Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend yang agak terkenal di Jepun mengenai Mahligai Himura / Himura Mansion / Himikyru Mansion.
Ia sebuah mahligai yang dihantui dengan sejarah gelap sebagai rumah paling berhantu dan pembunuhan kejam kepada keseluruhan keluarga yang pernah tinggal di sana. Permainan Video Game Fatal Frame berasaskan daripada cerita yang sebenarnya. Ramai cuba membongkar misteri mengenai mahligai ini, apabila ramai mulai mencari di peta dimana keberadaan lokasi sebenarnya terletaknya Mahligai Himura.
Menurut lagenda, mahligai Himura adalah sebuah rumah yang bersaiz besar dengan seni bina rumah tradisional Jepun. Rumah ini terletak pada kawasan yang berbatu dan berada di luar kota Tokyo. Mahligai ini menjadi terkenal atas pembunuhan kejam besar-besaran di dalam sejarah Jepun.
Dikatakan keluarga Himura mengamalkan satu upacara kuno dimana ia adalah ritual yang diharamkan dalam kepercayaan Shinto sejak dahulu kala di Jepun. Ia adalah upacara yang menggunakan ilmu hitam yang dikenali sebagai "Strangling Ritual /Upacara Mencekik" dan ia melibatkan dengan mengorbankan seorang gadis perawan untuk dibunuh. Tujuan upacara kejam ini untuk melindungi keluarga Himura daripada bala serta karma dimana mereka percaya akan muncul di halaman mahligai dalam bentuk portal.
Upacara ini harus dilaksanakan setiap 50 tahun untuk mengelakkan karma buruk daripada memusnahkan keluarga tersebut. Mereka akan memilih seorang bayi perempuan di kalangan ahli keluarga dan akan membesarkannya secara rahsia. Mereka akan dipanggil sebagai "The Rope Shrine Maiden / Gadis Tali Keramat". Gadis ini diasingkan daripada pengaruh dunia dan dibesarkan seorang diri, jikalau tidak upacara ini akan tidak berhasil.
Apabila tiba masanya upacara akan dilangsungkan, mereka akan menarik gadis itu keluar ke sebuah tokong yang terletak pada halaman mahligai kemudian diikat dengan tali pada leher dan kedua-dua tangan serta kaki. Kemudian sekumpulan kerbau akan menarik tali berkenaan pada arah yang berbeza, lalu merobek tubuh gadis tersebut. Tali berdarah akan diletakkan pada portal di halaman mahligai ini, langsung menutup pintu berkenaan. Jikalau upacara ini berjaya, ia akan mengelak karma buruk selama setengah abad sehinggakan upacara itu harus diulangi.
Dari satu generasi ke satu generasi, tradisi ini diturunkan di dalam keluarga Himura. Akan tetapi, dalam persiapan berlangsungnya upacara ini, kejadian tak diingini berlaku. Gadis tali keramat telah jatuh cinta dengan seorang remaja lelaki yang dia ternampak di luar tingkap mahligai. Ia adalah malapetaka apabila dia kena sentiasa dalam keadaan suci serta bebas pengaruh duniawi. Darah gadis dan semangat sudah tercemar dan apabila upacara korban dilaksanakan, ia akan gagal apabila dia tidak suci lagi.
Apabila ketua keluarga Himura mengetahui perkara ini, dia menjadi tak tentu arah serta pemikirannya hancur. Apabila ia adalah tanggungjawabnya untuk memastikan upacara itu berjaya. Kerana takut dengan malapetaka yang bakal menimpa kepada keluarganya, dia menjadi tidak siuman dan mulai mengamuk di seluruh mahligai. Dengan menggunakan pedang tradisional Jepun iaitu sebuah katana, dia telah membunuh keseluruhan keluarga dengan melibas pedang itu.
Sebagai ketua keluarga, dia percaya bahawa dia telah menyelamatkan keluarganya daripada malapetaka dengan membunuh mereka kesemuanya. Apabila keseluruhan ahli keluarga sudah terbaring kaku di mahligai, akhirnya dia telah memgambil nyawanya sendiri dengan menjatuhkan dirinya pada katana sendiri.
Penduduk tempatan dari kampung berdekatan memilih untuk berdiam diri mengenai cerita mahligai Himura berkurun lamanya. Sering kali laporan mengatakan terdapat kejadian pelik dan tidak dapat dijelaskan berlaku di dalam perkarangan mahligai itu.
Tapak tangan berdarah dan tompokan kesan merah telah dijumpai pada permukaan dinding rumah berkenaan. Pernampakkan kelibat lembaga yang boleh dilihat baik di siang dan malam hari. Malah ada lagenda mengatakan, semangat ahli keluarga yang terkorban akan cuba mengulangi upacara yang gagal ini dengan mengorbankan mereka yang berani atau "Bijak" untuk memasuki ke mahligai terbiar ini.
Mereka yang memasuki rumah ini biasanya akan ditemui mati dengan kesan tali pada tangan dan kaki, dimana terdapat seperti tanda mereka ditarik. Malah ada mereka ditemui dengan cebisan tubuh badan di terowong bawah tanah yang teratak dibawah mahligai ini. Tiada yang tahu apakah tujuan dan siapa yang membinanya. Kebanyakan cerita mempunyai kaitan dengan upacara mencekik ini.
Terdapatnya sebuah tingkap pada rumah ini yang agak terkenal. Dikatakan jikalau kamu mengambil gambar di sana, penampakkan hantu seorang gadis mengenakan kimono putuh berlumuran darah akan muncul pada gambar berkenaan.
Kejadian ini menyebabkan ketakutan buat warga Tokyo dan ramai percaya sesiapa sahaja mengunjungi tempat itu akan disumpah. Terdapat 7 kematian yang direkodkan dimana tidak dapat dijelaskan berlaku di tempat berkenaan dan ia menjadi misteri sampai ke hari ini.
Urban legend mengenai popular di Barat apabila keluarnya permainan Video Game Jepun, Fatal Frame di dalam bahasa Inggeris. Ia menjadi cerita hantu mengenai rumah puaka ini dan menjadikan ia terkenal di seluruh dunia. Jikalau ia benar, Mahl Himura merupakan rumah paling berhantu di Jepun
Kedudukan dan lokasi mahligai ini masih misteri. Jikalau terdapat mereka yang claim bahawa rumah yang mereka terokai sebagai sebenarnya, adalah kemungkinan tinggi mereka silap dan sekadar perangkap views sahaja.