Salam Malam Jumaat,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Anak patung okiku. Ia adalah cerita urban legend daripada Jepun yang agak terkenal.
Ia adalah sebuah anak patung yang berkatakan dirasuki atau dihantui oleh semangat seorang budak perempuan yang telah menarik perhatian masyarakat Jepun dekat beberapa abad. Menurut lagenda anak patung Okiku, adalah dinamakan daripada seorang anak perempuan pada zaman dahulu pernah bermain dengan anak patung ini. Anak patung ini berukuran 40cm persamaan 16 inci tinggi, mengenakan pakaian tradisional kimono, mempunyai mata hitam berkaca serta rambut yang akan tumbuh panjang.
Anak patung ini ditempatkan di Tokong Mannenji di bandar Iwamizawa di wilayah Hokkaido sejak 1938. Menurut pihak tokong, anak patung ini mempunyai rambut yang pendek, dengan peredaran masa ia telah tumbuh memanjang kepada 25cm iaitu 10 inci panjang, sampai ke paras lutut anak patung. Walaupun rambut pada anak patung ini sering kali dipotong, ia tetap akan tumbuh semula.
Dikhabarkan anak patung pada asalnya dibeli pada 1918 oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bernama Eikichi Suzuki semasa berada di Sapporo untuk ekspo marin. Dia membeli anak patung itu di Tanuki-koji iaitu sebuah pusat membeli-belah di Sapporo sebagai hadiah cenderahati untuk adik perempuannya yang bernama okiku di mana pada masa itu berusia 2 tahun. Anak perempuan itu sukanya anak patung itu dan sering kali bermain dengannya setiap kali, akan tetapi malang tidak berbau. Pada tahun kemudiannya, okiku telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh penyakit selsema. Ahli keluarganya meletakkan anak patung itu pada mezbah keluarga mereka dan sentiasa mendoakan setiap hari untuk memperingati okiku.
Tak lama itu, mereka mulai perasaan bahawa rambut pada anak patung mulai menumbuh. Ia menunjukkan semangat tidak aman okiku sedang merasuki anak patung itu. Pada 1938, keluarga Suzuki berpindah ke Sakhalin dan membuat keputusan untuk menempatkan anak patung itu dibawah jagaan Tokong Manneji dimana ia masih berada di sana sampai ke hari ini.
Tiada sesiapa mampu menjelaskan mengapa rambut pada anak patung ini sentiasa tumbuh memanjang. Apabila satu kajian saintifik dijalankan pada anak patung ini, telah membuktikan rambut itu datang daru pada seorang anak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan