Keadaan Greg’
Steak House mestinya agak riuh-rendah daripada bunyi pisau dan garpu
berlaga pada piring. Ternyata pada wajah pelanggan kepuasan apabila mereka
memakan steak tersebut yang enak
sekali. Ada beberapa pelanggan memuji kepada tuan punya restoran mengenai
keenakkan steak dimana pada ketika
dahulu steak kurang sedap dimakan
sehinggakan restoran tersebut hampir bergulung tikar.
Tuan punya restoran hanyalah tersenyum setiap kali dia
dipuji dengan keenakkan pada makanannya terutamanya steak daging yang teramat berbeza sekali dengan restoran yang lain.
Adakala ada beberapa pelanggannya menanyakan rahsia kepada steak itu akan
tetapi Tuan restoran tersebut hanya mengatakan ia adalah resipi rahsia yang dia
sendiri tidak akan kongsikan kepada sesiapa pun.
Malah pekerja-pekerja langsung tidak diberitahu caranya
serta resipi tersebut sebaliknya tuan restoran akan menyediakan bahan serta
masakkan di sebuah bilik dimana hanya dia seorang sahaja yang dibenarkan masuk
malah dia turut memasang sekuriti untuk memastikan rahsianya kekal padanya.
Dalam diam-diam tuan restoran tersebut memberi makan
kepada pelanggannya adalah bukan sebarang daging lembu tetapi daging manusia.
Tuan restoran tersebut sanggup membunuh persaingnya sebelum mengunakan
mangsanya sebagai juadah adakalanya dia akan menculik beberapa gelandangan
mahupun sesiapa sahaja yang menumpang keretanya pada malam hari.
Tuan restoran tersebut akan memastikan bekalan cukup
untuk menepati permintaan pelanggannya. Oleh disebabkan dia terlampau
bersemangat untuk memastikan restorannya kekal dia sanggup berbuat apa-apa
untuk memastikan ia kekal sehinggakan ia menjejaskan pemikirannnya sendiri.
Tuan restoran tersebut akan mengerat kesemua
mangsa-mangsanya sebelum menyimpannya di dalam sebauh peti sejuk khas di bilik
yang dia menyediakan bahan-bahan untuk dijamu pelanggannya. Tuan punya restoran
teruskan mencari dagingnya itu jika dia dapat tahu rahsianya bakal terbongkar,
dia akan pastikan mereka tidak akan lagi melihat cahaya pada keesokkan harinya
dan mereka juga bakal menjadi daging segarnya.
Maka tidak hairan sering kedengaran pada muka khabar mahupun media mengenai kehilangan orang
sehinggakan merunsingkan pihak polis. Tuan punya restoren tidak akan risau
mengenainya kerana dia tahu dimana mereka yang hilang itu.
Semestinya kita sendiri tahu dimana bukan? Ini hanyalah
semata-mata passion tuan restoren
meneruskan minatnya memberikan pelanggannya makanan yang terbaik.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan