Khamis, 21 November 2013

Passion : Writing

Semestinya keluaran buku “Thriller’s Night 6” mendapat sambutan yang hangat sekali apabila peminatnya sanggup berkampung demi mendapatkan buku tersebut yang ternyata hangat di pasaran. Ada yang sanggup membayar lebih semata-mata untuk mendapatkan buku tersebut.

Penulis siri Thriller semestinya terbaik sekali apabila setiap penulisannya tidak menghampakan pembacanya apabila setiap siri akan membuatkan jantung pembacanya  berdenyut kencang setiap ayat di dalam buku tersebut. Suspen, misteri dan seram sering kali menghantui pembaca setiap kali mereka membacanya.

Semestinya peminat tak pernah menghampakan penulis setiap kali dia mengadakan sesi tandatangan pada bukunya itu. Terpancar pada wajah peminat terhadap karya penulis dan kesemua akan teruja sehingga sanggup beratur lama semata-mata mereka dapat bertemu dengan penulis tersebut.

Akan tetapi diluar pengetahuan peminat, penulis semangkin hari menjadi tidak siuman. Diluaran penulis adalah seseorang yang cool sekali akan tetapi dalaman dia seorang yang teramat kejam sekali semata-mata untuk mendapatkan idea mahupun memuaskan pembacanya.

Ketika penulis berada di rumahnya, dia lebih banyak menghabiskan masanya di bilik bawah tanah bermain-main. Disitulah penulis mendapat idea dalam penulisannya dengan menyeksa dan membunuh mangsa-mangsanya untuk memberikan dia inpirasi dalam penulisannya. Kebanyakkan mangsanya adalah peminat fanatik yang sanggup berbuat apa-apa untuk dirinya malah ada sanggup jual diri untuk bersama-sama dengan penulis.

Semestinya ia menjadi tamparan hebat sekali buat peminat apabila mereka menjadi mangsa kepada penulis tersebut. Penulis sering kali memberitahu kepada mangsanya yang mereka harus berbangga apabila mereka akan menjadi sebahagian daripada cerita bukunya. Selesai sahaja penulis berkata begitu, penulis akan menyeksa mangsanya dengan penuh sengsara sekali sehinggakan mangsa itu menemui ajal.

Mayat mangsanya akan dikerat-kerat sebelum membakarnya sehingga menjadi abu kemudian membuangnya ke laut. Penulis akan memastikan tiada langsung kesan mahupun bukti kerana dia sendiri tahu mengenai cara pihak berkuasa menyelesaikan kes malah dia sendiri ada meletakkan beberapa cara penyiasatan tersebut pada buku-bukunya itu.

Kebanyakkan yang keluar dari media semasa mengenai kehilangan orang sering kali buat pihak berkuasa menemui jalan buntu sehinggakan mereka terpaksa menutupnya walaupun orang ramai membantahnya. Hanya penulis buku siri thriller sahaja yang mengetahuinya, disebabkan passion dalam penulisan dia sanggup berbuat apa-apa untuk mengekalkan peminatnya puas walaupun peminat itu sendiri bakal  menjadi sumber ideanya itu.


Sekian.

Khamis, 14 November 2013

Passion : Food

Keadaan Greg’ Steak House mestinya agak riuh-rendah daripada bunyi pisau dan garpu berlaga pada piring. Ternyata pada wajah pelanggan kepuasan apabila mereka memakan steak tersebut yang enak sekali. Ada beberapa pelanggan memuji kepada tuan punya restoran mengenai keenakkan steak dimana pada ketika dahulu steak kurang sedap dimakan sehinggakan restoran tersebut hampir bergulung tikar.

Tuan punya restoran hanyalah tersenyum setiap kali dia dipuji dengan keenakkan pada makanannya terutamanya steak daging yang teramat berbeza sekali dengan restoran yang lain. Adakala ada beberapa pelanggannya menanyakan rahsia kepada steak itu akan tetapi Tuan restoran tersebut hanya mengatakan ia adalah resipi rahsia yang dia sendiri tidak akan kongsikan kepada sesiapa pun.

Malah pekerja-pekerja langsung tidak diberitahu caranya serta resipi tersebut sebaliknya tuan restoran akan menyediakan bahan serta masakkan di sebuah bilik dimana hanya dia seorang sahaja yang dibenarkan masuk malah dia turut memasang sekuriti untuk memastikan rahsianya kekal padanya.

Dalam diam-diam tuan restoran tersebut memberi makan kepada pelanggannya adalah bukan sebarang daging lembu tetapi daging manusia. Tuan restoran tersebut sanggup membunuh persaingnya sebelum mengunakan mangsanya sebagai juadah adakalanya dia akan menculik beberapa gelandangan mahupun sesiapa sahaja yang menumpang keretanya pada malam hari.

Tuan restoran tersebut akan memastikan bekalan cukup untuk menepati permintaan pelanggannya. Oleh disebabkan dia terlampau bersemangat untuk memastikan restorannya kekal dia sanggup berbuat apa-apa untuk memastikan ia kekal sehinggakan ia menjejaskan pemikirannnya sendiri.

Tuan restoran tersebut akan mengerat kesemua mangsa-mangsanya sebelum menyimpannya di dalam sebauh peti sejuk khas di bilik yang dia menyediakan bahan-bahan untuk dijamu pelanggannya. Tuan punya restoran teruskan mencari dagingnya itu jika dia dapat tahu rahsianya bakal terbongkar, dia akan pastikan mereka tidak akan lagi melihat cahaya pada keesokkan harinya dan mereka juga bakal menjadi daging segarnya.

Maka tidak hairan sering kedengaran pada muka khabar  mahupun media mengenai kehilangan orang sehinggakan merunsingkan pihak polis. Tuan punya restoren tidak akan risau mengenainya kerana dia tahu dimana mereka yang hilang itu.

Semestinya kita sendiri tahu dimana bukan? Ini hanyalah semata-mata passion tuan restoren meneruskan minatnya memberikan pelanggannya makanan yang terbaik.


Sekian.

Khamis, 7 November 2013

Bab 20 : Passion



Selamat malam Jumaat semua, maka tamat sudah kisah mengenai “Keadilan”. Bagaimana cerita itu? Ia agak lain daripada lain bukan apabila perihal seram dikurangkan sebaliknya ia lebih kepada perasaan anda. Kisah-kisah itu saya dapat daripada mimpi manakala ada saya dapat secara tidak sengaja.


Baiklah berbalik ke tajuk asal, Passion? Apakah maksud buat kamu semua mengenai passion. Ia adalah semangat yang ada pada setiap orang. Setiap semangat yang ada teramat berbeza satu sama lain malah semangat ini menjadi lebih kuat apabila orang itu mencintai mahupun menyukainya.


Passion adakalanya mengambil masa yang lama untuk kita sedari apa yang membuat kita benar-benar minat. Adalah ia datang lebih awal dan adakala ia datang kepada kita pada usia yang senja. Adakala passion ini kita dapat dengan menghargai perbuatan orang lain ataupun ia sesuatu yang kita cari untuk menyempurnakan diri kita ini. 


Baiklah saya akan sampaikan beberapa kisah pendek mengenai semangat iaitu Passion. Cerita ini agak gelap sekali apabila seseorang itu terlalu bersemangat dengan kerjayanya mahupun perbuatannya itu sendiri sehinggakan ia merosakkan tuannnya sendiri.


Food” adalah kisah mengenai seorang pemilik restoran yang teramat bersemangat terhadap makanannya sehinggakan dia sanggup berbuat apa-apa untuk memastikan restoran kekal. “Writing” adalah kisah mengenai seorang penulis Thriller yang bersemangat untuk memastikan penulisannya mendapat sambutan dikalangan pembacanya yang teramat ramai sekali sehinggakan dia sanggup berbuat apa-apa demi mendapatkan idea untuk penulisannya pada masa akan datang. “Dress” adalah kisah mengenai seorang pereka pakaian yang bersemangat untuk membuat pakaian yang sering kali mendapat sambutan orang ramai dan dia akan mememastikan bahawa tiada sesiapapun boleh menghalangnya daripadanya membuat pakaian. “Popular” adalah kisah mengenai seorang pelajar perempuan yang teramat bersemangat untuk kekal popular dikalangan pelajar lain sehinggakan dia sanggup berbuat apa-apa untuk mengekalkan kedudukannya daripada orang lain.


Nantikan kisah ini pada malam Jumaat yang akan datang.



Ingat matikan lampu,

Nyalakan lilin,

Dengan suasana sepi,

Bacalah kisah saya.

Lepaskan Aku....



Keadaan yang aman menjadi huru-hara di Rumah Amal Bakti, apabila beberapa penghuninya dirasuk sebelum tidak sedarkan diri. Bukan sahaja itu tak kira lelaki mahupun perempuan bagaikan bergilir-gilir mereka akan dirasuk sebelum tidak sedarkan diri.

Pengetua rumah amal tersebut mengambil keputusan untuk memanggil seorang Ustaz untuk membantu mereka apabila keadaan yang teramat membimbangkan. Pengetua tersebut mambawa Ustz berjumpa dengan salah satu penghuninya yang paling kerap dirasuk iaitu seorang remaja lelaki yang bernama Khalid. Khalid meracau-racau sambil terjerit-jerit tanpa membuang masa Ustaz terus membacakan beberapa doa lalu dihembuskan kearah Khalid dengan perlahan-lahan dia mulai menjadi tenang.

Ustaz mendapati yang merasuk Khalid adalah roh yang seusia dengan Khalid itu sendiri dan dia mulai menjadi curiga apabila dia mendengar “Lepaskan aku” berulang-ulang kali dari mulut Khalid. Kebiasanya dalam perubatannya kebanyakkan yang merasuk ini akan terjerit-jerit mahupun berkata-kata yang kurang enak sebaliknya ia teramat berbeza sekali dengan yang merasuk Khalid.

Lalu Ustaz menyoal roh yang merasuk Khalid dan dia ingin tahu puncanya.

Nama saya Badrul dan saya adalah salah seorang daripada anak-anak di Rumah Amal Bakti. Saya meminta hanya dilepaskan dan saya yang meminta jenazah saya disempurnakan. Saya sudah lama meninggal dunia dan tempat itu ternyata gelap sekali seperti di dalam peti. 

Pembunuhnya tidak lain tidak bukan adalah penjaga kami sendiri iaitu Jamal. Dia telah menyebabkan kami semua hidup dalam sengsara dan dia juga mengambil kesempatan kami anak-anak yatim. Jamal memaksa saya, Khalid dan beberapa lagi anak-anak yatimyang lain untuk keluar meminta derma dengan orang ramai akan tetapi bukan disalurkan kepada rumah ini sebaliknya dia mengambilnya untuk kepentingan diri sendiri.

Apabila kami tidak mendapat sebarang duit derma, kami akan didera dengan begitu teruk malah kami tidak diberikan makan walaupun sesuap nasi. Semestinya Pengetua tidak langsung mengetahuinya kerana Jamal bijak menyembunyikan perihal tersebut daripada telinga Pengetua malah dia juga mengugut kami semua daripada memberitahu Pengetua yang dia akan memastikan kami hidup lebih sengsara.

Pengetua ternyata sibuk mencari jalan untuk mendapatkan bantuan di luar sana untuk kepentingan kami anak-anak yatim. Jamal mengambil kesempatan itu kepentingan diri sendiri dan dia langsung mengabaikan tanggung-jawab yang diamanatkan oleh Pengetua kepadanya.
Pada satu hari kami mengambil keputusan untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Pengetua apabila kami sudah tidak tahan dengan penipuan serta pembohongan Jamal, lalu saya dilantik sebagai wakil untuk memberitahu kepada Pengetua. Akan tetapi saya tidak tahu bahawa ia bakal membuat saya menemui ajal pada hari itu.

Rancangan kami diketahui oleh Jamal lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh saya demi menutup kesalahannya itu. Ketika saya menuju ke bilik Pengetua, dengan tiba-tiba saya ditarik dari belakang. Saya mulai panik apabila mendapati Jamal mengheret masuk ke dalam stor. Jamal memegang sebatang kayu yang teramat besar sekali lalu dia memukul saya tanpa keperimanusian langsung. Saya pinta pertolongan serta balas kasihan daripadanya akan tetapi Jamal tidak menghiraukan permintaan saya. Dia terus memukul saya tanpa balas kasihan bagaikan dia dirasuk syaitan. 

Darah merah mengalir daripada tubuhku yang sudah tidak bernyawa lagi, Jamal hanya tersenyum apabila dia melihat saya sudah mati. Untuk memastikan kesalahannya tidak tersebar, Jamal menyembunyikan mayat saya ke dalam peti kayu di dalam bilik stor bersama-samadengan senjata yang digunakan malah pakaian yang penuh darah ketika dia membunuh saya.

Saya hanya inginkan keadilan terhadap kematian saya dan saya juga mengharapkan mayat saya dapat disempurnakan dengan baik sekali. Saya sudah tidak mampu berbuat apa-apa dan saya hanya mampu memberitahu perkara yang sebenarnya dengan harapan anak-anak yatim yang lain tidak akan menerima nasib yang sama seperti saya ini.

Pengetua tergamam dengan apa yang diceritakan malah air mata mulai mengalir daripada matanya. Ustaz yang memberitahu kepadanya adalah ketentuan daripada Ilahi serta dia meminta Pengetua untuk menelefon pihak polis untuk melaporkan perkara yang sebenarnya.

Pada masa itu Jamal keluar menjalankan tugasnya untuk membeli barang keperluannya. Dia langsung tidak pedulikan penghuni-penghuni kerasukkan apa yang penting sekali adalah dirinya sendiri. Ia berubah sebaik sahaja dia tiba ke rumah tersebut, dia mendapati beberapa kereta polis serta sebuah Van mayat berada didepan. Jamal mulai menjadi panik ada kemungkinan perbuatannya sudah terbongkar.

Jamal mengambil keputusan untuk melarikan diri apabila dia mendapati beberapa pihak polis datang menangkapnya. Pengetua dan Ustaz melihat Jamal ingin melarikan diri dengan memberitahu pihak polis rancangan Jamal itu. 

Jamal terus berlari apabila dia ingin melintasi jalan raya, dia mendapati satu lembaga seperti Badrul menghentikan rancangannya belum sempat Jamal ingin berpatah balik.

Bam!

Jamal dilanggar oleh sebuah kereta dan kelihatan jelas pada kedua-dua kakinya yang patah. Darah mulai membasahi jalan raya manakala beberapa pihak polis berada berdekatan dan mereka berjaya menangkap Jamal sebelum melaporkan di radio untuk meminta bantuan ambulan. Badrul melihatnya sambil mata yang merah sambil tersenyum sebelum ghaib daripada pandangan.

Jamal dihantar ke hospital sebelum dibawa ke balai polis. Jamal didapati telah melakukan kesalahan dalam penipuan serta membunuh dengan niat dan dia bakal dipenjarakan dengan masa yang lama. Tak lama selepas Jamal dipenjara kedengaran berita yang Jamal sudah meninggal dunia dengan tragis sekali, anggap sahaja ia adalah balasan daripada Ilahi terhadap perbuatannya terhadap anak-anak yatim dengan azab yang meakutkan sekali.

Akhirnya jenazah Badrul dapat disemadikan dengan baik sekali malah rumah amal tersebut membuat majlis tahlil buat Badrul. Malah Pengetua memastikan penjaga yang diambilnya betul-betul menjalankan tanggung-jawabnya untuk memastikan soal makan minum terjaga. Malah Ustaz turut sukarela membantu rumah tersebut tanpa mengharapkan sebarang gaji dengan memastikan rumah itu terjaga dengan baik sekali. Dengan usaha daripada Pengetua dan Ustaz mereka mampu mengaji beberapa orang lagi untuk menjaga anak-anak yatim di sana.

Jauh daripada pandangan mata, Badrul mengenakan pakaian serba putih dan ternyata pada wajah dia teramat bersyukur sekali apabila kematiannya sudah mendapat keadilan yang sepatutnya serta dia turut gembira apabila anak-anak yatim yang lain tidak akan senasib dengannya. Badrul ternyata tersenyum sebelum dia berjalan ke arah cahaya yang terang lalu ghaib daripada pandangan.

Sekian.

Salam Malam Jumaat semua,

Maaflah minggu lepas tiada cerita saya post kerna minggu lepas saya berada di KL atas urusan peribadi. Jadi kita kira minggu lepas saya tidak post apa2 la. Agak sukar sekali untuk menaip cerita di handphone ia mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian. Saya perlukan laptop mahupun komputer untuk menulis blog saya nie dan masa di sana tiada langsung peluang berbuat demikian.
Jadi malam nie saya akan sajikan kepada kamu semua cerita malam dan ia akan berterusan kecuali saya sibuk mahupun saya out-station.

*Kebetulan la pula minggu lepas pada malam Jumaat jatuh pada Halloween night, kira saya miss my chances but I can wait for next year, right?..