Khamis, 31 Januari 2013

Berjaga


Apabila berlakunya kematian ada satu perkara akan kita buat iaitu berjaga. Tak kira si mati meninggal dunia pada siang mahupun malam budaya berjaga-jaga memang sudah sebati dengan budaya kita tak kira bangsa dan agama. Berjaga adalah mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku kepada si mati sebelum dikebumikan. Adakala menunggu hari, masa mahupun keadaan yang baik untuk mengebumikan si mati nie. Contoh paling terbaik adalah masyarakat cina tak kira dia adalah beragama Buddha mahupun Kristian, kerna bagi mereka nie untuk mengebumikan si mati nie memerlukan pandangan Feng Shui agar waris si mati mampu hidup aman dan terbaik selepas pemergian si mati nie. Seperti masanya, kedudukan kubur dan tarikh yang paling sesuai untuk dikebumikan. Lebih mahal tapak kubur tu lebih baik Feng Shui dia dan tak hairan lah belanja pengebumian boleh mencecah dari RM2000 sehinggakan setengah juta ringgit. Maka wujudnya perkataan seperti “semasa hidup susah, bila sudah mati pun susah”.

Balik ke tajuk cerita yang saya bakal ceritakan nanti adalah kisah saya menolong berjaga untuk keluarga mendiang  mak cik saya dahulu. Selepas mak cik saya meninggal dunia di hospital kerana kanser maka mayatnya dibawah ke funeral parlour di Kota Kinabalu (tak pasti betul ka ejaan saya bagi nie) Fuk Luk Sui. Bangunan 2 tingkat dan dikelilingi dengan perkuburan cina. Di tingkat bawah kira besar juga tapi tiada air-con la hanya tingkat atas iaitu tingkat 1 sahaja ada air-con dan berdekatan dengan pejabat dia. Manakala tingkat atas pula kira open air dan paling besar sekali la. Mereka nie kira sewa berapa hari dan juga kemudahan dia bagi free. Upacara doakan si mati, mereka boleh uruskan ataupun kamu bawa sendiri. Nak katakan lengkap untuk kemudahan penggunanya dengan tempat berjaga, wifi dan TV (Astro). Malah untuk kemudahan lain seperti van mengantar mayat serta kerja pengebumian juga (kira saya ads pula itu tempat). 

Kira kena tunggu 3 hari sebelum dikebumikan agar keluarga terdekat mahupun sahabat-handai dapat memberikan penhormatan kali terakhir sebelum hari pengebumian. Tak perlu kisah kerna pihak funeral parlour sudah kasi sewa keranda peti sejuk tu. Memang berjaga nie sukar sangat la tapi kira pertolongan ikhlas bagi keluarga yang kehilangan orang yang tersayang nie.

Seperti saya nie, saya ada kebolehan untuk mengesan dan menrasakan kehadiran roh semestinya saya sedar semasa saya menolong berjaga nie. Ada satu nie saya rasa seratus-peratus yang saya simpan sendiri dan saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa selepas ia berlaku kepada saya. Pada malam pertama saya berjaga nie pada masa tu hanya saya sahaja belum lagi tertidur kerna saya nie kira macam burung Hantu punya mode la susah mau tidur dan siap ada free wifi siapa nak lepas bukan. Semestinya pada masa tu memang sunyi sekali dan terasa seram juga kerna keliling kamu ada tanah perkuburan. Sepupu saya nie kebanyakkan adalah perempuan dan kalau sepupu lelaki boleh dikira maka perasaan Gentlemen mesti ada bukan, biar lah saya berjaga. Semestinya malam tu  kamu  boleh mendengar bunyi-bunyian yang ganjil selain daripada bunyi serangga. Pernah saya nie terkejut semasa menggunakan tandas (lokasi itu sebelah lift dan berdekatan dengan tingkap yang betul-betul mengadap kepada tanah perkuburan, bunyi macam ada orang berjalan-jalan diluar tandas tu padahal pada masa tu hanya saya seorang sahaja yang masih bangun. Bila saya tengok keluar memang tiada sesiapa pun malah saudara saya masih bertiduran, apa lagi terus saya buat tak tau dan terus ke laptop saya macam biasa saya, padahal dalam hati bukan main seram. Nie la paling seram bagi saya nie, macam ia berlaku pada malam kedua semasa berjaga nie. Sudah 2 hari saya tak tidur sbb saya sudah tak dapat tidur selepas mendengar mendiang mak cik saya nie meninggal dunia malah pada malam pertama berjaga pun saya tiada tidur. Balik pergi cerita saya nie, pada masa saya bermain game di FB tidak tau macam sekitar jam 1 atau 2 pagi. Entah dari mana nie perasaan macam ada benda menengok perbuatan kamu nie. Dari ekor mata saya nie, saya ternampak ada lembaga hitam di belakang saya nie yang pada masa tu saya mengadap laptop saya. Semestinya memang seram sangat bukan main, akan tetapi seperti persis saya selagi kamu tak mengacau dia maka dia tak akan mengacau kamu. Semasa berjaga kamu tidak akan tau apa yang bakal muncul menengok mahupun mencuba menyakat bukan? 

Walaupun perasaan sedih semasa berjaga adakala ada kisah lucu nie berlaku. Sepupu perempuan saya nie nakal-nakal juga la. Time tu dekat jam 11malam sudah dan ada rasa lapar juga nie. Kerna malas mau pigi beli makanan di restaurant dan mengambil masa yang lama nak pulang dan balik juga maka fikir mau panggil delivery la nie. Masa tu fikir mau call PizzaHut kerna masa mau tutup maka call pula nie McD delivery nie. Bukan main lucu nie sampai terketawa nie kira macam mau kasi kena la. Kazen saya nie buat-buat suara seram sambil buat order tu fikir maybe mereka buying it la gitu but mereka nie tak tau alamat nie. Memang fikir kita yang kena balik padahal plan tu berjalan juga la nie. Masa pengantaran tu saya keluar ambil barang so kira saya nie miss la cerita seterusnya. Tapi tak bila saya sudah balik memang nampak nie delivery tu sudah sampai. Kazen saya ceritakan semasa mereka buat delivery tu, sampai 3 pengantar nie bawa makanan tu nie macam bikin kawan la nie. Maybe diorang tau tempat tu plus sudah dekat tengah malam baru diorang nie sampai ke tempat kami nie. Plus kazen-kazen saya nie semua pakai hitam lagi nie nak tambah seram la bila semua keliling tempat tu dekat kuburan lagi. Nah tak tau la perasaan orang McD delivery tu macam mana bah kan. Memang terketawa nie berabis kisah tu , memang lucu sangat nie.

Ok la sampai sahaja cerita saya nie buat malam Jumaat nie. Harap kamu membacanya nie faham dengan pengalaman saya nie jikalau kamu ada kisah sendiri sila kongsikan. 

Sekian.

Khamis, 24 Januari 2013

Kuburan

Salam Malam Jumaat semua,

Bila masanya telah tiba, kita manusia tak akan hidup buat selama-lamanya bukan. Bila tibanya masanya, kita akan meninggalkan dunia nie. Dan tempat bersemadinya kita nie tak lain tak bukan di tanah perkuburan. Akan tetapi bukan semuanya cara pengumian kerna ia berbeza daripada pandangan agama yang dianuti si mati. Kalau cara Islam maka pengebumian juga caranya adalah Islam, yang beragama Kristian dengan caranya tersendiri dan sebagainya. Dikirakan bahawa kuburan adalah tempat bersemadinya si mati buat selama-lamanya.

Saya sendiri sudah mengalami kesemua pengebumian dari berlain agama dari yang beragama Islam ke Buddha. Setiap agama ada pandangan sendiri dengan kuburan. Bagi yang beragama Islam bila berlakunya kematian, si mati akan dikebumikan pada hari itu juga tak kira si mati meninggal dunia di rumah mahupun di hospital. Bagi mereka ia harus dilaksanakan dengan segera dan kira taboo juga kalau bedah siasat dijalankan kepada mayat si mati nie. Walaupun kematian tu berlaku pada malam atau pada tengah malam, ada yang mahupun si mati dikebumi waktu malam juga manakala ada yang menunggu sehingga awal pagi baru dikebumikan. Bila ia berlaku maka kesemua waris si mati kena berjaga-jaga dari perkara tak diingini berlaku. Si mati dimandikan dan dikafan sebelum disembahyangkan di masjid mahupun dirumah; dikebumikan di tanah perkuburan dan terakhir dibacakan takhil selama seminggu. Ya bagi mereka juga percaya si mati nie akan kembali ke rumahnya menjenguk keadaan rumahnya buat kali terakhir.

Bagi yang beragama Kristian mahupun Buddha pula berlainan sedikit. Hanya persamaan apa yang saya tahu ialah mereka akan menempatkan mayat si mati buat sementara di keranda peti sejuk, untuk menunggu hari yang sesuai untuk dikebumikan. Nie membolehkan ahli kelaurga dan sahabat handai dapat memberikan perhormatan yang kali terakhir kepada si mati. Dan waris si mati kena berjaga-jaga sepanjang malam serta memberikan doa untuk si mati, selain itu mereka juga akan berjudi dan meminum arak (tiada gunanya kerna pengsan juga) dalam masa berjaga tu. Lain la tempat tu tempat menyimpan mayat sementara kira macam Funeral Parlor (itu saya akan cerita lain hari kerna ia ada kisahnya sendiri). Balik pergi tadi, bila tiba masanya maka mayat tu akan disemadikan di tapak perkuburan (bergantung kepada agama si mati) dan cara pengebumian agama masing2. Satu lagi persamaannya ada kos kerna kos pengebumian, kos penyimpan, kos sewa keranda peti sejuk, kos makanan, kos tapak kubur, kos penghantaran (jika overseas la) dan kos makam; memang tidak lari RM2,000-RM20,000 bagi yang berpendapatan rendah memang menyusahkan tidak bagi mereka yang kaya-raya. Ada satu saying dalam bahasa cina “masa hidup memang susah, bila sudah mati lagi susah”.  Ada satu lagi cara pengebumian tapi bukan dengan menanam akan tetapi dengan cara cremation. Cremation adalah membakar mayat si mati sehingga menjadi abu. Keputusan untuk membuat creamtion atas kerna adakah tempat tu kekurang tanah perkuburan ataupun atas permintaan terakhir si mati itu sendiri ataupun berpenyakit kronik (mengelak daripada penyakit itu berjangkit). Bagi saya walaupun ia ada sedikit murah tapi ia tetap sama sahaja kos dia dengan pengebumian biasa dan ia mengambil masa dekat 1-2 jam daripada pengebuminan biasa yang hanya 1 jam sahaja. Dalam cremation juga bukan semua terbakar habis menjadi abu malah tulang2 masih ada belum menjadi abu. Abu mayat akan diletakkan di dalam bekas dan terpulang kepada warisnya untuk membawanya pulang ataupun meletakkan ia di tempat disediakan. Kebanyakkan cremation dilakukan kepada mereka yang beragama Buddha dan ada segelintir yang beragama Kristian untuk membuat cremation. Satu lagi saya nak tambah bahawa dahulu semasa belum adanya keranda peti sejuk nie, bagi mereka yang beragama Kristian mahupun Buddha akan menanam mayat si mati secepat mungkin manakala ada yang mengawet mayat demi mendapatkan masa dan tarikh yang sesuai untuk pengebumian.

Berbalik kepada kisah saya nie, ada juga manusia yang tak tahu penghormati kuburan nie dengan membuat perkara yang tak diingini pada kubur tu. Ia bagaikan manusia yang bodoh dan tak bertamadun langsung, nie kerna kubur tu kira macam rumah kepada si mati nie dan tempat mereka bersemadi. Perbuatan seperti mengijak2 dan membuat pose yang pernah dahulu berlaku yang membuat ramai orang mengamuk kerna tak menghormati kuburan. Yang menyakitkan hati bila mendapat tahu yang berpendidikan tinggi sanggup melakukan perbuatan terkutuk nie. Bukan sahaja yang hidup marah malah yang mereka yang sudah meninggal dunia turut marah, nantikan pengajaran yang berat bakal dikenakan kepada manusia bodoh nie dengan kemalangan yang tak diingini berlaku, penyakit ganjil sehinggakan histeria.

Nie ada satu kisah yang saya mahu kongsikan kepada kamu semua, nie cerita berlaku di sebuah pekan kecil di Sandakan iaitu Beluran (kira kampung saya kedua la). Kisah nie berlaku sudah lama dan ada kaitan dengan kuburan lama di sana. Berdekatan dengan pekan tu ada dua kuburan lama yang dimiliki oleh dua keluarga cina yang berpengaruh di sana. Tempat tu masih kelihatan walaupun sudah diliputi dengan hutan akan tetapi kuburan tu masih di sana. Nie saya nak cerita kisah tentang kuburan paling besar yang terletak berdekatan dengan sungai/laut kira bberapa batu dari gigi air. Kubur tu paling lama malah paling besar dengan menempatkan dua orang (berpasangan) di dalam satu kubur. Dan kisahnya begini, ada satu budak nie bermain-main di kubur besar nie. Di kuburan besar nie ada 2 patung penjaga menjaga kubur besar nie. Budak nie pergi kasi palit tanah liat di patung tu kununya nak menampal muka patung tu la. Malam tu terus budak tu demam panas yang bukan main dan rasa sakit seluruh badannya. Satu keluarga budak nie sudah bingung bila ubat doktor pun tiada guna, bila mereka pergi minta bantuan dengan dukun. Dari situ mengatakan budak tu ada buat sesuatu dan kesakitan ataupun penyakit tu datang dari perbuatan budak tu sendiri. Bila keluarga budak tu menanya sama budak tu apa dia buat, baru mereka tau puncanya daripada kubur besar tu. Jadi mereka pergi berjumpa dengan penjaga kubur tu (nenek saya) untuk memberi kebenaran pergi ke kubur besar nie. Bila sahaja mereka membersihkan kubur besar tu, budak tu terus baik. Kisah nie diceritakan sendiri oleh nenek saya nie dan apa saya tahu kisah nie berlaku sudah lama dan budak tu sudah besar & berkahwin sudah. Kubur besar tu adalah kubur moyang saya dan saya adalah salah satu waris kepada kubur besar tu (kira cicit). Bila ada masa, memang saya sekeluarga akan melawat kuburan lama tu kerna ia juga menempat kubur datuk saya (mother side) bukan hanya masa sembahyang kubur manakala bila ada masa sahaja kami akan ke sana dengan membersihkannya dan berdoa kepadanya (dengan cara orang Islam, walaupun beragama berlain akan tetapi yang sama cara kami hormat mereka yang sudah meninggal dunia nie).

Bagi mereka yang sudah meninggal dunia, kubur adalah rumah mereka. Kita yang masih hidup nie kena menghormati mereka nie walaupun mereka sudah lama meninggal dunia nie dengan menghormati rumah mereka nie. Tentu kita akan marah bila rumah kita sendiri tak dihormati bukan? Maka bagi mereka juga sama. Untuk mengelak daripada tak diingini berlaku maka bila terinjak secara tak sengaja maka kita memohon maaf, memberi salam bila masuk ke tanah perkuburan, selalu cakap minta lalu mahu minta tumpang. Tak salah kita bersopan santun dan hormat-menghormati.

Khamis, 17 Januari 2013

Kisah Sandakan War Memorial Park


Sini saya sampaikan perihal yang saya pernah post dahulu. Kisahnya adalah sebuah tempat di Sandakan yang paling berhantu dan paling angker sangat. Tak kira siang mahupun malam, tempat tu tetap seram. Kerna tempat tu bekas tempat tahanan perang semasa Jepun memeritah. Kira banyak nyawa terkorban dengan seksaan askar Jepun dulu sebelum lebih parah dengan “Death Marching” (sila baca sejarah berdarah nie sendiri malas nak jelaskan di sini). 

Bagi sesiapa yang pernah melawat tempat ini,sandakan memorial park adalah salah satu tempat bersejarah dan tarikan pelancong di sandakan. Tempat ini merupakan tempat bersejarah, dimana disinila tawanan tentera britain dan australia di seksa, dibunuh dan dijadikan kuli untuk membuat jalan raya maut sandakan-ranau. Ramai pelancong datang ke tempat ini terutamanya dari waris keluarga yang datang untuk melawat tinggalan keluarga mereka yang terlibat.

Nie saya sertakkan ceritanya:

Kisah 1
Seorang teman pernah melalui kawasan taman ini utk balik dari kerja, sekitar jam 2 pagi. Semasa melalui kawasan ini, dia ternampak sebuah lembaga putih, yaitu seorang perempuan di dalam gelap sedang bermain buaian sambil menyanyi- nyanyi......dia merasa pelik, macam mana plak ada buiaian kat tengah tasik tu?? Kedudukan lembaga sedang bermain buaian tu betul-betul di tengah tasik, dan ditepi tasik itu ada sebuah pokok yang agak tinggi dan redup....
apa lagi,si teman ni terus cabut dan keesokannya, dia demam.

Kisah 2
Kasan taman memorial  perang sandakan ini juga pernah mengemparkan negara (pernah masuk berita) tentang kes seorang perempuan mati disulah dalam keadaan bogel. Seminggu selepas kejadian itu, seorang jaga sedang memeriksa kawasan taman ini. Tak semena menanya, dia mendengar suara sayup- sayup meminta tolong, dalam keadaan mengerang kesakitan..... jaga ini terus cabut lari..... penduduk kawasan taman ini juga melaporkan perkara yang sama. Pada firasat,mungkin kah roh si mati tidak tenteram kerana pembunuhnya masih belum ditemui?

Kisah 3
Pernah dilaporkan, orang hilang dalam taman memorial ni. Ini berlaku 3 tahun lepas, dimana seorang lelaki yang lari dari rumah, melarikan diri dan bersembunyi dalam taman ini. Maka, penduduk kampung mengumpul sebanyak orang untuk mencari lelaki ini, yang dikatakan lari ke taman ini. Seorang teman, yang ketika itu masuk ke taman ini bersama 3 gengnya dan mereka berpecah sebaik sahaja sampai di satu jalan yang gelap, di dalam taman ini. Si teman ini liar mencari kelibat manusia, tanpa disedarinya,dia merasakan kesejukan yang agak luar biasa dari arah belakangnya. Mungkin berlaku kejadian paranormal diluar kesedarannya. Dia cuba menoleh tapi kerana perasaan takut, dia cuma melirik ke kiri. Dia merasakan ada sebuah lembaga tinggi berwarna hitam, sedang memerhatikannya. Dengan ketakutan dia terus melarikan diri.

Keesokannya, lelaki yang hilang tersebut ditemui dalam keadaan kebingungan. Ada sesetengah penduduk yang suka bergosip, budak ni kena sorok hantu tinggi yang duduk dalam taman tu. Benar atau tiada kesahihannya.

Kisah 4
Berdasarkan pengalaman aku. Aku pernah berjoging dalam taman nih sektiar jam 5.30 petang. Kawasan taman ini banyak lorong2 kecil, yang bagi aku seram gak. Apabila aku hendak berpatah balik, keadaan jalan semakin merumitkan malah aku sendiri pun tak pernah nampak jalan tersebut. Aku kehulu dan kehilir mencari jalan balik malah makin rumit. Hari semakin gelap dan jam menunjukkan jam 6 petang. Aku semakin bengang kerana setiap kali aku berpatah balik, jalan semakin lain.....aku panik, tanpa semenamenanya, aku melaungkan qamat ditengah hutan itu sambil berjalan. Tidak lama kemudian, aku nampak sebuah pondok kecil berdekatan tasik yaitu jalan keluar dari taman itu. Seram gilo siott!!!!

Kisah 5
Berlaku sekitar jam 3 pagi. Kawan aku ni gatal sangat nak tengok bola so dia jalan kaki sendirian ke taman merpati, tidak jauh dari taman itu. Semasa dia melalui taman tersebut, dia mendengar sayup2 perempuan memanggil namanya. Pada mulanya dia buat dono jer, tapi makin lama suara tu makin rancak memanggil namanya.... dia terus berjalan, sambil menghafal segala ayat ayat suci yang dia tau...... apa bila dia sudah semakin menjauhi dari taman itu, dia mendengar sayup sayup dari arah hutan di taman itu, suara orang ketawa manja yang agak menyeramkan... apa lagi, kawan aku terus cabut lari....

Untuk pengetahuan anda, kisah 1-5 adalah kisah seram dari salah sebuah blog di internet. Ia hanya saya sertakan dalam kisah seram tempat nie. Klu nak tau nie link dia saya kongsikan pada kamu semua untuk cerita selanjutnya, http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=253922 . Kisah seterusnya adalah kisah yang saya pernah dengar berlaku di sana.

Kisah 6
Pernah satu kisah nie, ada budak2 pi main tapuk2 di taman time petang. Ada lima yang main game tu. Ada satu nie jadi org yg mencari nie abis mengira dan mau cari kawan2 dia la. Bila dia mau mencari kawan2nya tu, dari jauh dia ternampak nie sekujur badan serba putih dari jauh. Memang dia fikir mungkin kawan dia bila dekat2 sudah terus itu budah cabut lari sambil menjerit. Apa yang budak tu nampak adalah pocong/ hantu bungkus/ hantu gula2 berdiri dekat satu pokok di sana. Apa saya dengar itu budak demam seminggu dan tak pernah lagi main2 di taman tu lagi.

Kisah 7
Satu kisah lagi nie, pernah ada org ternampak ada seorang gadis berbaju kurung putih berdiri dekat dengan pintu masuk ke taman tu bila tengok kali kedua itu gadis tu sudah ghaib. Ada kemungkinan gadis tu adalah mangsa rogol dan bunuh yang pernah berlaku di Taman Rimba pada tahun 2003. Sebabnya gadis tu satu sekolah dengan saya tapi lain tingkatan macam tingkatan 6 atas something la. Malah ada orang pernah ternampak gadis nie merayau-rayau sambil menangis dan adakala menangis mahupun meminta tolong.

Kisah 8
Nie kisah pula saya dengar dari kawan mom saya sendiri. Kawan mom saya nie tinggal dekat dengan taman tu macam di apartmentnya yang betul2 disebelah taman tu. Baby kawan my mom nie selalu saja menangis bila time senja bukan menangis yang biasa tapi menangis ketakutan malah anak2 kecil yang lain pun satu kali menangis juga. Pernah sekali kawan my mom nie ternampak kepala tarabang landing dekat dengan jendela rumah dia memang ketakutan dia terus. Memang dia ada bawa pastor pegi bless itu rumah tapi masih juga anak2 dia menangis tapi kurang la tak selalu. Mereka hanya tahan  beberapa tahun dan apa saya dengar kawan my mom nie sudah tak tinggal lagi di apartment tu sudah.

Kisah 9
Nie hanya penduduk yang tinggal berdekatan dengan taman tu sahaja yang tau nie, apabila dekat senja sahaja penduduk di sana sudah tak keluar dari rumah. Kerna bila sahaja waktu senja di taman tu, kamu akan terdengaran bunyi orang berkawat. Malah bunyi tu kedengaran secara berterusan dan yang berkawat tu bukan manusia tetapi hantu jepun (kira yang tiada kepala kena pancung). “Mereka” nie akan berkawat dari senja sehingga waktu subuh. Sebab “mereka” nie berkawat, tiada orang tau.

Kisah 10
Nie saya pernah terbaca masa saya post nie dulu, kisah orang berjoging di taman tu. Ada seorang nie (maybe org baru la) pegi joging awal pagi di taman tu. Masa tu memang sunyi tiada seorang pun di taman tu. Seorang nie memang happy sangat sebab tiada orang dan tak sesak la, masa dia berjoging. Dia ada terdengar bunyi orang berlari di belakang dia dan buat kasi pelahan sedikit larian dia maybe orang di belakang nie mau potong dia. Mangkin lama orang belakang nie tak mau potong2 dia lagi apabila dia tengok belakang, ada satu lembaga tanpa kepala ikut berjoging bersama-sama dengan dia nie. Tanpa berfikir terus dia cabut balik rumah dan demam terus seminggu. Kira dia dah serik tak mau berjoging di sana lagi.
Adakah roh tu tak dapat move on? Adakah roh tu tersiksa walaupun mereka nie sudah mati? Adakah mereka nie masih menjalankan tugas mereka walaupun sudah meninggal dunia? Itu kita tak tau jawapan nie.

Walaupun saya pernah hantar tawaran kepada kumpulan paranormal “SEEKER” membuat kajian di sana sampai sekarang tiada berita. Harap ada kumpulan paranormal yang lain akan membuat kajian di taman tu memang berharap rahsia tu dapat dibongkar.

Nie sahaja kisah seram di Sandakan War Memorial Parks, jika ada sebarang tambahan sila jangan segan sila tambah di tempat yang tersediakan. Harap kamu faham, walaupun ia seram dan menakutkan tetapi ia adalah heritage kami dan sebahagian daripada sejarah orang jati Sandakan.

Khamis, 10 Januari 2013

Cara & Mengelak

Salam malam Jumaat semua,

Malam nie saya nak kongsikan kepada kamu semua iaitu cara melihat hantu dan lain2 dengan cara traditional dan juga secara sains. Ia kerna tak kira mana saya pergi kebanyakkan mereka nie ingin juga melihat mahluk2 halus nie walaupun sekali dalam hidup mereka berbeza mereka yang mempunyai kelebihan deria ke-6 tu lain cerita la. Bagi mereka yang boleh melihat nie adakala sudah terbiasa ada pula tidak menghiraukan ia sudah kerna sudah biasa melihatnya. Mereka yang tak memang akan mencari jalan membolehkan mereka terlihatnya dengan kosnya sendiri. Tapi kosnya adalah sangat berat sekali iaitu membuat seseorang itu trauma, histeria mahupun tidak siuman. Dengan nie saya kongsikan caranya tetapi saya akan beri amaran bahawa ada sesetengahnya berguna manakala separuhnya karut dan akhir sekali pengalaman saya sendiri iaitu cara saya tersendiri. Ingat saya hanya kongsikan caranya tapi saya tak galakkan kamu mencubanya jika berdegil juga ia tiada kaitan dengan saya maka tanggungjawab tu terpulang kepada kamu sendiri.

Disini saya juga akan kongsikan cara mengelak la pula. Nie daripada pandangan petua orang tua2 dahulu dan juga pandangan agama. Mesti sesiapa saja tak suka tetamu tidak diundang masuk ke kediaman kita bukan dari mahluk perosak, org yng tidak disukai sehingga mahkluk halus. Saya harapkan apa yang saya bakal kongsikan nie dapat membantu anda menhindari.

CARA

1.       Ambik taik mata kucing/anjing. Itupun klu sanggup kerna bakteria.
2.       Cukur smua bulu kening dan mata.
3.       Bagi yg tinggal d kampung, bila dekat senja p belakang tangga yg mau masuk rumah.
Time senja kau akan nampak barang tu bkeliaran.
4.       Kakangkan kaki kamu dan tgk dari cela kaki dengan keadaan mnungeng. Klu nampak kakinya tak mengijak tanah so kau tau la.
5.       Nyalakan lilin pada malam Jumaat pada tgh mlm sambil myisir rambut d depan cermin.
6.       Cuba bakar2 kmenyan mahupun stanggi d tmpt2 kira bhantu.
7.       Senang sdikit bagi kaum perempuan, bila datang period maka benda2 tu minat sama kau.
8.       Nie sy tak pasti betul la hanya dengar dari org tua2 dulu, bakar rambut kau malam2 nanti ada benda lain datang.
9.       Jgn bakar belacan malam2 nanti kepala tarabang tu dtng.
10.    Klu berani p kubur sambil bawa kmenyan dan lilin, duduk d sn dgn hajat mau tgk antu.
11.    Keja gila, bila ada eksiden blaku yg ada kmatian. Perah air limau d darah. Dan malamnya ada benda ikut balik (BAHAYA).
12.    Scara sains pula, dgn rakam video tak kira dari mana source dia hp mahupun camera. Macam ala2 seekers. Tu pun tak 100% kau dapat.
13.    Snap gambar.
14.    EVP, rakam bunyi-bunyian dengan prakam suara. Klu dapat dengar suara dah kira bagus.
15.    Cari kawan yg sensitif mahupun medium minta tolong.
16.    Cari yg pandai hal nie dan minta buka plihatan kamu. Klu tak berani baik jangan kerna boleh buat kamu sasau dan leboh teruk terus goal.
17.    Kamu tau spirit of the coin kan? Yg guna karatas tu dan nama urg putih dia Ouji board. Nie tak tau benar ke tak la depend on the situation. Ada pernah skali penggunanya pernah nampak antu dengan nie. Caranya maaf tak akan share sbb nie under "BAHAYA".
18.    Guna cara saya, menggunakan pendulum. Barang berat d bawah diikat pada tali atau tali besi. Klu ada sbarang tau2 saja dekat, pendulum tu pandai bergoyang sama ada arah jam atau sbaliknya. Paling bagus pberatnya ada crystal mahupun besi. (Nie cara saya dpt kakak angkat aku dulu yg pernah saya cerita dulu, pandai2 cari itu post la dah lupa mana saya post di sini ka atau d group lain. Saya belum lagi rewrite taruk d notes saya). Dan bukan sbarangan yg boleh buat nie hanya org yg pcaya dan sensitif saja yg boleh buat.
19.    Hanya yang gila sahaja dengan menggunakan air mani lelaki/perempuan sbagai hidangan utk mmanggil hantu.
20.    Menggunakan darah hitam iaitu darah daripada binatang yang kulitnya semua hitam.

MENGELAK
 
1.       Bawang Merah dan putih.
2.       Limau Kapas.
3.       Ingu
4.       Garam
5.       Bagi Islam gunakan ayat 4 Qul, ayatul kursi dan surah jin.
6.       Bagi Kristian hanya stand-by holy water dan bible.
7.       Paku panjang
8.       Daun Limau (smua jenis)
9.       Pokok limau (smua jenis) Tanam dekat rumah.
10.    Kulit Limau gajah (Pamelo)
11.    Pandai2 la kaum perempuan kasi besih betul dan jgn buang sbarangan.
12.    Kuatkan smangat dengan stiasa ingat Tuhan.
13.    Bila ada rasa macam ada org panggil kau mlm plus kau sorang saja jgn layan buat tak tau saja.
14.    Slagi kamu tak kau dia maka dia tak akan kacau kau.
15.    Bagi Islam sahaja, Garam dan Lada Hitam tumbuk d tapak tangan kamu. Bila kau rasa mix abis, palit d kepala org kena rasuk klu tak jadi cuba picit ibu jari kakinya dengan kuat bersama campuran garam dan lada hitam tu. Insya-Allah benda tu rasa sakit maka ia akan mlepaskannya.
16.    Cari yg pandai untuk mbantu.
17.    Bagi Kristian maka lebih baik minta pastor mahupun priest tolong bless itu rumah/org.
18.    Bagi yg Buddha, minta itu ajimat d temple ataupun minta itu priest tolong kasi cuci itu rumah.
19.    Lupa nak add in, Lidah buaya nie khas elak daripada yg kepala tarabang tu.


Ps. Antu macam Cik Kak nie cara elaknya dengan paku saja (sbb tau2 la), Kepala tarabang pula apa2 yg tajam macam duri limau, kulit limau gajah, ikan yg bduri, paku dan daun mkuang. Bagi C kecik tu, kasi lalai dia dan cancel dia mcuri dengan mainan bhamburan, gula2 bhamburan, kacang hijau bhamburan dan ketam (utk tangkap bapanya). Overall pula yg bguna nak kasi preventing adalah limau kapas, kulit limau gajah, bawang merah dan putih, ingu dan kuat smangat dan tinggi kimanan.

Selain itu jika berjumpa yang hantu berjantina perempuan dengan cara mengelaknya dengan berbogel terus akan tetapi jangan buat pada hantu raya kerna nanti kejantanan kamu hilang oleh dia nie.