung ini dihadiahkan kepada musuh ataupun orang yang bakal disihir, terutamanya di majlis hari jadi mahupun open house. Hadiah yang dibungkus tanpa nyatakan nama, diberikan kepada si mangsa. Anak patung biasanya diterima baik terutamanya anak kecil lagi-lagi anak patung yang mereka minati contohnya "Barbie" dan "Disney". Anak patung bukan sahaja perlu yang lama ataupun yang dibuat sebaliknya mereka membuat sihir ini akan mencari anak patung apabila mereka dah target siapa yang mereka nak tujukan. Asalkan anak patung itu cukup sifat dah cukup. Akhirnya mangsa berjaya disihir dan gangguan mulai berlaku selain daripada penampakkan kelibat atau kes lebih teruk apabila anak sendiri dirasuk. Pengajarannya jikalau dapat hadiah yang tak mempunyai nama, lebih-lebih ia adalah anak patung itu jaga-jaga. Sebab musuh dalam selimut kita tak tahu apabila kita sendiri tak tahu siapa kawan yang sebenarnya dengan musuh yang bertopengkan sebagai kawan.
Anak patung berhantu ataupun berpuaka ini sudah lama terpahat dalam sejarah apabila pada Tamadun Mesir purba lagi, musuh kepada Ramesses III pernah membuat anak patung lilin yang mempunyai rupa yang seiras dengan Firaun ini semata-mata nak melihat Firaun ini mati. Upacara dilakukan menggunakan anak patung dimana seakan-akan orang yang nak disihir agar kecelakaan berlaku kepadanya. Anak patung kebiasanya digunakan untuk sihir sepanjang perjalanan sejarah baik secara persendirian mahupun dalam satu kepercayaan sekalipun. Tak kira apa jenis tamadun sekali pun anak patung digunakan dalam upacara keagamaan, pengembumian dan mengaitkan dengan dewa & dewi kuno. Anak patung ini juga digunakan dalam perubatan apabila anak patung yang seiras dengan pesakit, dapat memindahkan penyakit yang dialami oleh pesakit itu kepada anak patung sebelum dibakar dengan harapan pesakit akan kembali sihat. Tapi pengaruh voodoo yang membuat sesiapa percaya dimana anak patung sering digunakan untuk menyakiti akan tetapi ada anak patung ini digunakan dalam perubatan.
Disini saya jelaskan secara ringkas anak-anak patung paling berhantu di dunia.
Robert the Doll.
Dipamerkan di Muzium East Martello di Key West, Florida. Pernah dimiliki oleh penulis serta pelukis Robert Eugune Otto. Ada yang mengatakan anak patung ini diberikan oleh orang gajinya yang mengamal voodoo, oleh kerana tak berpuas hati apabila diberhentikan oleh majikannya. Dia menghadiahkan anak patung ini kepada anak majikannya sebelum pergi. Anak patung ini diisi dengan semangat yang jahat. Otto menamakan anak patung ini sebagai Robert seperti namanya sendiri dan sering membawa anak patung ini kemana sahaja malah sering membawa anak patung ini bermain. Pernah sekali ibubapa Otto terdengar suara yang lain apabila mereka mendengar anak mereka sedang bercakap dengan seseorang padahal pada masa itu kelihatan Otto seorang diri. Malah terjadi kejadian yang ganjil berlaku apabila Otto akan mengatakan Robert yang membuatnya walaupun Otto menidakkan perbuatan itu. Akhirnya anak patung itu disimpan di loteng rumah dan penduduk sekitar pernah melihat anak patung Robert ini berpindah tempat daripada tingkap yang ada di loteng tersebut. Apabila Otto dah dewasa dan berkahwin dengan Annete Parker, mereka berpindah kembali ke rumah Otto membesar. Akhirnya Otto jumpa kembali anak patung ini dan membawa turun ke rumah. Anak dan isteri Otto menjadi tak selesa dengan kehadiran anak patung ini, bagaikan Otto dipukau dan sentiasa bersama dengan anak patung ini sampai kematiannya pada tahun 1974. Anak patung ini diletakkan semula ke atas loteng rumah, sebelum rumah ini dijualkan kepada Myrtle Reuter selepas balu Otto meninggal dunia. Anak perempuan Reuter menjumpai kembali anak patung di loteng rumah lalu tertarik dengan membawa kembali ke rumah. Apabila anak perempuan itu diserang oleh Robert, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menderma anak patung ini kepada Muzium dan anak patung itu kekal sehinggakan ke hari ini. Terdapatnya khabar angin mengatakan bahawa, pengunjung perlu meminta kebenaran dengan Robert untuk mengambil gambar jika tidak nasib malang akan menimpah kepada mereka yang tak meminta izin ini. Malah terdapat beribu surat dihantar ke muzium ini mengharapkan Robert memaafkan mereka dan menarik balik nasib malang ini. Cerita Robert pernah diadaptasikan di dalam filem seram "Chucky" di dalam "Child's Play" pada tahun 1988.
Annabelle the Raggedy Ann Doll.
Terkenal di dalam kes Demonologists Ed & Lorraine Warren dan ditempatkan di dalam "The Warrens' Occult Museum" di Monroe, Connecticut. Seperti mana diceritakan oleh Ed & Lorraine Warren, anak patung ini dimiliki oleh seorang pelajar jururawat pada tahun 1970. Apabila anak patung ini menunjukkan keganjilan, lalu pelajar ini meminta bantuan daripada seorang medium dan mendapat tahu anak patung ini didiami oleh semangat seorang anak gadis yang bernama "Annabelle Higgins". Oleh kerana sifat kasihan, dia bersama rakan serumahnya membenarkan semangat itu tinggal di rumah itu akan tetapi indah daripada rupa apabila anak patung ini mempunyai niat yang jahat. Apabila anak patung ini mulai mengganas apabila kawan lelaki pelajar ini dicakar sebalik sahaja dia mengatakan dia tak suka dengan anak patung ini. Selepas kejadian ini, Annabelle mulai menganas sehinggakan menakutkan pelajar dan rakan serumahnya sekali. Akhirnya mereka meminta bantuan dengan pasangan Warren. Pasangan Warren ini mengatakan anak patung Annebelle ini bukan dirasuki dengan semangat seorang anak gadis sebaliknya semangat jahat ataupun syaitan. Akhirnya pasangan Warren mengambil keputusan untuk membawa anak patung ini balik ke muzium mereka dan mereka hampir-hampir mengalami kemalangan angkara Annabelle. Malah pernah berlaku kes dimana seorang remaja membuat provokasi terhadap Annabelle dengan mengugut anak patung untuk memudaratkan remaja ini, akhirnya remaja ini meninggal dunia dalam kemalangan jiwa dengan motosikalnya sebalik sahaja meninggalkan muzium dimana Annabelle ditempatkan. Cerita Annabelle ini menjadi inspirasi kepada wayang "Annebelle" (2014) & "Annebelle : Creation" (2017). Dalam pendapat saya, versi wayang banyak sangat tokok tambah dan lari daripada cerita yang sebenarnya.
Disini saya sertakan nama-nama anak patung berhantu yang lain, dimana kamu boleh cari cerita mengenai anak patung ini. Letta the Doll, Voodoo Zombie Doll, Pupa, Mandy & Pulau Ubin Barbie.
Sampai disini sahaja pengulasan saya mengenai anak patung. Tak salah mempunyai anak patung ini asalkan ia tak cukup sifat. Ataupun membuang atau dermakan anak patung kepunyaan anak jikalau mereka dah meningkat dewasa. Jikalau ternampak anak patung di tepi jalan ataupun di tempat perlupusan sampah, jangan kutip. Lagi antik anak patung itu, ada kemungkinan tinggi ada sesuatu yang sudah mendiaminya. Apa-apa pun jaga-jaga.
Khamis, 2 Ogos 2018
Mengambil
Salam Malam Jumaat semua,
Adakalanya apabila ada benda yang dilihat semestinya nakkan mahupun dibeli. Tapi jikalau benda yang menarik perhatian kita ini berada di tempat awam ataupun di tempat membuang sampah. Ada barang seperti almari, cermin, kotak, anak patyng dan lain-lain yang masih dalam keadaan elok tanpa sebarang jenis kerosakkan. Bagi yang mampu, tiada sesiapa akan mengambil barang-barang ni akan tetapi ada mereka yang kurang berkemampuan dan serba kekurangan akan mengambil barang ni untuk kegunaan di rumah.
Tapi ada benda-benda ini mempunyai rahsia ataupun sejarah yang terlindung, dimana tuan asalnya membuangnya. Adakalanya barang ini adalah barang turun-temurun ataupun benda paling disayangi oleh arwah/mendiang. Ada benda ini mempunyai pendamping ataupun penunggu yang tinggal di dalam objek ini. Apabila tuan asalnya tak ingin lagi memelihara ataupun simpan saka ini, ada yang mengambil langkah mudah dengan membuangnya di tempat membuang sampah atau dimana-mana siring / tepi jalan dengan harapan benda ini dilupuskan tanpa memikirkan ada orang lain bakal mengambilnya. Apabila benda ini dilupuskan dengan membuangnya di tempat-tempat yang jauh daripada kehadiran manusia dengan menanamnya ataupun menghanyutkan ke laut ataupun membuangnya terus ke laut. Paling mudah dengan meminta pertolongan dengan mereka yang pakar untuk menghapuskan barang ini.
Bagi yang tak tahu, ia sekadar barang sahaja dan tak lebih daripada itu. Akan tetapi ia tak semestinya gangguan itu bermula terus sebaliknya gangguan hanya berlaku selepas beberapa hari/malam. Gangguan seperti penampakkan kelibat, ada gangguan pada waktu tidur, kedengaran bunyi bising ataupun suara-suara yang menyeramkan. Gangguan ini mulai disedari terutamanya orang rumah seperti suri rumah dan anak-anak mahupun ibubapa {khas buat mereka yg dah berkahwin dan tinggal bersama-sama ibubapa / mertua serumah}.Ini melihat kepada individu tersebut nak mempercayai kata-kata orang rumah, tapi dengan keadaan masa kini ada kemungkinan tinggi komplen itu dihiraukan.
Jika yang mengambil berat dan mengambil tindakan. Maka bantuan daripada mereka yang pakar diperlukan iaitu pakar perubatan alternatif diperlukan. Ya, ia mengambil masa nak mencari sebabnya dan puncanya.Jikalau ia berpunca daripada barang yang diambil ini maka barang itu harus dibuang. Insha Allah, gangguan itu akan berhenti juga.
Ini pula kes istimewa apabila terjumpa barang seperti cincin atau rantai ditempat dimana pernah berlakunya kemalangan dan kematian. Walaupun nampak cantik atau ia adalah emas sekalipun, jangan sesekali mengambilnya apabila gangguan yang bakal kamu alami lebih teruk sekali daripada barang yang mempunyai pendamping mahupun saka sekalipun. Gangguan kelibat lembaga seperti seseorang yang sudah meninggal dunia di dalam rumah, penampakkan diri secara berdepan dan meminta barang dipulangkan dan gangguan di dalam mimpi. Gangguan ini bukan sahaja menganggu emosi malah kesihatan apabila empunya diri tak berani nak tidur dan paranoid dengan keadaan sekeliling. Cara nak bebaskan diri daripada gangguan dengan memulangkan barang yang diambil ke tempat asal ataupun meminta bantuan dengan Pakar perubatan alternatif untuk menangani masalah gangguan ini. Jangan sekali berdegil ataupun keras kepala daripada memulangkan/memberikan barang ini kerana ia adalah barang diperbuat daripada emas. Jangan disebabkan kedegilan diri sendiri, dengan membenarkan diri terus diganggu.
Kesimpulannya, jangan sesekali mengambil barang-barang yang di tempat pembuangan barang, secara sebarangan dan check dahulu. Jikalau nampak cincin walaupun emas sekalipun di tempat awam ataupun di tepi jalan, jangan bawak balik ke rumah jikalau boleh terus gadai sahaja ataupun berikan kepada pihak polis. Mana tahu ada yang nak claim nanti. Ini paling penting sekali, sila bagi nasihat kepada anak-anak agar tak mengambil barang di tepi jalan mahupun di tempat membuang sampah terutamanya barang itu adalah permainan seperti contoh anak patung. Saya tak akan jelaskan lebih lanjut seperti mana saya telah jelaskan pada subjek hampir sama pada malam Jumaat yang lalu.
Jikalau nampak benda unik di tepi jalan ataupun di tempat membuang sampah,
JANGAN AMBIL.
Langgan:
Catatan (Atom)