Keadaan yang aman menjadi huru-hara di Rumah Amal Bakti,
apabila beberapa penghuninya dirasuk sebelum tidak sedarkan diri. Bukan sahaja
itu tak kira lelaki mahupun perempuan bagaikan bergilir-gilir mereka akan
dirasuk sebelum tidak sedarkan diri.
Pengetua rumah amal tersebut mengambil keputusan untuk
memanggil seorang Ustaz untuk membantu mereka apabila keadaan yang teramat
membimbangkan. Pengetua tersebut mambawa Ustz berjumpa dengan salah satu
penghuninya yang paling kerap dirasuk iaitu seorang remaja lelaki yang bernama
Khalid. Khalid meracau-racau sambil terjerit-jerit tanpa membuang masa Ustaz
terus membacakan beberapa doa lalu dihembuskan kearah Khalid dengan
perlahan-lahan dia mulai menjadi tenang.
Ustaz mendapati yang merasuk Khalid adalah roh yang
seusia dengan Khalid itu sendiri dan dia mulai menjadi curiga apabila dia
mendengar “Lepaskan aku”
berulang-ulang kali dari mulut Khalid. Kebiasanya dalam perubatannya
kebanyakkan yang merasuk ini akan terjerit-jerit mahupun berkata-kata yang
kurang enak sebaliknya ia teramat berbeza sekali dengan yang merasuk Khalid.
Lalu Ustaz menyoal roh yang merasuk Khalid dan dia ingin
tahu puncanya.
Nama saya Badrul dan saya adalah salah seorang daripada
anak-anak di Rumah Amal Bakti. Saya meminta hanya dilepaskan dan saya yang
meminta jenazah saya disempurnakan. Saya sudah lama meninggal dunia dan tempat
itu ternyata gelap sekali seperti di dalam peti.
Pembunuhnya tidak lain tidak bukan adalah penjaga kami
sendiri iaitu Jamal. Dia telah menyebabkan kami semua hidup dalam sengsara dan
dia juga mengambil kesempatan kami anak-anak yatim. Jamal memaksa saya, Khalid
dan beberapa lagi anak-anak yatimyang lain untuk keluar meminta derma dengan
orang ramai akan tetapi bukan disalurkan kepada rumah ini sebaliknya dia
mengambilnya untuk kepentingan diri sendiri.
Apabila kami tidak mendapat sebarang duit derma, kami
akan didera dengan begitu teruk malah kami tidak diberikan makan walaupun
sesuap nasi. Semestinya Pengetua tidak langsung mengetahuinya kerana Jamal
bijak menyembunyikan perihal tersebut daripada telinga Pengetua malah dia juga
mengugut kami semua daripada memberitahu Pengetua yang dia akan memastikan kami
hidup lebih sengsara.
Pengetua ternyata sibuk mencari jalan untuk mendapatkan
bantuan di luar sana untuk kepentingan kami anak-anak yatim. Jamal mengambil
kesempatan itu kepentingan diri sendiri dan dia langsung mengabaikan
tanggung-jawab yang diamanatkan oleh Pengetua kepadanya.
Pada satu hari kami mengambil keputusan untuk memberitahu
perkara yang sebenarnya kepada Pengetua apabila kami sudah tidak tahan dengan
penipuan serta pembohongan Jamal, lalu saya dilantik sebagai wakil untuk
memberitahu kepada Pengetua. Akan tetapi saya tidak tahu bahawa ia bakal
membuat saya menemui ajal pada hari itu.
Rancangan kami diketahui oleh Jamal lalu dia mengambil
keputusan untuk membunuh saya demi menutup kesalahannya itu. Ketika saya menuju
ke bilik Pengetua, dengan tiba-tiba saya ditarik dari belakang. Saya mulai
panik apabila mendapati Jamal mengheret masuk ke dalam stor. Jamal memegang
sebatang kayu yang teramat besar sekali lalu dia memukul saya tanpa
keperimanusian langsung. Saya pinta pertolongan serta balas kasihan daripadanya
akan tetapi Jamal tidak menghiraukan permintaan saya. Dia terus memukul saya
tanpa balas kasihan bagaikan dia dirasuk syaitan.
Darah merah mengalir daripada tubuhku yang sudah tidak
bernyawa lagi, Jamal hanya tersenyum apabila dia melihat saya sudah mati. Untuk
memastikan kesalahannya tidak tersebar, Jamal menyembunyikan mayat saya ke
dalam peti kayu di dalam bilik stor bersama-samadengan senjata yang digunakan
malah pakaian yang penuh darah ketika dia membunuh saya.
Saya hanya inginkan keadilan terhadap kematian saya dan
saya juga mengharapkan mayat saya dapat disempurnakan dengan baik sekali. Saya
sudah tidak mampu berbuat apa-apa dan saya hanya mampu memberitahu perkara yang
sebenarnya dengan harapan anak-anak yatim yang lain tidak akan menerima nasib
yang sama seperti saya ini.
Pengetua tergamam dengan apa yang diceritakan malah air
mata mulai mengalir daripada matanya. Ustaz yang memberitahu kepadanya adalah
ketentuan daripada Ilahi serta dia meminta Pengetua untuk menelefon pihak polis
untuk melaporkan perkara yang sebenarnya.
Pada masa itu Jamal keluar menjalankan tugasnya untuk
membeli barang keperluannya. Dia langsung tidak pedulikan penghuni-penghuni
kerasukkan apa yang penting sekali adalah dirinya sendiri. Ia berubah sebaik sahaja
dia tiba ke rumah tersebut, dia mendapati beberapa kereta polis serta sebuah
Van mayat berada didepan. Jamal mulai menjadi panik ada kemungkinan
perbuatannya sudah terbongkar.
Jamal mengambil keputusan untuk melarikan diri apabila
dia mendapati beberapa pihak polis datang menangkapnya. Pengetua dan Ustaz
melihat Jamal ingin melarikan diri dengan memberitahu pihak polis rancangan
Jamal itu.
Jamal terus berlari apabila dia ingin melintasi jalan
raya, dia mendapati satu lembaga seperti Badrul menghentikan rancangannya belum
sempat Jamal ingin berpatah balik.
Bam!
Jamal dilanggar oleh sebuah kereta dan kelihatan jelas
pada kedua-dua kakinya yang patah. Darah mulai membasahi jalan raya manakala
beberapa pihak polis berada berdekatan dan mereka berjaya menangkap Jamal
sebelum melaporkan di radio untuk meminta bantuan ambulan. Badrul melihatnya
sambil mata yang merah sambil tersenyum sebelum ghaib daripada pandangan.
Jamal dihantar ke hospital sebelum dibawa ke balai polis.
Jamal didapati telah melakukan kesalahan dalam penipuan serta membunuh dengan
niat dan dia bakal dipenjarakan dengan masa yang lama. Tak lama selepas Jamal
dipenjara kedengaran berita yang Jamal sudah meninggal dunia dengan tragis
sekali, anggap sahaja ia adalah balasan daripada Ilahi terhadap perbuatannya
terhadap anak-anak yatim dengan azab yang meakutkan sekali.
Akhirnya jenazah Badrul dapat disemadikan dengan baik
sekali malah rumah amal tersebut membuat majlis tahlil buat Badrul. Malah
Pengetua memastikan penjaga yang diambilnya betul-betul menjalankan
tanggung-jawabnya untuk memastikan soal makan minum terjaga. Malah Ustaz turut
sukarela membantu rumah tersebut tanpa mengharapkan sebarang gaji dengan
memastikan rumah itu terjaga dengan baik sekali. Dengan usaha daripada Pengetua
dan Ustaz mereka mampu mengaji beberapa orang lagi untuk menjaga anak-anak
yatim di sana.
Jauh daripada pandangan mata, Badrul mengenakan pakaian
serba putih dan ternyata pada wajah dia teramat bersyukur sekali apabila
kematiannya sudah mendapat keadilan yang sepatutnya serta dia turut gembira
apabila anak-anak yatim yang lain tidak akan senasib dengannya. Badrul ternyata
tersenyum sebelum dia berjalan ke arah cahaya yang terang lalu ghaib daripada
pandangan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan