Hujan turun dengan lebatnya, pada masa nie biasanya semua orang akan duduk di
rumah. Dalam keadaan hujan turun dengan lebatnya sambil kedengaran bunyi guruh
berdentum memecah suasana malam tu.
Ada sebuah kereta BMW hitam meluncur
laju bagaikan pemandunya tergesa-gesa. Pemandu tak lain tak bukan Wong yang
mulai gelisah dan apa didalam hatinya dia hendak ke tempat puaka tu secepat yang mungkin. Dia sudah
mulai risau apabila seorang demi seorang kawannya mati didepan matanya. Apa
sekali pun caranya dia harus ke tempat puaka tu.
Semuanya berlaku gara-gara dia bersama-sama Chong, Lee,
Chu dan Mei; tak sengaja membunuh seorang kawan sekolah mereka nie Li. Dia pasti bahawa semua kejadian
yang menimpah pada dirinya ada kaitan dengan kematian Li. Walaupun pihak polis
gagal mencari Li akan tetapi Wong dan rakan-rakan mengetahuinya atas perasaan
serba salah, jika mereka memberitahu kepada pihak polis ada kemungkinan mereka
akan disabitkan penjara mahupun hukuman bunuh atas perbuatan mereka nie. Mereka hanya mengambil keputusan
untuk berdiam diri untuk kepentingan diri sendiri dan kepentingan masa depan
mereka juga.
Wong adalah orang yang terakhir yang masih terselamat
dari anbang kematian dan dia sendiri mulai risau apabila dia sering ternampak
kelibat Li di tempat rakan-rakannya yang lain menemui ajal mereka nie. Dengan nasihat daripada Bomoh
Siam, Wong disuruh untuk membawa balik tengkorak Li agar dia selamat dari
perkara buruk yang bakal menimpahnya. Keselamatan dirinya sudah tak penting asalkan
dia dapat memenuhi hajatnya ke tempat puaka tu sahaja yang penting walaupun
meredah hujan lebat.
***
Sebulan yang lalu.
Semuanya bermula di Sekolah Tinggi Feng dimana Wong,
Chong, Lee, Chu dan Fei bersekolah. Hubungan mereka semua nie sangat rapat dari bangku sekolah rendah lagi malah hubungan
persahabatan tu bukan ada pada
mereka sahaja malah ibubapa mereka juga. Mereka datang dari keluarga yang
berpendapatan tinggi dan mereka juga tak perlu bersusah payah untuk mendapat
apa mereka hajati kerna ibubapa
mereka nie mampu memenuhi
segala-galanya.Walau bagaimanapun ada keburukannya adalah mereka nie sering memandang rendah dari latar
belakang keluarga berpendapatan sederhana mahupun rendah, bagi mereka darjat
mereka lebih tinggi daripada orang bawahan. Dan ia turut memburukkan keadaan
lagi dari bangku sekolah rendah sehingga bersekolah tinggi perangai
menunjuk-nunjuk memang tak lepas dengan satu matlamat yang mereka nie sangat kaya daripada orang lain.
Mereka nie suka
membuli mereka atas darjat tu dan adakala
membuli mereka yang lemah nie. Wong
adalah ketua kepada kumpulan nie
manakala Chong dan Lee adalah orang kuat dia. Chu dan Fei adalah rakan
perempuan mereka hanya Fei iaitu teman wanita kepada Wong. Ada seorang pelajar
yang mereka selalu membuli iaitu Li, dia seorang yang dari keluarga
berpendapatan sederhana dan dia juga lemah dari segi kesihatannya. Ia
menyebabkan Li sentiasa mendapat perhatian daripada guru-guru dan
pelajar-pelajar yang lain yang bagus dalam pelajaran dan suka menolong. Bagi
Wong dan rakan-rakannya, cukup cemburu segala-galanya yang Li dapat dan mereka
merasakan sebagai saingan. Oleh tu,
mereka mengambil keputusan untuk membuli Li dan berharap Li bakal berhenti
sekolah atas sebab tu.
Li turun dari bus sekolah lalu berjalan ke arah pintu
besar Sekolah Tinggi Feng. Dia berharap sangat yang apa usahanya kelak bakal
mendapatkan hasil yang baik selagi dia tidak mencari masalah dengan Wong dan
rakan-rakannya tu. Li sanggup buat
apa-apa yang disuruh oleh mereka nie
asalkan dia tak diberikan masalah dengan terpaksa membuat semua kerja khusus
Wong dan rakan-rakan malah semua kerja rumah. Walaupun ia tidak adil apa yang
penting baginya selagi dia tak dipukul oleh mereka nie sudah kira bersyukur sekali. Berbeza dengan mangsa buli Wong
dan rakan-rakannya yang dipukul dengan kayu tak kira lelaki mahupun perempuan.
Hendak melaporkan kepada pihak sekolah takut akan dikerjakan lebih teruk kerna mereka nie tak takut langsung kepada balasan atas perbuatan mereka nie dan mereka percaya bahawa dengan
wang semuanya boleh selesaikan. Malah mereka pernah merasuah kepada seorang
individual untuk mengugurkan kesalahan mereka dahulu atas mencederakan seorang
pelajar sehingga koma. Siapa tidak berpuas hati dengan ketidakadilan malah
tiada langsung perasaan kasihan buat kepada waris mangsa tu sehingga kini pelajar tu
masih koma dan tiada tanda untuk sedar.
Belum sempat lagi Li memasuki pintu besar tu, dari belakangnya bunyi honk bertalu-talu yang datang daripada
kereta BMW hitam. Kelihatan
didalamnya Wong dan rakan-rakannya dengan keadaan ketawa-ketawa selepas mereka
melihat Li tergesa-gesa memberi laluan kepada mereka nie. Selepas kereta tu lalu,
Li mengurut-urut dadanya yang berdenyut kencang. Nie la yang dia dan pelajar lain alami pada waktu pagi, Wong dan
rakan-rakannya langsung tak berhati perut ketika memasuki ke perkarangan
sekolah tu. Li cuba menenangkan
dirinya dahulu sebelum meneruskan masuk ke sekolah tu. Dari jauh pintu kereta BMW hitam dibuka dan keluar Chu dan Fei.
Dengan serta-merta datang dua orang pelajar perempuan menolong membawa beg
sekolah Chu dan Fei dengan tergesa-gesa. Dengan sombongnya Chu dan Fei
mencampak beg mereka kepada pelajar malang tu
dan berjalan terus ke kelas yang diikuti dua pelajar perempuan tu. Manakala Wong dan dua orang
kuatnya pula, menahan beberapa pelajar lelaki sebelum dipukul di perut mereka
hanya sekadar senaman pagi dan lalu meninggal pelajar yang dalam kesakitan tu ke kelas. Li sememangnya nampak apa
yang berlaku tadi dan dia tak mampu berbuat apa-apa jikalau dia campur tangan
adakala dia turut menerima nasib yang sama.
Belum sempat lagi Li hendak memasuki kelasnya, ditempat
duduknya sudah ada orang menunggu ketibaanya.
“Hoi! Jalan
mengalahkan pengantin. Punya main lambat kau berjalan nie macam tak makan sarapan pagi sahaja saya tengok nie.” kata Chong sambil mengijak tempat
duduk Li.
“Apa nak buat dia memang lembik macam ulat. Sekali lanyak
maybe tak bangun-bangun lagi.” kata
Chu sambil melihat dirinya di cermin kecilnya tu.
“Kan dia anak
emas cikgu kita Ms Kwan, memang suka dia la
mau datang ke kelas atau tak.” kata Lee sambil ketawa sinis kepada Li.
“Woi, keja kami sudah siap ka? Kalau belum memang kamu akan kena
juga nie.” soal Wong yang berjalan
ke arah Li sebelum menariknya ke tempat duduk Li.
“Bagus kau cakap dah siap. Memang susah kita nie bila tidak siap. Siapa tidak kenal
Mr John yang suka denda pelajar berdiri diluar.” soal Fei sambil menarik tali
leher Li.
“Semua tu sudah
siap. Biar saya ambil ia di dalam beg sekolah saya nie.” jawab Li dengan perasaan sedih.
Belum sempat Li mengambil begnya, beg tu dirampas oleh Lee dan dibuka beg tu dengan rakusnya dan tuang segala-gala isinya di meja. Lee
langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya tadi malah ketawa-ketawa lagi
semasa dia berbuat demikian.
“Banyak sangat nie
sampah didalam beg lama nie. Rasa
macam geli sangat la nak sentuh sampah-sampah nie” kata Fei yang memberi muka dia geli apa isi beg Li.
“Tak sangka la
pula buku kerja kita nie jadi kotor la.” perli Chu semasa dia mencari buku
kerjanya.
“Cepatlah cari buku kerja kita nie. Kelas akan bermula anytimes
sahaja nie.” kata Lee sambil
memegang tangan Li dengan kuat sangat dan kelihatan yang Li dalam kesakitan.
“Sabarlah Lee! Kau fikir senang ka mencari buku kerja kita
nie di dalam timbunan sampah nie.
Dan kau Wong dan Chong mengapa kau berdiri di sana tak buat apa-apa. Cepat
tolong cari buku kita nie.”jawab Fei
dengan marah kepada Lee dan mengajak Wong dan Chong untuk membantu dia nie.
Selepas mereka menemui apa mereka hajatkan, Chu terus
membuang segala buku-buku milik Li ke lantai yang dianggap sampah. Lalu Wong
dengan sengajanya mengijak-ijak buku-buku
tu sebelum berjalan ke arah tempat duduknya sendiri. Dengan perasaan pilu,
Li mengambil buku-bukunya tu lalu
membersihkan tempat duduknya tu.
Perbuatan tu semestinya disaksikan pelajar-pelajar lain di dalam kelas 5 Putih
malah Ms Kwan turut melihat kejadian tu
dari perpustakaan. Ms Kwan semestinya berasa sedih apa yang menimpah kepada
anak muridnya sendiri ataupun kepada anak buahnya. Ms Kwan sentiasa menyaksikan
perbuatan Wong dan rakan-rakannya kepada Li dan pelajar-pelajar lain akan
tetapi dia tak mampu berbuat apa-apa kerna
pengetua sekolah tu tak lain tak
bukan bapa Fei. Semestinya dia perlukan bukti untuk membuktikan kesalahan Wong
dan rakan-rakannya atau ada kemungkinan bahawa yang dia bakal kehilangan
kerjanya sendiri.
Tepat jam 7pagi, bunyi loceng kedengaran dari menara jam
sekolah menandakan bermulanya sesi persekolahan.
Pada waktu pertama adalah kelas bahasa Inggeris yang
diajar tak lain tak bukan Mr John sendiri. Semestinya ketegasan dan kegarangan
Mr John cukup ditakuti semua pelajar termasuk juga Wong dan rakan-rakannya. Mr
John juga adalah guru displin sekolah tu
dan semestinya ia perkara yang ditakuti oleh pelajar-pelajar lain akan tetapi
dia seorang yang adil dan berperikemanusian.
Selepas diberi ucapan selamat pagi daripada ketua kelas.
“Baik pelajar-pelajar sekalian, kamu sudah siapkan kerja
rumah yang saya berikan kemarin? Siapa yang belum siapkan sila menantikan denda
saya nie.” gertak Mr John.
Satu per satu pelajar mengantar buku kerja mereka ke meja
guru termasuk juga Wong dan rakan-rakannya dengan sombong memberikan buku kerja
mereka kepada Mr John. Mr John yang mengeleng-gelengkan kepalanya dengan sikap
sombong mereka nie. Li adalah orang
terakhir mengantar buku kerjanya dan tidak menunjukkan perasaan sakitnya yang
dia alami pada tangannya tadi. Mr. John memeriksa buku kerja tu satu per satu
sebelum dia memanggil beberapa pelajar termasuk Li untuk kehadapan kelas.
“Herm.. ada
beberapa orang pelajar nie tak
siapkan kerja rumah yang saya berikan tadi. Eh? Li mengapa kamu pula disini. Bukan ka kamu selalu siapkan kerja rumah kau nie? Rasanya lebih baik Li kamu balik semula ke tempat duduk kamu
dan kira saya maafkan kesilapan kamu nie.”
kata Mr John.
“Ah Sir! Mana
adil bukan. Li tidak menyiapkan kerja rumah tu. Kira adil bukan dia berdiri di luar kelas. Lemah ke apa ka tu alasan saja tu.” kata Wong dengan sinis kepada Mr John.
“Betul kata Wong tu
Mr John. Memang kesilapan saya juga tidak mampu menyiapkan kerja rumah b.
Biarkan sahaja saya berdiri di luar.” kata Li dengan berat sekali.
“Betul ka kamu
tahan nie? Atau nak keluarkan kerusi
untuk kamu duduk. Saya tak sanggup tengok kau tak tahan ke apa.” soal Mr John
yang berasa serba salah dengan tindakan yang dia bakal jatuhkan kepada Li.
“Ya saya akan tahan. Biarkan sahaja saya Mr John.” jawab
Li dengan tenang walaupun dalam hatinya dia berasa sedikit risau.
“Baik la Li
dan pelajar-pelajar yang lain yang tak menyiapkan kerja rumah saya nie. Sila berdiri diluar.” kata Mr John
dengan tegas tetapi didalam hatinya risau dengan kesihatan Li.
Adakala pelajar-pelajar lain yang turut didenda cukup
bimbang dengan Li yang kelihatan mulai pucat semasa berdiri di luar kelas.
Manakala pengajaran Mr John berjalan tak beberapa teratur kerna hatinya bimbang dengan Li berlainan pula kes dengan Wong dan
rakan-rakannya yang mengetawakan apa yang mereka lihat keadaan Li malah
langsung tak pedulikan perihal Li. Hanya mereka berlima sahaja berbuat demikian
tak bagi pelajar-pelajar yang lain yang menunjukkan perasaan bimbang dengan
kesihatan Li.
Li terjatuh dengan tiba-tiba dan sempat disambut oleh dua
orang pelajar lain. Salah satu pelajar yang berdiri diluar memanggil Mr John
mengatakan Li sudah jatuh pengsan. Dengan perasaan cemas Mr John terus menbawa
Li ke bilik kesihatan dengan segera bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang
lain. Dari jauh kelihatan Ms Kwan berlari terus ke bilik kesihatan kerna bimbang sangat dengan keadaan
anak buahnya nie. Hanya Wong dan
rakan-rakannya sahaja yang tidak kelihatan di dalam bilik kesihatan tu. Mereka masih di dalam kelas dan
tidak menghiraukan langsung apa yang terjadi kepada Li. Chu dan Fei menolak
ketepi buku teks dan membuka majalah fashion
manakala Wong, Chong dan Lee membongkar satu per satu beg-beg pelajar lain lalu
mencontengnya dengan perkataan-perkataan yang tak elok. Perbuatan mereka nie sememangnya tak senonoh dan mereka
menganggap sebagai bahan ketawa mereka nie.
“Tak sangka la
pula bukan main lembik sangat la
budak Li nie. Baru berdiri setengah
jam sudah pengsan.” kata Fei yang sambil melihat sms di telephone bimbitnya.
“Kalau kita satu jam pun masih tahan lagi. Budak Li
betul-betul mengada-gada betul la.
Mesti dia suka sangat la perhatian
dia terima tu” kata Wong yang mulai
berang dengan perhatian yang diterima Li.
Di bilik kesihatan pula,
Li masih terbaring di katil dan jururawat masih mencuba
segala-galanya dia mampu untuk merawat Li. Pelajar-pelajar lain diminta
meninggalkan bilik kesihatan kerna
terlampau sempit. Mereka terpaksa akur dengan arahan jururawat tu untuk keluar dan mereka juga akan
diberitahu bila Li bakal sedar. Selepas sahaja pelajar-pelajar lain
meninggalkan bilik kesihatan hanya Mr John dan Ms Kwan berada di situ menunggu
keputusan yang bakal diberitahu oleh jururawat tu. Dengan sepantas kilat Ms Kwan berjalan ke arah Mr John lalu
menamparnya dengan kuat sekali.
“Mengapa kamu sanggup denda dia berdiri di luar kelas?!
Bukan ka kamu sendiri tahu yang Li nie lemah pada badannya. Dan kau tetap
mendendanya juga?” soal Ms Kwan dengan marahnya kepada Mr John.
“Memang kamu ada hak untuk menampar dan memarahi saya nie tapi ia daripada permintaan Li
untuk berdiri di luar juga walaupun saya meminta dia balik ke tempat duduknya
semula.” jawab Mr John sambil memgeluarkan kain sapu tangan dan menghulurkan
kepada Ms Kwan yang mulai menangis.
“Dia adalah anak buah saya. Li anak yatim selepas
kematian ayahnya. Mak dan adik perempuannya sahaja yang tinggal. Saya mak cik
dia dan kakak kepada mak dia. Saya terpaksa menolong keluarganya dengan
kemampuan saya sendiri. Kamu mesti faham masalah yang dihadapi Li sekarang nie bukan?” kata Ms Kwan sambil
menangis sambil memeluk Mr John iaitu teman lelakinya.
“Itu saya faham. Saya betul-betul berasa serba salah
semasa saya denda dia tadi. Walaupun setiap 5 minit saya akan menanya dia sama
ada dia tahan ataupun tak. Setiap kali dia cakap dia ok padahal pada rupanya jelas yang dia mulai pucat. Saya tahu Li
mengidap penyakit lemah jantung dan kesengsaraan yang dia perlu hadapi setiap
hari dengan kesakitan yang dia alami.” kata Mr John yang cuba menyenangkan Ms
Kwan.
“Syukurlah Li sudah sedar. Dia hanya keletihan dan
kepanasan sahaja. Biarkan sahaja dia berehat disini dan saya akan pastikan dia
meminum ubat-ubatan yang saya akan berikan. Lebih baik keesokkan harinya lebih
baik dia berehat di rumah.” kata Jururawat.
Dengan serta-merta Ms Kwan berjalan ke arah katil Li. Dia
terus duduk di samping katil Li sambil membelai rambut Li yang masih kelihatan
sedar akan tetapi pucat. Jururawat tu
menarik Mr John ke tepi bagaikan dia
mengelak daripada menghampiri katil Li.
“Nie hanya
kita berdua sahaja. Saya tak mau kasih
tambah beban Ms Kwan sekarang nie. Nie saya nak beritahu bahawa di tangan
Li sudah bengkak bagaikan ada benda keras memegangnya. Rasanaya semasa Li
pengsan tadi pun ada kemungkinan dia tak tahan kesakitan pada tangannya tadi.”
kata jururawat tu kepada Mr John dengan suara rendah untuk mengelak daripada Ms
Kwan mendengarinya.
“Baiklah saya faham lagipun nanti tambah lagi beban Ms
Kwan.” kata Mr John yang mulai tahu dari mana punca kecederaan tu.
Selepas sahaja Mr John berkata demikian, dia terus keluar
daripada bilik kesihatan untuk memberitahu pelajar lain tentang keadaan Li
sebelum meminta ketua kelas untuk menanya sesuatu.
“Saya nak tau yang
sebenarnya adakah mereka yang melakukan ia kepada Li. Saya nak tahu sejujurnya
dan jangan risau saya tak akan memberitahu yang kamu yang memberitahu hal tu kepada saya.” tanya Mr John kepada
ketua kelas.
“Ya memang mereka yang melakukan. Satu kelas saksinya.
Mereka memaksa Li membuat kerja rumah mereka malah mereka juga membuli Li
selalu. Kecederaan tu sememangnya
mereka yang melakukannya.” jawab ketua kelas.
“Terima kasih banyak. Saya nak kamu bawa pelajar lain
balik ke kelas semula dan buat macam biasa.” kata Mr John sebelum beredar ke
bilik pengetua.
Manakala di bilik kesihatan la pula.
Ms Kwan sudah meninggalkan Li untuk berehat di bilik
kesihatan yang hanya ditemani Jururawat. Selepas Jururawat tu memberikan ubatan
kepada Li, pintu bilik diketuk dan dimasuki Ming kawan baik Li. Jururawat
menyuruh Ming berjumpa dengan Li sekejab sahaja agar dapat memberikan Li
berehat secukupnya.
“Macam mana keadaan kamu nie? Bukan ka dulu saya
pernah bagi warning sama kamu agar tak selalu menolong mereka bukan? Sebab kau
suka menolong mereka akhirnya mereka membuli kamu la pula.” kata Ming yang bimbang dengan keadaan Li sekarang nie.
“Lagi pun menolong orang lain bukan ka baik. Boleh dapat pahala juga bukan?” kata Li.
“Huh.. apa nak
buat dah kira nasib kamu juga sebab kau telah tolong orang yang salah akan
tetapi memang tidak salah juga kau menolong mereka yang menjadi mangsa mereka nie. Saya sebagai sahabat kau nie hanya remind kamu yang kamu jadi macam pelajar yang koma tu sudah.”kata Ming mengingatkan Li.
“Ya saya ingat ia selalu. Kamu nie benar-benar risaukan saya la
pula.” kata Li sambil sedikit gurauan.
“ Ish.. ke
tempat lain la pula kau nie. Kau nie sekampung dan saya nie
juga sahabat baik kamu dari kita kecil lagi bukan? Malah bukan saya risau apa
pun. Baik la teruskan rehat kau nie dengar khabar kau akan balik awal
juga. So selamat berehat.” Kata Ming
yang tersipu-sipu menahan malu.
Selepas tu
pada jam 9pagi, Li dihantar pula oleh Mr John dan ditemankan Ms Kwan. Semasa
kereta Mr John hendak memandu keluar daripada perkarangan sekolah, Li ternampak
Wong dan rakan-rakannya di padang bola. Mereka bagaikan didenda atas kesalahan
mereka nie; Wong, Chong dan Lee
terpaksa berlari mengelilingi padang malah ternyata pada muka mereka kepenatan
yang melampau semasa mereka berlari. Manakala Chu dan Fei pula terpaksa
mengutip sampah yang terdapat di kawasan padang bola tu. Yang mengejutkan bahawa yang menjaga dan memastikan mereka nie terus menjalankan hukuman mereka
adalah tak lain tak bukan Pengetua sekolah tu
sendiri dari mukanya ternampak berang yang teramat sekali dengan perbuatan
mereka nie. Li hanya tahu ada
kemungkinan bahawa akhirnya perbuatan mereka nie sudah diketahui dan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah jua.
***
Pada keesokkan harinya, seharian Li berehat di rumahnya
dan dia sendiri mulai bosan apabila dia tak dibenar untuk menolong ibunya
menjaga kedai runcit peninggalan ayahnya. Walaupun bagaimana pun dia adakala
terdetik untuk ke rumah moyangnya yang berdekatan dengan curam bukit. Walaupun
hampir 8 tahun rumah moyang telah ditinggalkan akan tetapi bagi Li disitu la semua kenangan baik ayahnya dan
moyangnya sekali. Rumah lama tu
berada sebuah kampung yang ditinggalkan atas sebab keselamatan kerana
kedudukannya berdekatan dengan curam bukit. Nama kampung tu adalah Kampung Ara dan nama tu
diambil dari sepohon pokok ara yang besar yang terletak di tengah-tengah
kampung tu. Disitu la Li tinggal dan
tempat bermainnya dahulu kecil. Sekarang tempat tu sudah tak dihuni oleh sesiapa pun yang tinggal pokok ara tu sahaja dan menjadi tak langsung
tempat puaka atas khabar angin mengatakan berdekatan dengan curam bukit tu. Sering kali ternampak kelibatan
lembaga putih berambut putih panjang ke tanah dan saiznya bagaikan gergasi
berdiri di sana bagai mencari-cari sesuatu.
Li mengambil keputusan untuk berjalan-jalan berdekatan
dengan curam bukit tu. Sebelum dia
ke sana, dia berhajat untuk menemui Ibunya dan adik perempuannya di kedai
runcit. Sampai sahaja Li ke kedai runcit, dia menyapa adik perempuannya Lian
yang berusia 12 tahun yang sedang membuat kerja sekolahnya di sebelah kaunter
bayaran. Lian ternyata gembira apabila dia melihat abangnya datang dan
memeluknya sekejab. Li terlihat Ibunya sedang sibuk melayan pelangan yang
membeli barang di kaunter pembayaran. Li biarkan sebentar dan menunggu pelangan
tu pergi barulah dia bertemu dengan
Ibunya. Selesai sahaja Ibunya ternampak Li dan tersenyum.
“Li, kau sihat sudah ka?
Lebih baik Li terus berehat. Tak payah tolong mak di kedai. Cukup adik mu menemani mak sekarang nie.” kata Ibunya yang mulai membawa
barang keperluan untuk disusun di rak jualan.
“Mak saya nak ambil angin sekejab di tempat moyang
sekejab. Bolehkan mak?” tanya Li dengan Ibunya yang sibuk menyusun
barang-barang ke rak jualan.
“Li baik rehat di rumah. Mak risau jikalau kau ke sana
kalau ada apa-apa berlaku semestinya mak akan bimbang.” Jawab Ibunya yang
meletakkan barang-barang tu ke
lantai dan mengadap Li.
“Mak tak perlu risau, saya hanya ke sana sekejab sahaja
lagipun penjaga tu ada disana.
Lagipun saya sudah lama tak ke sana. Dan maafkan la saya kalau buat mak risau ya,
hanya sekejab sahaja.” Kata Li dengan tenang.
“Baiklah ingat hati-hati la yee, kalau mulai rasa tak sedap badan terus balik.” Kata ibunya
yang ternyata menunjukkan perasaan bimbang di mukanya.
Selepas Li mendapat kebenaran, dia berjumpa dengan Lian
sebelum meninggalkan kedai runcit tu.
Kawasan yang dimaksudkan adalah sebuah selekoh memasuki jalan ke kampung ara
dimana Li dahulu gemar sekali berada disitu. Tempat tu adalah tempat dia selalu dengan moyang perempuannya melihat
permandangan kampung Ara dan bersama-sama dengan penjaga kampung tu. Ibu Li memangnya tak perlu risau
semasa Li masih kecil semasa dia bersama-sama dengan moyangnya di selekoh tu kerna jasa baik penjaga kampung tu. Bila Li mengambil keputusan untuk
ke sana semula, Ibu Li masih ada perasaan kuat yang bakal menimpah anak
lelakinya walaupun penjaga tu berada
di sana.
Li terus berjalan ke destinasinya yang 1 batu dari kedai
runcit ibunya. Penduduk kampung Ara semuanya dipindah ke sebuah apartment yang
berada berdekatan dengan kampung Ara iaitu seramai 15 keluarga termasuk
keluarga Li dan keluarga Ming. Itu pun atas jasa pemimpin kawasan mereka, yang
membantu penduduk kampung berpindah atas kejadian tanah runtuh yang melanda
kampung Ara. Kejadian tu telah
mengorbankan 5 orang termasuk ayah Li dan yang mengairankan semasa kejadian tu semua penduduk kampung terselamat
semasa bersembayang di tokong di belakang pokok ara kerna kedudukan tokong tu betul-betul
di tepi curam.
Sampai sahaja Li ke tempat tu, dia melihat permandangan kampung lama tu yang sudah dipenuhi dengan samak-samum dan tumbuhan liar
melingkari rumah-rumah papan di sana. Hanya satu sahaja yang kelihatan dari
jauh iaitu pokok ara yang kelihatan lebih besar dari sebelumnya. Li
melihat-lihat jikalau penjaga kampung masih ada di situ atau tak. Dengan
tiba-tiba kedengaran bunyi ranting-ranting patah dan bunyi bagaikan dengusan
yang kuat yang mulai didengari menghampiri Li. Kelihatan pada muka Li tanda
kegembiraan apabila kehadiran penjaga dan tanpa membuang masa Li menaburkan
beras yang dia sudah bawa dari rumahnya, ke arah bunyi-bunyian tu. Tanpa membuang masa Li terus
bercakap dengan penjaga tu bagaikan
kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Apabila penjaga tu bercakap dengan Li, keadaan keliling bagaikan menjadi tenang dan
permai. Dari luar pandangan mata Li dari jauh kelihatan sebuah BMW hitam berhenti agak jauh dari
selekoh curam tu.
Di dalam kereta tu
adalah Wong dan rakan-rakannya, yang mengendap Li dari jauh. Mereka sudah
mengagak yang Li akan berada disitu, tu
pun atas jasa Ming yang memberitahu mereka secara terpaksa dengan dibelasah
habis oleh Chong dan Lee. Bagi mereka apabila mereka tidak dapat menbalas
kemarahan mereka pada Li semasa di sekolah kerna
pada masa tu mereka tidak tahu yang
Li tak kesekolah sebab sakit. Mereka mendapat tahu yang mereka kena denda ada
kemungkian yang Li memberitahu Mr John hal yang sebenarnya padahal orang lain
yang memberitahu. Dah tiba masanya kepada mereka nie untuk membalas dendam kebencian mereka nie. Mereka akan menunggu masa yang sesuai untuk mengerjakan Li
dan semestinya mereka mengetahui tempat Li berdiri tu semestinya terkenal tempat yang paling berpuaka.
Hari mulai menjadi malam, Wong dan rakan-rakannya mulai
hilang sabar kerna menunggu dekat 1
jam. Li masih berdiri disitu tanpa menunjukkan dirinya keletihan. Fei juga
perasan bahawa Li bagaikan bercakap dengan seseorang dan dia turut merasakan
kemungkinan dia berkhayal sahaja. Wong mulai hilang sabar dan kira nasib baiknya
apabila Li mulai berjalan pulang.
Li mengatakan dia mahu pulang kerna hari mulai malam dengan penjaga. Selepas sahaja Li habis
bercakap, kedengaran seperti ada bunyi ranting patah yang bagai ia berjalan
turun. Tanpa membuang masa Li berlalu pergi.
Dengan tiba-tiba, dari jauh sebuah kereta BMW hitam meluncur laju ke arah Li
sambil berbunyi honk dengan kuat. Li
semestinya terkejut dan mulai berlari ke tepi. Tiba-tiba, Bam! Li dilanggar dan terlantun ke tepi jalan. Dengan kesakitan
yang teramat sekali dengan darah keluar membasahi badannya. Dari kereta tu keluar Wong dan rakan-rakannya,
Wong, Chong dan Lee keluar membawa beberapa batang paip besi manakala Chu dan
Fei keluar dengan terges-gesa hanya mereka berdua cemas sedikit apabila Wong
melanggar Li. Fei sempat menarik tangan Wong dan sempat memarahi sekejab kerna pada masa tu Wong bagaikan dirasuk hantu. Dengan geramnya dia memukul kaki
dan tangan Li dengan kuat sekali. Ditepi hanya kelihat Chong dan Lee yang
tergama apabila melihat perbuatan Wong. Chu dan Fei merasakan bahawa Wong
sanggup berbuat demikian dan dengan tiba-tiba Fei meminta untuk memberhentikan
perbuatannya terus.
Li bagai terkulai lemah dan mulai tak sedarkan diri. Chu
mulai perasaan bahawa Li bagaikan tidak bernyawa. Chu dan Fei mulai berjalan
perlahan-lahan ke arah Li. Dengan Tiba-tiba, tangan Li memegang kaki Fei bagaikan
dia meminta pertolongan. Dengan keadaan terkejut Fei terus menendang ke kepala
Li manakala Chu cuba melepaskan pegangan tangan Li di kaki Fei. Selepas tu Li terbaring kaku apabila tumit
kasut high heel Fei terbenam di
tengkorak kepala Li. Apabila Wong menyedari bahawa Li sudah mati, dia menarik
Fei dan Chu ke kereta. Dia meminta Chong dan Lee untuk membuang mayat Li ke
curam tu. Selesai sahaja mereka
tidak mempeduli dan terus berlalu pergi.
Li terjatuh bergolek jatuh ke bawah dan betul-betul
berhenti di kaki akar pokok ara. Pada masa tu
Li mulai menemui ajalnya dengan pesakitan yang teramat sekali. Di atas pokok
ara tu kelihatan satu lembaga putih
duduk di ranting pokok tu lalu turun
ke arah Li. Dengan rambutnya yang panjang sehinggakan mencecah tanah dan mata
merah berkaca, terus duduk disisi Li dengan memangku dia. Dengan nafas terakhir
Li dia meminta tolong dengan lembaga tu
untuk menolongnya membalas dendam kematiannya. Selepas tu Li meninggal dunia, lembaga tu
terus mengangkat mayat Li dan meletakkannya di tokong usang. Dengan marahnya
lembaga tu meraung dengan kuat
sekali dan ia mengegarkan seluruh kawasan kampung lama tu.
Didalam kereta BMW
hitam tu, Chu dan Fei masih menangis
ketakutan dan mulai berasa bersalah kerna
mereka sudah membunuh orang. Malah Chong dan Lee turut berfikiran begitu
malah mulai terbayang-bayang yang mereka bakal dihukum penjara. Wong dalam
pemikirannya dia hanya mahu mencederakan Li sahaja dan tak menyangka Li boleh
mati pula.
“Fei apasal la
kau pergi tendang kepala Li. Kalau kau tak tendang kemungkinan dia masih hidup
lagi.” Marah Chong kepada Fei.
“Mana saya sangka dia akan pegang kaki saya nie lagipun ia terjadi dengan tiba-tiba
juga.” Kata Fei yang masih menangis.
“Kalau ia happen,
ia tetap happen punya. Biarlah Li
mampus bukan senang lagi kita nanti.” Kata Wong dengan marah kerna dia sudah tak tahan mendengar
rintihan rakan-rakannya tu.
“Wong kau pun sama, bukan kita rancang nak pukul di sahaja
bukan? Nie kau pergi langgar. Memang
kau naik gila atau apa?” soal Lee kepada Wong dengan marahnya.
“Apa tidaknya Li tak tau
mau mengelak kira nasib dia la.
Senang cerita hal tadi kita jangan beritahu sesiapa pun dan hal nie kita simpan sendiri. Apa-apa
berlaku kita tiada kaitan langsung. Faham?!” ingat Wong kepada rakan-rakannya.
“Baiklah kami bersumpah akan simpan nie untuk kita sendiri sahaja.” Kata Chu, Fei, Chong dan Lee
bersama-sama.
Semestinya perasaan bersalah tu masih ada di lubuk hati mereka nie malah mereka berfikir ada kemungkinan mereka akan terlepas
daripada hukuman undang-undang jika mereka merahsia hal kematian Li.
***
Selepas satu minggu berlalu.
Kehilangan Li masih lagi dalam pencarian, dengan bantuan
polis sehinggakan bantuan penduduk setempat usaha mereka masih mencari
kehilangan Li. Ibu Li masih teruskan usaha mencari Li sejak kehilangan Li pada
hari Li keluar mengambil angin tempoh hari. Ibu Li masih teruskan pencariannya
dengan pertolongan adik perempuannya Ms Kwan yang tak pernah kenal rasa
penatnya mencari anak saudaranya yang masih belum ditemui.
Hanya Wong dan rakan-rakannya sahaja langsung tidak
menpedulikan kehilangan Li malah mengatakan kemungkinan Li lari dari rumah
ataupun ada kemungkinan membunuh diri di curam bukit tu. Sememangnya bagi orang lain, apa mereka katakan tu tidak melucukan mahupun sebagai
bahan jenaka.
“Sehingga dia mampus pun dia masih menerima perhatian.
Geramnya saya nie.” marah Wong
apabila terbaca di ruang surat khabar tentang kehilangan Li.
“Kau nie hanya
ingat perhatian sahaja. Kita sahaja yang tau
what happen sama dia. Rasanya mereka akan menemui mayatnya atau tak?” soal
Fei yang duduk di tepi Wong semasa mereka di kedai makan.
“Apa yang kamu mahu risau. Mereka mana berani pergi ke
tempat puaka tu untuk mencari. Saya
berani katakan mereka tak akan jumpa punya.” Jawab Wong sambil meneguk minuman
pesanannya tadi.
“Bukan sebab dia
la, saya kena marah oleh ibubapa saya malah kau sendiri pun kena marah oleh
bapa kamu bukan?” kata Wong selepas dia minum.
“Memang la dan
tu kali pertama bapa saya pernah
marah saya nie malah dia cancel kad kredit saya lagi. Ada beg
tangan saya minat gila nie sudah cancel mau beli.” Kata Fei dengan
marah.
“Tak pa kalau
kau nak juga nanti saya belikan untuk kamu.” Kata manja Wong kepada Fei.
“Hilang sudah marah saya nie, nie buat saya
sayang sama kamu nie” balas Fei
sambil mencium pipi Wong dengan manjanya.
Pada hari persekolahan.
Pada masa tu semestinya
bagi Wong dan rakan-rakannya berbuat seperti biasa walaupun pelajar-pelajar di
sekolah tu masih risau dengan
kehilangan Li. Bagi mereka sudah naik rimas apabila mereka sentiasa
mendengarnya sepanjang mereka di sana. Hanya satu benda mereka hendak
mengharapkan masa persekolah berlalu dengan cepatnya. Satu perkara yang
mengembirakan mereka bahawa Ms Kwan dan Mr John berdua bercuti panjang kerna mencari kehilangan Li, mereka tak
perlu risau segala-galanya.
Selepas sahaja sesi persekolahan. Wong dan rakan-rakannya
memasuki kereta BMW hitamnya akan tetapi tak dapat dihidupkan. Semestinya Wong
marah-marah apabila keretanya tidak dapat dihidupkan. Fei pula mengajak
mengikut bapanya pulang bersama-sama akan tetapi dia terlupa bahawa bapanya
pergi ke krusus pendidikan. Kali nie
pula Chu menelefon abangnya untuk mengambil mereka dan usaha tu berjaya apabila abangnya setuju
mengambil mereka. Dalam 15 minit kelihatan sebuah Mercedes biru menunggu mereka di sebelah jalan. Tanpa membuang masa
mereka meninggalkan kereta Wong lalu bergerak ke arah kereta tu.
Satu per satu mereka melintasi jalan dan memasuki kereta tu. Pada masa tu hanya Chong sahaja tinggal yang belum lagi melintas jalan.
Semasa dia ingin melintas jalan dia memandang ke arah pintu pagar sekolah
apabila, dia ternampak Li berlumuran darah dengan tulang yang patah yang
kelihatan terkeluar dari isi kulit Li. Dengan serta-merta Chong berasa takut,
dia terus berlari ke arah kereta Mercedes
biru tanpa melihat kedua-dua arah. Dengan lajunya sebuah lori membawa
muatan yang berat meluncur ke arah Chong. Bang!
Chong dilanggar dengan kuat oleh lori tu
terhumban ke hadapan jalan. Dah nasib buruknya apabila sebuah kereta dari jalan
yang bertentangan turut melanggar Chong buat kali kedua. Bong! Dengan serta-merta kedengaran bunyi jeritan Chu dan Fei
apabila betul-betul di bonet belakang Mercedes biru, Chong terhumban selepas
pelanggaran tadi. Tanpa membuang masa mereka semua keluar daripada kereta
melihat keadaan Chong. Abang Chu memeluk Chu dan Fei dari melihat Chong. Lee
mencuba menelefon ambulan manakala Wong mendekati Chong dan mendapati Chong
sudah meninggal dunia. Chu dan Fei terus menangis dengan apa yang terjadi pada
Chong. Dari jauh kelihat kelibat lembaga putih di atas ranting pokok tersenyum
sebelum menghaibkan dirinya.
Mereka cukup tak menyangka kejadian kematian rakan karib
mereka semasa mereka memberi penghormatan kali terakhir di sebuah Tokong.
Mereka tak menyangka muka rakan baik mereka hancur sehinggakan mereka untuk
mengenali Chong dan akhir mereka dapat mengenalinya semasa mereka melihat
mayatnya akan bakal dikebumikan nanti. Semasa mereka melihat keranda yang
menyimpan mayat Chong, mereka dapat melihat nombor satu yang terukir di dahi
Chong dengan darah. Mereka cukup terperanjat apabila mereka ternampak pada
tangan Chu pula tulisan nombor dua. Mereka cukup hairan adakah kejadian tu ada kaitan dengan nombor nie atau tak.
Selepas dua hari di rumah kondominium mewah Chu. Chu
menghabiskan masanya berchating
dengan kenalannya di FB. Semasa dia
berbual-bual dengan kenalan tu,
entah dengan tiba-tiba dia terputus hubungan malah apabila dia mencuba pada
kali kedua semua usahanya gagal. Dengan geramnya dia mematikan komputernya dan
terus berbaring di katilnya. Kali nie
dia cuba mengantar sms dengan Fei
apabila dia mendapati handphone tu
tak dapat dihidupkan malah dia sudah charge
ia tadi. Dengan tiba-tiba, cermin pintu berandanya diketuk-ketuk. Chu terus
membuka langsir dengan penuh dengan ketakutan apabila ada lembaga yang berdarah
megetuk-getuk cermin pintunya tu.Chu
cukup kenal lembaga berdarah tu tak
lain tak bukan Li. Terus dia berlari ke pintu biliknya dan cuba membukanya akan
tetapi usahanya gagal bagaikan pintu tu
dipaku dari luar. Chu menangis ketakutan sambil menjerit apabila lembaga tu mulai memasuki bilik Chu dengan
menembusi cermin pintu tu. Chu
bertambah takut apabila seekor demi seekor ulat jatuh dari kepala berdarah Li tu. Lalu Li berkata-kata.
“Bukan kau selalu kata yang saya nie macam ulat. Padahal kamu sendiri pun takut kepada ulat.
Walaupun kau boleh lari dari undang-undang tapi kau tak boleh lari dari saya. Nah rasakan ulat-ulat nie yang akan
memakan kamu.” Kata Li sambil melemparkan beribu-ribu ulat ke Chu.
Chu terus menjerit-jerit ketakutan apabila beribu-ribu
ulat merayap pada tubuhnya. Chu mulai merasakan bahawa ulat tu mulai mengigit
isinya lalu memasuki tubuhnya. Dia terus menangis dan menjerit meminta tolong.
“Terima la
hukuman mu iaitu hukuman mati” kata
Li sambil ketawa lalu ghaib.
Jeritan meminta tolong didengari oleh ibubapa Chu. Tanpa
membuang masa mereka terus berlari ke bilik Chu dan mencuba membuka pintu bilik
tu akan tetapi ia terkunci dari
dalam. Abang Chu terus menendang pintu bilik Chu sehingga pecah. Dengan
gerunnya apabila mereka melihat keadaan Chu yang mulai berlumuran darah dari
luka-luka potongan gunting yang masih dipegang Chu. Ayah Chu cuba mendekati akan
tetapi gagal apabila Chu menbaling gunting ke arah ayahnya, nasibnya baik kerna ayahnya sempat mengelak. Chu tak
henti-henti menjerit bahawa ada beribu-ribu ulat merayap tubuh badannya akan
tetapi ibubapa dan abangnya hanya nampak darah yang luka Chu sahaja. Chu
tersilap langkah apabila kaki tersentak wayar kumputernya lalu terkeluar ke
berandanya. Abang Chu cuba menyelamatkan adiknya daripada jatuh akan tetapi ia
terlambat apabila Chu terjatuh dari berandanya yang patah. Chu terjatuh terus
kebawah dari tingkat 13. Bak! Habis
hancur kepala Chu dengan isi otaknya terburai dari kepalanya. Kebetulan Wong,
Fei dan Lee datang mengunjungi Chu. Chu mati dihadapan mereka bertiga. Darah
dan isi otak Chu terpecik ke arah mereka bertiga. Dengan serta-merta Fei terus
menjerit sekuat hatinya sebelum jatuh pengsan. Wong dan Lee turut mulai tak
sedar diri apabila mereka menyaksikan kejadian yang berlaku di hadapan mereka nie. Dari sudut tembok kondominium
mewah kelihat lembaga putih tersenyum sebelum ghaib dari pandangan mata.
Selepas dua hari selepas kematian Chu. Wong, Fei dan Lee
masih lagi trauma apabila mereka menyaksikan kematian rakan rapat mereka di
depan muka. Malah mereka bertambah trauma apabila keranda Chu dipenuhi dengan
ulat memakan mayat Chu dengan rakusnya. Keluarga Chu terkilan dengan kejadian
kematian Chu apabila turut terlihat keranda Chu penuh dengan ulat. Keadaan
keluarga Chu sehingga selepas pengebumian Chu selesai tiada khabar berita yang
berlaku kepada mereka nie. Bagai
mereka hilang membawa diri.
Sekarang nie
nombor misteri tu kelihatan pada
lengan Lee. Hal nie cukup membimbangkan Wong dan Fei. Mereka merasakan adakah
nombor nie penanda nasib mereka yang
mereka bakal menemui ajal. Lee mulai menjadi murung dan lebih suka
menyendirikan dirinya di biliknya di sebuah rumah banglo mewah di perumahan
elit. Apabila Wong dan Fei cuba melawat Lee akan tetapi Lee hanya menolak dan
mengatakan dia mau bersendirian.
Ibubapa Lee cukup risau dengan keadaan anak mereka Lee yang mulai tak terurus
dan sering kali ulang balik ke hospital
untuk kebaikan Lee. Akhirnya Lee menerima tekanan jiwa apabila sering
terjerit-jerit mengatakan “dia sudah
datang!”Akhirnya ibubapa Lee mengambil keputusan untuk mengikat tangan Lee
agar mengelak daripada kejadian tak diingini daripada berlaku malah semua
barang tajam dikeluarkan dari bilik Lee.
Pada tengah malam, Lee merasakan dia tak akan datang
mencarinya apabila dia mulai rasa tenang. Dengan tiba-tiba tingkap bilik Lee
terbuka dengan luas bagaikan ada kuasa dari luar membukanya dengan kuat. Lee
mulai kaku di katilnya dan dia tak mampu mengerakkan tubuhnya bagaikan tubuhnya
sudah dikunci. Pelahan-lahan Lee ternampak ada lembaga memasuki biliknya dari
tingkap biliknya seperti mayat reput. Lee merasakan nasibnya sudah tiba kerna dia kenal sangat lembaga tu iaitu Li yang datang membuat
perhitungan dengan dia.
“Hai Lee. Kamu fikir malam nie saya tak akan muncul ka?
Jangan mimpi la kamu nak terlepas
selepas kamu dah lakukan kepada saya nie.”
kata Li yang mulai merangkak ke katil Lee.
“Tolong maafkan saya. Saya betul-betul rasa bersalah apa
yang saya lakukan kepada kamu. Maafkan saya!” pinta Lee apabila Li mulai
merangkak naik ke atas katil Lee.
“Maafkan kamu? Rasa bersalah? Tu tipu semuanya karut. Kau buli saya setiap hari, ada kamu rasa
bersalah? Kau cederakan tangan saya, kamu ada rasa bersalah? Masa kau humbang
saya ke dalam curam tu, kamu ada
rasa bersalah? Semestinya tak bukan? Sudah tiada maaf bagi kamu. Sekarang
rasakan balasan kau!”kata Li sambil mencakar tubuh badan Lee satu per satu.
Lee hanya menjerit kesakitan yang teramat sekali dan dua
cuba menjerit meminta pertolongan dari ibubapanya. Dengan tiba-tiba, Li
mengangkat Lee lalu menghumbannya ke arah cermin dindingnya. Prang! Bunyi cermin tu pecah dan kepingan-kepingan cermin
terbenam pada tubuh Lee. Lee terus menjerit kesakitan apabila kakinya berdarah
dengan teruk kerna kakinya tertikam
dengan salah satu kepingan cermin yang pecah. Bunyi cermin pecah tu semestinya didengari oleh seluruh
keluarga Lee dan pada masa tu berada
di ruang tamu bersama-sama dengan Wong dan Fei yang bersama-sama berkongsi
perasaan bimbang dengan Lee. Dengan serta-merta Wong, Fei dan ibubapa Lee lari
ke bilik Lee. Sebaik sahaja mereka membuka pintu bilik Lee, dihadapan Lee sudah
penuh dengan luka-luka hirisan yang menampak tulang Lee. Ibu Lee terus menjerit
dan meminta bapa Lee untuk menyelamatkan Lee yang bakal menikam lehernya
kepingan cermin. Mereka tidak nampak apa yang Lee nampak yang tangannya cuba
mengelak daripada Li menikam lehernya. Akan tetapi usahanya gagal apabila Li
berjaya menikam lehernya sebelum ghaib dari pandangan matanya. Bapa Lee cuba
menghalang apabila. Krisk! Bruak! Dengan sekali hiris, darah Lee
tersembur keluar daripada leher Lee dengan banyaknya. Percikkan darah Lee
terpecik di seluruh dinding. Ibu Lee mulai jatuh pengsan selepas Lee
menyembelih lehernya. Kejadian tu sudah
tak dapat dielak lagi didepan mata Wong dan Fei, Lee menyembelih lehernya. Fei
terus menjerit sebelum rebah menyembah bumi. Wong cuba membangunkan Fei yang
sudah jatuh pengsan dan tiada tindak balas untuk bangun lalu dia telephone
ambulan. Suasana kediaman Lee sudah kacau-bilau dengan bunyi jeritan kesedihan.
Di luar pagar kediaman Lee, ada lembaga serba putih dengan rambut yang panjang
tersenyum sebelum ghaib.
Emosi Fei mulai terganggu apabila dia menemui nombor
misteri pada kaki kanannya. Bapa Fei sudah sering kali mengantarnya anak
tunggalnya ke hospital pakar dengan harapan trauma anaknya dapat diubati. Bapa
Fei benar-benar tak menyangka anaknya trauma selepas anaknya telah menyaksikan
kematian rakan-rakannya di depannya. Wong sentiasa berada disisi Fei tak kira
di rumah mahupun menemaninya di hospital. Walaupun Wong sedar ada kemungkinan
kematian rakan-rakannya ada kaitan dengan kematian Li, dia bakal bertemu dengan
seorang bomoh siam untuk pertolongan pengatasi amukan Li. Wong memang bimbang
apa yang terjadi dengan teman wanitanya dan meminta kebenaran dengan bapa Fei
untuk membawanya keluar makan malam untuk menyambut hari jadi Fei. Walaupun
bapa Fei sedikit risau dengan keadaan anaknya tetapi dia berharap ada
kemungkinan rancangan Wong boleh menceriakan balik Fei.
Pada malamnya, Wong memandu BMW hitamnya dan datang menyambut Fei yang kelihatan cantik dengan
berpakaian gaun singkat berwarna biru muda dan bersama-sama dengan skaf panjang
berwarna putih. Fei mulai ceria semasa dalam perjalanan mereka ke hotel mewah
untuk menyambut hari jadinya. Semasa makan malam, Wong adakala melihat Fei
bagaikan sering kali melihat jam tangannya dan adakala Fei menghiraukan apa
yang Wong katakan kepada Fei. Selesai sahaja mereka menikmati makan malam, Wong
dengan segera ke belakang Fei dan memakaikannya seutas rantai leher yang
bertatah belian yang berbentuk hati. Fei merasakan cukup terharu dengan
pemberian Wong lalu mencium mulut Wong sebagai tanda gembiranya. Selepas tu Fei terus menangis teresak-esak lalu
Wong menanya Fei mengapa dia menangis.
“Wong, saya nie
memang terharu sangat akan tetapi saya nie
sangat takut sangat.” Kata Fei sambil menangis teresak-esak.
“Fei, kamu tak perlu takut sangat sekali saya
bersama-sama dengan kamu maka kau tak perlu risau.” Kata Wong kepada Fei untuk
memujuk dia agar tak menangis.
“Wong, saya nak beritahu yang saya akan mati tepat tengah
malam nie.” kata Fei dengan
berlinangan air mata sambil memandang ke arah Wong.
“Fei, mengapa kamu berkata begitu dan siapa yang bilang
kamu akan mati?” soal Wong dengan tegas dan meminta Fei jelaskan perihal nie.
“Wong, dua hari selepas pengebumian Lee. Saya didatangi
mimpi yang saya bertemu dengan Li. Sememang saya terlalu takut sekali dengan
keadaan Li bagai mayat yang mereput dengan sebelah matanya tersambul keluar dan
ulat-ulat merayap-rayap kepalanya. Dia bilang yang saya akan menerima takdir
saya pada hari jadi saya pada waktu tengah malam. Selepas dia berkata begitu
dia berjalan ke arah saya dan saya boleh terhidu bau hanyir yang teramat kuat
sangat. Selepas saya terbangun dari mimpi
tu, bilik saya berbau busuk seperti bau yang saya mimpikan tadi. Walaupun
segala-galanya saya sudah lakukan untuk menghilangkan bau akan tetapi gagal
sehinggakan saya mandi dekat 5 kali akan tetapi bau tu masih di sana. Selepas dua hari baru bau tu hilang.” Jawab Fei.
“Jangan la kau
risau jam tangan kau mengatakan baru jam 11.45 malam. Kalau kau tidak mau risau
biar saya bayar bil makanan kita dan kita terus balik. Setuju?” soal Wong
kepada Fei.
Fei hanya mengganguk sebagai tanda setuju dan dia
berasakan ada kemungkinan dia bakal terselamat. Malah Wong sudah berjanji yang
dia akan bawa berjumpa dengan bomoh siam untuk membantunya. Fei berasa sedikit
sejuk lalu dia melilit skafnya di lehernya lalu menunggu Wong berdekatan dengan
lif. Wong datang menemui Fei dan bersama-sama turun mengikut lif turun ke lobi
untuk pulang.
Sebaik sahaja mereka sampai ke tingkat bawa, mereka
melangkah keluar dari lif. Fei meminta menunggu dia sebentar kerna tali reben pada high heel sudah terbuka dan ingin
mengikatnya dahulu sebelum mengikut Wong. Ada beberapa tetamu hotel tu memasuki
lif yang mereka berdua gunakan tadi sebelum pintu lif tu tertutup, Fei berdiri di hadapannya adalah lembaga mayat reput
dihadapannya. Tiba-tiba entah dari mana angin kuat datang melintasi Fei dan
lebihan skaf Fei termasuk ke pintu lif yang kebetulan tertutup. Lembaga yang
berada di hadapan Fei masih di sana dengan senyuman yang mengerikan apabila lif
tu nak bergerak ke atas kemudian
ghaib daripada pandangan Fei. Dengan keadaan cemas skaf yang tersepit di pintu
lif turut mengikut ia naik, Fei mulai menjerit meminta tolong apabila dia
tersedar yang skafnya mulai menjerutnya. Wong mencuba melepaskan lilitan skaf
pada leher Fei malah beberapa kakitangan hotel cuba membantu menyelamatkan Fei.
Malah mengambil keputusan untuk mematikan bekalan elektrik untuk memberhentikan
lif tu.Suasana menjadi kacau-bilau
apabila Fei mulai terangkat apabila lif tu mulai naik bagaikan dia berada di
tali gantung. Dan semua terhenti apabila. Krak!
Krak! Krak! Leher Fei patah sebanyak 3 kali bersama-sama darah yang
terpecik di pintu lif. Wong hanya tergama apabila Fei mati di depan matanya.
Serta-merta dia menjerit sekuat hatinya apabila dia terdengar bunyi jam
menandakan jam 12 tengah malam masih kedengaran di menara jam di luar hotel.
Jam tangan Fei lambat 10 minit tu la
kesilapan Fei. Di luar hotel, di atas menara jam berdirinya kelibat lembaga
putih memandang ke arah hotel tu sambil tersenyum sebelum ghaib.
Semestinya bapa Fei tak dapat menerima takdir bahawa anak
tunggalnya sudah meninggal dunia. Semasa masa pengebumian anaknya, bapa Fei
membunuh diri dengan menembak terus ke kepalanya didepan keranda Fei semasa
berlangsungnya upacara penghormatan terakhir. Suasana menjadi kacau-bilau
apabila para tetamu menyaksikan bapa Fei membunuh diri. Anak tunggalnya adalah
segala-galanya buat kepada dia selepas dia kehilangan isteri tersayang ketika
kelahiran Fei. Dengan kematian Fei, bapa Fei mengambil tindakan untuk mengambil
nyawanya sendiri agar dia dapat bersama-sama dengan anak kesayangannya.
Wong diantara yang menerima kesan yang paling sandis
melihat teman wanitanya mati di depan matanya. Dia sudah tahu dia bakal juga
menerima balasannya kelak. Pada malam tu
juga dia akan kerumah bomoh siam tu.
Tempat bomoh siam tu
semestinya gelap serta sunyi yang terletak berdekatan dengan jirat cina.
Walaupun perasaan Wong sememang dalam keadaan risau kerna bimbang yang dia bakal menerima nasib yang sama dengan
rakan-rakannya. Wong mengetuk pintu rumah bomoh tu dengan tiba-tiba pintu tu
terbuka dan dia disambut seorang lelaki tua berpakaian seperti sami. Wong
dipelawa duduk di hadapan lelaki tu
dan dia meminta Wong sebab mengapa dia memerlukan pertolongan lelaki tu. Wong menceritakan segala-galanya
kepada lelaki tu yang dia tahu
lelaki tu semestinya bomoh siam tu. Selepas mendengar cerita Wong,
bomoh siam tu terus membakar
beberapa batang colok di depan patung dewa-dewa yang terletak dibelakangnya dan
dia bersembahyang sebentar. Lalu dia memberitahu yang Wong kena dapatkan
tengkorak Li dan membawanya kepada bomoh tu.
Alasannya hanya dengan adanya tengkorak Li, roh Li tak akan membalas dendam
dengan Wong. Selepas tu Wong menjanjikan dia akan dapatkan sekarang juga dan
dia tidak mau dia menerima nasib mati ditangan Li.
Selepas sahaja Wong meninggalkan rumah bomoh tu.
Bomoh Siam tu tersenyum
girang yang dia bakal dapat barang yang sangat bagus sekali untuk digunakkan
untuk kepentingan diri. Dia tak menyangka yang Wong akan terus mendapatkan apa
yang dia hajatkan. Bomoh Siam tu
tahu yang budak tu memang tiada
peluang pun terselamat kerna roh tu
bila dia mahu membalas dendam tiada benda boleh menghalangnya. Semua lamunan
Bomoh Siam tu terhenti apabila pintu
rumahnya terbuka luas ditiup angin. Dengan tiba-tiba tubuh Bomoh Siam nie bagaikan terkunci dan dia tak
mampu untuk bergerak. Dihadapannya muncul lembaga putih dengan berambut putih
panjang sehingga ke lantai dan bermata merah saga memandang tepat ke arah bomoh tu lalu berkata dengan Bomoh Siam tu.
“Wahai bomoh tua, kau fikir yang saya akan tak berbuat
apa-apa kepada kamu. Kau nak tengkorak
tu kamu kena langkah mayat saya dahulu.” Kata lembaga tu.
“Cilaka kau ingat kamu siapa? Nie Bomoh yang mempunyai askar hantu emas. Kau ingat saya takut
sangat kepada kamu.” Gertak Bomoh Siam tu.
“Bawa la askar
kamu nie, saya nak tengok betapa
kuatnya kamu nie. Saya lepaskan
kunci badan kau. Kalau kau kalah hanya ajal bakal menimpah pada diri kau.” Kata
Lembaga tu.
Bomoh Siam menyeru askar-askar hantu emas untuk muncul di
hadapannya. Satu per satu hantu emas memunculkan diri mereka di hadapan Bomoh
Siam tu. Dia mengarahkan dalam
Bahasa Siam pada askar suruhannya untuk menyerang lembaga tu.
Satu per satu hantu emas menyerang ke arah lembaga tu dan satu per satu ditepis dengan
kuku yang sangat tajam kearah askar suruhan Bomoh Siam tu. Lembaga tu malah
mencabut beberapa kepala hantu emas dan melemparkan ke arah bomoh tu. Perlawanan bagaikan lebih berpihak
kepada lembaga tu. Apabila askar
terakhir Bomoh Siam tu dibunuh
dengan perasaan marah dia menyeru hantu yang paling kuat dalam simpanan untuk
menyerang lembaga tu. Hantu tu berbadan besar dan berwarna hijau,
kepala hantu tu penuh dengan
tanduk-tanduk tajam. Dengan muka yang mengerikkan dan gigi yang penuh dengan
gigi yang tajam. Hantu besar terus meluru kearah lembaga tu, dengan sekali tikam dari kukunya yang tajam tepat pada dada
hantu besar dengan serta-merta hantu besar tu
terbakar. Bomoh Siam sudah tergama apa yang dia telah lihat di hadapannya dan
dia berfikir untuk menangkap lembaga tu untuk menjadi hantu suruhan malah dia
boleh menjadi bomoh yang paling handal sekali. Belum sempat Bomoh Siam
mengambil balang untuk menangkap lembaga
tu, lembaga tu sudah mencekam
leher bomoh tu. Bomoh Siam meminta
untuk dilepaskan kerna cekaman
lembaga tu terlalu kuat.
“Tolong lepaskan saya, ampunkan saya. Saya tak berniat
untuk menangkap kamu.” Pinta Bomoh Siam tu.
“Tiada manusia mampu menangkap ku, aku sudah hidup lebih lama daripada bomoh tua dah beribuan
tahun. Aku adalah Penunggu Ara dari Kampung Ara. Yang sudah memakan banyak
darah manusia kejam dan keji macam kamu bomoh tua.” Kata Penunggu Ara ketika
dia mencekam leher Bomoh Siam tu.
Bomoh Siam baru tersedar yang berdepan dengan penunggu
yang paling kuat dan kira ramai bomoh cuba menangkap penunggu nie tetapi gagal dan bakal menerima
nasib yang sama iaitu menemui ajal dengan keadaan mengerikan.
“Saya nak tau
apa kaitan roh Li dengan kamu?” soalan terakhir Bomoh Siam tu.
“Dia kawan ku
bukan tuanku.” jawab Penunggu Ara sebelum mengigit kepala Bomoh Siam tu sampai terputus.
Penunggu Ara terus memakan daging dan meminum darah bomoh tu dengan rakusnya. Dia langsung tak
meninggalkan langsung sebarang sisa termasuk tulang. Dia melihat keliling rumah
bomoh siam tu dan melepaskan
beberapa hantu yang pernah ditangkap oleh Bomoh Siam tu. Ada beberapa hantu tu
mengucap terima kasih kepadanya sebelum ghaib dan ada beberapa hantu betina
ingin mengikuti Penunggu Ara yang selalu dia benarkan mengikutnya tinggal di
Kampung Ara. Selepas semua selesai, Penunggu Ara membakar rumah bomoh tu sehingga menjadi abu.
Wong masih dalam perjalanan ke tempat puaka tu tanpa mengetahui bomoh tu sudah mati.
***
Perasaan Wong bercampur-aduk apabila memikirkan selang
beberapa hari kematian yang saling berganti yang menimpah kepada
rakan-rakannya. Dari Chong yang mati kemalangan jalan raya, Chu yang mati
terjatuh dari beranda rumahnya, Lee mati sebab membunuh diri dan kekasihnya Fei
yang mati sebab kemalangan di lif. Apa yang tahu semuanya ada kaitan dengan
kematian Li dan dia beranggap gilirannya sudah tiba. Semuanya berlaku apabila
dia menghadiri upacara pengebumian Fei dimana dia ternampak kelibat Li di
belakang keranda Fei. Li memandang tepat ke arahnya sambil tersenyum kepada
Wong dengan senyuman yang mengerikan. Keputusannya untuk meminta pertolongan
dengan Bomoh Siam tu hanya untuk
kepentingan dirinya sendiri dan dia tak ingin menerima nasib yang sama seperti
dialami oleh rakan-rakannya.
Dari jauh kedengaran guruh sudah mulai berdentum bagaikan
menanda malam tu bakal hujan dengan
lebatnya. Tak lama kedengaran bunyi guruh, titikkan hujan lebat mulai menbasahi
BMW hitam nie. Walaupun hujan lebat, Wong masih berdegil untuk teruskan
hajatnya selagi tu baru dia rasakan
puas hati.
Setibanya dia ke tempat berpuaka tu, dia mengambil keputusan untuk memasuki terus ke kampung terbiar tu dengan harapan dia boleh mencari
mayat Li. Meremang bulu tengkuknya apabila dia meletakkan keretanya berdekatan
dengan pokok ara bagaikan dia diperhatikan. Hujan tidak menjadi penghalang
kepada Wong asalkan dia selesaikan tujuan
tu sudah cukup. Wong mulai mencari dikeliling kampung dengan berbaju hujan
yang menghairankan apa yang dia ingat mereka menghumban betul di tepi curam
akan tetapi mayat tergolek sepatutnya berdekatan dengan pokok ara tu. Dia masih berusaha membuat
pencarian tu juga. Dari luar
pandangan Wong, beribu-ribu mata dari atas pokok ara semuanya memerhatikan
kearah Wong dengan keadaan mata merah berkaca. Sudah dekat berpuluh lembaga
hitam bertenggek diatas pokok tu dan
salah satunya yang paling besar sekali yang berambut putih yang panjang. Dia
adalah Penunggu Ara, memandang dengan marahnya ke arah Wong.
“Nampaknya apa yang dirancang sudah menjadi. Biar malam nie adalah malam terakhir buat
dirinya.” Kata Penunggu Ara.
Wong cukup hairan apabila dia tak dapat menemui mayat Li
walaupun dia sudah sekitar kampung sehingga dia melihat di dalam rumah yang
terbiar akan tetapi dia langsung tidak menemui mayat Li bagaikan mayat tu bertukar tempat ataupun Li masih
hidup. Dengan tiba-tiba dia ternampak kelibat Li memasuki ke tokong usang tu, apabila dia melihat ke dalam. Mayat
Li betul-betul di atas meja penyembahan dan dikelilingi dengan berpuluhan lilin
merah menerangi tokong usang tu.
Wong memasuki tokong usang tu dan
mulai mendekati mayat Li yang sudah mulai mereput dengan keadaan kulitnya mulai
berulat dan tulangnya mulai kelihatan. Walaupun Wong merasakan seram yang
teramat sekali malah dia hampir-hampir terkencing di seluarnya selepas melihat
keadaan mayat Li. Wong dengan pelahan-lahan mendekati mayat Li dan dia
mengeluarkan dari baju hujannya sebilah parang yang dia akan gunakan untuk
mendapatkan tengkorang Li. Semasa dia hendak menetak leher mayat Li dengan
tiba-tiba mata Li berbuka dan mayat Li tergerak-gerak lalu bangun. Dengan
serta-merta Wong terhumban kebelakang kerna
terkejut apabila mayat Li mulai bergerak ke arahnya. Berketul-ketul daging yang
reput jatuh dari muka Li ketika dia berjalan ke arah Wong. Kerna takut, Wong terus berlari keluar dari tokong tu dan terus berlari ke keretanya akan
tetapi dihalangi dengan berpuluh lembaga hitam. Yang lebih mengerikan kepada
Wong adalah Penunggu Ara berada di hadapannya dengan menyerikan barisan giginya
yang tajam, kukunya yang panjang dan dipenuhi dengan rambut putih yang panjang.
Penunggu Ara memandang tajam ke arah Wong dengan mata merah berkaca.
“Kenapa takut? Antara saya dengan yang dibelakang kamu
lebih menakutkan?” soal Penunggu Ara apabila Li sudah memeluk Wong dari
belakangnya.
“Lepaskan saya! Lepaskan saya!” pinta Wong apabila Li
sudah memeluknya dari belakang dan bau busuk reput datang dari Li membuat Wong
meluat malah dia termuntah.
“Bukan kau suka buli saya bukan sekarang nie tiba masanya saya buli kau balik akan
tetapi kau tak akan lepas dari saya. Saya nak bawa kau untuk diadili, Raja Yama
nak kau dibawa ke dewannya untuk dihakimi. Bukan kau masih hidup lagi tapi kau
kena mati dulu.” kata Li sambil ketawa sinis kepada Wong.
Penunggu Ara mengarahkan pengikutnya agar tidak memasuk
campur dengan hal tu malah dia menyuruh mereka nie memasuki rumah-rumah yang terbiar dan biarkan Li menyelesaikan
masalah tu dengan sendiri. Dengan
sekelip mata semua lembaga-lembaga hitam
tu berterbang dan memasuki rumah-rumah tu.
Hanya di hadapan pokok ara yang menjadi saksi perhitungan yang harus dilakukan
diantara Li dan Wong.
Akhirnya Wong terlepas daripada pelukkan Li akan tetapi
tangannya cedera dengan teruk apabila Li mengigitnya sehinggakan tulang tangan
Wong kelihatan. Wong terus menjerit kesakitan dan guruh terus sabung-menyabung
kedengaran bersama-sama dengan jeritan Wong.
Dengan tiba-tiba, petir menyambar tepat ke kereta Wong
dan ia terus meletup dengan kuat bagaikan dentuman bom. Apa dari dentuman tu api mulai merebak ke rumah-rumah
terbiar tu. Kedengaran bunyi jeritan
lembaga-lembaga tu yang mulai
melarikan diri terbang ke arah pokok ara. Bunyi jeritan tu mulai menakut Wong dan menyebabkan dia lalai apabila Li menikam
ke arah perut Wong. Dengan serta-merta tanah yang dibasahi dengan darah Wong
yang datang dari tikaman tajam Li lalu menarik keluar usus-usus Wong. Dengan
kesakitan yang teramat, Wong rebah terus ke tanah dan dia cuba memegang
usus-ususnya dari terkeluarkan akan tetapi usaha tu hanya sia-sia.
Li terus berundur ke belakang apabila Wong redah ke bumi.
Wong merasakan bagaikan ajalnya sudah tiba. Dengan tiba-tiba petir menyambar tepat ke arah salah satu dahan besar lalu
patah. Penunggu Ara terus melompat ke dahan patah dan terus meluru jatuh ke
arah Wong. Dahan tu terus menghendap
tepat ke badan Wong dan menghancurkan semua tulangnya. Serta-merta Wong mati
dengan penuh seksaan atas perbuatannya sendiri dengan keadaan mata terbuka
selepas menyaksikan sesuatu yang mengerikan meluru depannya.
Akhirnya segala hutang sudah dibalas. Mayat Li terus
rebah menyembah bumi apabila roh Li keluar dari tubuhnya. Roh Li akhirnya boleh
rehat dengan tenangnya apabila dendamnya sudah lunas dibayar. Sebelum Li
meneruskan perjalanannya alam baka, dia berkata dengan Penunggu Ara.
“Penjaga, terima kasih kerna membantu saya nie.
Masa saya sudah dipanggil. Selamat tinggal wahai kawan ku.” Kata Li sebelum dia berjalan ke arah pintu cahaya lalu ghaib
di sana.
Penunggu Ara yang tersenyum apabila dia membantu Li buat
kali terakhirnya. Dia buat kali terakhirkan mengerbangkan sayap putihnya buat
hadiah pemergian Li seperti dia pernah lakukan dahulu.
***
Akhirnya mayat Li ditemui. Ibu Li cukup bersyukur apabila
mayat Li ditemui berdekatan dengan mayat Wong di kampung Ara yang terbiar. Walaupun
pihak polis berasa hairan yang cara kematian Wong cukup menganjilkan malah mata
Wong bagaikan melihat sesuatu yang mengerikan sebelum dia menemui ajalnya.
Mayat Li selamat dikebumikan selepas didedah siasat oleh
pihak polis dan semua perbuatan Wong dan rakan-rakannya sudah terbongkar yang
mereka la puncanya Li meninggal
dunia. Dengan serta-merta keluarga-keluarga Wong dan rakan-rakannya tercemar
apabila perbuatan mereka terbongkar dan keluarga mereka hilang membawa diri.
Manakala bagi keluarga Li masih berkabung dengan pemergian Li dengan penuh
peritnya. Pemergian Li membuat impak yang besar kepada teman-teman sekolah
malah kepada penduduk sekitarnya dengan kematian Li. Ibu Li hanya tahu apabila
dia mendapat pentanda dari mimpinya, yang mengatakan Li berada di Kampung Ara.
Memang benar apabila apa yang dimimpinya adalah benar.
Kali nie ibu
Li pergi dengan sendiri ke kampung lamanya, dengan membawakan sebungkus bunga
kekwa dia meletakkan ia di pangkal pokok ara. Dia menitiskan air matanya
sebelum berterima kasih. Kedengaran dahan pokok ara digocang dengan kuat maka
gugurnya bunga-bungaan berwarna putih berjatuhan. Ibu Li berlalu pergi
meninggalkan Penjaga Kampung Ara.
Sekian.
.......................................................................................................................................................................
Maka tamat la
kisah nie. Kes buli semestinya masih
berlaku dan ia berlaku tak kira jantina mahupun usia. Mereka yang merasakan
darjat mereka lebih tinggi dan mereka yang berlain dengan darjat mereka selalu
menjadi mangsa. Walaupun atas sebab racist
mahupun hanya sekadar keseronokan diri, ia tetap salah dan ia adalah buli. Nie la nasib malang Li apabila dia
dibuli dan menerima nasibnya apabila dia dibunuh. Wong dan rakan-rakannya boleh
lari dengan hukuman di dunia tapi tak mereka tak boleh lari dengan balasan di
dunia baka. Dendam tetap akan dibalas seperti darah dibalas darah dan nyawa
dibalas dengan nyawa.
Nie saya nak terang sedikit info tentang Penunggu Ara. Idea tentang dia nie datang dari mimpi dan disini yang akan memberitahu lebih lanjut
tentang dia nie. Penunggu Ara sudah
berusia beribuan tahun dan pokok ara tua tu
adalah tempat tinggalnya. Ada yang tidak tahu bahawa tokong di kampung Ara
didirikan di atas sebuah kubur lama yang Penunggu Ara berjanji menjaganya
sehingga akhir zaman. Kubur tu adalah
milik seorang kawan baik Penunggu Ara iaitu Puteri Mayang Hijau yang pernah
tinggal berdekatan dengan pokok ara tu
iaitu dibawah cerum bukit tu. Semua
pekan yang sudah hilang ditelan oleh banjir besar berlaku pada zaman tu dan menyebabkan wujudnya tasik hijau
di bawah cerum. Penunggu Ara sudah lama bersendirian selama dia menjaga tempat tu.
Semuanya berubah apabila moyang perempuan Li bertandang
ke pokok ara tu. Kawasan pokok ara tu diterokai oleh bapa moyang Li dan
moyang Li pada masa tu sudah menjadi
dukun atau pengantara. Penunggu Ara bersetuju mereka boleh tinggal di sana
dengan satu syarat yang perlu penduduk kampung ara lakukan iaitu mereka kena
sajikan dia manusia kejam dan jahat untuk dimakan oleh Penunggu Ara. Oleh tu tak pernah berlakunya sebarang jenayah berlaku di Kampung Ara sehingga zaman
kedudukan Jepun sehinggakan masa darurat komunis. Semuanya disebabkan oleh
Penunggu Ara yang membaham satu per satu demi melindungi penduduk kampung Ara.
Apabila keadaan sudah damai, penduduk kampung mengambil keputusan untuk
mengatakan mereka memerlukan pertolongan untuk menangkap Penunggu Ara atas
sebab mengumpan bomoh-bomoh untuk menjadi mangsa santapan Penunggu Ara.
Kebanyakkan bomoh-bomoh nie adalah penipu dan suka mengokong mereka yang miskin
dengan meminta bayaran yang mahal. Penduduk kampung menggangap ia adalah
balasan jahat terhadapa bomoh-bomoh nie.
Penunggu Ara hanya rapat kepada keluarga Li sahaja malah
moyang Li serta Li dianggap sebagai kawan baiknya. Maka tak hairan la penduduk kampung Ara sentiasa hidup
aman dan damai malah tiada sebarang pepecahan berlaku bagai sebuah komuniti
yang berpaduan.
Akan tetapi semua bertukar apabila, pihak kerajaan
setempat meminta mereka berpindah selepas berlakunya tanah runtuh di kampung tu yang mengorbankan 5 orang. Walaupun
ada penduduk berat hati meninggalkan mereka terpaksa. Macam mereka meminta
pertolongan dengan moyang Li untuk memberitahu Penunggu dengan pemindahan
mereka nie. Hanya moyang Li dan Li
sahaja yang selalu mengunjungi penjaga apabila mereka ada masa hanya untuk
berbicara sahaja.
Lepas kematian moyang Li maka hanya Li sahaja selalu
berbicara dengan penjaga tu. Dengan
kematian Li semuanya sudah berakhir dengan perginya kawan baik Penunggu Ara.
...
Ingat mereka yang suka membuli tu ingat-ingat juga, jika kamu tak nak senasib dengan Wong dan
rakan-rakannya.