Khamis, 27 Jun 2013

Road : Loss


Kelihatan seorang pemuda berusia awal 20-an sedang berjalan-jalan di siring jalan. Kelihatan jelas pada wajahnya yang mulai gelisah apabila hari sudah menjelang malam. Dalam hatinya sentiasa berasa kesal dengan tindakkannya untuk mengambil jalan pintas dengan mengunakan jalan lama untuk pulang ke kampung halamannya ketika cuti semestar. Lebih teruk sekali motorsikal yang ditunggangnya tadi menjadi rosak dengan tiba-tiba.
Dekat setengah jam pemuda itu berjalan-jalan dengan harapan dia dapat meminta bantuan dengan kesukaran yang dia alami. Dengan beg galas serta lampu suluhnya, pemuda tersebut dengan berhati-hati berjalan di siring jalan apabila malam sudah menjelang. Pandangan pemuda tertumpu pada satu arah apabila dari jauh kelihatan satu cahaya menerangi. Dengan perlahan-lahan pemuda tersebut berjalan kearah lampu tersebut dan dia mendapati ia adalah sebuah rumah berada betul-betul di tepi jalan. Muka pemuda terpancar cahaya harapan kerana penyelamatnya sudah tiba.
Setibanya pemuda tersebut di depan pintu rumah itu, dia memberikan salam akan tetapi bagaikan tiada yang menjawab balik. Lalu pemuda tersebut mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah dan tiba-tiba kedengaran kunci pada pintu tersebut dibuka dari dalam lalu keluar seorang nenek. Pemuda tersebut memberitahu tujuannya manakala nenek tersebut membenarkan dia bermalam di rumah itu.
Bagi pemuda tersebut, keadaan rumah tersebut agak usang dan suram. Apa yang dia tahu bahawa penhuni rumah tersebut hanya seorang nenek tua. Pemuda tersebut menjadi gelisah dengan tiba-tiba apabila dia terhidu sesuatu yang hanyir serta dia terdengar seperti sesuatu berbisik-bisik di telinganya.
Bam! Dengan tiba-tiba lampu pada rumah tersebut terpadam dan kedengaran bunyi lolongan anjing serta bunyi-bunyi yang menyeramkan. Pemuda sudah mulai ketakutan dan mengambil keputusan untuk keluar darpada rumah tersebut. Tindakkannya terbantut apabila kedengan bunyi dengusan dari belakangnya. Dengan perlahan pemuda tersebut mengeluarkan lampu suluhnya lalu menyuluhnya kearah belakangnya.
Muka pemuda menjadi pucat manakala suara bagaikan tersekat pada kerongkongnya dengan apa yang dilihat pada depan matanya. Nenek yang dia bersua tadi mulai berupa rupanya dengan rambut putih mengembang, wajah yang berkedut-kedut bagaikan nenek kebayan dan sepasang gigi taring pada mulutnya. Ia mulai berubah menjadi Langsuir, dengan matanya merah membara dia memandang tepat ke arah pemuda tersebut.
Dengan perlahan-lahan Langsuir tersebut ingin mencekik leher pemuda tersebut sambil menyerikan gigi taringnya. Pemuda tersebut dipenuhi dengan ketakutan yang teramat sekali apabila dia rasanya nyawanya bakal melayang kelak. Bagaikan dia tergerak dengan sendirinya, dia terus mengentak Langsuir tersebut dengan mengunakan lampu suluhnya bertalu-talu sambil ketawa bagaikan mulai tidak siuman.
Lalu pemuda tersebut lari meninggalkan rumah tersebut. Akhir sekali pemuda tersebut tidak pernah balik ke kampung halamannya kerana dia sendiri mulai tidak siuman. Pemuda tersebut sering kali kelihatan di luar jalan masuk ke jalan lama dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengunakan jalan tersebut.
Sekian.

Khamis, 20 Jun 2013

Road : Short Cut

Si isteri sedah tidak henti-henti mengomel dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya, si suami lebih suka membuat keputusannya sendiri dengan melalui satu jalan pintas walaupun di dalam kereta tersebut mempunyai sistem GPS. Kereta yang dipandu dengan berhati-hati oleh si suami manakala si isteri mulai tidak sabar kerana jalan pintas yang mereka gunakan mengambil masa yang lama untuk mereka tiba ke rumah mereka malah jalan pintas tersebut tiada dalam sistem GPS.

Bang, dekat satu jam kita di dalam kereta nie tapi dekat 1 jam kita dalam perjalanan tapi tak sampai-sampai juga.” Bising si isteri.

“Sabarlah dekat sudah kita nie. Lagipun takkan kawan saya tipu saya semasa di pesta hari jadi anaknya.” Jawab si suami yang mulai risau.

Bang bukan ka kereta putih tu kita sudah pintas tadi bukan mengapa kereta tu depan balik?” soal si isteri apabila dia terlihat sebuah kereta proton putih berada didepan mereka.

“Mungkin kereta lain lagi pun tak mungkin kereta putih yang kita nampak tadi.” Jawab si suami yang mulai berasa lain macam.

“Tak la bang, saya ingat lagi kereta putih tadi malah ia sama dengan kereta yang pintas tadi.” Kata si isteri dengan bersungguh-sungguh.

Si suami yang berdiam sahaja lalu dia cuba memintas kereta proton putih tersebut. Si isteri cuba-cuba jeling ke dalam kereta putih akan tetapi keadaan kereta putih diselebungi oleh kegelapan malah dia tidak dapat langsung melihat pemandunya.
Setengah jam berlalu, si suami dan isteri mulai menjadi pucat apabila mereka terlihat lagi kereta proton berwarna putih berada betul-betul didepan mereka semula walaupun mereka sudah memintasnya. Si isteri mulai menlanda ketakutan manakala si suami mulai membaca beberapa ayat Al-Quran untuk meminta perlindungan daripada Yang Maha Esa.

Si suami mengambil keputusan yang kali terakhir untuk memintas kereta putih lagi dan si isteri hanya menangguk bertanda setuju dengan kali ketiga ia akan berlalu pergi. Si suami terus menekan pedal minyaknya dengan kuat sekali dan cuba untuk memintas buat kali ketiga dengan kereta putih tersebut.

Si isterti terus menjerit ketakutan dengan apa yang dilihat di dalam kereta putih manakala si suami mulai hilang kawalan kereta. Ternampak jelas sepasang lembaga putih penuh dengan darah dengan menampakkan tulang-tulangnya berpatahan, memandang tepat ke arah pasangan suami isteri.

Bang! Pok! Crash!

Kereta yang dipandu oleh si suami melanggar pembahagian jalan lalu terus memasuki ke dalam gaung manakala kereta tersebut dengan laju sekali melanggar sepohon pokok. Pasangan suami isteri mengalami kemalangan jalan raya.

Dengan kehendak Tuhan mereka berdua hanyalah mengalami kecederaan ringan dan mereka selamat apabila si suami dan isteri sempat keluar daripada kereta tersebut sebelum kereta itu sempat merempuh pokok tersebut. Pasangan suami isteri tersebut akhirnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Apabila isteri kepada kawan si suami datang mengunjungi mereka berdua. Terkejut beruk isteri kawan si suami kerana suaminya tidak berada bersama-sama menyambut majlis hari jadi anaknya. Malah isteri kepada kawan si suami mengatakkan lagi bahawa suaminya berada di luar negara kerana urusan perniagaan. Ia sememangnya agak mustahil bagi suaminya untuk berada di sana sebab isteri kawannya berkata benar apabila si suami tersebut menelefon kawannya untuk mendapatkan kepastian.

Jalan pintas yang dikatakan adalah jalan lama yang sudah tidak digunakan lagi kerana kerap berlakunya kemalangan jiwa. Kesemua kejadian kemalangan tersebut berkaitan dengan gaung dan kereta proton berwarna putih.

Pasangan suami isteri tersebut menjadi pucat apabila mereka berdua mengetahui perkara yang sebenarnya dan yang lebih teruk sekali. Adalah persoalan timbul di kepada si suami dengan siapakah dia berbicara yang menyamar sebagai kawannya yang mengatakan jalan lama tersebut sebagai jalan pintas.

Hanya satu sahaja mereka berdua bersyukur bahawa mereka terselamat daripada kehilangan nyawa mereka akan tetapi mereka tahu yang mereka tidak akan mengambil sebarang jalan pintas selepas pengalaman  menyeramkan yang mereka berdua lalui.

Adakah jalan lama tersebut mencari mangsa baru? Adakah mangsa yang terdahulu mencari mangsa baru? Ia satu persoalan yang tidak akan ada jawapannya.


Sekian.

Khamis, 13 Jun 2013

Bab 13 - Mini Series: Road


Dengan tamatnya kisah pendek iaitu Mirror. Dengan ini saya akan sampaikan beberapa kisah pendek seram yang ada kaitan dengan jalan. 

Semestinya kita sering kali mendengar kisah-kisah seram yang ada berkaitan dengan jalan bukan? Malah kita bagaikan magnet apa-apa kisah seram yang berlaku sepanjang jalan bukan? Kisah-kisah sebegini sering kita dengar dah bagaikan isi dan kuku.

Saya sendiri pun tidak pasti mengapa kita sering kali mengalami pengalaman seram semasa kita ingin menuju ke satu destinasi malah kita tahu apa yang berada di depan kita. Kebanyakkan berlaku tanpa kita sedar dan ia sesuatu yang sering kali berlaku tidak disangka sekali. Saya sendiri pun ada pengalaman yang berkaitan yang berlaku didalam perjalanan dan jika ingin membacanya sila membacanya dalam “Pengalaman saya yang tak akan saya lupakan” di dalam “Perjalanan”.

Dengan ini saya akan kongsikan 3 kisah pendek buat malam ini.  Short cut” adalah kisah sepasang suami isteri yang mengambil jalan pintas selepas balik daripada keramaian. Apa yang akan berlaku kepada suami isteri tersebut sepanjang jalan pintas yang mereka gunakan itu?  Loss” adalah sebuah kisah mengenai seorang pemuda tersesat apabila dia mengambil jalan yang salah. Pemuda tersebut mulai menjadi panik apabila dia masih sesat lagi sehingga ke lewat malam. Ada sesuatu yang bakal berlaku kepada pemuda tersebut. “Accident” adalah kisah seorang dispatch boy mengunakan sebuah jalan lama untuk menghantarkan sebuah bungkusan. Sepanjang perjalanan penghantaran tersebut, dispatch boy ternampak sesuatu tersadai di bahu jalan lalu terus menuju kepada ia. Apakah yang dia bakal menemui dan apakah yang bakal dia temui?

Nantikan kisah pendek ini yang ada kaitan dengan jalan raya, jalan lama dan jalan pintas.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Mirror : Legend


Betty kelihatan sibuk mengemas-gemaskan barang-barangan mendiang neneknya Puan Li, yang seminggu dia menhembuskan nafasnya kerana sakit jantung. Kesemua barang kepunyaan mendiang nenek Betty diletakkan ke dalam kotak manakala ada beberapa pula bakal didermakan seperti buku-buku lama dan sebuah cermin antik ala Victorian bertangkaikan kayu oak.

Betty berasa hairan dengan tulisan yang nampak dibelakang cermin antik tersebut yang menyatakan beberapa masa untuk melihat mahupun meramal apa yang diniat di hati. Timbul pada hati Betty untuk mencari sejarah yang ada pada cermin antik tersebut malah dia sendiri terjumpa satu anak kunci mempunyai bentuk yang aneh sekali pada tangkainya seperti 3 lilitan bulatan padanya. Betty terus teringat bahawa dia ada memjumpai sebuah diary kepunyaan neneknya yang berkunci.

Mata Betty tak henti-henti meneliti setiap muka surat pada diary mendiang neneknya. Apa yang dibacanya bagaikan tidak masuk akal sekali. Kesemua kisah yang dia sering kali dengar daripada neneknya kesemuanya adalah benar sekali apabila Betty mengunjunginya. Kesemuannya bermula apabila neneknya masih muda lagi sekitar 16 tahun, dia bersama-sama dengan kembarnya sayangkan pemberian daripada ayah mereka sebuah cermin panjang. Mereka sering kali bersama-sama bergaya didepan cermin tersebut akan tetapi apabila tibanya waktu malam mereka berdua akan menutupnya sehinggakan menimbulkan kehairanan kepada ayah mereka sendiri.

Memangnya pada waktu siang ternyata cermin tersebut seperti cermin-cermin biasa akan tetapi apabila waktu malam pada masa tertentu cermin tersebut mulai bercahaya dan kelihatan jelas sekali pada cermin tersebut seorang wanita berambut panjang serta mengenakan gaun putih  yang penuh dengan tompokkan darah. Ia lebih menyeramkan sekali apabila jelas pada wajah wanita tersebut dengan muka yang pucat, darah tidak henti-henti mengalir keluar daripada mulut dan matanya sambil memandang tepat kepada kamu. Akan tetapi cerita mereka sering kali dipulaukan oleh ayah mereka sendiri.

Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk menanya kepada ayah mereka sendiri dimana dia membelinya. Apa yang diberitahu bahawa cermin tersebut dibeli maka mereka berdua terus mencari kedai yang diberitahu oleh mereka berdua. Akan tetapi tuan punya kedai tidak langsung memberitahu dari mana cermin itu datang. Dengan perasaan hampa, Puan Li serta kembarnya meninggalkan kedai tersebut akan tetapi mereka dicuit daripada belakang iaitu pembantu kedai tersebut mengatakan dia akan memberitahu kepada mereka mengenai cermin tersebut kerana dia sering kali berasa seram apabila dia membersihkan cermin tersebut.

Apa yang dia memberitahu bahawa tuan kedai tersebut tidak mempercayai apa-apa yang perkara ghaib dan menanggap ia sebagai karut. Pembantu kedai tersebut menyatakan bahawa ada sesuatu yang jahat ada pada cermin tersebut. Disebabkan tuan kedai bukan orang disini maka dia tidak tahu, yang cermin yang dia terjumpa pada rumah lama di hujung pekan adalah kepunyaan seorang ahli shir atau Witch. Ahli Sihir tersebut dijumpai mati didepan cermin tersebut kerana dibunuh oleh kekasihnya yang mendapat tahu bahawa dia adalah witch. Terdapat kisah daripada cermin tersebut yang ternyata ditulis pada belakang cermin tersebut pada masa tertentu cermin tersebut akan memperlihatkan dan membolehkan seseorang itu meramal dengan harga yang mahal sekali.

Apabila selesai sahaja pembantu kedai tersebut menceritakan kepada mereka kisah tersebut, dengan tiba-tiba sebuah kereta kuda hilang kawalan terus menrempuh ke arah mereka. Bang! Bak! Bak! Bak! Bak! Kedengaran pembantu kedai tersebut dilangar oleh kereta kuda malah tulangnya berpatahan diinjak oleh kuda tersebut yang ternyata dalam ketakutan bagaikan ada sesuatu menakutkan kuda tersebut. Manakala Puan Li dan kembarnya hanya la cedera ringan sahaja selepas diselamatakan oleh ayah mereka yang kebetulan berada di sana.

Walaupun berkali-kali adik-beradik kembar memberitahu ayah mereka mengenai kisah hitam pada cermin tersebut malah mereka berdua meminta cermin tersebut dibuang akan tetapi ayah mereka masih berdegil untuk tidak membuangnya kerana berfikiran bahawa anak kembarnya tidak menghargai pemberian itu kepada mereka.

Cermin tersebut diletakkan pada bilik ayah mereka, walaupun mereka berdua tidak setuju dengan tindakan tersebut. Pada waktu malam kedengaran jeritan daripada bilik ayah mereka berdua, tanpa membuang masa mereka berdua terus menyerbu ke bilik ayah mereka. Dengan perasaan takut yang teramat sekali dengan sesuatu yang cukup menakutkan berada di depan mata mereka berdua. Satu lembaga putih berdarah-darah cuba menarik ayah mereka kedalam cermin. 

Tanpa berfikir banyak, kembar Puan Li terus menerjah sambil membawa sebuah pasu sebagai senjata terus menyerang lembaga putih tersebut. Kedengaran bunyi hilaian yang mengerikan memenuhi bilik tersebut, lembaga putih melepaskan ayah mereka lalu terus menangkap kembar Puan Li dan terus menarik masuk ke dalam cermin. Puan Li cuba menyelamatkan kembarnya akan tetapi usahanya gagal sekali apabila jelas pada cermin tersebut dipeluk oleh lembaga tersebut sambil tersenyum yang teramat mengerikan sekali sebelum ghaib.

Ayah Puan Li, terus menjadi murung dan mulai menjadi tidak siuman kerana dia sendiri tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh anak kembarnya akhirnya salah satu menjadi korban. Akhirnya ayah Puan Li mengambil nyawanya sendiri dengan membunuh diri di dalam biliknya sambil memandang ke arah cermin tersebut. Puan Li terpaksa tinggal seorang diri sebelum dia menerima pinangan daripada anak seorang pastor. Puan Li masih menyimpan cermin tersebut dengan harapan dia boleh bertemu semula dengan kembarnya semula. 

Puan Li masih lagi ingat lagi yang berlaku kepadanya selepas 50 tahun berumah tangga dengan 4 cahaya mata akan tetapi anaknya yang pertama tidak bernasib baik kerana turut menjadi mangsa kepada cermin tersebut. Puan Li cuba mengelakkan dia daripada berlaku akan tetapi anaknya tetap menjadi korban dengan memcuba salah satu daripada perihal dibelakang cermin tersebut. Puan Li sememangnya sedar apabila orang tersayangnya diambil daripadanya akhirnya membuatkan dia membiarkan ia berlaku dengan beberapa menyewanya mati dan darah dagingnya juga mati. 

Betty mulai berasa marah dengan apa yang dia baca di dalam diary tersebut dan dia tidak menyangka bahawa neneknya sanggup membiarkannya daripada berbuat sesuatu dengan cermin antik itu. Dengan perasaan marah, Betty terus menyerbu ke bilik yang menempatkan cermin antik berserta sebuah tukul besi yang dia akan gunakan untuk memecahkannya.
Kelihatan jelas pada cermin antik tersebut yang bercahaya, Puan Li bersama-sama dengan kembarnya sambil tersenyum dan berpeluk. Dengan perlahan-lahan mereka berubah seperti mereka berusia 16 tahun dengan berpakaian ala Victorian dan jelas pada belakang mereka ayah mereka sambil tersenyum bagaikan mereka sudah bersatu semula. Betty mulai berasa sayu dengan apa yang dilihatnya sehinggakan dia melepaskan tukul besi pada tangannya lalu terduduk mengadap cermin antik.
Dengan tiba-tiba, cermin antik tersebut mulai bergetar-getar manakala gambaran tadi terus ghaib daripada pandangan. Cermin antik tersebut mulai bercahaya, Betty terus menjerit ketakutan dengan apa yang berlaku pada depan matanya dengan keluar daripada cermin tersebut tangan yang berdarah mulai memegangnya dengan kuat sekali. Dengan perlahan-lahan mulai menarik Betty ke dalam cermin tersebut, Betty terus meronta-ronta untuk menyelamatkan dirinya. Betty mulai menangis ketakutan dan dia tidak mampu meminta pertolongan kerana pada masa itu hanya dia seorang diri di dalam rumah neneknya.

Betty terus tersentak apabila satu lembaga putih berambut panjang dengan bergaun putih dengan tompok-tompok darah serta wajah wanita penuh dengan darah mengalir keluar daripada cermin antik. Lembaga tersebut terus mencapai Betty lalu menarik masuk ke dalam cermin.

Jelas sekali pada cermin antik tersebut, Betty dipeluk oleh lembaga wanita tersebut sambil memberikan senyuman yang mengerikan sekali. Tangan Betty kelihatan mengapai-gapai untuk keluar daripada cermin tersebut akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia sekali. Lembaga wanita tersebut terus menarik Betty ke bahagian cermin lebih dalam sebelum ghaib daripada pandangan mata.

Akhirnya cermin antik tersebut menhiasi di sebuah kedai menjual barangan antik. Adakala perjalan kaki terhenti melihat pada cermin antik tersebut dengan ketakutan apabila dengan pandangan agak kabur kelihatan ada tangan melambai-lambai daripada dalam cermin tersebut sebelum ghaib. Nampaknya kisah gelap cermin antik terkubur bersama-sama mereka yang mengetahuinya.

Sekian.

Khamis, 6 Jun 2013

Mirror : Prediction


Nancy menunggu penuh dengan sabar sekali menantikan detiknya untuk tiba sambil melihat pada jam dindingnya. Dia ingin mencuba adakah ramalan pada cermin antik ala Victorian dan bertangkaikan kayu oak, yang terdapat dalam bilik yang dia sewa daripada Puan Li. Ketika dia mengemas-gemaskan bilik tersebut dia terjumpa tulisan pada belakang cermin antik tersebut dengan mengatakan bahawa tepat pada jam 3 pagi, 33 minit dan 33 saat; ia akan memberikan satu ramalan yang tepat sekali. Maka Nancy untuk memcubanya kerana pada lusanya dia baru akan bekerja semula di sebuah tadika. 

Apabila masanya sudah sampai, dengan tiba-tiba lampu pada biliknya terpadam dan cermin antik tersebut mulai bercahaya. Nancy nampak jelas sekali yang dia bakal menerima sebuah kotak hadiah daripada rakan sekerjanya dan salah satu budak tadika akan terjatuh dari tangga. Selepas sahaja cermin antik kembali ke bentuknya asal dan lampu bilik terhidup dengan sendirinya. Nancy berasakan ada kemungkinan bahawa ramalan tersebut bakal menjadi nyata ataupun sebaliknya. Ia menjadi benar apa yang Nancy nampak daripada cermin antik tersebut dengan dia mendapat hadiah daripada rakan sekerjanya sebagai hadiah berpindah ke tempat baru manakala budak tadika tersebut, Nancy sempat menyelamatkan budak tersebut daripada menerima sebarang kecederaan.

Pada malamnya, Nancy mencuba lagi sekali pada cermin antik tersebut untuk melihat ramalan yang dia bakal alami. Apabila tiba masanya, biliknya terus menjadi gelap dan cermin antik mulai bercahaya. Nancy terus tergerun ketakutan dengan apa yang dia lihat pada cermin tersebut lalu menjerit ketakutan. Kedengaran bunyi pintunya diketuk dan bunyi Puan Li menanyakan mengapa dia menjerit tadi. Apabila Nancy sedar, dia mendapati biliknya sudah terang-menderang manakala dia menlihat pada cermin antik dan mendapati ia hanyalah cermin biasa. Lalu dia terpaksa berbohong dengan Puan Li mengatakan dia mendapat mimpi buruk sahaja. Apabila Puan Li berlalu pergi, Nancy menjadi trauma dengan apa yang dia lihat pada cermin tersebut.

Nancy mengambil cuti panjang dan mulai menjadi murung sekali. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bilik sewa dengan mengemaskan pakaiannya apabila kedengaran pada luar tingkap, dia terus ketakutan apabila traumanya telah menunjukkan dirinya. Nancy nampak jelas satu lembaga yang berupa seperti dirinya dengan mulut yang terbuka sambil lidahnya terjulur keluar, matanya merah dan ternampak jelas kain putih menjerut lehernya. 

Pada keesokkan harinya, kedengaran bunyi siren polis dan ambulance di depan rumah Puan Li. Kelihatan Puan Li menangis teresak-esak dan kelihatan beberapa polis wanita cuba menenangkan beliau manakala beberapa polis lelaki menurunkan mayat yang tergantung pada atas pokok depan rumah Puan Li. Mayat tersebut tidak lain tak bukan Nancy yang mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya dengan membunuh diri. Jauh di dalam bilik yang meletakkan cermin antik, kelihatan jelas bahawa Nancy bergayut-gayut pada kain putih yang menjerutnya dari atas pokok yang sama seperti dilihatnya semalam dan ia juga itulah apa yang Nancy nampak pada cermin antik tersebut iaitu kematiannnya sendiri. Kelihatan Nancy terus bergelut-gelut pada kain putih tersebut sebelum ghaib daripada pandangan mata.

Sekian.