Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan di atas lantai yang
sudah dimamah usia. Seluruh sekolah sudah menjadi sunyi sepi kerana langsung
tidak kelihatan seorang pelajar pun atas kesemuanya sudah bertiduran. Tapi bagi
3 orang pelajar yang kelihatan berjaga-jaga mengelak daripada operasi mereka
diketahui. Operasi menbongkar rahsia bilik berkunci bakal dijalankan.
Jason sibuk membawa kameranya tanpa henti menangkap
gambar di dalam sekolah lama ini. Jenny pula terus sibuk membawa sejenis alat
untuk mengetahui sebarang aktiviti elektromagnet ataupun mengesan sebarang
aktiviti paranormal. Akhir sekali Akmal pula sibuk merakam keadaan sekolah
tersebut menggunakan video recorder untuk mencari apa-apa yang
ganjil. Mereka bertiga adalah kumpulan paranormal amatur yang membuat siasatan
mengenai sebuah kisah lagenda di Sekolah
Antarabangsa St. Rapheal.
Akhirnya peluang mereka datang bergolek dengan sendiri
apabila sekolah tersebut membuat kem motivasi untuk mereka yang bakal menduduki
PMR serta SPM. Program selama 2 hari dianggap oleh mereka bertiga satu perluang
terbaik sekali untuk memastikan memgenai kisah lagenda serta khabar angin
tersebut adalah benar mahupun palsu.
Mereka bertiga teruskan juga orperasi mereka apabila
kesemua pelajarnya sudah tidur. Pelajar tingkatan 3 ini semestinya berani
sekali apabila mereka bertiga pernah bermalam di rumah paling berhantu demi
menyiasat sama ada ia benar ataupun tidak. Apabila ia selesai, mereka ada
meletakkannya kedalam website khas
mereka iaitu “Di Sebalik Pintu”.
Kesemua penyiasatan mereka sering kali mendapat sambutan daripada peminat setia
mereka malah mereka sendiri mengambil keputusan untuk menyiasat sekolah mereka
sendiri mengenai khabar angin tersebut. Setiap langkah diatur rapi untuk
mengelakkan sesuatu yang diluar jangkaan daripada berlaku ketika mereka bertiga
mulai memasuki blok lama.
***
Akmal kelihatan sibuk update
website mereka sebaik selesai sahaja siasatan mereka sebuah bangunan yang
dikhabarkan sebagai berpuaka akan tetapi ia hanya khabar angin semata-mata
apabila mereka membuat siasatan di bangunan tersebut hanyalah sarang mereka
penghisap dadah sahaja.
Jason pula memeriksa gambar-gambar yang diambil di
bangunan tersebut dengan teliti untuk memastikan sama ada tertangkap sebarang
yang tidak berkenaan melalui laptopnya.
Manakala Jenny terus membuat kerja sekolah sebaik sahaja
dia selesai memeriksa peralatan. Walaupun dia seorang perempuan akan tetapi dia
adalah paling berbakat sekali dikalangan mereka bertiga dalam hal elektronik.
Dengan tiba-tiba, Akmal mengejutkan Jason dan Jenny untuk
melihat comment mengenai cadangan
daripada peminat mereka. Tanpa membuang masa Jason dan Jenny terus mengadap
hadapan komputer Akmal, ia mengenai kisah lagenda dan khabar angin di Sekolah Antarabangsa St. Raphael iaitu
sekolah mereka bertiga sendiri. Mereka bertiga langsung tidak mengetahui bahawa
sekolah mereka mempunyai kisah lagenda tersendiri yang mereka sendiri pun tidak
mengetahuinya.
“Sekolah
Antarabangsa St. Raphael, mempunyai sejarah hitam yang tidak dapat
dilupakan. Setiap 4 tahun mesti berlakunya kejadiaan membunuh diri diantara
pelajar dan guru. Ada yang mengatakkan ia ada berkaitan rapat dengan sebuah
bilik yang berkunci di dalam sekolah itu malah sesiapa sahaja yang memasuki ke
dalam bilik berkunci bakal membunuh diri. Ada khabar angin mengatakan ada
sesuatu di dalam bilik berkunci tersebut membuatkan orang yang memasuki bilik
tersebut bakal menemui ajal mereka malah terdapat satu khabar angin juga
mengatakan sesiapa sahaja yang memainkan alat muzik di dalam bilik muzik
tersebut pada tengah malam bakal menjadi mereka terbaik yang tiada bandingan.
Diharapkan kamu boleh membuat siasatan mengenai khabar angin ini adakah ia
benar mahupun palsu?” apa yang dikatakan oleh comment tersebut.
“Tak sangka pula selama kita bersekolah di Sekolah Antarabangsa St. Raphael, ada
juga kisah gelapnya. Baru saya tahu.” Kata Jason selepas dia membaca comment
tersebut.
“Mestilah kita tak akan tahu mengenai kisah nie kerna kita bukan pelajar istimewa
iaitu pelajar muzik tetapi kita ialah pelajar am sahaja. Rasanya khabar angin nie hanya diketahui oleh
pelajar-pelajar muzik sahaja.” Jelas Jenny.
“Anyway nak ka kita siasatnya?” soal Akmal untuk
mendapatkan pandangan rakan-rakannya.
“Ok la lagi pun dekat sahaja.” Jawab
Jason.
“Tapi kita kena membuat siasatan dahulu sebelum kita
teruskan projek nie. Apa kata kita
tanya-tanya dahulu untuk mendapatkan kepastian dahulu.” Cadang Jenny.
Akhirnya mereka bertiga sudah bersepakat untuk
melakukannya. Selesai sahaja Akmal up-date
website mereka, mereka bertiga terus membincangkan rancangan mereka yang
mereka bakal lakukan nanti.
***
Kelihatan dari jauh seorang gadis memakai baju kurung
sekolah berwarna putih dengan skirt panjang yang berwarna hitam tua dengan
rambut hitam paras bahu sambil ditocangkan
ponytail. Gadis muda ini mulai gelisah bagaikan menunggu seseorang di
perkarangan grand-stand sekolah
membelakangkan papan kenyataan. Gadis berbangsa cina mulai tidak selesa apabila
dia seorang diri berdiri di sana kerana ia cukup asing baginya sebagai pelajar
am untuk berada di bangunan pelajar muzik.Adakala dia terasa kehadirannya
disana bagaikan sesuatu yang ganjil bagi pelajar-pelajar muzik di sana. Dengan
tiba-tiba kedengaran bunyi memanggil gadis ini lalu dia terus berpaling ke
sebelah kanan lalu tersenyum apabila orang yang dinanti-nantikan sudah tiba.
“Maaf la
Jenny, kami kena tahan oleh pengawas sekolah tadi kerna berlari ke sini tadi.” Jelas Akmal, pemuda berbangsa Melayu
dan ada sedikit campuran orang putih pada darahnya.
“Maaf la ye
Jenny, kami betul-betul minta maaf.” Kata Jason, pemuda berkaca mata yang
berbangsa India.
“Saya betul-betul kurang senang sekali kerna sorang-sorang berdiri disini
lagipun jarang sekali bagi kita pelajar am untuk berada disini.” Jelas Jenny
yang ternyata pada wajahnya yang sudah risau.
“Ya kami tahu malah baju uniform pelajar am berlainan
dengan pelajar muzik dengan pelajar am mengenakan putih dan hijau tua manakala
pelajar muzik pula putih dan biru muda.” Kata Jason.
“Whatever la waktu rehat dekat nak tamat sudah
baik kita cepat-cepat menanya dengan pelajar-pelajar disini lagipun hari kita
jalankan projek kita sudah dekat.” Tegas Akmal yang mulai risau apabila masa
rehat bakal habis tidak lama lagi.
Jason dan Jenny terus menggangukkan kepala mereka sebagai
tanda bersetuju, tanpa membuang masa mereka terus menjalankan siasatan mereka
sebelum berakhirnya waktu rehat.
***
Kedengaran bunyi loceng menandakan tamatnya waktu rehat,
kelihatan pelajar-pelajar mulai berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing
untuk menyambungkan pembelajaran mereka.
Kelihatan Akmal, Jenny dan Jason pada wajah mereka yang
sudah keletihan dan jelas pada wajah mereka seperti hampa. Mereka sering kali
mengeluh apabila usaha mereka tidak mendapat sebarang info yang mereka perlukan bagaikan pelajar-pelajar muzik berpakat tidak
memberitahu mereka bertiga.
“Nampaknya siasatan kita tidak mendatangkan sebarang
hasil.” Kata Jason.
“Rasanya pelajar-pelajar muzik nie berpakat tidak memberitahu kita bertiga.” Kata Jenny dengan
hampa.
“Nampaknya sukar bagi kita untuk teruskan siasatan kita
nampaknya.” Kata Akmal bagaikan nak berputus asa.
Ketika mereka melintasi taman kecil berdekatan dengan
bangunan lama yang menempatkan kelas mereka bertiga. Kedengaran bunyi memanggil
mereka bertiga, tanpa membuang masa mereka terus menoleh ke arah taman kecil
tersebut. Kelihatan seorang gadis yang putih melepak berambut hitam panjang
paras pinggang dan bersama disisinya sebuah beg violin. Gadis tersebut
tersenyum lalu terus berjalan ke arah mereka bertiga.
“Pelajar-pelajar muzik tidak biasa dengan kehadiran
pelajar am di tempat mereka dan berpakat tidak akan memberitahu kamu bertiga
mengenainya. Jika kamu nak tahu, kamu bertiga kena berjumpa dengan saya di
taman air pancut berdekatan dengan blok lama apabila tamatnya sesi
persekolahan.” Kata gadis tersebut lalu dia berlalu pergi.
Terpancar pada wajah mereka bertiga apabila mereka
hampir-hampir berputus asa akhir bagaikan satu pancaran daripada langit terus
memancarkan cahaya harapan kepada mereka. Akhirnya mereka mengetahuinya kisah
gelap Sekolah Antarabangsa St. Raphael
yang bakal diketahui nanti.
***
Apabila tamatnya sesi persekolah, pelajar-pelajarnya ada
yang membuat aktiviti tambahan manakala terdapat beberapa pelajarnya mulai
berlari terus ke arah pintu gerbangnya untuk pulang. Kelihatan Jenny sudah
mulai bising-bising apabila kelihatan Akmal dan Jason masih belum lagi
menyelesaikan tugasan mereka iaitu membersihkan kelas. Jenny sudah lama
menunggu mereka berdua di luar kelas kerana dia risau ada kemungkinan gadis
yang bertemu dengan mereka tadi bakal berlalu pergi.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh lagi nanti kita lambat,
terlepas pula peluang kita.” Marah Jenny yang sudah menunggu lama.
“Kejab lagi Jenny, Jason masih masih lagi mengelap lantai
nie. Mentang-mentang kamu tidak
bertugas hari nie.” marah Akmal
sambil mengikat beg sampah.
“Jenny baik kamu ambil beg kami dan letak diluar. Celaka
rakan-rakan kita yang lain nie kasi
tinggal kami berdua membersihkan kelas nie.
Mentang-mentang ada pertandingan bola sepak dengan sekelip mata sahaja mereka
terus lesap.” Teriak Jason yang mempercepatkan dia mengelap lantai kelas.
“Tak perlu la
kamu Jason mengelap lagi lantai tu,
ia pandai kering juga pada keesokkan harinya juga. Saya sudah membuang sampah
malah Jenny sudah membawa keluar beg sekolah kita juga.” Kata Akmal yang
kelihatan menarik nafasnya dengan deras sekali apabila dia berlari untuk
membuang beg sampahnya tadi.
Jason terus menghentikan kerjanya lalu membawa keluar
penyapu, penyedok sampah dan mop keluar daripada kelas lalu meletakkan pada rak
khas di luar kelas yang menempatkan perkakas membersih. Tanpa membuang masa
Jason terus berlari ke arah Jenny dan Akmal, lalu mengambil begnya. Mereka
bertiga terus berlari ke arah taman yang mereka dijanjikan untuk bertemu dengan
gadis tersebut.
***
Apabila mereka bertiga tiba ke taman tersebut, kedengaran
bunyi geselan bunyi violin yang cukup mengasikan dan setiap geselan yang
dimainkan boleh mencairkan hati sesiapa sahaja. Berdekatan dengan air pancut
lama yang sudah diubah suai menjadi lebih moden. Bunyi alunan muzik tersebut
cukup indah sekali yang diiringi dengan bunyi air yang tenang daripada air
pancut tersebut.
Mereka bertiga bagaikan tertarik dengan alunan muzik
daripada violin tersebut yang dimainkan dengan indah sekali. Kelihatan seorang
gadis dengan penuh asik sekali memainkan violinnya yang berwarna hitam
bertalikan merah seperti darah. Jenny merasakan seperti aura yang cukup dahsyat
sekali datang daripada gadis tersebut yang boleh menarik sesiapa sahaja
kepadanya.
Apabila selesai sahaja gadis tersebut memainkan
violinnya, dia seperti tahu mereka bertiga sudah berdiri berdekatan dengannya.
Gadis tersebut terus tersenyum ke arah mereka bertiga yang sudah tersedar
bahawa kelakuan mereka bertiga mengdengar mainan violinnya.
“Maaf kami bertiga lambat, ada tugasan membersihkan
tadi.” Jelas Akmal yang sedikit kekok.
“Harap kamu memaafkan kami bertiga yang menyebabkan kamu
menunggu lama.” Kata Jason.
“Tidak apa juga lagipun saya terleka tadi bermain violin
saya tadi.” Kata gadis tersebut sambil tersenyum.
“Asalnya kami bertiga akan datang awal akan tetapi mereka
berdua nie terhegeh-hegeh membuat
kerja tadi.” Perli Jenny sambil menunjukkan jarinya ke arah Akmal dan Jason.
Akmal dan Jason terus merah padam menahan malu apabila
mereka berdua diperli oleh Jenny. Tanpa membuang masa Akmal dan Jason terus
mencuit ke arah Jenny.
Gelagat tiga kawan baik ini diperhati oleh gadis tersebut
sambil tersenyum. Apabila mereka bertiga perasaan bahawa gelagat mereka
diperhati oleh gadis tersebut, mereka terus menghentikan perbuatan mereka lalu
memohon maaf dengan gadis tersebut. Lalu mereka bertiga memperkenalkan diri
mereka masing-masing kepada gadis tersebut.
“Nice to meet you.
Saya kenalkan diri nama saya Anna Sonata, pelajar muzik tingkatan 3. Salam
berkenalan.” Kata Anna.
“Maknanya kita nie
sama la. Maksud saya tingakatan kita
sama.” Kata Jenny.
Anna hanya mengangguk kepalanya.
Tanpa membuang masa, Akmal menerangkan tujuan mereka dan
meminta jasa baik Anna untuk menceritakan perihal kisah lagenda sekolah.
Apabila kesemuanya telah diberitahu oleh Akmal, Anna terus tersenyum dan terus
bercerita apabila dia menyimpan violinnya semula pada begnya.
“Kalau tak saya bahawa nie adalah kisah yang diturunkan daripada pelajar senior kepada pelajar junior. Setiap bahagian tak kira pelajar
am mahupun pelajar muzik, masing-masing ada kisahnya yang diturunkan. Bagi
pelajar am pula, di dalam sekolah nie terdapat
sebuah bilik tersembunyi dan berkunci. Di dalamnya ada sebuah bilik muzik yang
sudah lama tidak digunakan dan ditengah-tengah bilik tersebut ada sebuah piano
usang. Dikatakan pada tengah malam kedengaran dari bilik tersebut seseorang
memainkannya akan tetapi barang siapa yang mendengarnya lagu tersebut, dia
bakal membunuh diri. Manakala bagi pelajar muzik pula, di dalam blok lama
terdapatnya sebuah bilik berkunci dimana kamu memainkan alat muzik yang
terdapat pada bilik muzik lama nie pada
tengah malam. Kamu bakal menjadi yang terbaik sekali yang tiada bandingannya.”
Jelas Anna.
“Jadi ia hanya lagenda sahaja ke?” soal Jason yang ingin
mengetahuinya sama ada ia benar ataupun tak.
“Ia memang benar sekali bilik yang tersembunyi memang
wujud dan ia berada di blok lama berdekatan dengan bilik ERT. Saya boleh
beritahu kamu bagaimana untuk memasuki bilik tersebut. Itu pun kalau kamu bertiga
berani sebab risikonya amat berat sekali.” Gertak Anna.
“Matlamat kami sudah berada didepan mata semestinya kami
tak mungkin lepaskan.” Marah Akmal.
“Hello, kamu lupa
ka? Kawasan sekolah tutup pada waktu malam serta penjaganya bertambah dari
dahulu.” Kata Jenny.
“Kamu terlupa ka?
Bukan ka sekolah nie bakal buat kem motivasi buat semua
pelajar tingkatan 3 dan 5 bukan?” Soal Akmal.
“Semestinya kita bertiga up to the challenge right? Anna boleh kamu beritahu kami bagaimana
nak masuk kedalam bilik berkunci tersebut.” Kata Jason bersungguh-sungguh.
Anna terlihat tersenyum bagaikan dia sudah tahu jawapan
yang dia nakkan. Mereka bertiga dengan tiba-tiba perubahan Anna tadi yang
mereka yang periang dengan tiba-tiba bertukar kepada yang serius sangat, ia cukup
menyeramkan sekali.
“Nie saya nak
beritahu bahawa ia kamu kena mengikuti semua petua jika kamu tersilap satu
sahaja kamu bakal menerima risikonya.” Amaran Anna.
Mereka bertiga hanya menggangukkan kepala mereka sebagai
tanda bersetuju dengan Anna untuk mengikutinya.
“Di blok lama terdapat satu dinding simen yang kelihatan
menhalang untuk terus mara ke hujung blok tersebut jangan tertipu yang
sebenarnya ada jalan lain untuk ke hujung blok tersebut. Biar saya beritahu
kepada kamu bahawa di dalam bilik ERT terdapat sebuah pintu yang tersembunyi di
sebalik rak penyimpan barang. Pintu tersebut menyambungkan ke dalam sebuah
bilik kecil dimana ia ada stor yang sudah tidak digunakan lagi dan ada sebuah
pintu kecil disebalik kotak tv. Dari pintu kecil tu kamu akan keluar dan kamu akan nampak sebuah pintu berwarna
merah dan ia adalah bilik yang tersembunyi. Pintu tu memang berkunci tetapi ada satu teknik dimana kamu kena ketuk
pintu tersebut empat kali pada pintu tersebut barulah kamu dapat memasuki bilik
tersebut. Jangan buka lampunya tetapi kamu harus gunakan sebatang lilin merah
yang kamu bawa dari rumah. Nyalakan lilin tersebut dan berjalan ke arah alat
muzik yang kamu ingin gunakan. Alat muzik tersebut tak akan mengeluarkan
sebarang bunyi jikalau masa sudah tengah malam baru la ia akan berbunyi.
Mainkan sebuah lagu sehingga ia selesai walaupun kamu dengar seperti sesuatu
bagaikan mengiring kamu teruskan bermain sehingga selesai. Jangan takut
teruskan sahaja walau macam mana pun jangan berhenti. Selesai sahaja kamu
bermain, ambil lilin merah kamu dan bawa ia keluar daripada bilik tersebut dan
jangan berpaling ke belakang. Apabila kamu diluar terus tutup pintu tu, matikan api lilin dan terus balik.”
Kata Anna bersungguh-sungguh.
“Ingat jangan kamu tersilap walaupun sekali pun sebab ia
tak dapat dielakkan.” Amaran Anna buat kali terakhir.
***
Akhirnya masa yang dinanti-nantikan sudah tiba,
Akmal, Jenny dan Jason sudah bersiap sedia dengan
peralatannya yang bakal mereka gunakan dalam penyiasatan mereka kelak. Selesai
sahaja berjam-jam ceremah motivasi buat mereka tingkatan 3 sebaik selesai
sahaja mereka bermakan malam, kesemua pelajar diminta untuk ke bangunan baru
untuk ke tempat yang disediakan untuk mereka merehatkan diri dan tidur. Arahan
telah balik-balik diulang kepada kesemua pelajar agar tidak ke bangunan lama
serta blok lama malah bilangan guru yang berjaga lebih ramai daripada biasa dan
penambahan penjaga keselamatan untuk memastikan tiada perkara tidak diingini
daripada berlaku.
Akmal dan Jason berjaya memboloskan diri mereka daripada
tempat pelajar lelaki malah Jenny juga berjaya memboloskan dirinya tanpa
seorang pun guru wanita mengetahui kehilangannya. Dengan langkah berhati-hati
mereka mencuba memasuki ke kawasan bangunan lama. Jenny tersentak apabila
kelihatan seseorang sedang berjalan-jalan di grand-stand yang menghubungkan bangunan baru dengan bangunan lama.
Jenny mulai risau jikalau mereka bakal ditangkap oleh lelaki tersebut. Akmal
dan Jason terus berpakat untuk menarik perhatian lelaki tersebut manakala Jenny
pula membawa beg yang menyimpan peralatan mereka dan meminta Jenny untuk
berjumpa dengan mereka di bilik ERT.
Dengan berhati-hati, Jenny terus bersembunyi disebalik
dinding manakala Akmal dan Jason terus berjalan ke arah lelaki tersebut dengan
harapan untuk menarik perhatian lelaki tersebut untuk memudahkan Jenny membolos
ke bangunan lama.
“Apa kamu berdua buat disini? Bukan ka sudah tiba masanya kamu berdua untuk tidur?” soal lelaki
tersebut.
“Maaf la, Mr
Sam. Tandas penuh sangat dan perut kami buat hal la pula.” Jawab Akmal sambil buat-buat dia sakit perut.
“Tandas dah penuh malah kami berdua mulai tidak tahan
sudah.” Jawab Jason memegang perutnya yang sakit dipukul oleh Akmal kerana
lakonan Jason teruk sangat maka dia terpaksa dipukul untuk membuatkan seperti
benar.
“Dah kecemasan apa nak buat. Lagipun kamu berdua tidak
tahu ka sekolah nie berbahaya pada waktu malam? Er.. Lupakan apa yang saya katakan tadi ya. Biar saya temankan kamu
berdua di tandas bukan apa hanya berjaga-jaga.” Kata Mr Sam iaitu guru lelaki
berbangsa cina bercermin mata dengan bertubuh lebih sasa malah rambutnya hitam
dipotong pendek seperti ala askar.
“Tak perlu la,
kami berdua tahu dimana tandas tu
malah kami berdua sudah cukup. Kami berdua sudah besar panjang agak memalukan
sedikit apabila ditemankan.” Kata Akmal.
“Tak ia sudah menjadi kewajiban saya untuk memastikan
kesemua pelajar dalam keadaan selamat. Biar saya temankan kamu berdua tapi tak
di dalam tandas tapi diluar tandas. Saya faham kamu berdua perlukan masa
bersendirian, saya hanya tunggu diluar sahaja.” Kata putus daripada Mr Sam
sambil menarik mereka berdua ke tandas.
Jenny melihat ia dari jauh apabila mereka berdua dibawa
oleh Mr Sam. Tanpa membuang masa, Jenny terus berjalan ke arah bangunan lama.
Tanpa disedari oleh Jenny dibelakangnya, terdapat satu lembaga serba hitam
dengan mata merah saga menangis darah sambil tersenyum yang mengerikan sekali.
***
Akhirnya mereka bertiga dapat bertemu semula apabila
Akmal dan Jason berjalan memboloskan diri mereka daripada perhatian Mr Sam.
Akmal dan Jason keluar daripada tandas tersebut mengunakan tingkap tandas
dengan langkah berhati-hati mereka dapat melarikan diri.
Kesemua peralatan yang akan digunakan didalam
penyiasatan, sudah dikeluarkan oleh Jenny. Setiba sahaja Akmal dan Jason di
bilik ERT, mereka berdua terus menerima peralatan tersebut daripada Jenny.
Dengan berhati-hati mereka bertiga terus menjalankan siasatan mereka dan
berdasarkan info daripada Anna mereka
terus menuju ke bilik berkunci tersebut.
Apa yang dikatakan oleh Anna kesemuanya benar sekali
apabila mereka bertiga berada didepan pintu berwarna merah seperti darah. Jenny
mulai rasa tidak senang apabila dia terbau seperti sesuatu yang hanyir sekali.
Jason pula tidak putus-putus mengambil gambar pintu tersebut mengunakan
kameranya apabila dia melihatnya semula gambar yang diambilnya di kamera
digitalnya, bagaikan jantungnya nak gugur ketika dia melihat semula gambar
pintu tersebut. Bagaikan darah pekat meleleh keluar daripada pintu tersebut
malah dia nampak dengan jelas sekali tapak-tapak tangan pada pintu tersebut.
Akmal semestinya mulai seram sejuk ketika dia mengambil video didepan pintu tersebut semestinya merah pekat tersebut
bukannya cat akan tetapi ia benar-benar darah kerana jelas sekali darah
tersebut mengalir keluar daripada pintu tersebut.
Dengan petua yang diberikan oleh Anna, Akmal cuba membuka
pintu tersebut akan tetapi usahanya gagal lalu di mengetuk empat kali dan
kedengaran bunyi dari dalam bilik tersebut seperti sesuatu membuka kunci
tersebut dari dalam. Keadaan cukup menyeramkan sekali apabila pintu tersebut
terbuka dengan sendirinya dan bau-bau yang kurang menyenangkan keluar. Dengan
langkah berjaga-jaga, mereka bertiga terus memasuki ke dalam bilik tersebut
berbekal sebatang lilin berwarna merah.
Bilik tersebut penuh dengan alatan muzik dan
ditengah-tengah bilik tersebut adalah sebuah piano hitam yang sudah usang.
Akmal terus berjalan kearah piano tersebut sambil merakam keliling bilik
tersebut lalu dia menekan kekunci piano ternyata ia tidak memgeluarkan sebarang
bunyi. Tanpa membuang masa Akmal mengeluarkan tripodnya lagu diletakkan berdekatan dengan pintu bilik tersebut
untuk memudahkan kamera tersebut menangkap kesemuanya yang terdapat didalam
bilik tersebut.
Jenny terus mengeluarkan perakam suara untuk menangkap
sebarang audio yang dia dapat tangkap
daripada bilik tersebut. Apabila Jenny mendengar ia semula kedengaran seperti
bunyi beramai-ramai meminta tolong akan tetapi ia seperti dari jauh sekali.
Walaupun hatinya mulai dilanda ketakutan, Jenny terus memberanikan dirinya
untuk memeriksa suhu dan sebarang tenaga yang terdapat pada bilik itu.
Jason masih belum habis-habis lagi menangkap gambar pada bilik
tersebut apabila dia melihat semula gambar tersebut ternyata dia terlihat
banyak sangat orbs berkumpul
berdekatan dengan piano tersebut malah dia sering kali terlihat seperti kelibat
akan tetapi ia tak jelas sekali.
Kesemua bukti mereka bertiga telah dapat hanya tinggal
satu lagi iaitu perihal tengah malam.
“Dude, bilik nie bukan sebarang jokes. Bilik nie benar-benar
asli banyak sangat perkara paranormal
ada pada bilik nie.” Kata Jason
sambil menunjukkan gambar yang dia ambil tadi.
“Nie kali
pertama saya berada ditempat yang paling aktif sekali malah ia ada bukti untuk
kesemua keadaan. Bilik nie
betul-betul something.” Kata Akmal
mengiakan apa yang dikatakan oleh Jason
“Guys, lebih
kita tamatkan sekarang nie saya dah
rasa tak sedap hati.” Kata Jenny yang mulai ketakutan.
“Tinggal satu lagi yang kita perlu lakukan iaitu perihal
tengah malam. Diantara kita bertiga siapa yang tahu bermain alat muzik?”soal
Akmal.
Jenny hanya mengelengkan kepalanya manakala Akmal
memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu bermain sebarang alat muzik.
Manakala Jason hanya tahu sedikit sahaja dengan bermain piano tapi hanya satu
lagu yang dia tahu iaitu lagu kanak-kanak. Mary
have a little lamb.
***
Apabila tiba masanya, dengan penuh debaran mereka bertiga
menanti masa untuk menunjukkan waktu tengah malam. Jenny dan Akmal berada
disisi piano tersebut manakala Jason sudah berada didepannya. Apabila tepatnya
jam menunjukkan waktu sudah tengah malam. Jason terus menekan kekunci piano
tersebut ternyata ia mengeluarkan bunyi dan tanpa membuang masa Jason terus
memainkan lagu kanak-kanak tersebut tak sampai 30 saat ia sudah selesai. Akan
tetapi tiada sebarang perubahan pada bilik tersebut, dengan tiba-tiba entah
dari mana satu tiupan angin yang teramat kuat sekali dan kedengaran dari piano
tersebut ia mulai bergegar dengan kuat sekali.
Pintu bilik tersebut tertutup dengan sendirinya dan
serta-merta bilik tersebut ditelan oleh kegelapan. Satu per satu lilin berwarna
merah darah terampung di atas udara mulai menerangi bilik tersebut. Kedengaran
bunyi jeritan yang sungguh mengerikan sekali bagaikan hilaian perempuan yang
boleh menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Akmal, Jenny dan Jason
tersentak apabila lilin yang dibawa oleh mereka tiba-tiba bernyala padahal ia
sudah mati disebabkan oleh tiupan angin tadi, disebelah piano tersebut keluar
satu lembaga berwarna serba hitam yang memyerupai seorang gadis. Dengan
perlahan-lahan lembaga tersebut menampakkan dirinya dan membuatkan mereka
bertiga terus terjerit ketakutan yang teramat sekali kerana lembaga tersebut
adalah Anna.
“Saya sangkakan kamu boleh bermain dengan alatan muzik,
rupanya tak. Kalau sudah pelajar am semesti mereka memang tidak tahu bermain
juga. Saya betul-betul tidak berpuas hati dengan persembahan kalian tadi!
Kalian telah mengutuk kami?! Ia tidak boleh dimaafkan sekali! Let’s us show what a real show is!”
marah Anna yang berpakaian baju sailor
seperti pakaian zaman terdahulu.
Akmal dan Jason masih memcuba untuk membuka pintu bilik
tersebut akan tetapi usaha mereka tidak mendatangkan sebarang hasil manakala
Jenny mulai menangis ketakutan apabila keluar satu lembaga lelaki dengan
separuh wajahnya rangka dan separuhnya seperti biasa. Dengan perlahan-lahan
lembaga lelaki berambut putih sambil bertocang dibelakang menuju ke arah piano
tersebut dan memulakan lagunya. Anna tanpa membuang masa terus bermain dengan
violin berwarna hitam dan bertali merah darah turut mengiringi lelaki tersebut
bermain.
Akmal, Jenny dan Jason terus menutupkan telinga mereka,
kerana mereka kenal dengan lagu yang dimainkan oleh lembaga lelaki dan Anna
iaitu lagu yang paling berpuaka di dalam dunia yang sesiapa mendengarnya bakal
membunuh diri. Mereka cukup kenal sekali kerana ia ada kaitan dengan dunia paranormal. Gloomy Sunday.
Entah dari mana datang berpuluh-puluh tangan hitam yang
berdarah, datang daripada lantai serta dinding bilik tersebut. Tangan tersebut
terus mencapai ke tangan mereka bertiga lalu menariknya untuk mereka bertiga
terus mendengarnya manakala kaki mereka bertiga sudah dipasung oleh
tangan-tangan tersebut untuk mengelak daripada mereka terlepas.
Selesai sahaja lembaga lelaki dan Anna bermain, Anna
dengan perlahan-lahan berjalan kearah mereka bertiga sambil tersenyum yang
cukup mengerikan sekali apabila Anna mulai berubah wajahnya. Daging-dagingnya
mulai mereput pada wajahnya gugur ke lantai satu per satu. Kelihatan ulat-ulat
dengan banyak sekali keluar daripada tangannya serta kaki Anna yang membuatkan
sesiapa sahaja berasa geli dan terasa meloyakan sekali.
Jenny tanpa henti menangis dalam ketakutan manakala Akmal
dan Jason sudah tergaman dalam ketakutan yang teramat sekali apabila Anna
berada didepan mereka dengan berwajah separuh rangka dan separuh muka yang
berulat.
“Let me tell you a
secret, saya sudah lama mati tapi bukan mati biasa mahupun menjadi mangsa
kepada bilik nie. Saya juga dibunuh
disebabkan oleh kebolehan bermain saya yang tiada bandingan di bilik yang sama
dengan my great uncle, James Sonata.
James Sonata dibunuh oleh tunangnya kerana duit daripada mengajar di sekolah nie yang terdahulu dikenali sebagai James’s House of Music. Tunangnya mati kerna mendengar lagu puaka nie.” kata Anna sambil memegang
rambutnya serta ada beberapa ekor ulat merangkak di wajahnya.
“Sayang sekali my great uncle, mayatnya dapat ditemui
manakala saya tidak. Mereka yang membunuh saya bijak sekali menyembunyikan
mayat saya sehinggakan saya sendiri tidak tahu dimana. Mereka hanya cemburu
dengan kebolehan dan perhatian yang saya ada ketika saya bersekolah di Sekolah St. Raphael ketika era 1920-an.
Mereka menyimbar asid pada wajah saya sebelum menikam saya sebanyak 13 kali
yang penuh dengan perasaan benci. Mereka tak terlepas daripada saya apabila
kesemuanya mati selepas mendengar lagu
duet saya dengan my great uncle.”
Kata Anna sambil berpeluk dengan James.
“End of story my
great niece, kalian menjadi mendengar ku
buat selama-lamanya.” Kata James Sonata sebelum bermain semula lagu puaka
tersebut bersama-sama dengan Anna.
Akmal, Jenny dan Jason terus menjerit dalam ketakutan
tanpa henti.
***
Pada keesokkan hari, kelihatan beberapa kereta polis
berada diperkarangan sekolah.
Pita berwarna kuning kelihatan melilit berdekatan dengan
pintu masuk utama di bangunan lama. Beberapa pihak polis menghalang orang ramai
daripada melihat kejadiaan tersebut. Kelihatan tiga mayat yang sudah dipenuhi
dengan ulat-ulat dan keadaan ketiga-tiga mayat cukup mengerikan sekali dengan
keadaan mereka mengadap keatas sambil menangis darah.
“Sarjan, sudah kamu tahu punca kematian ketiga-tiga nie?” soal Detektif Daniel yang
merasakan kes ini hampir sama dengan kejadian empat tahun yang lalu dengan
kematian seorang guru wanita yang bernama Ms Jane.
“Tuan, ketiga-tiga mati dari melompat daripada tingkat
atas bangunan lama nie dan kami
menjumpai kasut-kasut mereka di sana. Kami terjumpa beg yang mengandungi
peralatan seperti kamera, perakan suara, video
kamera dan peralatan mengesan elektromagnet.”
Kata sarjan tersebut.
“Kamera dan video kamera?
Boleh kamu bawa alatan tersebut kepada saya” kata Detektif Daniel yang
beranggapan ada sebarang penunjuk daripada dua benda ini.
“Tuan, nie
saya bawakan dua alatan yang tuan minta.” Kata sarjan lalu memberikan alatan
tersebut kepada Detektif Daniel.
Detektif Daniel mendapati gambar pada kamera tersebut
kesemuanya kabur dan ada yang berwarna putih sahaja seperti ada cahaya yang
menghalangnya. Manakala video kamera
pula, Detektif Daniel melihatkan bahawa Akmal, Jenny dan Jason memasuki sebuah
bilik yang gelap dan ternyata gelagat mereka seperti menyiasat sesuatu.
Detektif Daniel terus memajukan video
lalu dia nampak jelas sekali mereka bertiga berdiri berdekatan dengan pintu
bilik sambil menutup telinga mereka lalu ia bertukar apabila tangan mereka
turun dengan tiba-tiba. Mereka bertiga bagaikan meracau-racau sambil menjerit
kerana ia jelas kedengaran daripada video
tersebut.
Bulu tengkuk Detektif Daniel menjadi tegak dengan
tiba-tiba apabila dia terlihat sesuatu pada depan piano tersebut dua lembaga
manakala mereka bertiga terus berlari keluar daripada bilik tersebut sambil
membawa video kamera tersebut.
Apabila Detektif Daniel terus majukan video
tersebut, ternyata mereka bertiga terus berlari-lari sehingga ke bumbung
bangunan lama. Tindakan mereka bagaikan seperti dikawal apabila Akmal
meletakkan video kamera tersebut ke
arah lubang pada bumbung, mereka bertiga menanggalkan kasut mereka lalu berdiri
mengadap dibelakang roof window
dengan serentak mereka terus menjatuhkan diri mereka dari belakang kedengaran
bunyi kaca berpecahan apabila mereka bertiga menghendap jatuh dari sana.
“Sarjan ada sebarang bunyi mahupun suara datang daripada
perakam video tersebut?” soal Detetif
Daniel.
“Tiada apa-apa Tuan, hanya kedengaran bunyi statik
sahaja.” Jawab Sarjan.
“Bawa kesemua bahan-bahan bukti nie ke pejabat dan bawa mayat-mayat nie untuk pihak forensik membuat bedah siasat.” Arahan Detektif
Daniel.
Bagi Detektif Daniel ada sesuatu yang cukup aneh sekali
apabila ia sama dengan kes-kes yang terdahulu dimana kesemuanya membunuh diri
tanpa sebab. Dia terasakan mereka yang membunuh diri bagaikan sesuatu mengawal
mereka untuk berbuat demikian, adakah ia ada berkaitan dengan dunia supernatural?
***
Daripada orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihat kejadian
tersebut. Mr Sam menangis hiba apabila bukan satu tetapi tiga menjadi mangsa
kepada bilik berkunci lagi. Dia tidak menyangka walaupun dia berjaga akan
tetapi kejadian ini tidak dapat dielakkan lagi malah setiap empat tahun
semestinya bilik berkunci tersebut akan mencari mangsanya.
Walau bagaimana pun cara pihak sekolah cuba untuk
mengelakkan ia daripada berlaku dari daripada penambahan penjaga keselamatan.
Nama baik sekolah bakal tercalar apabila kes membunuh menjadi lebih kerap
daripada biasa. Kisah gelap, kisah lagenda sehinggakan kepada khabar angin ia
tetap hidup walaupun berbagai cara untuk mematikannya.
Malah pihak sekolah pernah menjemput beberapa bomoh,
pawang sehingga beberapa ketua agama untuk mengusirkan puaka di bilik tersebut
akan tetapi tiada satu pun yang benar-benar berhasil malah terdapat beberapa
juga membunuh diri.
Jikalau pihak sekolah hendak menghapuskan bilik tersebut
mereka bakal disaman daripada oleh beberapa pihak iaitu NGO yang mengekalkan
bangunan lama serta mereka daripada keturunan yang memdermakan bangunan
tersebut. Pihak sekolah tak mampu berbuat apa-apa maka mereka terpaksa
menyembunyikan bilik berkunci tersebut.
***
Didalam bilik berkunci, kelihatan Akmal, Jenny dan Jason
terus menjerit-jerit sambil menangis darah ketika James Sonata sedang bermain
dengan pianonya manakala di sisinya Anna tersenyum ke arah James.
“Nampaknya bilangan pendengar kamu mangkin ramai. Nampak
kita perlukan penambahan pemuzik pengiring juga.” Kata Anna sambil menarik
keluar beberapa ekor ulat daripada pipinya.
“What ever you says
my sweet grand niece.” Kata James dengan penuh asik bermain dengan
pianonya.
“Ms Jane teruskan melatih pengiring-pengiring kami tidak
lama lagi kita bakal ada persembahan yang baru yang bakal dibuat disini.” Kata
Anna.
Kelihatan seperti kelibat seorang wanita sambil menangis
darah sambil terbuka mulutnya seperti ingin menjerit akan tetapi tiada langsung
satu suara keluar daripadanya.
Kedengaran bunyi tepukan sebaik sahaja James menamatkan
lagunya tadi. Akmal, Jenny dan Jason bersama-sama dengan berpuluh-puluh yang
lain terus menepukkan tangan mereka apabila James selesai bermain.
“Terima kasih, wahai pendengar-pendengar ku semua. Kamu bakal menjadi pendengar ku buat selama-lamanya.” Kata James
sambil ketawa yang sangat mengerikan sekali sebelum duduk kembali ke pianonya
lalu memainkan lagu berpuaka tersebut.
Anna tanpa membuang masanya terus mengiringi James dengan
bermain dengan Violin berwarna hitam bertali merah darah. Kelihatan pada
belakangnya Ms Jane mengerakkan tangannya seperti mengarahkan pengiring untuk
memgiringi mereka berdua bermain.
Pendengarnya terus terngaga pada mulut mereka seperti
mereka ingin menjerit akan tetapi tiada langsung kedengaran bunyi jeritan
keluar daripada mulut mereka. Hanya kedengaran bunyi alunan muzik daripada
pengiring dan geselan violin serta bunyi yang merdu datang daripada piano
hitam. Lagu sumpahan terus berkumandang di dalam bilik tersebut, nampak gayanya
Gloomy
Sunday terus menghantui dan mencari mangsanya selagi ada masa.
Sekian.