Gambaran kununnya macam Tambuakar |
Salam Malam Jumaat,
Lagenda pasal TAMBUAKAR, yang cukup popular di sesetengah kawasan di Sabah.
Ianya juga boleh dikatakan sebagai cerita dongeng masyarakat di persisiran
pantai dan sungai Sabah terutama daerah Sungai Papar sehingga ke Daerah
Beaufort dan Pulau Penyu.
Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut ke mulut peribumi Sabah ianya
adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna
hitam dan mempunyai leher yang panjang. Cerita mengenainya sudah lama tersebar
terutama selepas pembukaan tapak-tapak baru akibat penjajahan Brunei ke atas
pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir
pantai dan sungai untuk bekalan air. Mengikut penceritaan dari mulut ke mulut,
pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki seupa
sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga..
Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang
Tambuakar ini berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog. Ada mengatakan
ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus
tahun dan ada mengatakan beribu tahun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus
membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..
Berbalik pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir
pantai pula, Tambuakar ini tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa
penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari penceritaan
penduduk pribumi disitu masa tu. Daripada penceritaan dan pengalaman
orang-orang tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ini :
1. Bentuk raksasa Loch Ness – berleher panjang berbadan besar dan mempunyai
4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula
mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukanlah ekor.
2. Bentuk naga / ular – ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular
tedung yang mendongakkan / mendirikan kepalanya ditengah-tengah sungai, mereka
mendakwa tidak pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar
dan sedikit kembang..
Banyak cerita-cerita direkodkan sepanjang taun 30-60’an sebab masa tu ramai
mula membuat rumah disekitar sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai
Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya
Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ini berada di
tepi sungai. Tapi mengenai Tambuakar ini berbentuk ular atau naga lagi famous
berbanding bentuknya seakan Loch Ness.
Bila ditanya mengapa sekarang ini tiada penemuan terbaru mengenai
kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan tidak kurang mengatakan
ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah tidak digunakan
lagi maka penceritaan mengenainya pun jarang didengari, tapi sesekali ada juga
cerita-cerita mengenainya melalui kaki pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut,
alasan diorang tak nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada
kamera dan hp yang boleh tangkap gambar makhluk ini.
Ramai percaya haiwan lagenda masih hidup sampai ke hari ini disebabkan
penemuan lubang-lubang besar di bawah tanah sepanjang sungai tersebut semasa
kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh
pada tahun 2000 dulu selain di tempat-tempat lain sepanjang sungai tersebut. Dikatakan
ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan
membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada juga versi
lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk
membina laluannya..
Ikan belut yang bersaiz besar ataupun nama tempatan dia ikan Sinsilog. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan