Salam Malam Jumaat,
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat
terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud
Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang
yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.
Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter
saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang
ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan
menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati
penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan
paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan
rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza
mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan
dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan
di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai
padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan
biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik
menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang
serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade
dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba
hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti
majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang
kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak
mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa
memakai pakaian tradisional hitam.
Tarian Sumazau merupakan salah satu daripada tarian dimana Sabahan (yang original) harus tahu menarikannya walaupun tak sempurna, sebab ia adalah budaya bagi Sabahan. "Bikin Malu Saja" yang tidak tahu bagaimana nak tarikan tarian traditional ini.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan