Khamis, 27 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Harap maaf saya masih belum kembali sihat, baru sehari sihat dijangkit balik.  Harap semua dapat bersabar, saya akan kembali berkongsi sebaik sahaja saya kembali sihat. Ia sesuai saya tak boleh jangka bila saya akan kembali sihat.

Harap maaf dengan masalah kesihatan saya ini. Ia diluar dugaan saya. 

Khamis, 20 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca saya tak kisah mereka di Malaysia mahupun dimana kamu berada. Harap maaf pada malam ini saya tidak akan berkongsi sebarang post selain daripada menghormati perayaan ini, saya masih belum kembali sihat dan sembuh dari sakit.

Saya mengharapkan kamu semua memberikan saya masa untuk berehat dan sebaik sahaja saya kembali sihat maka saya akan berkongsi semula. Ia memerlukan masa yang lama untuk membuat kaji selidik, mengalihan bahasa dan taip pada blogspot ini. Sekarang yang tinggal, kesemuanya adalah versi panjang dan memerlukan masa untuk menulis. Dengan ini harap kamu bersabar dan menantikan apa yang bakal saya kongsikan pada masa akan datang. 

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Happy Eid Al-Adha Mubarak. 




Khamis, 13 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua

 

Salam Malam Jumaat semua dan mohon maaf. 

Buat minggu ini saya tidak akan berkongsi apa-apa apabila saya jatuh sakit dengan demam dan lagi nak berunsur pulih malah mangkin menjadi teruk. Maka harap bersabar dengan post yang saya akan kongsikan masa akan datang, apabila saya beransur pulih daripada penyakit ini.

Selagi-lagi saya memohon maaf sebab ia di luar kemampuan saya untuk jatuh sakit. Harap semua boleh bersabar dan nantikan pengkongsian sebaik sahaja saya kembali pulih. 

Khamis, 6 Jun 2024

Bake-neko

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai makhluk mistik daripada cerita rakyat Jepun yang dikenali sebagai Demon Cat atau Bake-neko.

Bake-neko merupakan seekor kucing yang boleh bertukar menjadi makhluk menakutkan. Menurut lagenda, ia mampu berubah bentuk serta mengambil bentuk manusia. Maksud Bake-neko adalah "Raksasa Kucing" atau "Kucing Transformasi".



Pada zaman dahulu di Jepun, terdapat banyak pantang-larang berkaitan dengan kucing. Ramai percaya bahawa kucing yang boleh menjadi makhluk menakutkan yang dikenali sebagai Bake-neko, jikalau ia hidup di tempat yang sama selama 13 tahun dan apabila ia mencecah lebih 8 pon beratnya.

Ada yang mengatakan Bake-neko mampu berjalan pada 2 kakinya seperti manusia. Ia mampu berubah bentuk dan mengambil bentuk manusia, adakalanya ia akan memakan individu tersebut sebelum mencuri identiti mereka. Bake-neko boleh memasuki muka pintu menggunakan tangannya yang besar, mencari mangsa manusia seperti kucing mencari tikus dari lubang tetikus.


Terdapat sebuah cerita mengenai Bake-neko yang berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Takasu Genbe, dimana kucing peliharaannya hilang dan pada hari yang sama personaliti ibunya mulai berubah keseluruhan. Ibunya mulai suka menyendiri dan makan seorang diri. Oleh kerana curiga, salah seorang ahli keluarga mengintai ke dalam bilik ibu, mereka menjadi takut apabila mereka melihat bukan ibunya sebaliknya seekor kucing raksasa yang mengenakan pakaian ibu mereka, tengah makan dengan lahapnya bangkai haiwan. Dengan serba salah, Takasu membunuh wanita yang menyerupai ibunya dan dalam beberapa hari tubuh badan itu berubah menjadi kucing peliharaan yang hilang. Selepas itu Takasu membongkar tikar tatami dan lantai bilik ibunya. Dia menemui ibunya dalam keadaan tinggal rangka sahaja dan bersih dari sebarang sisa isi.


Sebuah lagi cerita yang terkenal yang dikenali sebagai "The Devil Cat of Nabeshima", yang menceritakan seorang putera menjadi mangsa kepada Bake-neko. Satu malam, Sang putera itu bersiar-siar di taman istana bersama dengan seorang geisha kesukaannya, yang bernama O Toyo. Tanpa pengetahuan mereka ketika berdua-duan, mereka sedang diperhatikan oleh satu makhluk yang bersembunyi di tempat gelap.

Selepas Sang putera itu kembali ke bilik tidurnya, Bake-neko terus menyelinap masuk ke rumah Geisha dan tunggu di bawah katil sehingga gadis itu tertidur. Pada sekitar tengah malam, Bake-neko keluar dari tempat ia bersembunyi lalu menyerang gadis yang sedang tidur dan mencekik gadis itu sehingga meninggal dunia. Kemudian ia menarik mayat gadis itu keluar, mengorek lubang pada bawah katil bunga untuk menanam mayat gadis itu di kubur yang cetek. 

Selepas menyembunyikan segalanya perbuatannya, Bake-neko berubah bentuk menjadi bentuk Geisha yang sudah meninggal dunia, untuk memperdayakan pandangan orang lain. Setiap malam, Bake-neko dalam bentuk Geisha akan menyelinap ke bilik Sang putera untuk meminum darahnya.

Selang beberapa hari, Sang putera mengadu yang dia sering mengalami mimpi ngeri. Mangkin hari, dia menjadi lemah dan pucat. Doktor menjadi musykil dengan penyakit misteri yang dialami oleh Sang putera dan dia memerintah pengawal untuk berjaga di biliknya dan menjadi baginda ketika dia tengah tidur. Akan tetapi pada waktu tengah malam, kesemua pengawal mulai mengantuk walaupun kuat mereka cuba bertahan akhirnya mereka terlelap. 

Pada akhirnya, seorang askar muda yang berkhidmat di bawah Raja Istana. Apabila dia terdengar berita kejadian aneh ini, dia secara sukarela untuk berjaga dan mengawal Sang putera. Apabila tibanya tengah malam, askar itu melihat satu per satu pengawal mulai terlelap. Askar itu pun mulai berasa mengantuk. Dengan keadaan terdesak, dia mengambil sebilah pisau lalu menusuk pada pahanya untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Jikalau dia nak terlelap, dia akan memutarkan pisau pada lukanya untuk meningkatkan kesakitan dan mengelak dari tertidur. 

Pada tengah malam, askar itu melihat pintu gelongsor di dalam bilik Sang putera mulai terbuka. Seorang Geisha yang cantik mulai senyap-senyap masuk ke dalam bilik dan berjalan ke arah tepi katil Sang putera. Askar itu bangkit dengan sebilah pisau di tangannya dan menuju ke arah Geisha. Apabila Geisha itu berpaling dan ternampak askar itu, Geisha itu mulai melarikan diri tergesa-gesa secara senyap-senyap ketika dia datang.

Selama 3 malam, askar itu menjaga Sang putera yang sedang tidur dan akan menusuk pisau pada luka pahanya setiap malam untuk mengelak daripada terlelap. Sang putera mulai bertenaga semula. Apabila askar itu cuba memberitahu Sang putera mengenai Geisha, akan tetapi Sang putera enggan mendengarnya. Malah Sang putera tidak membenarkan sesiapapun mempersoalkan kesetiaan terhadap teman wanita kesukaannya. Tanpa rasa putus asa, askar itu membuat rancangan untuk memusnahkan Geisha itu sendiri. 

Pada malam yang sama, askar itu mengetuk pada pintu rumah Geisha tersebut. Dia mengatakan kepada Geisha tersebut bahawa dia ada mesej dari Sang putera. Sebaiknya sahaja Geisha itu membuka pintunya, askar itu menghunuskan pedangnya dan cuba menikam Geisha tersebut akan tetapi Geisha itu dapat mengelak dari serangan tersebut ni. Geisha itu berubah bentuk menjadi Bake-neko dan mulai menyerang askar tersebut dalam kemarahan, berdesing dan meludah apabila ia cuba melindungi dirinya. 

Keduanya rancak bertempur, apabila askar itu bakal mendapat kelebihan, Bake-neko itu melarikan diri dengan berlari keluar melalui tingkap ke bumbung dan akhirnya turun ke taman. Ia berjaya melarikan dirinya ke kawasan bukit.

Pada keesokan harinya, askar itu memberitahu kepada Sang putera, kejadian yang sebenarnya. Tukang kebun istana mulai mengalir katil bunga dan menemui mayat Geisha yang sebenarnya. Dengan keadaan sedih, Sang putera memerintah pengawalnya untuk memburu Bake-neko tersebut. Akhirnya Bake-neko itu berjaya dibunuh oleh askar muda tersebut yang menemui rahsia jahat Bake-neko.



Khamis, 30 Mei 2024

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Saya ingin mengucap buat mereka yang datang ke blogspot saya ini terutamanya dari kepulauan Borneo, Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai. 
Oleh kerana hari ini adalah hari perayaan buat dua perayaan paling bermakna ini, hari ini saya tidak akan berkongsi sebarang jenis urban legend daripada Jepun. 
Bukan bermakna saya tidak menggalakkan kamu untuk membaca pengkongsian saya terdahulu terutamanya penjelasan mengenai perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Apabila saya pernah kongsikan beberapa tahun yang lalu. Kesemuanya diberikan penjelasan dengan lanjut dan termasuk juga kebudayaan yang ada di sana. Sila lihat pada kandungan terdahulu untuk mengetahuinya lebih lanjut. 
Dengan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa.



Khamis, 23 Mei 2024

Kagome Kagome

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai salah satu cerita mengenai lagu rakyat yang mempunyai maksud yang menakutkan yang tersembunyi iaitu Kagome Kagome. 

"Kagome Kagome" (かごめかごめ, atau 籠目籠目) ialah permainan kanak-kanak Jepun dan lagu (Warabe uta) yang dikaitkan dengannya. Seorang pemain dipilih sebagai Oni (menjadi syaitan atau raksasa, tetapi serupa dengan konsep dalam tag) dan duduk dengan mata tertutup (atau dengan kain menutup mata). Kanak-kanak lain akan berpegang tangan dan berjalan dalam bulatan mengelilingi Oni sambil melaungkan lagu untuk permainan itu. Apabila lagu berhenti, Oni cuba menamakan orang yang berdiri betul-betul di belakang mereka. Hampir mempunyai kesamaan dengan permainan tradisi "Nenek-nenek di bongkok tiga".


かごめかごめ 籠の中の鳥は

いついつ出やる 夜明けの晩に

鶴と亀が滑った

後ろの正面だあれ


Kagome kagome / Kago no naka no tori wa

Itsu itsu deyaru / Yoake no ban ni

Tsuru to kame ga subetta.

Ushirono shoumen da are


Kagome kagome / Burung dalam sangkar, **burung dalam sangkar**

Bila, oh bila nak keluar

Pada petang subuh

Bangau dan penyu tergelincir, **tergelincir**

Siapa di belakang awak sekarang?


Lagu ini menjadi subjek yang sangat diminati ramai atas kerana lirik samar-samar yang berbeza dari rantau ke rantau yang lain. Banyak tafsiran wujud, tetapi maksud asalnya tidak diketahui.

Cerita ini diceritakan daripada pandangan pencerita mengenai pengalaman yang dialami oleh ayahnya sendiri. 

Cerita ini tidak berlaku kepada saya, ia cerita pengalaman berlaku kepada ayah saya ketika dia masih muda dahulu. Dia mengikuti kelab mendaki masa dia belajar di universiti dan selalu mengikuti aktiviti mendaki. Pada satu hari, dia bersama dengan seorang senior di kelab dimana hanya mereka berdua pergi mendaki. Mereka mendaki ke satu Pergunungan dimana mereka sudah membuat perancangan sebelumnya. Pergunungan ini merupakan bekas gunung berapi yang tidak aktif, kawahnya sudah ditumbuhi dengan tumbuhan hutan.

Apabila mereka menghampiri hutan, cuaca dengan tiba-tiba bertukar menjadi buruk dan kedengaran bunyi guruh berdentum berdekatan. Keadaan agak membahayakan maka mereka mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh daripada terdedah di tempat terbuka, mereka berdebat sama ada nak menunggu di dalam hutan atau membuat keputusan untuk turun gunung berkenaan. Cuaca menjadi lebih teruk, mereka mengambil keputusan untuk menuruni gunung tersebut.

Mereka mulai menjadi takut apabila bunyi dentuman guruh kedengaran berdekatan dan risau dipanah petir, msreke mulai berlari turun dengan lajunya sambil meredah hujan lebat. Oleh kerana kelelahan, mereka berhenti berehat di atas batu dimana mereka boleh berteduh dibawahnya. 

Kerana kelelahan mereka tidak mempunyai tenaga untuk berbicara, jadi mereka bersandar pada dinding batu sambil mendengar bunyi gerimis hujan yang sedang turun. Tak lama sekitar itu, Ayah saya terdengar sesuatu yang agak aneh. Sesuatu yang tidak patut didengari semasa hujan lebat. Suara itu datang daripada 2 suara. 

Yang pertama adalah kedengaran bunyi nyanyian kanak-kanak, "Kagome Kagome". Kemudian diikuti dengan suara budak perempuan bertanya, "Apa kamu buat di sini?"

"Tak mungkin ada budak-budak di atas sini, mungkin saya penat, saya mulai mendengar bukan-bukan." fikir Ayah saya, untuk mendapatkan kepastian dia menoleh ke arah kawannya.

"Ada kamu dengar tadi?" tanya dia kepada kawannya. Kawannya memberikan reaksi terkejut.

"Ada."

"Apa kamu dengar?"

"Ada beberapa budak bernyanyi" Kagome Kagome. ""

Mereka menjadi takut yang teramat sangat dan mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi hujan berhenti. Mereka terus membuka langkah seribu turun dari gunung tanpa pandang ke belakang. 

Khamis, 16 Mei 2024

Shirime

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai sejenis hantu Jepun yang tidak mempunyai wajah tapi mempunyai sebiji mata yang besar pada buntutnya. Pada waktu malam, ia gemar menakutkan mere yang tidak berjaga-jaga ketika berjalan di jalan yang sunyi dengan menunjukkan buntutnya. Di dalam Jepun, "Shiri" bermaksud "Buntut") dan "Me" bermaksud "mata", maka nama Shirime bermaksud "Mata di buntut".


Kebiasaan cerita mengenai lagenda Shirime memang agak ganjil dan agak melucukan. Beberapa tahun yang lalu, seorang samurai berjalan pada waktu malam di sebuah jalan di bandaraya Kyoto, Jepun. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kimono keluar dari kawasan gelap lalu menghalang jalannya.


"Siapa di sana?" tanya samurai sambil memegang pedang katananya, bersedia menyerang bila-bila masa sahaja.


"Maafkan saya, boleh saya ambil masa kamu seketika?" tanya lelaki tersebut.


Sebelum samurai itu sempat menjawab, lelaki itu terus berputar ke belakang dan menanggalkan pakaiannya lalu membongkokkan tubuh badannya. Buntutnya terbuka luas dan samurai itu dilanda ketakutan apabila sebiji mata besar bersinaran memandang dari buntut lelaki itu.


Samurai itu menjerit ketakutan dan membuka langkah seribu sebaik sahaja dia melihat mata itu.


Shirime merupakan hantu yang terkenal di Jepun kerana ia jenis tak membahayakan mangsanya sebaliknya suka menyakat dan menakutkan mangsanya.


Ia pernah di adaptasi dalam siri "Ge ge ge no Kitaro" dan "Yokai Watch". Jujurnya saya terlepas pandang nak kongsikan di blogspot ini walaupun saya telah tulis di dalam buku nota saya.