Khamis, 31 Disember 2015

Salam Malam Jumaat semua,


Salam Malam Jumaat semua buat pembaca dan pengunjung ke blog Salam Malam Jumaat. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. 

Lebaran baru pada buku yang baru, apabila buku tahun 2015 bakal habis. Ia tiba masanya kita memulis lembaran yang baru di buku tahun 2016. 

Azam baru untuk blog saya ini, akan diteruskan kecuali kejadian yang tak diingini dariapda berlaku. Saya akan terus berkongsi cerita-cerita seram, mistik, lagenda serta beberapa infomasi yang menarik buat tatapan pembaca pada setiap malam Jumaat. Teruskan memberikan sokongan kepada blog saya ini dan sila jadi follower agar kamu dapat info bila bahan baru bakal saya kongsikan. 

Terima kasih dengan terus mengunjungi blog saya dan terima kasih bersabar menanti bahan yang saya bakal kongsikan ini. Saya ingin memohon maaf jika saya pernah menyinggung mahupun terkasar bahasa sepanjang saya berkongsi di blog saya ini. Saya akan berusaha dengan terus mengekalkan blog ini adakalanya ia sunyi sekali. 

Sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada semua, harap kita boleh berjumpa lagi pada tahun depan. Terima kasih semua.

Mata / Deria ke-6



Salam Malam Jumaat,

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat sesetengah manusia yang terpilih. Manakala ada mereka mendapat kelebihan ini dengan kejadian yang tragis (selepas mengalami koma mahupun kecederaan yang hampir meragut nyawa), mendapat pada usia yang lewat, mereka yang ada mengamalkan ilmu, mereka yang mempunyai saka, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi terutamanya agama dan faktor keturunan.

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang unik apabila ada mereka ini sensitif pada keadaan sekeliling apabila deria-deria akan menjadi lebih peka. Kelebihan yang lain adalah kelebihan untuk melihat, berbicara dan merasakan kehadiran mahluk-mahluk halus. Selain itu ada mereka mempunyai kelebihan untuk meramal dan membaca fikiran orang lain yang dikenali ramai sebagai phychic.

Kanak-kanak sekitar usia 3-6 tahun mampu melihatnya akan tetapi deria ini akan hilang dengan sendirinya tapi jarang sekali berlaku apabila kelebihan deria ini dibawa sehinggakan dewasa.

Mereka yang memiliki kelebihan deria ke-6 biasanya akan lebih suka menyendirikan diri mereka apabila diluar sana banyak yang tidak mahu mengerti kelebihan yang ada pada mereka apabila ada masyarakat akan memulaukan mereka yang ada kelebihan deria ke-6. Apabila tiada yang ingin memahami ataupun cuba fahami mereka ini.

Mereka yang ada kelebihan deria ke-6 , sering kali dipertikaikan pada kelebihan mereka ini apabila dikatakan suka menunjuk-nunjuk dan penipu. Oleh kerana ini mereka dipulaukan, akan tetapi mahluk halus ini lebih berasa kasihan dan sudi berkawan dengan mereka ini. Jika ada manusia yang faham itu tidak banyak, akan tetapi ada ramai yang suka mengambil kesempatan pada kelebihan yang ada pada mereka ini.

Ada mereka yang mampu mengawal kelebihan deria ke-6 manakala ada ramai memilih untuk menutup mahupun membuang deria ke-6 ini dengan meminta bantuan pada mereka yang mahir mahupun pakar mengenainya. Kebiasanya ibubapa yang mendapat tahu bahawa anak mereka mempunyai deria ke-6 ini akan berusaha mencari mereka yang pakar untuk membuangnya untuk kebaikkan anak mereka ini daripada terus menerima gangguan yang diterima apabila penampakkan mahupun ada mahluk halus ini ingin menjadi kawan. Dimana ia dilarang tegas daripada berlaku apabila ia boleh memudaratkan mereka yang ada deria ke-6 ini. Tapi kebanyakkan ibubapa pada era sekarang ini tidak ambil peduli langsung, apabila ada berfikiran bahawa anak-anak mereka ini sekadar nak perhatian sahaja.

Disini saya ingin kongsikan 2 cerita mengenai penampakkan roh mereka yang pulang ke rumah dimana disaksikan oleh kanak. Cerita pertama berlaku kepada diri saya sendiri dimana ibu saya menceritakan kepada saya manakala cerita kedua pula berlaku kepada sepupu lelaki saya sendiri semasa kematian nenek kami.

Cerita ini berlaku pada malam hari datuk (sebelah keluarga ibu saya) dikebumikan di kubur. Biasanya malam pertama ahli keluarga akan berjaga-jaga dirumah apabila kepercayaan cina percaya bahawa roh akan balik ke rumah. Ahli keluarga akan menanti kedatangan roh apabila ia balik ke rumah antaranya kelibat mahupun bau-bauan. Pada masa itu saya masih kecil lagi sekitar usia 2-4 tahun, pada masa berjaga itu saya dibawa tidur di dalam bilik dimana rumah nenek saya bertemankan ibu saya. Apa yang ibu saya ceritakan kepada saya, dengan tiba-tiba ibu saya ternampak saya terbangun daripada katil dan melambai-lambai pada sesuatu dimana ibu saya tak nampak. Gayanya melambai seseorang itu pergi. Pada keesokkan harinya ibu saya menceritakan kepada orang rumah, memang terkejut juga apabila kehadiran roh datuk saya di tempat yang tidak disangka.

Cerita kedua pula berlaku pada malam nenek (sama daripada keluarga ibu saya juga) selepas dikebumikan. Sama seperti yang saya jelaskan awal cerita, upacara berjaga dilakukan di rumah mendiang nenek saya. Kali ini berlaku kepada adik sepupu lelaki saya dimana pada usia sekitar 2-4 tahun juga, melambai-lambai pada sesuatu dimana dilihat oleh ibunya (mak cik saya) sambil berkata “Bye-Bye” pada sekitar tengah malam apabila dia dibawa ibunya tidur dahulu. Kejadian itu diceritakan oleh mak cik saya kepada kami sekeluarga yang ada di sana.

Percaya ataupun tidak itu terpulanglah, asalkan jangan kamu menyakiti perasaan mahupun membuli mereka yang ada kelebihan deria ke-6 ini. Sebabnya mereka ini adalah manusia juga akan tetapi mereka hanya mempunyai kelebihan yang dikurniakan kepada mereka oleh Yang Maha Esa. Ingat Tuhan itu Maha Adil, satu hari karma akan terkena pada diri sendiri atas perbuatan diri sendiri juga selain daripada menerima pembalasan daripada mereka yang mempunyai saka. Itu lebih kepada kes berat. Apa-apa sekalipun deria ke-6 ini sesuatu yang unik dimana tak semua yang dikurniakan dengan kelebihan ini.

Khamis, 24 Disember 2015

Salam Malam Jumaat semua.

Saya bagi penulis blog Salam Malam Jumaat, ingin mengucapkan khas buat pembaca yang beragama Kristian. Selamat Menyambut Hari Natal. Merry Christmas and Happy New Year.

Meminta Izin


Salam Malam Jumaat,

Pedulilah apa yang dikatakan, khurafat dan syirik sekalipun apabila kemaluan kamu membengkak ataupun perut kamu seperti ibu yang mengandung 9 bulan ataupun dalam keadaan membusung. Apa yang kamu nak katakan apabila ia terjadi kepada diri sendiri?

Orang tua-tua sering kali berpesan jangan membuang air kecil mahupun besar ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya ditempat-tempat yang terpencil, hutan, busut, tempat air bertakung, mata air, pokok dan sebagainya.

Tempat-tempat berkenaan pada pandangan mata kasar hanya itu sahaja akan tetapi bagi alam ghaib, ia merupakan tempat tinggal bagi mahluk-mahluk halus ini. Ia semestinya perbuatan yang biadap apabila rumah kamu sendiri  dikencing mahupun dikotori dengan najis bukan. Biarpun bagi kita manusia akan turut berfikiran yang sama bukan?

Apabila keadaan darurat dan terdesak serta tiada tempat lain boleh digunakan untuk melepaskan hajat kamu maka ia terpaksa. Bukan main lepas sahaja tanpa membuat apa-apa bukan. Sebelum kamu ingin melepaskan hajat kamu, bacalah “Bismilllah” barulah kamu lepaskan. Yang lain seperti meminta izin, ludah pada tempat yang kamu nak lepaskan hajat, dengan berkata “Tumpang ke tepi” dan seperti mana orang tua-tua sering kali memberitahu dengan meminta izin dengan “Datuk, Nenek. Cucu tumpang .... (air kencing ataupun besar, tengok kepada keadaan).

Percaya mahupun tidak itu terpulang la. Jangan berikan alasan ia mengarut sebab darjat kita sebagai manusia adalah lebih tinggi daripada mahluk-mahluk halus nie akan tetapi jika ia berlaku seperti mana diterangkan awal tadi. Ia boleh membuat sesiapa sahaja terdiam dan rasa menyesal itu baru timbul. Nasi sudah mencari bubur, maka terimalah pembalasan atas perbuatan yang biadap itu sendiri. Jika kamu bawa berubat, semua akan memberikan penjelasan yang sama dan cara mengubati pun tidak memerlukan banyak perkara. Ubatnya kamu perlu meminta maaf, pada tempat-tempat kamu lepaskan hajat tanpa memberitahu itu. Hanya terpulang kepada Yang Maha Esa sama ada mahluk yang tinggal di sana memaafkan perbuatan kamu itu ataupun tidak. Jika ego kamu menguasai diri kamu, tak ingin meminta maaf maka penderitaan itu akan berterusan sehinggakan kamu meminta maaf.

Dunia ini bukan sahaja didiami oleh kita manusia sahaja malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain seperti tumbuhan, haiwan serta mahluk-mahluk halus dimana pancaindera kita tak mampu melihatnya kecuali mereka yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Kita kena sedar mengenainya dan kita kena sedar bahawa kita berkongsi dengan yang lain. Meminta izin itu tidak salah juga bukan?

Salam Malam Jumaat semua,


Disini saya sebagai penulis blog Salam Malam Jumaat, ingin mengucapkan khas buat pembaca yang beragama Islam. Salam Maulidur Rasul. Happy Prophet Muhammad Birthday.

Khamis, 17 Disember 2015

Penunggu Rumah


Salam MalamJumaat,

Seperti mana kita tahu bahawa kita manusia tidak tinggal di dunia ini seorang diri malah kita berkongsi dengan mahluk-mahluk lain daripada ciptaan Yang Maha Esa, ia termasuk juga dimana terbatas dari segi penglihatan kita manusia.

Tak mengira rumah itu lama mahupun baru sekalipun kewujudannya semestinya tak mampu kita kata benar mengenainya. Apabila kelibat adakala berlaku sebentar mahupun kekal itu, semestinya membuat sesiapa yang melihatnya menjadi gentar mahupun menjadi takut. Ia adalah Penunggu Rumah.

Kewujudannya tak pernah menganggu penghuninya kecuali ada sesuatu yang membuatkan ia menganggu apabila penghuni ada melakukan sesuatu yang salah.

Ia akan berdiri pada satu sudut di rumah tersebut dan tidak akan bergerak ke mana-mana. Adakala ada pernah melihat kelibat tersebut berdiri di tempat-tempat tertentu seperti di atas tangga rumah, bawah tangga, sudut rumah yang paling gelap, bilik stor, tandas dan tempat-tempat yang berada di rumah yang jarang sekali digunakan. Ia hanya berdiri tegak dengan wajah ditutupi dengan rambut yang panjang manakala ada pula ia hanya menundukkan diri sambil wajah ditutupi dengan rambut yang panjang dan adakalanya ia menatap pada wajah kamu dengan mata terbeliek serta tersenyum dengan rambut yang panjang pada sisinya.

Ia boleh dikatakan adalah barisan hadapan jika ada mahluk ghaib yang lain ingin memasuki mahupun menduduki rumah tersebut dengan menghalangnya. Akan tetapi ada batasnya apabila jika penyerang mahupun pencereboh itu lebih kuat daripada ia maka ia terpaksa mengalah apabila tak mampu menangininya. Jika penyerang mahupun pencerobohnya dapat diusir keluar maka tanggung-jawab itu berbalik kepada penunggu rumah.

Tidak banyak diketahui mengenai penunggu rumah. Hanya segelintir sahaja mampu melihatnya. Adakalnya kehadirannnya diambil peduli ataupun sebaliknya, malah ada yang sanggup mengeluarkan daripada rumah pada pemilik rumah menjadi takut terhadap kehadiran penunggu rumah. Ada lebih baik biarkan sahaja, apabila kita tidak menganggu maka ia tidak akan menganggu kita. Terpulang nak percaya ataupun tidak, akan tetapi ia tu memang wujud.



Khamis, 10 Disember 2015

Rumah


Setiap manusia mempunyai sebuah tempat dimana dilindungi daripada alam sekitar dan bahaya di luar sana. Kira dimana bertuah sekali mempunyai tempat tinggal yang kita panggil rumah untuk berteduh, manakala ada yang tidak bernasib baik seperti kita ini. Maka rumah tersebut harus dibersihkan, atas petua orang tua-tua dahulu iaitu secara fizikal dan spiritual.

Secara fizikal dengan membersihkan rumah tersebut pada persekitarannya tidak mengira rumah itu baru mahupun sudah lama. Secara spiritual dengan membersihkan dengan mengunakan yang diajar pada agama dan kepercayaan yang dianuti. Cara Islam dengan membuat doa selamat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan azan. Manakala yang beragama Kristian dengan mempelawa Father mahupun pastor ke rumah dengan membuat blessing dan bacaan doa. Serta mereka yang beragama Buddhist dengan membuat upacara keagamaan dengan meminta sami-sami membaca doa.

Sebabnya dunia ini bukan sahaja yang kita tinggal malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain. Dan setiap ciptaan-Nya mempunyai tempat tinggalnya tersendiri. Mahluk halus ini, bukan semua kita mampu melihatnya kecuali buat mereka yang diberikan kelebihan yang membezakan kita dengan orang lain. Mahluk halus ini akan mencari dimana rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Itulah sebabnya kita kena berbuat demikian terhadap rumah dimana kita bakal di diami. Akan tetapi bukan semua Berjaya apabila adanya berdegil untuk berpindah apabila ada yang sudah tinggal di rumah tersebut lebih lama daripada kita, maka kita yang sendiri kena berpindah.

Apabila satu per satu manusia mulai meragut untuk dijadikan tempat yang membangun, mahluk halus nie mulai menerima tempiasnya apabila kediaman mereka dimusnahkan. Ada yang terus kekal manakala ada yang terpaksa berpindah manakala ada yang melawan apabila rumah mereka itu bakal dirampas.

Walaupun ia jarang berlaku apabila kedua-dua pihak mampu hidup secara harmoni. Apabila sefahaman dapat dibuat, kedua-dua pihak mampu hidup di satu bumbung selagi kedua-dua pihak bertolak-ansur dan tidak menganggu satu sesama lain.

Khamis, 3 Disember 2015

Darah


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya ingin kongsikan kepada semua Infomasi menarik dimana saya pernah kongsikan di group. Ia hanya infomasi ringkas sahaja untuk bacaan dan memberitahu sahaja.

Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.

Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya.

Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya.  Maka tidak hairan  melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.

Jika diberikan makanan percuma  semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.