Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 27 Julai 2023
Anak Patung Okiku / Okiku Doll
Khamis, 20 Julai 2023
No Face
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai "No Face" atau "Tidak berwajah" dan ia lebih dikenali sebagai Nopperabou, sejenis mahluk ghaib di dalam cerita rakyat Jepun.
Walaupun ia kelihatan seperti manusia biasa, ia hanyalah sekadar ilusi semata-mata. Nopperabou tiada mempunyai mata, hidung serta mulut dan sebaliknya mempunyai wajah yang kosong dengan permukaan yang licin. Kebiasaannya orang akan terserempak dengan Nopperabou dengan tidak menyedarinya apabila berbicara dengannya sebagai sesuatu yang bukan datang daripada dunia nyata. Apabila Nopperabou mampu menghasilkan ilusi bahawa ia mempunyai wajah.
Nopperabou akan menunggu masa yang sesuai untuk menakutkan mereka yang berbicara dengannya dengan menghilangkan ilusi wajah mereka.
Kebiasaannya Nopperabou ditemui di kawasan yang sunyi sepi terutamanya di kawasan terpencil. Akan tetapi ia akan munculkan dirinya dimana-mana asalkan tempat itu sunyi sepi dan jauh daripada orang ramai.
Tujuan utama Nopperabou sekadar nak menakutkan manusia dan mereka tidak mempunyai agenda yang selain itu.
Sebuah cerita yang terkenal yang mengisahkan mengenai Nopperabou, datang daripada "Lafcadio Hearn's Mujina". Ia adalah buku koleksi cerita pendek dan huraian ringkas dengan pertembungan Nopperabou, akan tetapi ia menimbulkan kekeliruan. Dimana di dalam cerita, Hearn merujuk mahluk ini sebagai Mujina (dimana ia adalah mahluk yang berbeza dengan berwatak seperti pengemis). Kekeliruan ini menyebabkan pembaca dari barat sering membuat kesilapan pada nama mahluk ini dari Nopperabou dan Mujina, dimana sampai ke hari ini kesilapan ini jelas digunakan oleh penulis yang menggunakan nama yang salah.
Walaupun bagaimanapun, cerita itu sendiri mengenai kenakalan Nopperabou. Cerita ini pernah di adaptasi ke versi manga dan anime terutamanya dalam siri "Ge Ge Ge no Kitaro" / "Hakaba no Kitaro", jikalau berminat nak layan cerita berkenaan. Kamu kena cari ia sendiri atau cari cerita berkaitan di YouTube.
No Face pernah di adaptasi ke filem animasi oleh Studio Ghibli di dalam "Spirited Away" |
Cerita seram mengenai penemuan dan kenakalan Nopperabou. |
Salam Malam Jumaat semua,
Salam Maal Hijrah buat penggemar dan pembaca blogspot ini.
Teruskan menyokong blogspot ini sama ada follow saya mahupun sekadar cctv.
Sokongan kamu teramat diharap untuk saya terus menulis dan mencari bahan untuk dikongsikan di sini.
Khamis, 13 Julai 2023
Mary-san
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Mary-san. Mary-san atau panggilan telefon daripada Mary salah satu cerita urban legend yang agak terkenal juga apabila ia mengisahkan seorang budak perempuan menerima panggilan telefon daripada anak patung yang dibuangnya. Ia mempunyai persamaan penceritaan dengan "anak patung antik".
Terdapat seorang budak perempuan (kita berikan nama sebagai Nchan) memiliki sebuah anak patung antik dari barat dimana dia teramat sayang sekali. Nama anak patung itu Adalah Mary. Dijadikan cerita, ayah Nchan itu mendapat pekerjaan baru dan mereka sekeluarga kena berhijrah ke bandar yang baru. Semasa proses pemindahan, Nchan secara tidak sengaja telah salah letak anak patungnya.
Pada satu malam, semasa ibubapa Nchan keluar dan hanya Nchan seorang diri di rumah barunya. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Apabila Nchan menjawabnya, kedengaran suara bunyi nyaring pada hujung corong telefon.
"Hello, ini Mary. Saya di pelupusan sampah sekarang ini."
Nchan menjadi takut dan meletakkan telefon tersebut. Tak sampai beberapa saat berlalu, ia berdering semula.
"Hello l, ini Mary. Saya di penjuru kedai sekarang ini."
Nchan terus meletakkan telefon, lalu ia berdering semula.
"Hello, ini Mary. Saya berada di depan muka pintu rumah kamu sekarang ini."
Nchan terus menggigil ketakutan, dengan berhati-hati dia membuka pintu utamanya. Akan tetapi tiada sesiapa pun di sana.
"Ada kemungkinan ia sekadar panggilan palsu sahaja." fikir Nchan.
Dia menghela nafas lega dan menutup pintu utama rumahnya. Akan tetapi semasa dia hendak menaiki tangga rumahnya ke tingkat atas ke biliknya, dengan tiba-tiba telefon rumah berdering semula.
" Hello, ini Mary. Saya berada di belakang kamu. "
Nchan mulai menjadi pucat dan mulai menoleh ke belakang dengan perlahan-lahan...
Pada lewat malam, semasa ibubapa Nchan kembali ke rumah. Mereka menemui anak perempuan mereka terbaring kaku di dalam kolam darah dia sendiri. Nchan telah ditikam beberapa kali sampai mati.
* * * * *
Terdapatnya langkah bagaimana untuk mengelak dibunuh oleh Mary-san:
1. Kunci pintu dan tingkap rumah.
2. Jangan menjawab sebarang panggilan telefon.
3. Sentiasa mengadapkan belakang anda pada permukaan dinding rumah.
4. Jikalau Mary berada di belakang kamu, Jangan Pandang Belakang.
5. Paling senang jangan jawab panggilan tak dikenali semasa kamu seorang diri di rumah.
6. Hargai lah barang yang kamu sayangi.
Khamis, 6 Julai 2023
Pale Man / Tenome
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai pale man atau dikenali sebagai tenome.
Pale man yang diceritakan atau di adaptasi daripada pan's labyrinth adalah berasal daripada lagenda urban legend daripada Jepun iaitu tenome iaitu seorang hantu lelaki buta yang mempunyai sepasang mata di telapak tangannya.
"The-No-Me" bermaksud "mata pada telapak tangan.
Mengikut cerita, ada seorang lelaki tua yang buta diserang oleh perompak. Mereka telah memukul dan membiarkan dia mati seorang diri di padang rumput. Ketika dia terbaring menanti panggilan maut, orang buta itu menjerit dengan penuh kemarahan dan kehampaan.
"Jikalau saya dapat melihat wajah mereka! Jikalau saya ada mata pada telapak tangan saya!"
Disebabkan keadaan kematiannya penuh dengan kesengsaraan dan dendam, lelaki buta itu kembali menjadi hantu yang dikenali sebagai tenome. Dengan kehendak untuk membalas dendam yang teramat sangat, mata butAnya hilang pada wajahnya sebaliknya digantikan dengan sepasang mata pada telapak tangannya yang boleh melihat.
Sekarang tenome mulai merayau-rayau di bandar dan di kawasan perkampungan mencari perompak yang telah membunuhnya. Dia dapat melihat dengan mengangkat tangannya di hadapannya seperti mana ditunjukkan di dalam filem berkenaan.
Oleh kerana dia tak pernah melihat wajah pembunuhnya, maka dia akan membunuh sesiapa sahaja sekalipun sebaik sahaja tangannya mencapai mangsanya. Walaupun dia mempunyai mata pada telapak tangannya, akan tetapi dia masih buta dengan dendam kemarahan.