Semestinya keluaran buku “Thriller’s Night 6” mendapat sambutan yang hangat sekali apabila
peminatnya sanggup berkampung demi mendapatkan buku tersebut yang ternyata
hangat di pasaran. Ada yang sanggup membayar lebih semata-mata untuk
mendapatkan buku tersebut.
Penulis siri Thriller
semestinya terbaik sekali apabila setiap penulisannya tidak menghampakan
pembacanya apabila setiap siri akan membuatkan jantung pembacanya berdenyut kencang setiap ayat di dalam buku
tersebut. Suspen, misteri dan seram sering kali menghantui pembaca setiap kali
mereka membacanya.
Semestinya peminat tak pernah menghampakan penulis setiap
kali dia mengadakan sesi tandatangan pada bukunya itu. Terpancar pada wajah
peminat terhadap karya penulis dan kesemua akan teruja sehingga sanggup beratur
lama semata-mata mereka dapat bertemu dengan penulis tersebut.
Akan tetapi diluar pengetahuan peminat, penulis semangkin
hari menjadi tidak siuman. Diluaran penulis adalah seseorang yang cool sekali akan tetapi dalaman dia
seorang yang teramat kejam sekali semata-mata untuk mendapatkan idea mahupun
memuaskan pembacanya.
Ketika penulis berada di rumahnya, dia lebih banyak
menghabiskan masanya di bilik bawah tanah bermain-main. Disitulah penulis
mendapat idea dalam penulisannya dengan menyeksa dan membunuh mangsa-mangsanya
untuk memberikan dia inpirasi dalam penulisannya. Kebanyakkan mangsanya adalah
peminat fanatik yang sanggup berbuat apa-apa untuk dirinya malah ada sanggup
jual diri untuk bersama-sama dengan penulis.
Semestinya ia menjadi tamparan hebat sekali buat peminat
apabila mereka menjadi mangsa kepada penulis tersebut. Penulis sering kali
memberitahu kepada mangsanya yang mereka harus berbangga apabila mereka akan
menjadi sebahagian daripada cerita bukunya. Selesai sahaja penulis berkata
begitu, penulis akan menyeksa mangsanya dengan penuh sengsara sekali
sehinggakan mangsa itu menemui ajal.
Mayat mangsanya akan dikerat-kerat sebelum membakarnya
sehingga menjadi abu kemudian membuangnya ke laut. Penulis akan memastikan
tiada langsung kesan mahupun bukti kerana dia sendiri tahu mengenai cara pihak
berkuasa menyelesaikan kes malah dia sendiri ada meletakkan beberapa cara
penyiasatan tersebut pada buku-bukunya itu.
Kebanyakkan yang keluar dari media semasa mengenai
kehilangan orang sering kali buat pihak berkuasa menemui jalan buntu
sehinggakan mereka terpaksa menutupnya walaupun orang ramai membantahnya. Hanya
penulis buku siri thriller sahaja
yang mengetahuinya, disebabkan passion
dalam penulisan dia sanggup berbuat apa-apa untuk mengekalkan peminatnya puas
walaupun peminat itu sendiri bakal menjadi sumber ideanya itu.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan