Salam Malam Jumaat semua, buat malam nie
saya akan kongsikan kepada kamu semua infomasi dan kisah seram dari Pejabat di
MPS. Kisah yang saya dengar dari sana tidak banyak dan perihal yang lain saya
pernah terangkan terdahulu iaitu Muzium Warisan Sandakan.
Dahulunya pejabat MPS ditempatkan pada bangunan lama yang sekarangnya
menjadi muzium sebelum ditempatkan pada bangunan baru serta di bangunan bekas
perpustakaan Sandakan dulu. Kisah-kisah seram jarang sekali diceritakan
sekarang akan tetapi ia pernah berlaku satu ketika dahulu.
Pernah diceritakan dengan penampakkan lembaga kecil seperti budak-budak
kelihatan berlegar-legar pada bangunan tersebut dimana apa yang saya difahamkan
ia adalah roh budak-budak yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan
tersebut kerana bermain-main di sana dan budak malang nie kalau tidak silap adalah pengusaha kantin di sana. Adakalanya
kelibat budak malang nie pada
koridor pejabat adakalanya ia menampakkan dirinya pada bawah meja pekerja di
sana. Adakalanya ada kelihatan pula lembaga hitam berdiri pada koridor pejabat
yang agak besar dan ia menghalang sesiapa yang ingin lalu. Kisah lain pula
sering kali berlakunya gangguan buat mereka yang kerja overtime dan lewat apabila kedengaran bunyi-bunyi seperti memanggil
mereka serta ada juga terasa mereka sering kali diperhatikan dan terakhir
sekali adalah mereka pernah ternampak kelibat seperti lembaga di pejabat pada
mereka seorang diri. Malah tandasnya kebetulan berdekatan dengan sebuah pokok ara (dimana sekarang dah ditebang akan tetapi masih ada tunggulnya) pun sering kali kelihatan satu lembaga hitam berdiri di dalam tandas dan adakalanya menganggu mereka yang lemah semangat serta kaum hawa. Ia suka menganggu apabila tandas itu adalah tempat tinggalnya.
Sampai disini sahaja saya kongsikan buat malam nie, ternyata setiap tempat nie
mempunyai kisahnya tersendiri terutamanya jika tempat itu mempunyai sejarah
padannya. Sila nantikan infomasi dan kisah seram yang lain pada masa yang akan
datang dimana ada banyak kisah-kisah yang terselindung dimana ramai orang
Sandakan tidak tahu mengenainya.