Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Inugami.
Inugami atau "Dewa Anjing" di dalam urban legend Jepun merupakan sumpahan paling kuat sekali dimana ia dihasilkan dari menukarkan seekor anjing menjadi semangat jahat.
Jangan sesekali ingin mencuba membuat upacara ini. Ia agak terlampau kejam dan ia kekejaman terhadap haiwan. Menyakiti haiwan adalah salah dalam undang-undang dan ia melanggar moral. Jika ada mereka yang berbuat demikian, ia harus dilaporkan kepada pihak polis.
Inugami merupakan sumpahan kuno Jepun. Tiada yang dapat memastikan asalnya apabila ada pendapat mengatakan ia dibawakan dari tanah besar China akan tetapi asal permulaan sumpahan ini direkod pada Era Heian (794-1185 Masihi) dimana ia diharamkan daripada diamalkan. Akan tetapi wujud beberapa kawasan di Jepun masih mengamalkan upacara ini sampai ke hari ini.
Upacara untuk menghasilkan Inugami :
- Seekor anjing hidup akan ditanam di tanah sampai ke pangkal lehernya.
- Sepotong daging mentah diletakkan di hadapan anjing berkenaan dimana ia jauh daripada ia mampu capai. Anjing berkenaan hanya mampu melihat makanan tersebut tapi tak mampu memakannya.
- Anjing berkenaan akan kelaparan beberapa hari.
- Apabila anjing itu dalam keperitan serta penderitaan dan dalam keadaan kemarahan yang meluap-luap, kepalanya akan di pancung dengan pedang katana Jepun.
- Kepala anjing itu akan terpelanting dan ia akan mengigit pada makanan di giginya.
- Kemudian kepala anjing itu akan ditanam pada persimpangan jalan, jalan yang selalu digunakan dimana kepala yang ditanam akan dipijak sentiasa. Untuk menambahkan kemarahan dan dendam anjing tersebut.
- Kemudian kepala itu digali semula lalu ia akan dibakar di dalam ketuhar sehinggakan menjadi tengkorak. Tengkorak itu akan diletakkan pada sebuah mangkuk dan dipuja sebagai dewa. Manakala wujud upacara, dimana selepas kepala itu digali semula akan diletakkan di dalam kotak atau peti sebelum disembah sebagai dewa.
Kemarahan dan dendam daripada kelaparan dan kebuluran mengubah ia menjadi sumpahan yang kuat. Orang yang menghasilkan Inugami akan dirasuk dan ia akan memenuhi hasratnya. Akan tetapi Inugami akan memakan tuannya dengan menggigitnya sampai mati. Seseorang yang mati dibunuh oleh Inugami akan mempunyai kesan gigitan pada mayat mereka.
Mereka yang mempunyai emosi yang tak stabil paling mudah dirasuki oleh Inugami. Mereka yang dirasuki akan berkelakuan aneh. Mereka akan mengalami kesakitan pada dada, tangan dan kaki, bahu menjadi goyah dan mereka mulai menggonggong seperti seekor anjing.
Mereka yang menghasilkan Inugami akan menyimpannya dengan selamat dan tersembunyi di dalam rumah, di dalam bilik stor, bawah katil, di dalam almari atau di dalam kotak simpanan / bekas.
Terdapat 2 versi mengenai upacara membuat Inugami. Yang pertama, dari menanam anjing tersebut di dalam tanah, ia dirantai pada tiang dan makanan ditinggalkan pada tempat mustahil nak capai. Yang kedua, 2 ekor anjing kelaparan akan dipaksa berlawan sampai mati untuk sepinggan ikan. Apabila salah satunya telah membunuh lawannya, kamu memberikan ikan kepada pemenangnya. Semasa ia sedang makan, kamu memancung kepalanya dengan pedang katana kemudian makan ikan lebihan di depannya.
Apabila kamu menghasilkan Inugami, kamu tidak dapat membuangnya. Inugami harus disimpan di dalam keluarga dan harus diwarisi turun-temurun dalam keturunan. Keluarga yang memiliki Inugami dikenali sebagai Inugami-mochi.
Inugami pernah di adaptasi dalam beberapa manga (komik Jepun).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan