Maaflah minggu lepas tiada cerita saya post kerna minggu lepas saya berada di KL atas urusan peribadi. Jadi kita kira minggu lepas saya tidak post apa2 la. Agak sukar sekali untuk menaip cerita di handphone ia mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian. Saya perlukan laptop mahupun komputer untuk menulis blog saya nie dan masa di sana tiada langsung peluang berbuat demikian.
Jadi malam nie saya akan sajikan kepada kamu semua cerita malam dan ia akan berterusan kecuali saya sibuk mahupun saya out-station.
*Kebetulan la pula minggu lepas pada malam Jumaat jatuh pada Halloween night, kira saya miss my chances but I can wait for next year, right?..
Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 7 November 2013
Khamis, 24 Oktober 2013
Mak...
Kedengaran bunyi jeritan perempuan yang teramat kuat
sekali, memecah kesunyian malam. Komiko menarik-narik rambutnya serta kelihatan
beberapa gumpalan rambut dicabutnya bertaburan di katilnya. Mak dan Ayah terus
memasuki bilik Komiko, Mak cuba menyenangkan Komiko manakala Ayah pula
menghalang daripada Komiko meneruskannya.
Mak dan Ayah terus menjadi buntu serta risau dengan
keadaan anak mereka yang bagaikan orang yang tidak siuman. Mereka tidak sanggup
kehilangan seorang lagi anak mereka selepas kematian kakaknya Himeko. Air mata
mencurah-curah tanpa henti apabila Mak tidak sanggup lagi menanggung
kesengsaraan yang dialami oleh Komiko.
Sudah berbagai-bagai cara telah diusahakan dan kesemua
memberikan keputusan yang sama tak kira klinik mahupun hospital dengan
menghantar Komiko ke hospital mental. Akhirnya Mak dan Ayah mengambil keputusan
untuk membawa anak mereka ke seorang paderi di sebuah gereja, apabila mereka
mendapat tahu bahawa paderi ini dapat mengubati apa jenis penyakit aneh.
Mak dan Ayah agak hairan dengan kelakuan Komiko apabila
mereka tiba di geraja tersebut bagaikan dia tahu yang dia bakal diubati. Kelihatan
seorang paderi lelaki dalam usia 40’an dan kelihatan seperti orang putih.
Disebabkan Paderi tersebut sudah lama bermastautin di negara Jepun maka mudah
baginya untuk berbahasa Jepun.
Mak dan Ayah membawa harapan yang tinggi untuk melihat
Komiko kembali sihat semula dan mereka meminta bantuan daripada Paderi
tersebut. Paderi tersebut tersenyum lalu memberitahu bahawa dia akan mencuba
segala upayanya untuk membantu. Paderi tersebut bersembahyang sebentar sebelum
dia menyediakan kelengkapan untuk perubatannya.
Mak dan Ayah agak terkejut dengan apa yang mereka dengar
daripada Paderi tersebut apabila Komiko yang sebenarnya bukannya sakit
sebaliknya dia kena rasuk oleh hantu. Hantu yang merasuk Komiko tidak lain
tidak bukan adalah kakaknya sendiri, Himeko. Mak menegaskan Paderi tersebut
menghalau roh tersebut akan tetapi permintaannya ditolak apabila Paderi
tersebut merasakan ada sesuatu yang curiga pada pensakitnya itu. Kebiasaannya
pesakitnya akan meronta-ronta mahupun terjerit-jerit apabila berada di
hadapannya akan tetapi roh yang merasuk Komiko berlainan sekali yang kelihatan
teramat sopan sekali di hadapannya.
“Apa lagi kamu tunggu! Halau sahaja Hantu jahat nie!” marah Mak kepada Paderi tersebut
sebelum Ayah cuba menyenangkan isterinya itu.
Paderi tersebut tidak langsung pedulikan apa yang Mak
katakan kepadanya sebaliknya dia meminta Ayah sekeping gambar Himeko. Ayah
berasa hairan kerana dia tidak memberitahu bahawa dia ada menyimpan sekeping
gambar anak sulungnya itu. Tanpa membuang masa Ayah memberikan gambar tersebut
kepada Paderi tersebut manakala Mak bagaikan menjadi berang apabila dia melihat
suaminya itu masih menyimpan gambar anaknya Himeko yang sudah lama dibuang itu.
Paderi tersebut membaca sesuatu pada gambar tersebut
dengan tiba-tiba Komiko menangis teresak-esak serta kedengaran suara yang sayu
mengucapkan keadilan berulang-ulang kali. Paderi tersebut tahu bahawa yang
menangis itu tidak lain adalah Himeko, lalu Pederi tersebut menyoal mengapa dia
merasuki adiknya serta dia juga menanyakan apa jenis keadilan yang Himeko
inginkan.
Himeko yang hanya mengunakan adiknya untuk menumpang sahaja
serta Komiko sendiri membenarkan dia berbuat demikian. Punca hanyalah menuntut keadilan
keatas kematiannya itu sahaja yang teramat tragis buat Himeko sehinggakan dia
tidak akan bersemadi dengan aman selagi keadilan itu tidak tercapai. Paderi
tersebut meminta Himeko untuk menceritakan yang sebenarnya didepannya serta
ibubapanya. Mak menjadi takut serta panik bagaikan ada sesuatu dia takut untuk
didengari daripada Himeko. Mak tanpa membuang masa ingin larikan diri akan
tetapi dia dihalang oleh Ayah yang mulai rasa curiga dengan kelakuan Mak
selepas dia mendengar permintaan Paderi tersebut.
Himeko menceritakan kisahnya,
Mak bukan ibu saya yang sebenarnya sebaliknya dia adalah
ibu tiri saya. Ibu kandung saya meninggal dunia ketika saya berumur 2 tahun dan
Ayah berkahwin dengan Mak ketika saya berumur 3 tahun. Pada asalnya Mak melayan
saya dengan baik sekali akan tetapi ia berubah selepas Komiko dilahirkan, dari
situlah bermulanya kisah gelap yang penuh dengan sengsara.
Saya sering kali didera mahupun dipukul setiap kali saya
ingin bermanja kasih sayang dengannya malah saya dipukul lagi teruk apabila
saya bersama-sama dengan adik saya ini. Mak sering kali mencari masalah dengan
saya walaupun saya langsung tidak lakukan apa-apa sekali pun, semestinya Mak
akan mendera saya tak kira masa.
Saya langsung seperti kanak-kanak yang lain kerana saya
ada masalah dalam pembelajaran dimana saya sukar sekali belajar. Mak akan
mengurung saya di dalam bilik yang gelap hanyalah ditemani sebatang lilin
semata-mata untuk saya berlajar dan adakalanya saya langsung tidak diberikan
makanan.
Apabila Ayah pulang dari bekerja di luar negara, Mak akan
melayan saya bagaikan anaknya sendiri itu hanyalah sandiwara untuk mengaburi
mata Ayah. Kesemua kasih sayang yang diberikan kepada saya hanyalah lakonan
semata-mata. Apabila Ayah pergi bekerja semula ke luar negara maka saya kembali
didera Disebabkan Ayah sekali-sekala balik ke rumah semata-mata untuk mencari
rezeki untuk kami bertiga, Mak mengambil kesempatan untuk mendera saya.
Ketika saya berumur 12 tahun dan Komiko pula pada masa
itu berumur 10 tahun, ia menandakan kisah hidup saya yang paling gelap sekali.
Apabila saya gagal dalam ujian, Mak betul-betul menjadi marah lalu dia
menghukum saya dengan mendera dengan teruk sekali sehinggakan tangan kanan saya
patah. Ketika saya dihantar ke Hospital, pihak doktor ada menyoal saya punca
tangan saya patah. Akan tetapi apabila saya ingin memberitahu yang sebenarnya,
Mak menyampuk lalu berbohong mengatakan saya terjatuh dari tangga semata-mata menutup
kesalahannya. Peluang keemasan untuk saya sudah dirompak oleh Mak yang ingin
memastikan saya terus hidup dengan sengsara.
Sejarah hitam sehinggakan ia menimbulkan trauma kepada
diri saya berlaku ketika saya berumur 15 tahun serta umur saya menemui ajal
jua. Akhirnya saya menerima berita yang teramat mengembirakan sekali apabila
saya mendapat tempat pertama buat pertama kalinya. Saya adalah pelajar yang
paling lemah akan tetapi saya mendapat keputusan yang amat kecemerlang sekali
sehinggakan saya diterima masuk ke sebuah Sekolah Tinggi yang berpretige tinggi. Segala kepayahan yang
saya terpaksa layari akhirnya membuahkan hasil. Itulah hari yang paling
mengembirakan buat hidup saya.
Akan tetapi ia berubah hanyalah sekelip mata. Ketika saya
berjalan pulang ke rumah saya ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di
sebuah taman bunga. Saya meronta-ronta apabila salah seorang lelaki tersebut
cuba memeluk saya dari belakang manakala seorang lagi meraba-raba saya.
Akhirnya 2 lelaki tersebut mengheret saya ke dalam semak, saya merayu dan
meminta untuk dilepaskan akan tetapi permintaan saya langsung tidak diindakan
dan dari jauh kelihatan Mak tersenyum sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum
meninggalkan saya. 2 lelaki tersebut telah meragut mahkota saya dengan rakus
sekali tanpa balas kasihan.
Harapkan pagar tetapi pagar makan padi, Mak seorang yang
saya tidak sangka akan berbuat sedemikan rupa. Ketika emosi dan trauma saya
tidak berakhir disitu sebaliknya di rumah, penderaan menjadi langsung tidak
keperimanusian langsung serta Mak sering memanggil saya anak kotor. Mak
memberitahu kepada saya yang dia bencikan saya apabila saya mendapat tempat
pertama di sekolah selepas Mak diberitahu oleh Komiko. Komiko dengan gembira
sekali memberitahu kejayaan Himeko dengan harapan Himeko dapat dilayan dengan
baik sekali akan tetapi bagi Mak ia adalah sebaliknya. Mak betul-betul menjadi
marah dengan kejayaan Himeko dan timbul dalam dirinya ada kemungkinan Himeko
akan memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ayah yang tinggal seminggu lagi
sebelum Ayah akan pulang.
Lalu Mak merancang untuk mengupah 2 orang lelaki untuk
merogol Himeko semata-mata membuatkan Himeko tertekan sehinggakan dia membunuh
diri akan tetapi rancangannya gagal. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Ayah
balik lalu Mak mengambil keputusan untuk membunuh saya. Mak memastikan Ayah
bakal menjadi saksinya yang bakal menyaksikan kematian Himeko didepan matanya
sendiri.
Walaupun emosi saya masih tertekan dengan kejadian saya
dirogol itu, apabila Komiko curi-curi memberitahu bahawa yang Ayah akan pulang
pada keesokkan harinya. Ternyata saya mengambil keputusan untuk memberitahu
Ayah yang sebenarnya yang apa terjadi kepada saya malah Komiko juga bersetuju
apabila dia tidak sanggup melihat Mak terus mendera saya.
Pada hari Ayah pulang, saya menunggu ketibaan Ayah di
pintu pagar rumah dengan menunggu Ayah diberanda rumah. Sebaik sahaja Ayah
berada di muka pintu pagar, wajah Ayah bukannya senyuman sebaliknya ketakutan
apabila saya terjatuh daripada beranda rumah.
Punca kematian saya bukan kerna saya terjatuh dari beranda rumah sebaliknya Mak yang menolak
saya jatuh daripada beranda. Bukan sahaja saya mati dengan kepala saya
terhantuk pada simen malah tubuh saya tertusuk dengan kaca-kaca pecah yang Mak
sengaja letakkan pada bawah beranda untuk memastikan saya betul-betul mati.
Ayah melihat jelas sekali dari luar rumah yang saya
terjatuh ketika Ayah balik dari bekerja. Mak akan menidakkan perbuatannya itu
akan tetapi Komiko nampak dengan sendiri yang Mak menolak saya jatuh, malah dia
juga terpaksa menipu yang saya terjatuh itu satu kemalangan selepas Mak
memaksanya berbuat demikian.
Sekarang Ayah sudah tahu perkara yang sebenarnya yang
terjadi kepada saya dan saya berharap yang kematian saya boleh mendapat
keadilan untuk membolehkan saya bersemadi dengan aman. Ayah maafkan Himeko kerna saya tidak mempunyai semangat
untuk memberitahu kepada Ayah yang sebenarnya ketika Himeko masih hidup lagi.
Hanya selepas saya mati baru saya berani untuk memberitahu perihal yang
sebenarnya, sila maafkan Himeko.
Selesai sahaja Himeko menceritakan kisahnya yang
sebenarnya, Ayah menjadi berang lalu menampar Mak berulang-ulang kali
sehinggakan pipinya merah padam. Mak terjerit-jerit menidakkan
perbuatannyajahatnya itu dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata.
“Perempuan tidak guna! Saya harapkan kamu menjaga anak
saya rupa-rupanya kamu adalah manusia yang kejam, bukan kamu tidak layak
dipanggil manusia sebaliknya syaitan! Saya harap kamu ibu yang baik tapi kamu
hanyalah binatang!” jerit Ayah sambil memegang erat bahu Mak.
Mak meronta-ronta untuk melepaskan dirinya akan tetapi
Ayah memegang erat Mak sehinggakan kakinya tersadung pada patung Holy Mary. Dengan tiba-tiba patung
tersebut terjatuh lalu menghentak kaki Mak sehinggakan kedengaran bunyi tulang
patah serta kepala Mak terhantuk pada kepala patung tersebut. Darah mulai
mengalir keluar daripada kepala Mak serta patung Holy Mary mulai dibasahi dengan darah.
Paderi tersebut menelefon ambulan serta pihak polis
manakala Ayah cuba menangkat patung tersebut untuk melepaskan Mak. Komiko
memandang ke arah Mak sambil tersenyum dengan mata yang serba merah sebelum dia
rebah menyembah bumi.
Suasana di Hospital agak riuh-rendah apabila Mak
terjerit-jerit meminta dilepaskan sementara kedua-dua kakinya dibalut simen,
kedua-dua tangannya digari. Kelihatan beberapa pegawai polis menjaganya sebelum
Mak ditahan atas kesalahan membunuh. Komiko baru sahaja sedar daripada
pengsannya dan dia mendapati Ayah berada disampingnya, akhirnya dengan
keberanian yang dia ada. Komiko akan memberitahu perkara yang sebenarnya
walaupun dia bakal meletakkan Mak ke penjara.
Malah 2 lelaki yang merogol Himeko berjaya ditangkap
apabila mereka berdua datang menyerah diri. Apabila ditanya sebabnya mereka
dihantui oleh Himeko sehinggakan mereka berdua terpaksa memberitahu kesalahan
mereka itu. Maka ia turut menjadi bukti bahawa Mak adalah dalangnya selepas 2
lelaki tersebut mengaku bahawa Mak mengupah mereka berdua untuk merogol anaknya
itu sendiri.
Mak didapati bersalah dengan kesalahan membunuh apabila
kesemua bukti menunjuk ke arahnya dan Mak bakal dipenjarakan dengan masa yang
lama sekali. Semasa Mak dipenjara, dia mulai menjadi mereka yang tidak siuman
dan sering terjerit-jerit nama Himeko dengan harpaan dia mendapat kemaafan.
Apabila Komiko kembali sihat, dia bersama Ayah pergi ke
tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan gereja. Kelihatan Paderi
berdiri dihadapan kubur Himeko dengan membacakan doa buatnya. Ayah mengambil
keputusan untuk memindahkan kubur Himeko bersebelahan gereja untuk memudahkan
mereka untuk mengunjugi kuburnya itu. Komiko meletakkan sejambak bunga pada
kubur Himeko sebelum bersama-sama dengan Ayah berdoa untuk Himeko.
Air mata mengalir daripada Ayah serta Komiko ketika
mereka berdoa untuk Himeko. Di luar pandangan mata kasar mereka, kelihatan
Himeko terawang-awang di sebelah kuburnya itu sambil tersenyum sambil
mengalirkan air matanya itu. Walaupun Ayah dan Komiko tidak dapat melihatnya,
Himeko tetap gembira apabila dia sudah mendapat niatnya.
Selesai sahaja Ayah dan Komiko berdoa, mereka berdua
bersalam dengan Paderi sebelum meminta diri berlalu pergi. Himeko tersenyum
pada Paderi tersebut bagaikan dia mengucapkan terima kasih dimana Paderi
tersebut melihatnya dengan jelas sekali.
“Wahai Himeko pergilah kamu ke cahaya itu, Ibu kandung mu sedang menunggu kamu. Pergilah
dengan aman dan saya sentiasa mendoakan kamu sejahtera.” Kata Paderi tersebut
sambil membalas senyuman Himeko.
Himeko dengan perlahan-lahan menuju ke arah cahaya
sebelum ghaib daripada pandangan mata. Paderi tersebut tersenyum sebelum
berjalan memasuki gereja.
Sekian.
Khamis, 17 Oktober 2013
Bab 19 : Keadilan
Salam malam Jumaat semua, maka tamatlah kisah mengenai
kucing hitam. Bagaimana kisah itu adakah ia seram ataupun sebaliknya. Kisah itu
saya sisipkan previu untuk kisah
yang akan datang yang saya akan sajikan
kepada kamu semua.
Kali ini saya akan lompat beberapa bab kisah saya untuk
menyampaikan anda 2 kisah seram yang ada kaitan dengan keadilan. Pada asalnya
selepas kisah ini adalah kisah sekuel untuk Muzik, Irama dan Lagu III akan tetapi saya belum ada semangat untuk
menulisnya apabila beberapa kisah yang saya kongsikan kepada kamu semua adalah
kisah panjang. Saya sudah tidak sabar untuk menulis kisah pendek semula maka
saya sengaja melompatkannya daripada saya 100%
mengikut apa yang saya tulis di dalam buka nota saya ini.
Dipendekkan apa itu keadilan? Jika berlaku sesuatu yang
tidak adil semestinya kita akan merunggut tidak henti bukan? Kita akan mencari
punca masalah itu dengan harapan ia dapat diselesaikan. Akan tetapi jika kita
tidak tahu puncanya maka tidak hairanlah ada mereka akan menunding jari
semata-mata untuk menutupnya.
Keadillan dalam kisah yang saya bakal kongsikan kepada
kamu semua adalah roh-roh mereka yang tidak akan aman selagi kematian mereka
tidak dapat menemui keadilan apabila kematian mereka itu sesuatu yang tragis
sekali ataupun mereka ini hanya ingin kematian mereka ini bermakna.
“Mak..” adalah
kisah yang saya dapat dari mimpi yang ternyata sedih bagi saya yang berlaku di
negara matahari terbit. Apabila seorang gadis dirasuk oleh arwah kakaknya yang
inginkan keadilan terhadap kematiannya. Adakah roh kakaknya itu bakal menerima
keadilan yang dia mahukan dan adakah dia mampu rehat dengan aman?
“Lepaskan Aku..”
adalah kisah mengenai kes histeria yang berlaku disebuah rumah anak yatim yang
membuatkan penhuninya merana. Seorang ustaz telah dipanggil untuk menyelesaikan
masalah tersebut akan tetapi ustaz tersebut merasakan perkara curiga sekali
apabila yang kes rasukkan ada kaitan dengan penhuninya yang hilang disana. Yang
merasuk penhuninya disana adalah roh seorang bbudak lelaki yang inginkan mayatnya disemadikan sahaja. Apakah akan
terjadi adakah kesemua ketidak-adilan akan terbongkar? Semua rahsia akan
terbongkar di rumah anak-anak yatim tersebut.
Nantikan kisah ini pada malam Jumaat yang akan datang.
Ingat
matikan lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan
suasana sepi,
Bacalah
kisah saya.
Pembalasan
Kedengaran bunyi jeritan datang daripada salah satu bilik
di rumah bahagia tersebut dan kelihatan seorang remaja berlingkungan 15 tahun
terjerit-jerit meminta pertolongan.
“Kucing hitam tu
berada di depan saya! Tolong ia mahu bunuh saya!” pinta Khairi yang sudah
diikat erat pada katilnya itu.
Jasmine menangis kesedihan apa yang terjadi kepada
adiknya itu manakala Ismail tanpa henti berbincang dengan doktor agar mereka
dapat mengubati adik bongsunya itu. Doktor hanya mengatakan bahawa keadaan
Khairi berada dikeadaan yang kritical sekali dan amat sukar sekali untuk
diubati. Ketakutan yang dialami oleh Khairi telah membuatkannya menjadi kurang
waras.
Hati Ismail ternyata berkecai menjadi beribuan keping
apabila doktor mengatakan tiada peluang adiknya kembali seperti biasa. Dengan
perasaan pilu dia membawa Jasmine meninggalkan Khairi di rumah bahagia
tersebut.
“Abang! Kakak! Jangan tinggalkan adik! Kucing tu ada bersama-sama dengan saya!
Tolong!” pinta Khairi sambil berlinangan air mata.
Khairi ditinggalkan di rumah tersebut, Khairi menangis
kesedihan apabila hajatnya sudah menjadi nyata dengan harga yang berat sekali.
Khairi mulai ketakutan apabila dia terlihat pada hadapannya seekor kucing hitam
sedang memandang tajam kearahnya dengan mata yang merah menyala. Khairi mulai
menangis ketakutan apabila ia mulai perlahan-lahan menuju kearahnya. Khairi
sudah tiada tempat untuk lepaskan dirinya apabila dia sudah terpasung pada
katilnya itu. Khairi ternyata pucat dengan ketakutan apabila dia bakal menemui
pembalasannya kelak.
***
Sebulan yang lalu,
Ismail hanyalah menahan hatinya dan adakalanya dia tidak
berani untuk bertentang mata dengan Encik Anuar iaitu pengetua kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Lelaki Bistari. Manakala disebelah tempat duduknya ada
Khairi yang tidak pedulikan keadaan yang sedang alami oleh abangnya itu.
Sememangnya ia berpunca oleh dirinya sendiri apabila dia sudah berulang-ulang
kali dipanggil apabila dia sering mencari masalah.
Encik Anuar sudah bermasam muka, dia sudah muak melihat
Khairi keluar masuk ke pejabatnya malah dia bukan ingin melihat bekas
pelajarnya iaitu Ismail untuk bertemu dengannya berulang-ulang kali. Ismail
adalah pelajar cemerlang bekas dari sekolah tersebut manakala berbeza dengan
Khairi yang berubah sejak kematian ibubapanya dalam kemalangan kapal terbang.
Dahulunya Khairi tidak selalu mencari masalah sebaliknya dia lebih berkelakuan
baik serta agak cemerlang dalam pembelajarannya. Ia semua berubah menjadi
sekelip mata selepas kemalangan tersebut.
“Encik Ismail, kamu tahu mengapa saya memanggil kamu ke
sini bukan? Kali nie sudah kali ke
3. Semestinya kamu tahu bahawa saya sudah tiada pilihan bukan?” soal Encik
Anuar sambil memerhatikan Ismail yang ternyata menjadi pucat selepas dia
mendengar apa yang dikatakan itu.
“Maaf Encik Anuar, bolehkah bagi dia satu lagi peluang.
Dulu dia bukan begini yang selepas pemergian ibubapa kami. Harap budi baik
Encik Anuar, tolong berikan dia satu lagi peluang.” Pinta Ismail
bersungguh-sungguh.
Manakala Khairi tidak langsung memberikan sebarang tindak
balas dengan apa yang dilihat di depan matanya itu. Dia langsung tidak peduli
dengan keadaan Ismail yang bersungguh-sungguh meminta peluang yang untuk
dirinya sendiri.
“Baiklah ini yang kali terakhir walaupun saya sudah
melanggarnya. Kerna kamu nie bekas pelajar disini serta banyak
bakti kamu disini. Saya akan berikan dia peluang terakhir.” Kata Encik Anuar
dengan perasaan kasihan kepada Ismail.
“Terima kasih banyak-banyak Encik Anuar, saya akan pastikan
dia tidak akan membawa masalah lagi.” Kata Ismail sambil berjabat tangan dengan
Encik Anuar bersungguh-sungguh dikala dalam hatinya dia bersyukur tanpa henti.
“Baiklah Khairi
nie adalah peluang terakhir kepada kamu untuk berubah dan jangan sia-siakan
peluang yang kamu dapat nie. Jika
kamu masih berdegil dan membuat masalah lagi, saya terpaksa membuang kamu.
Faham.” Kata tegas dari Encik Anuar kepada Khairi.
Khairi tidak ingin menanggukkan kepalanya akan tetapi
Ismail memaksanya untuk menanggukkan kepalanya dengan keras sekali. Selepas itu
Ismail memohon diri sambil menarik lengan Khairi keluar dari pejabat Encik
Anuar secara paksaan.
Sepanjang perjalanan pulang, Ismail dan Khairi hanyalah
berdiam diri didalam kereta. Ismail sudah tidak dapat menahan hatinya untuk
memarahi Khairi kerana perbuatannya itu dengan memberikan peluang kepada Khairi
untuk membuka mulutnya dahulu sebaliknya Khairi bagaikan sengaja mendiamkan
dirinya untuk abangnya lebih panas hati.
Apabila mereka berdua tiba ke rumah mereka, kelihatan
seorang wanita sedang menyapu sampah didepan halaman rumah tersebut. Wajah
wanita tersebut pada asalnya tersenyum berubah menjadi risau apabila dia
melihat adiknya Khairi tergesa-gesa keluar daripada kereta tersebut manakala muka abangnya Ismail sudah berubah
menjadi bengis.
“Khairi! Berhenti disana!” pekik Ismail dengan marahnya
selepas dia mematikan kenderaannya.
Khairi buat seperti dia tidak mendengari pekikkan
daripada abangnya itu dengan terus berjalan ke pintu rumah. Jasmine sudah tahu
bahawa ada kemungkinan Khairi sudah membuat kesalahan dan Ismail semestinya
dipanggil ke sekolah lagi. Jasmine cuba memanggil adiknya itu akan tetapi
usahanya terhenti apabila Ismail sudah menyambar dari belakang kolar baju
sekolah Khairi.
“Kamu tidak dengar
ka tadi saya memanggil kamu?! Jangan pula kamu nak lari, dah kamu sudah
menyusahkan saya malah habis jatuh air muka saya tadi. Kamu tu buat tiada apa-apa sahaja.” Marah Ismail sambil mengengam erat
kolar Khairi.
Jasmine cuba menyabarkan abangnya Ismail untuk mengelak
daripada dia membuat perkara yang tidak sepatutnya serta dia tidak ingin
melihat adiknya Khairi dikerjakan teruk oleh Ismail. Jasmine cuba mendapatkan penjelasan dahulu
puncanya daripada Ismail sebelum Ismail naik minyak.
Jasmine tidak menyangka apa yang dijelaskan oleh Ismail
iaitu mengenai Khairi hampir dibuang daripada sekolah apabila dia membuat satu
lagi masalah besar iaitu beberapa cermin tingkap kenderaan milik guru-guru
disana dipecahkan olehnya. Air mata mulai mengalir keluar dari mata Jasmine
bagaikan dia tidak menyangka bahawa Khairi sanggup berbuat demikian rupa.
“Bukankah Khairi sudah berjanji dengan akak yang kamu tidak lagi akan membawa
masalah lagi bukan? Akak betul-betul
tidak menyangka adik akan ulanginya lagi. Hancur hati akak bila kamu memungkiri janji adik dengan akak.” Kata Jasmine sambil menangis teresak-esak.
Api kemarahannya Ismail mulai redah apabila dia mendapati
adik perempuannya sudah menangis, dia cuba menyenangkan perasaan Jasmine.
Khairi menjadi marah dengan apa yang dilihatkan dengan melontar beg sekolahnya
ke arah Ismail dan Jasmine dengan sekuat hatinya.
“Abang dan Akak
sama sahaja! Bukannya kamu nak pedulikan saya!” marah Khairi sebelum lari
keluar dari situ.
Ismail cuba mendapatkan Khairi akan tetapi dia dihalang
oleh Jasmine. Ismail terpaksa akur dengan permintaan Jasmine dengan melepaskan
Khairi pergi. Dalam hati kecilnya, dia tidak faham mengapa Khairi berubah
sedemikian rupa sejak kemalangan tersebut. Ismail serta Jasmine terpaksa
mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka selepas perginya ibubapa
mereka. Ismail terpaksa bekerja siang dan malam manakala Jasmine akan mencari
rezeki pada waktu malam di sebuah kedai serbaneka. Adakah sukar sekali bagi
Khairi untuk memahami pergorbanan yang harus mereka berdua tempuhi demi Khairi.
Khairi terus berlari meninggalkan perkara yang berlaku
kepadanya tadi, di dalam hatinya masih tidak dapat menerima yang dilakukan oleh
abang dan kakaknya. Dia inginkan perhatian apabila sukar baginya sejak kematian
ibubapanya dimana dia sering mendapat perhatian yang secukupnya akan tetapi
sekarang dia terasa sunyi sekali apabila Ismail dan Jasmine sibuk mencari
rezeki.
Khairi tidak sedar bahawa dia sudah berlari memasuki
sebuah taman yang agak jauh daripada perumahan serta bandar. Taman itu ternyata
agak sunyi sekali dan tiada langsung sesiapa pun yang mengunjungi taman
tersebut. Khairi mengambil peluang untuk melepaskan kemarahannya dengan
mematahkan beberapa dahan pokok dan merosakkan kerusi batu di taman tersebut.
Kemarahannya masih belum terpadam baginya masih lagi belum puas hati dia
melepaskan kemarahannya itu. Dengan tiba-tiba Khairi terlihat seekor kucing
hitam sedang tidur di bawah pokok yang besar sekali di tengah-tengah taman yang
ternyata ia tidur dengan nyenyak sekali.
Tanpa membuang masa Khairi terus menuju ke arah kucing
tersebut dengan pemikiran untuk menyeksa kucing tersebut. Dengan sekali sepak
yang kuat sekali mengena tubuh kecil kucing hitam tersebut dengan serta-merta
kedengaran kucing mengiau terkejut dan kesakitan. Khairi terus menendang kucing
tersebut akan tetapi tendangannya itu sering kali tersasar apabila kucing hitam
tersebut mengelak beberapa kali. Hati Khairi membuak-buak dengan kemarahan
dengan kucing tersebut apabila setiap serangannya gagal.
Khairi sudah dapat menahan kemarahannya lalu dia cuba
memukul kucing tersebut memgunakan dahan yang dia sudah patahkan tadi. Dengan
sekuat hati Khairi menghayunkan senjatanya itu ke arah kucing tersebut, dengan
sekelip mata kucing itu ghaib daripada pandangan. Khairi agak terkejut apabila
kucing hitam tersebut ghaib daripada pandangan matanya itu.Dia tercari-cari
kemana hilangnya kucing hitam tersebut.
Dengan tiba-tiba Khairi terdengar bunyi kucing mengiau
yang bagaikan sedang marah. Khairi menjerit kesakitan apabila lengannya serta
mukanya telah dicakar oleh kucing hitam tersebut. Kucing hitam tersebut
menyerang Khairi dari atas pokok tersebut selepas Khairi membuat serangan
mengunakkan senjata dahan. Darah terus mengalir keluar dari luka pada Khairi
sehinggakan dia tersungkur jatuh ke tanah sambil menahan kesakitan.
Khairi menjadi pucat dengan ketakutan apabila kucing
hitam tersebut menunjukkan matanya yang serba merah menyala sambil merenung
tajam ke arahnya. Khairi menjerit ketakutan apabila kucing hitam tersebut
menunjukkan barisan giginya yang serba tajam dengan lidah merah yang teramat
panjang sekali. Tanpa membuang masa
Khairi membuka langkah seribu dan meninggalkan kucing hitam tersebut.
Kelibat Khairi sudah tidak lagi kelihatan hanyalah
tinggal kucing hitam tersebut menjilat-jilat tempat ia menerima tendangan
tersebut. Dengan tiba-tiba dan entah dari mana keluar seorang lelaki yang serba
putih, berambut hitam bertocang dan memakai cermin mata bertangkaikan putih
dari belakang pokok.
“Apa sudah terjadi dengan tempat saya nie? Habis musnah tempat. Siapa yang
punya kerja nie.” Soal lelaki
tersebut.
Lelaki tersebut mendengar bunyi kucing mengiau lalu
melihat ke arah bunyi tersebut. Dia agak terkejut apa yang terjadi kepada
kucing hitam tersebut. Dia terus berlari mendapatkan kucing tersebut dan dia
turut mendapati ia sudah cedera. Lelaki tersebut meletakkan tangannya pada
kucingnya itu lalu keluar cahaya hitam putih bagaikan ia mengubati kecederaan
yang dialami oleh kucing hitam tersebut. Apabila ia selesai cahaya itu ghaib
manakala kucing hitam tersebut ternyata sihat seperti ia tidak menerima
sebarang kecederaan langsung.
“Nampaknya kamu sudah baik boleh kamu beritahu siapa
punya angkara nie?” soal lelaki
tersebut sambil menangkat kucing tersebut.
Kucing hitam tersebut mendekatkan kepalanya pada dahi
lelaki tersebut dengan sekelip mata lelaki tersebut sudah mengetahuinya.
“Seorang remaja lelaki bukan? Sayang sekali saya terlepas
dengan pelanggan saya nie. Kamu
ingin membalas bukan? Lagipun tiada gunanya saya menghalangnya bukan, selagi
kamu tidak membalasnya selagi itulah kamu tidak akan puas bukan.” Kata lelaki
tersebut sambil membelai-belai kucing tersebut.
“Suka hati kamu jika kamu ingin membalasnya tapi ingat
dapatkan apa yang saya nakkan. Lagipun tempat nie sudah dimusnahkan oleh remaja tersebut akan tetapi saya tidak
akan gunakkannya lagi sebagai tempat pertemuan kerna tempat ini bakal dibangunkan jua. Lagipun saya sudah terlepas pun juga akan tetapi remaja
tersebut akan dapat apa yang dia inginkan tu sendiri dengan bantuan kamu juga.
Baik kita tinggalkan tempat nie.”
Kata lelaki tersebut sambil mendukung kucing hitam tersebut sebelum ghaib
daripada pandangan mata.
***
Khairi menahan kesakitannya ketika dia berlari pulang ke
rumahnya. Dia sudah tidak sedar bahawa hari sudah malam. Kesakitan daripada
luka cakaran kucing itu ternyata pedih sekali dan ia terasa seperti ia
berdenyut-denyut dengan kesakitan yang teramat sekali. Khairi mendapati kereta
milik Ismail tiada di rumah manakala rumahnya itu terang-menderang. Khairi cuba
membuka pintu rumahnya itu dan dia mendapati dia telah dipeluk oleh Jasmine
sambil berlinangan dengan air mata. Pipi Khairi beberapa kali dicium oleh
Jasmine yang bersyukur yang dia sudah bertemu semula dengan Khairi.
Kedengaran dari luar rumah bunyi enjin kereta dimatikan
serta Ismail muncul di muka pintu. Khairi merasakan dirinya bakal dikerjakan
oleh abangnya itu akan tetapi ia berlainan apa yang difikirkan oleh khairi
apabia Ismail terus mendapatkan Khairi lalu memeluknya.
“Kemana Khairi sudah menghilang, puas abang mencari adik
merata-rata.” Kata Ismail.
“Akak terpaksa
meminta cuti apabila abang tak dapat jumpa adik.” Kata Jasmine mengiakan apa
yang dikatakan oleh Ismail tadi.
Khairi bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya
sebaliknya dia akan dimarahi dengan teruk oleh kedua-dua adik-beradiknya. Buat
pertama kali dia dapat apa yang dihajatinya selama ini yang dia mendapat
perhatian. Ia adalah sesuatu yang bahagia buat dirinya itu.
“Adik cedera la
abang! Banyak darah nie keluar. Kita
hantar dia pergi klinik.” Kata Jasmine dengan risau sekali apabila dia melihat darah menitis ke lantai
rumah.
“Mari kita bawa Khairi ke klinik, bila masa kamu cedera nie Khairi. Jasmine mari pimpin Khairi
masuk ke dalam kereta.” Arah Ismail sebelum dia menghidupkan keretanya semula.
Khairi sudah terlupa dengan kecederaannya tadi apabila
dia alami perhatian yang dia inginkan. Jasmine bergegas menguncikan rumah
sebelum memasuki kereta Ismail. Tanpa membuang masa Ismail terus memandu pergi
ke klinik yang berdekatan. Khairi terus menjadi pucat apabila dia melihat satu
lembaga kecil bagaikan seekor kucing berada di luar pagar rumahnya itu sambil
memerhatikannya dengan mata yang serba merah menyala. Khairi tahu bahawa kucing
hitam itu sedang menjejakinya.
***
Selepas 2 hari Khairi berehat, walaupun dengan perasaan
berat hati dia memasuki perkarangan sekolah dengan tangannya berbalut serta
mukanya ditampalkan plaster menutup kecederaan yang dialaminya itu. Tak sampai
beberapa minit kedengaran khabar angin yang dia bergaduh dengan satu kumpulan
samseng yang menjadi punca dia mengalami kecederaan tersebut yang Khairi tahu
sengaja dibesar-besarkan padahal ia tidak benar sama sekali.
Beberapa pelajar bermasalah serta nakal mulai hormat
dengan Khairi yang percaya bulat-bulat dari khabar angin tersebut. Bagi Khairi
ia bagaikan perhatian yang dia sendiri inginkan apabila dia diangkat sebagai
ketua di sekolah tersebut.
Entah mengapa Khairi merasakan ada perubahan yang ketara
bukan daripada pelajar-pelajar di sana malah guru-guru yang selama ini
memulaukannya mulai memberikan perhatian kepadanya. Adakala Khairi membuat
masalah di sekolah tersebut Encik Anuar buat seperti biasa sahaja bukan
memanggilnya ke pejabat untuk dinasihat mahupun diberikan amaran.
Akan tetapi ada sesuatu membuatkan Khairi agak paranoid dengan keadaan sekeliling
apabila dia sering kali terlihat kelibat bayangan seekor kucing hitam tak kira
dia berada malah ia bagaikan mengikutinya kemana-mana. Adakalanya ia membawanya
ke alam mimpinya dengan menghantuinya dengan mata yang merah menyala serta
barisan gigi yang serba tajam serta mengerikan sekali.
Walaupun apa yang dia inginkan adalah perhatian, Khairi
dapat apa yang dia inginkan akan tetapi kelibat kucing hitam terus
menghantuinya sehinggakan pemikirannya mulai terganggu seperti mereka yang
tidak siuman. Semestinya Ismail dan Jasmine memberikan perhatian sepenuhnya
apabila Khairi sering kali terjerit-jerit meminta pertolongan apabila dia
mengatakan dia terlihat kelibat kucing hitam.
Tak kira siang dan malam, Khairi akan terjerit-jerit
seperti mereka yang tidak siuman hanya satu persamaan adalah dia memberitahu
bahawa ada seekor kuing hitam menghantuinya. Ismail dan Jasmine mulai risau
dengan keadaan adiknya apabila kelakuaannya sudah mulai tidak terurus malah
perbuatannya bagaikan mereka yang sudah hilang akal.
Walaupun agak berat sekali pada hati Ismail untuk membuat
keputusan untuk mengantar adiknya ke hospital bahagia walaupun Jasmine tidak
setuju dengan rancangan Ismial apabila dia lebih sanggup menjaga dan melayan
kerenah adiknya itu. Hancur hati Jasmine apabila dia terpaksa akur dengan
keputusan Ismail untuk mengantar Khairi ke pusat tersebut apabila tiada lagi
harapan untuk Khairi yang mangkin hari mangkin teruk.
***
Sepanjang jalan balik ke kereta Ismail, Jasmine tanpa
henti masih mengalirkan air matanya apabila keputusan untuk meninggalkan Khairi
di hospital tersebut. Ismail benar-benar tidak inginkan adiknya dihantar ke
sana apabila keadaan Khairi bertambah teruk.
“Abang, baik kita patah balik. Kita ambil adik balik.”
Kata Jasmine dengan serbak sekali.
“Jasmine, ini sahaja caranya. Walaupun ia berat tapi ini
untuk kebaikkannya jua. Kita doa
kepada Ilahi agar Khairi boleh sembuh seperti dia dahulu.” Pujuk Ismail sebelum
dia menghidupkan enjin keretanya lalu memandu pergi meninggalkan hospital
tersebut.
Khairi sudah terpasung pada katil manakala matanya meliar
bagaikan tercari-cari kemana hilangnya kucing hitam tersebut. Dia meronta-ronta
untuk dilepaskan malah dia terjerit-jerit mengenai dia tahu kucing hitam itu
ada bersamanya di bilik tersebut.
Beberapa jururawat lelaki masuk bersama-sama dengan
seorang doktor lelaki. Jururawat tersebut menahan Khairi di katil yang masih
meronta-ronta untuk dilepaskan manakala
doktor tersebut menyuntikkan ubat penenang pada Khairi. Dengan perlahan-lahan
Khairi mulai tenangkan dirinya sebelum dia terlelap.
Masa sekitar tengah malam, Khairi terjaga daripada
tidurnya apabila dia terdengar bunyi kucing mengiau. Khairi mulai dilanda denga
ketakutan yang teramat sekali manakala matanya meliar mencari-cari dimana
kucing tersebut. Biliknya agak gelap sekali membuatkan dia lebih sukar sekali
untuk mencari kucing tersebut.
Dengan tiba-tiba, Khairi terlihat satu mata merah menyala
di hadapannya. Khairi cuba melepaskan dirinya akan tetapi tangan dan kakinya
masih terikat pada katil tersebut. Khairi cuba menjerit meminta pertolongan
akan tetapi suaranya bagaikan tersekat pada kerongkongnya walaupun dia cuba
menjerit sekuat hatinya akan tetapi tiada langsung suara yang keluar.
Dengan perlahan-lahan kucing hitam tersebut mulai
mendekati Khairi manakala Khairi masih meronta-ronta untuk melepaskan diri akan
tetapi usahanya hanyalah sia-sia. Khairi sudah menangis ketakutan apabial
beribu-ribu tangan bayangan keluar daripada belakang kucing tersebut yang mulai
mencapai ke arah Khairi.
Darah mulai terpercik di lantai serta dinding bilik
tersebut. Kuku yang serba tajam mulai mencakar Khairi tanpa balas kasihan serta
darah mulai mengalir tanpa henti. Khairi memohon ampun akan tetapi ia tidak
kedengaran langsung apabila dia turut menjerit kesakitan.
Dengan tiba-tiba ia menjadi senyap apabila Khairi tidak
lagi menjerit kesakitan kerana dia sudah meninggal dunia. Kucing hitam tersebut
mara ke depan Khairi yang sudah tidak bernyawa lalu dia jilat pada darah merah
pekat mengalir keluar daripada mulut Khairi. Selepas ia puas lalu ia turun
daripada mayat Khairi dan membersihkan dirinya.
Entah dari mana keluar beberapa lilin merah menyala dan
ia terapung-apung di udara. Bilik tersebut mulai diterangi dengan cahaya
daripada lilin tersebut. Dengan tiba-tiba keluar dari dinding bilik tersebut
seorang lelaki serba putih dengan rambut hitam bertocang dibelakangnya serta
mengenakan cermin mata bertangkai putih.
“Nampaknya kamu sudah dapat yang kamu mahu. Rasanya kuasa
yang saya berikan kepada kamu sudah muncul semula bukan. Pembalasan sudah kamu
cekapi dan saya nak apa yang saya inginkan.” Kata lelaki tersebut sebelum
berjalan kearah mayat Khairi.
Kucing hitam itu masih membersihkan dirinya dan tidak
langsung pedulikan apa Tuannya bakal lakukan. Lelaki tersebut meletakkan
tangannya pada dada Khairi dan keluar seperti satu gumpalan daging yang serba
hitam. Darah pekat mengalir keluar daripada daging tersebut yang ternyata ia
masih segar sekali dan ia tak lain tak bukan hati manusia.
“Hati yang gelap penuh dengan ego dan harapan untuk perhatian sesuatu yang tertanam pada manusia
sekian lama. Manusia sanggup buat apa-apa demi mendapatkan perhatian akan
tetapi mereka tidak layak menerimanya.” Kata lelaki tersebut sebelum memakan
hati tersebut.
Sebaik selesai sahaja lelaki tersebut memakan habuannya,
dia mengambil sapu tangan lalu mengesat darah merah pada bibirnya seperti
seorang yang budiman selesai dengan santapannya.
“Adakah kamu sudah selesai wahai tuan, saya hanya
mengingatkan kamu bahawa kamu ada hajat perlu dilaksanakan.” Kata kucing hitam
tersebut selepas ia selesai membersihkan dirinya itu.
“Terima kasih
kerna mengingatkan saya. Mari kita beredar sekarang, pelangan saya sedang
menunggu sekarang.” Kata lelaki
tersebut.
“Baiklah wahai Pendeta Malam.” Kata kucing hitam tersebut
sebelum ghaib bersama-sama dengan lelaki misteri itu dan bilik tersebut mulai
ditenggelami dengan kegelapan.
***
Pada keesokkan harinya,
Khairi ditemui mati dengan beribu-ribu cakaran pada
tubuhnya, darah membasahi katil serta lantai bilik tersebut. Darah pekat
melekat pada setiap dinding bilik tersebut. Kematian Khairi membawa kepada
seribu pertanyaan apabila ia mustahil untuk Khairi untuk menyakitkan dirinya
apabila kaki serta tangannya masih terikat pada katil tersebut. Yang paling
misteri adalah tapak kaki kucing ada pada katil serta lantai dimana Khairi
ditemui.
Jasmine meraung sekuat hati dengan kematian adiknya malah
Ismail sudah terduduk dengan kematian Khairi yang teramat tragis sekali.
Jasmine terpaksa dipegang oleh beberapa jururawat wanita untuk mengelak
daripada Jasmine mendapatkan mayat Khairi dimana pihak hospital akan membawanya
ke bilik mayat untuk dibedah siasat.
Kematian Khairi adalah sesuatu yang tragis sekali yang
tak pernah berlaku di hospital tersebut yang ternyata agak tragis serta misteri
sekali. Apabila mereka membedah siasat pada mayat Khairi, mereka mendapati
sebahagian daripada hatinya bagaikan hilang secara misteri.
Khairi inginkan perhatian dalam hidupnya akan tetapi
perjalanannya tamat begitu sahaja akan tetapi sehingga dia sudah menghembuskan
nafasnya dia masih mendapat perhatian apabila perihal kematiannya masih
diceritakan sehingga ke hari ini.
Kucing hitam tersebut terus merayau-rayau mencari mereka
yang baik mahupun yang sebaliknya sama ada untuk menolongnya mahupun menhukum
mereka ini. Sementara menunggu Tuannya selesai dengan tugasnya itu dan
berpindah ke tempat lain. Ia akan pastikan mereka ini mendapat yang setimpal
dengan perbuatan mereka inie kerana ia tidak akan lepaskan mangsanya begitu
sahaja.
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)
