Khamis, 5 Oktober 2017

Sumpahan Sang Kelembai

Salam Malam Jumaat,

Sang Kelembai atau Sang Gedembai begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah.

Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.
Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain.
Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh.

Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza.

Versi Perak
Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.
Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok.

Versi Pahang
Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut. Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya. Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung tersebut.

Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai ‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di puncak Gunung Tahan.

Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak.

Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.

Versi Kedah 
Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Versi Pulau Pinang
Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau Jerejak dan Pulau Aman.

Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya masing-masing. 

*****

Masyarakat Melayu dahulu sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian pelik dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya, bentuk batu-batu aneh dan batu menyerupai manusia yang dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang larang orang tua-tua.

Mungkin cerita mengenai Sang Kelembai direka bagi menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain jauh dari rumah hingga ke kawasan hutan.

Kini, kisah Sang Kelembai dan sumpahannya kian dilupakan saban hari, namun namanya masih menjadi cerita lagenda yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Gajah yang disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu.

Batu Gajah.



Dikatakan ia adalah tapak kaki Sang Kelembai

Jumaat, 22 September 2017

Salam Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua, saya ingin ucapkan Salam Maal Hijrah. Terima kasih dan teruskan memberikan sokongan ke blog saya ini.
Dengan keadaan yang tak menentu, saya akan berkongsi sebanyak boleh. Ada beberapa update dan juga infomasi saya bakal kongsikan.
Terima Kasih.


Khamis, 14 September 2017

Ada sebab mengapa, bahagian 9

Salam Malam Jumaat,


Dengan keadaan serba moden, kepercayaan kepada benda-benda terdahulu dimana orang tua-tua mempercayainya. Apabila bab-bab seperti pantang dan petua, tu rata-ratanya tak nak dengar dengan mengatakan ia sebagai karut ataupun syirik. Ya cakap sahaja bukannya nak memahami perasaan orang tua tu yang sekadar memberikan nasihat.

Nasihat yang diberikan itu untuk kebaikkan diri mahupun keluarga. Jika menduduki rumah baru , orang tua-tua akan menasihatkan agar membersihkan rumah itu secara luaran dan juga spiritual. Itu pun untuk kesenangan dan keselesaan serta bebas daripada sebarang jenis gangguan. Lagipun kita berkongsi alam dengan jin, syaitan dan iblis. Benda ini ada dimana-mana bukan semua dapat merasakan mahupun melihat kecuali mereka yang mempunyai kelebihan dimana Ilahi berikan.

Ni khas buat mereka suami isteri mahupun ibubapa, apabila orang tua-tua memberikan nasihat agar buat doa-doa dan bacaan surah-surah suci sebelum memduduki rumah yang baru. Ia harus dilakukan agar tiada gangguan di rumah. Dengan kesibukkan mencari rezeki, perkara ini ada buat sambil lewa dan ada langsung tak membuatnya. Selalu kes buat Isteri suri rumah sepenuh masa, apabila ada gangguan sendiri yang susah nak tinggal seorang diri rumah mhupun bersama-sama dengan anak. Syukurlah jika suami tu dengar rayuan isteri tetapi selalu kes si suami tak nak dengar mahupun tak peduli langsung (EGO) sebab bukannya dia yang kena sebaliknya si isteri yang kena gangguan. Apabila si suami sendiri kena gangguan baru terhegeh-hegeh nak buat.

Ni buat ibubapa, anak-anak kamu bila menangis waktu senja ataupun maghrib tu ada sebabnya. Orang tua-tua akan mengatakan ia adalah gangguan. Tolonglah jangan hantar ke doktor anak itu ataupun buat tak peduli, apabila anak itu demam panas baru tahu nak menyesal. Kes ni berlaku buat anak-anak dibawah umur 7 tahun. Apabila malam anak-anak dilanda ketakutan yang melampau sekali. Jangan memberikan alasan kesibukan kerja untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai ibubapa. Cari jalan penyelesaian dan tak salah mencari jalan lain untuk mengubati bukan (asalkan jangan gunakan bomoh, dukun dan lain.) Jangan menidakkan jika anak membuat aduan dimana mereka terlihat hantu / momok. Anak-anak kecil tak pandai berbohong dan kata-kata penuh dengan kejujuran. Ambil kesah dengan aduan ini agar gangguan dapat dielakkan. Ia tidak salah meminta bantuan dengan ibubapa kita sendiri walaupun diri sudah bergelar ibubapa. Sama-sama mencari jalan penyelesaian bukannya hidup penuh dengan EGO.

Ada sebab mengapa orang tua-tua memberikan pantang dan petua ini, apabila mereka lebih banyak memakan garam daripada kita ini. Apa yang baik itu kita amalkan dan apa yang jahat tu kita hindarkan.

Khamis, 7 September 2017

Salam Malam Jumaat semua,


Saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sepatutnya minggu lepas saya ingin ucapkan apabila sibuk dengan kerja dan saya hanya berkongsipada malam Jumaat sahaja. Teruskan memberikan sokongan anda ke blogspot dan respon kamu teramat dihargai sekali.

Ada sebab Mengapa, bahagian 8.

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua-tua sering kali menasihatkan agar balik sebelum mahgrib ataupun waktu senja. Semestinya akan menggunakan alasan "nanti disorok hantu" ataupun "nanti hantu cari". Sebaliknya ada sebab mengapa alasan itu diberikan atas faktor keadaan pada masa tu. Pada masa, keperluan seperti elektrik belum ada lagi dan jemudahan itu belum ada. Sumber cahaya pun daripada obor dan pelita, keadaan itu semestinya gelap gelita. Selain daripada agar tidak lewat balik ke rumah untuk solat.

Pada satu ketika dahulu, orang tua-tua sering kali berpesan agar balik sebelum terbitnya matahari di waktu senja ataupun balik sebelum azan maghrib terutamanya yang tinggal di kampung. Mereka khuatir anak-anak kecil berlanggar dengan anak-anak jin mahupun mengelak daripada anak-anak ini dari disembunyikan oleh hantu yang sering kali dikaitkan dengan kehilangan iaitu Hantu Kopek serta dikenali sebagai Hantu Tetek.

Hantu Kopek ini adalah salah satu mahluk halus yang suka menganggu manusia dan hantu ini sering kali menyerupai seperti seorang wanita tua yang mempunyai kopek (buah dada, payudara) yang besar dimana ia menyembunyikan mangsa disebaliknya. Ia adalah hantu yang hidup dengan besar dan tidak bertuan.

Ada versi mengatakan hantu ini mempunyai rupa paras seperti seorang perempuan tua yang teramat hodoh, sangat tinggi, berbogel menunjukkan badannya yang berbelang hitam putih dan gemar bersembunyi di sebalik pokok-pokok di tepi jalan dikala malam hari.Ia mempunyai rambut yang mengerbang & panjang sehinggakan kakinya, kuku yang panjang & tajam dan di tangan kanannya memegang kain putih (kain kematian) yang dikenali sebagai kain kafan. Pakaiannya pula hanya menutupi kawasan dari pinggang ke lutut. Payudaranya bergayut sehinggakan mencecah ke pusat dan kelihatan seperti labu air yang besar. Ia suka duduk mencangkung disebalik  pokok sementara menanti mangsanya datang ke kawasan tersebut.

Apabila seseorang melalui kawasan itu, Hantu Kopek akan mengoncangkan pokok, lalu menghayunkan payudaranya untuk menolak mangsa tersebut sehinggakan terjatuh ke tanah. Apabila mangsanya bangun, hantu ini akan mengulangi perbuatannya sehingga mangsa melarikan diri. Mangsa yang disembunyikan oleh hantu ini, kebiasanya boleh melihat orang-orang yang sedang mencarinya akan tetapi tak mampu berkomunikasi dengan mereka.

Mangsa bagi hantu ini kebiasanya adalah remaja dan anak-anak kecil. Oleh itu tidak hairan mengapa orang tua-tua berpesan dan melarang anak-anak ini daripada balik lewat malah melarang mereka ini daripada bermain dikala cuaca berjerebu dan waktu maghrib dimana hantu ini paling aktif sekali dan mencari mangsanya.

Jika berlakunya anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang  hilang dikala senja hari, ia menjadi adat bagi sesetengah pihak untuk mencari mereka yang hilang itu dengan cara membunyikan gong, loyang ataupun dulang tembaga. Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan hantu tersebut menari-nari sambil melompat-lompat dan ini akan menyebabkan mangsa yang tersembunyi di sebalik payudaranya, terjatuh ke tanah dan akan ditemui di tempat-tempat gelap, belakang pintu, di dalam semak, di bawah pokok mahupun tempat-tempat si mangsa hilang.

Selain daripada itu ada yang meminta pertolongan mereka yang pakar mahupun tok iman mencari mereka yang hilang itu selain daripada mengazankan kawasan dimana mangsa itu hilang selain daripada meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Hantu ini akan lari meninggalkan mangsanya apabila tidak tahan dengan “panas” ataupun meninggalkan mangsanya pada masa tertentu.

Daripada pengalaman si mangsa, kebiasanya mereka melihat seorang wanita tua bersama mereka sentiasa dan memberikan mereka makanan & minuman. Akan sebaliknya ia hanyalah penipuan sahaja dimana Hantu Kopek itu memberikan mereka cacing, najis dan air kencing. Maka tidak hairanlah apabila mangsa yang ditemui kelihatan lemah sebalik sahaja dia diselamatkan. Si mangsa akan memuntahkan segala isi perutnya yang ternyata kotor sekali daripada apa yang diberikan oleh hantu ini. Si mangsa biasanya akan dipulihkan semangatnya dan diberikan air bacaan untuk diminum.
Ada versi lain yang mengatakan hantu yang berwarna kelabu yang gemarkan darah dan kanak-kanak dikaitkan dengan ahli sihir perempuan tua yang bernama Rangda (mengikut mitos orang Bali), dimana ia boleh dilihat menari-nari dengan keadaan payudaranya yang lanjut berjuntaian dan terhayun-hayun di dalam tarian yang dipersembahkan oleh pertunjukkan kebudayaan di Bali. Ia juga mempunyai versi yang lain daripada berlainan negara mahupun budaya seperti di dalam cerita rakyat Slavic (Rusia) iaitu Baba Yaga, dimana ia adalah ahli sihir perempuan dimana berusia tua yang terbang dengan menggunakan lesung kayu dan menumbuk lesung kayu sebagai menariknya dimana dipercayai menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

Tahukan anda bahawa, Hantu Kopek mempunyai versi jantan yang dikenali sebagai Hantu Kangkang. Hantu ini akan menyerang mangsanya dengan mengunakan kemaluannya yang besar dan adakalanya akan menyembunyikan mangsanya disebalik kemaluannya juga. Cara menyelamatkan mangsanya pun sama dengan Hantu Kopek. Infomasi mengenai hantu ini tidak banyak diketahui.

Larangan ataupun petua orang tua-tua ini mempunyai maksudnya tersendiri dimana ia adalah untuk kebaikkan anak-anak mereka juga. Tiada satu ibubapa ingin anaknya hilang dan keselamatan anak-anak adalah tanggung-jawab mereka. Percaya mahupun tidak itu terpulanglah lagipun tiada sesiapa ada hak memaksa kamu untuk mempercayainya. Semua pun bermula daripada kita sendiri juga.

Sumber:
1. 33 Hantu oleh Kumpulan Seekers.
2. The Malaysian Book of The Death by Danny Lim.
3. Cerita-cerita yang saya pernah dengar.
4. Wikipedia.org


Khamis, 24 Ogos 2017

Salam Malam Jumaat semua,

Salam Malam Jumaat semua, Terima Kasih buat mereka yang datang ke Blogspot salammalamjumaat ini. Teruskan memberikan sokongan anda baik memberikan komen mahupun menjadi cctv. 
Kamu teramat galakkan untuk berkongsi apa yang terkandung di dalam blog ini, cuma saya meminta agar tak curi sebaliknya letakkan link dimana kamu menemui infomasi ini. Kebanyakkan info ini saya cari sendiri, kaji selidik dan membuat translation sendiri. Adakah tak rasa bersalah dengan menggunakan bahan yang kamu ambil dimana bukan hak kamu? 
Blog ini tak membawa sebarang pendapatan dan saya berkongsi pun dengan keikhlasan hati untuk membuka minda dan memberikan pengetahuan mengenai infomasi dimana ramai tak tahu selain daripada sejarah dan lagenda. 
Apabila perasaan apabila sumber saya digunakan secara meluas di Facebook dan apabila disoal dimana mereka dapatkan sumber, kebiasaannya berdiam diri dan buat tak kisah. Ya ia memang kerja stress untuk mencari bahan setiap hari untuk dikongsikan di group mahupun page di Facebook. Apabila saya turut lalui setiap hari dan setiap malam, apabila saya menguruskan bukan 1 tapi 3 group dimana saya kena berkongsi cerita seram dan info setiap hari. Tolak lagi penapisan post terlarang yang tidak berkaitan termasuk juga member troll. 
Sebaiknya sila kongsikan link blog ini jika kamu menggunakan bahan dan info yang terdapat daripada group ni. 
Terima kasih dan teruskan memberikan sokongan ke blog ini. 

Ada sebab mengapa, bahagian 7.

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua-tua melarang kita memakai loceng terutamanya rantai loceng ataupun loceng kaki. Selain daripada ia membawa kepada bunyi bising dan ia sesuatu yang tak harus dipakai sebagai aksesori. 

Loceng ini adalah kira penarik mahupun memanggil mahluk-mahluk halus ini. Malah didalam agama Islam melarang penggunaan loceng. Selain daripada itu, ia kira kamu sengaja memanggil benda itu kepada kamu dan selalu kesnya di dalam rumah. Rata-rata mahluk ini akan datang ke rumah dan malah terus menetap di rumah kamu diami. 

Kedengaran bunyi loceng padahal tiada yang mengerakkan mahupun kamu sengaja membunyikannya. Ia adalah penanda bahawa mahluk berkenaan ada di rumah dan teramat mustahil apa jenis mahupun bilangan yang tinggal di rumah kamu. Apabila benda ini mulai menggangu bererti rumah tu tak kuat terutamanya dinding apabila tiada pendinding keimanan, jika rumah tu dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci dan solat, mahluk halus tak akan tahan lama dan lari keluar. 

Terpulang kepada kita sama ada nak dengar mahupun tak pedulikan langsung. Ia sekadar nasihat daripada orang tua-tua sahaja. Lagipun agama dan kepercayaan lain ada menggunakan loceng dalam keagamaan mereka juga, jadi lebih baik biarkan mereka gunakan bukan kita yang beragama Islam.

Lebih baik hormati daripada bersikap biadap dan kurang ajar kepada orang tua-tua. 

Selain itu bukan hak kita sebagai orang Islam untuk menindas mereka yang bukan beragama Islam untuk menghina dan bersikap biadap, selain daripada ia perbuatan mereka tak bertamadun malah ia menjejaskan nama baik agama Islam seperti mana berlaku sekarang ini baik di muka television mahupun di dunia media sosial. Ditegaskan bukan hak kita mahupun sikap Malaysian, perbuatan racist adalah perbuatan paling rendah daripada lain dan ia dilarang tegas dalam agama.