Saya ingin memberikan pengumuman bahawa saya akan berehat sebentar daripada update sebarang post di blog ni. Bukan bererti saya berhenti terus ini kerana saya mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kepakaran saya.Oleh kerana keadaan masih belum dapat dipastikan dahulu dan masih lagi kacau-bilau. Ia sukar bagi saya nak berkongsi apabila saya hampir tertidur sambil nak taip.
Apabila keadaan sudah menjadi terkawal, saya akan berkongsi semula. Saya ada rancangan membuat kajian tapi masa belum mengizinkan.
Bagi mereka yang follow saya, kamu akan diberitahu juga apabila saya berkongsi semula. Bagi mereka yang singgah sahaja, maaflah saya tak tahu bila saya akan kembali berkongsi. Di Fb pun tersangkut sebab sibuk dengan kerja. Jadi bersabar sahajalah saya akan kembali juga.
Salam Malam Jumaat semua.
Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 25 Ogos 2016
Khamis, 18 Ogos 2016
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Salam Malam Jumaat,
![]() |
| Makam Sultan Mahmud dijulang |
Kota Tinggi, Johor. 1699
Lanun bermaharajalela! Dari arah Sedili Besar hingga ke kepulauan Riau dan
Pulau Penyegat, seluruh perairan Johor di kuasai oleh lanun. Kapal-kapal
perdagangan begitu gusar untuk memasuki pelabuhan Johor kerana bimbang diserang
mereka. Tak kurang juga penduduk-penduduk setempat yang tinggal disepanjang
pantai kawasan tersebut. Sudah berapa lama nelayan bimbang untuk keluar ke
laut. Keadaan terlalu menakutkan...Tapi tidak di Kota Tinggi. Pusat kerajaan
Johor Lama. Terlalu gagah pertahanannya, dibawah kawalan Bendahara Tun Habib
Abdul Majid dan Temenggung. Dan perlindungan yang begitu rapi ini membuatkan
Sultannya yang masih muda berasa sangat selamat-Sultan Mahmud Syah II.
Pahlawannya pula sangat berwibawa dan bersedia untuk mengorbankan diri demi
Sultannya pada bila-bila masa. Antaranya Laksamana Megat Seri Rama, laksamana
muda yang datang ke Kota Tinggi dari sebuah wilayah jauh di selatan Kerajaan
Johor, Pulau Bentan. Dan juga kerana tempat asalnya itu, beliau digelar
Laksamana Bentan. Laksamana Bentan mendapat tempat yang istimewa di mata Sultan
Mahmud kerana jasa-jasanya mempertahankan negeri dari ancaman musuh. Kerana itu
Laksamana muda itu begitu cepat mencapai kedudukannya sekarang. Namun, sudah
menjadi adat dalam masyarakat melayu, kadang-kadang kejayaan seseorang itu,
selain dari memberi kegembiraan dan kebanggaan, turut mengundang hasad dengki
kepada orang lain. Orang itu adalah Tun Bija Ali!
Sudah terlalu lama Tun Bija Ali berkhidmat kepada Kerajaan Johor, sejak
dari zaman Almarhum ayahanda Sultan Mahmud hinggalah sekarang, masih belum
mendapat perhatian dari Sultan. Tambahan kehadiran Laksamana baru itu, kini,
Baginda Sultan seakan endah tak endah akan dirinya. Hati siapa tidakkan sakit?
Sakit hatinya bertambah-tambah lagi apabila Laksamana Bentan itu berjaya
memiliki seorang dara yang juga ingin dimilikinya, Wan Anum. Gadis itu memang
digilainya sejak kali pertama gadis itu menjejakkan kaki ke Kota Tinggi,
setelah kematian ibu dan ayahnya dibunuh lanun di Mersing. Dia diselamatkan
oleh Laksamana Megat Seri Rama dari tangkapan lanun tersebut sedikit masa dahulu
dan dibawa ke Kota Tinggi untuk tinggal bersama datuk dan neneknya, Pak Mahad
di Kota Tinggi. Sejak itu Wan Anum berkenan dengan Laksamana yang muda itu, dan
ternyata, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dan Laksamana Megat Seri Rama
mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai isteri, memandangkan Wan Anum
seorang yatim piatu dan tambahan pula gadis itu amat luar biasa, lemah lembut
dan cantik pula. Berkahwinlah mereka berdua dan tidak lama lagi pasangan muda
itu bakal menimang cahaya mata. Wan Anum kini sedang berbadan dua dan hanya
selang sebulan dua untuk menimang cahaya mata sulung.
Namun keadaan tidak selalunya seperti diharapkan. Harapan Wan Anum untuk
bersama suami tercinta apabila dia melahirkan anaknya nanti tidak kesampaian.
Baginda Sultan telah mengeluarkan perintah yang bahawa Laksamana Megat Seri
Rama perlu mengetuai angkatan tentera Johor menentang lanun sekali lagi.
Keadaan ancaman lanun lebih hebat kali ini dan ini memaksa Laksamana tidak lagi
dapat menangguhkan lagi perintah baginda, walau bagaimana sekalipun beliau
bimbangkan keadaan isteri tercinta. Dan Wan Anum perlu memahami keadaan tugas
suaminya dan itu janji pada dirinya sejak dari hari pertama dia menerima
lamaran Laksamana muda itu. Demi negara, dia rela, dan ini pun demi keselamatan
dirinya juga. Dengan berat hati Wan Anum melepaskan Laksamana Megat Seri Rama
pergi menjalankan tugas dilautan. Sepeninggalannya, Laksamana Megat Seri Rama
mengamanahkan sahabat baiknya Tun Aman dan kakaknya Tun Khatijah menjaga
isterinya Wan Anum.
Namun seseorang sedang memerhatikan peluang ini sebagai peluang yang amat
menguntungkan. Keadaan Wan anum yang seorang diri tanpa suami disisi, akan
dipergunakan sebaiknya, paling tidak untuk merasai wanita yang dulu pernah
terlepas dari genggaman itu. Pada suatu malam, Tun Bija Ali menyusup masuk ke
rumah Laksamana yang pada waktu itu Wan Anum sedang keseorangan. Wan Anum yang
terperanjat tapi tidak mudah melatah. sekalipun berbadan dua, dia mencuba
sedaya upaya menentang akan pencerobohan biadap Tun Bija Ali itu. Dan kegagalan
itu membuatkan Tun Bija Ali tidak senang duduk. Bagaimana jika rahsia itu pecah
dan sampai ke pengetahuan Laksamana? Pastinya Laksamana akan mengambil tindakan
dan membunuhnya....jadi sebelum Laksamana bertindak keatasnya, biar dia bertindak
dahulu.
Sudah hampir 2 bulan Laksamana pergi dan Wan Anum hanya mampu berdoa kepada
doa demi keselamatan suami tercinta. Kandungannya semakin sarat. Tapi ada satu
perkara yang membuatkan dia gelisah. Terlalu sukar hendak mendapatkan nangka
kerana sekarang bukanlah musimnya berbuah, tapi itulah yang amat
diidam-idamkan. Kecur tekaknya apabila mengenangkan ulas nangka yang manis tapi
dimana hendak dicari? Awang, budak khadamnya itu sudah penat mencari, dari
Kampung Bendahara ke Kampung Tembioh, dan seluruh Kampung Kelantan tempat
tinggalnya itu masih tidak berjumpa. Setiap batang pokok nangka dibelek,
usahkan buah, putik pun tiada.
Namun seakan harapan mula berputik bila terlihat Penghulu sedang mengusung
sesuatu di bahu melintasi rumahnya. Dan ternyata ianya sebiji nangka yang
sedang masak ranum dan luar biasa pula besarnya dalam perjalanan untuk
dipersembahkan kepada Sultan. Wan Anum merayu untuk menjamah sedikit dari buah
tersebut, seulas pun jadilah. Semata-mata untuk melepaskan rasa mengidam yang meluap-luap.
Rasa simpati mencurah lalu diberikan seulas dari seluruh buah nangka tersebut.
Tapi janji dibuat antara mereka berdua, jangan dibiarkan sesiapa yang lain tahu
kelak badan binasa.
Malangnya Sultan Mahmud mencurigai akan buah nangka tersebut apabila
terlihat akan kesan tebukan kecil pada kulitnya dan getah yang mengalir. Dan
apabila dinyatakan angkara siapa, lalu Tun Bija Ali yang kebetulan berada
bersama Sultan ketika itu sedar akan peluang ini tidak boleh dilepaskan. Dendam
harus dilunas. Lalu dibisikkan kata hasutan, bahawa tindakan Wan Anum yang
merasai nangka tersebut sebelum baginda ternyata membawa aib dan ternyata
derhaka kepada baginda. Baginda Sultan yang termakan hasutan ternyata amat
murka dan segera menitahkan Wan Anum mengadap. Wan Anum yang sedar keadaannya
dirinya sedang terancam merayu kepada baginda bahawa tindakannya semata-mata
kerana beliau sedang mengidam dan buah nangka yang dimakannya adalah kerana
kehendak anak didalam kandungannya. Ternyata kata-katanya membawa padah! Sultan
Mahmud menitahkan agar perut Wan Anum dibelah semata-mata untuk membuktikan
dakwaannya! Tun Bija Ali amat gembira menerima titah tersebut, rahsianya akan
terus berkubur, Wan Anum akan menerima padah dan dirinya akan terselamat.
Alangkah malang dan terseksa nasib Wan Anum, sembah rayu tidak dipandang
oleh baginda....dan Wan Anum akhirnya terkulai, dengan kandungannya yang
terburai. Tapi kuasa Allah Yang Maha Besar. Dakwaan Wan Anum ternyata benar,
apabila terlihat oleh baginda dan Tun Bija Ali, terdapat cebisan nangka di
mulut janin Wan Anum! Namun itu tidak membawa apa-apa kesan kepada Sultan
Mahmud dan Tun Bija Ali, malah diperintahkan seluruh isi istana merahsiakan apa
yang telah berlaku terutamanya dari pengetahuan Laksamana Megat Seri Rama.
Angkatan tentera Johor menang besar dengan berjaya mengalahkan lanun dan
Laksamana Megat Seri Rama sudah tidak sabar benar hendak pulang ke Kota Tinggi
untuk bertemu anak isteri yang pada jangkaannya tentu Wan Anum telah pun
melahirkan zuriat mereka. Namun khabar mengatakan Wan Anum meninggal dunia
semasa melahirkan anak mereka meluluhkan jiwa laksamana tersebut. Terlalu
kecewa dan pedih dihatinya. Pada suatu hari, sewaktu berjalan pulang dari
kubur, hujan renyai turun memaksa laksamana itu mencari tempat perlindungan dan
dia singgah berteduh dibawah bumbung sebuah rumah pekerja istana. terdengar
olehnya akan perbualan suami isteri didalam rumah tersebut mengenai
penganiayaan dan dilakukan oleh Sultan Mahmud keatas Wan Anum. Rasa amarah
meluap-luap dan membara, membakar rasa dendam yang teramat sangat. Tambahan
pula, Tun Aman sahabat baiknya membuka rahsia, yang semua ini angkara dari Tun
Bija Ali! Lalu sebuah pakatan dibuat untuk menyelesaikan kedua binatang bedebah
tersebut.
Tun Bija Ali seorang yang kaki perempuan, walaupun telah beristeri empat
tapi masih menggilai perempuan lain, antaranya Tun Khatijah, kekanda Tun Aman.
Dan peluang ini digunakan oleh Tun Aman untuk memerangkap Tun Bija Ali dan
hasilnya, Tun Bija Ali berkubur ditengah hutan tanpa diketahui sesiapa!
Tersenyum puas Laksamana Bentan kerana orang yang menjadi onar telah pun
menerima akibatnya namun itu belum cukup...
Pada suatu malam Jumaat, diperasap diasam keris panjang dan keris pendua.
Esok, bumi Kota Tinggi bakal menjadi bertuah, dimana ditanahnya akan melimpah
darah seorang Raja. Menjelang tengahari, sewaktu penduduk Kota Tinggi
berpusu-pusu menuju ke Masjid Besar untuk menunaikan solat Jumaat, hujan renyai
panas membasahi bumi. Sultan Mahmud Syah sedang dijulang pengiring-pengiringnya
dari atas tandu ke tangga istana. Dan tiba-tiba Laksamana Megat Seri Rama
muncul, menghalang laluan baginda. Diatas julangan tersebut, baginda ditikam
dirusuk kiri membuat baginda dan orang-orangnya terpana, terkejut dengan apa
yang berlaku. Tetapi dalam keadaan nazak, Baginda mencabut keris kerajaan yang
tersisip dipinggangnya, lalu dilontar ke kaki Laksamana, lantas memaku
Laksamana itu kebumi, sambil melafazkan kalimah
"Jika benar beta Raja berdaulat, beta haramkan sebarang anak Bentan
dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar beta sumpah
muntah darah hingga putuslah nyawa!"
Dan tak semena-mena, Laksamana yang sedang cuba mencabut keris dikakinya,
memuntahkan darah yang membuak-buak lalu rebah dikaki tangga masjid. Sementara
Sultan Mahmud Syah mangkat diatas julangan pengiringnya. Sejak dari peristiwa
itu baginda yang merupakan keturunan Kesultanan Melaka yang terakhir, digelar
orang Marhum Mangkat Dijulang dan tidak meninggalkan sebarang pewaris takhta.
Manakala diceritakan orang, sumpahan baginda masih tegar dan keras dibumi Kota
Tinggi, Johor. Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Makam dan Laksamana Megat
Seri Rama pula, dikebumikan bersebelahan dengan kubur isteri dan anaknya di
Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor.
![]() |
| Makam Laksamana Bentan |
Khamis, 11 Ogos 2016
Puteri Saadong
Salam Malam Jumaat,
Berapa ramai antara kita yang mengetahui akan nama lama bagi negeri Kelantan Darul Naim? Pernahkah anda mendengar Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong? Nama yang menggambarkan akan sebuah kerajaan yang terlalu indah, dikelilingi gunung dan banjaran, serta kawasan lembah yang dipenuhi bunga-bungaan yang pelbagai bentuk dan rupa. Cerang Tegayong pula memberi makna cahaya yang menyimbahi di celahan dedauan pohon tegayong. Begitulah keindahan yang digambarkan melalui nama lama itu.
Demikianlah juga akan gambaran pemerintahnya, Chik Siti Wan Kembang, juga dikenali juga Paduka Chik Siti. Satu satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali demi kewibawaan baginda, keadilan yang menjadi teras pemerintahannya, kebijaksaan serta keperwiraan baginda walaupun baginda adalah seorang wanita, menjadikan nama Paduka Chik Siti begitu gah dan melata tersebar akan kisahnya di serata rantau Nusantara, dan kerajaannya yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa dipenuhi rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Berikut kerana itu, terdapat cerita orang, pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Kelantan, enggan untuk meninggalkan negeri itu, hingga sanggup menenggelamkan kapal masing-masing untuk dijadikan alasan supaya dapat terus kekal di Kelantan. Demikianlah diceritakan orang....
Tersebut pula akan sebuah kerajaan yang berjiran dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga itu, bernama Jembal, terletak di bahagian timur lautnya. Yang mana pada ketika itu dalam tahun 1638 Masehi, Raja Besar telah menyerahkan takhta kepada anakandanya, Raja Sakti dan Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong.
Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong, yang mana keramaiannya berlangsung selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini. Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".
Hubungan baik terjalin antara kerajaan Jembal dan Kelantan sementelah Kelantan sebuah kerajaan yang gagah perkasa. Perutusan senantiasa bertukar tangan demi perhubungan yang baik itu hinggalah dibawah pemerintahan Raja Loyar yang menggantikan ayahandanya. Raja Loyar telah dikurniakan dua cahaya mata yang mana, seorang lelaki dinamakan Raja Sakti, demi mengenangkan nendanya tapi malang telah mangkat ketika masih kecil, dan kedua pula seorang perempuan dinamakan Puteri Mariam, yang mana lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Paduka Chik Siti yang amat tertarik dengan perilaku dan rupa Puteri Saadong itu telah berhasrat untuk mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya dan juga bakal pewaris takhta, kerana Paduka Chik Siti itu tidaklah bersuami dan tidak mempunyai sebarang anak . Hasrat itu disuarakan kepada Raja Loyar dan seakan seribu rahmat, hajat Paduka Chik Siti diperkenankan oleh Raja Loyar. Puteri Saadong dan Paduka Chik Siti pun berangkat pulang ke Gunung Chinta Wangsa dan bersemayam disana. Sebagai tanda kasih sayang seorang ibu, Paduka Chik Siti memerintahkan para pembesar dan hulubalang mendapatkan dua ekor kijang untuk dijadikan belaan dan teman permainan Puteri Saadong dan dari situlah menjadi lambang pada jata negeri Kelantan yang kekal hingga ke hari ini.
Puteri Saadong membesar, dididik dan diasuh dengan penuh limpahan kasih sayang dari bondanya dan sebagai bakal pewaris takhta. Selain dari itu kejelitaan rupa paras membawa kepadanya gelaran Puteri Wijaya Mala dan kerana itu jugalah nama Puteri Saadong sangat-sangat terkenal, seperti bondanya, Paduka Chik Siti. Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Paduka Chik Siti, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak. Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar.
Maka, berlangsunglah istiadat perkahwinan Puteri Saadong dan Raja Abdullah di Gunung Chinta Wangsa dengan penuh kemeriahan dan temasya yang berlangsung berpuluh-puluh hari lamanya. Kemeriahan itu disambut indah dan penuh takzim oleh sekelian rakyat jelata yang merupakan satu anugerah yang penuh rahmat bagi seluruh Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga serta juga Kerajaan Jembal. Semua hamba rakyat juga dapat melihat akan Puteri Saadong yang bakal mewarisi pemerintahan bondanya, Chik Siti Wan Kembang menjadi seorang pemerintah yang adil dan saksama dan moga Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga terus kekal sebagai sebuah kerajaan yang agung, aman dan sentosa. Namun itu hanyalah satu tanggapan...sesungguhnya mereka terlupa tentang seseorang yang sedang memendam perasaan....
Setelah berberapa ketika selepas perkahwinan antara Puteri Saadong dan Raja Abdullah, Paduka Chik Siti mengambil keputusan untuk terus menyerahkan takhta yang sekelian lamanya baginda duduki, diambil alih oleh puteri kesayangannya itu. Setelah selesai istiadat pertabalan Puteri Saadong dan Raja Abdullah sebagai pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga yang baru, baginda berdua berpendapat untuk membuka pusat pemerintahan yang baru dan mereka melihat sebuah tempat yang terletak di hilir negeri Kelantan sebuah tempat yang sesuai. Dan kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin, namun bagi Paduka Chik Siti, baginda mahu terus menetap di Gunung Chinta Wangsa kerana baginya, disitulah tempat yang lebih sesuai bagi dirinya. Disini baginda mahu mengasingkan diri, mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan amal ibadat kepada Allah Taala. Dan disinilah, Paduka Chik Siti yang ketika itu telah menjangkau usia senjanya, telah jatuh gering dan setelah berberapa lama, Paduka Chik Siti pun mangkat, menjadi satu berita yang amat menyedihkan bagi seluruh negeri Kelantan: sesungguhnya mereka kehilangan seorang pemerintah yang sangat sukar untuk dicari ganti. Dikatakan baginda telah dimakamkan di Kampung Banggol yang terletak tidak jauh dari Kota Bahru, ibu negeri Kelantan sekarang.
Maka pemerintahan Puteri Saadong pun bermula dan baginda memang seorang pemerintah yang seperti yang diharapkan oleh sekelian rakyat Kelantan. Dengan sebolehnya, baginda meneruskan sifat dan ciri almarhum bondanya, Paduka Chik Siti; seorang pemerintah yang adil dan saksama. Namun, keamanan itu bakal berakhir tidak lama lagi...
Raja Siam yang pernah kecewa akibat gagal memiliki Puteri Saadong, kini amat murka apabila menerima khabar bahawa puteri idamannya itu kini dimiliki oleh Raja Abdullah. Dan kemarahan itu tidak berakhir disitu. Raja Siam telah membentuk sebuah angkatan tentera yang besar untuk menyerang negeri Kelantan dan satu tujuan yang nyata, iaitu memiliki Puteri Saadong! Padanya, puteri itu hanya layak untuk dimiliki olehnya, bukan lelaki lain. Berita akan serangan yang bakal berlaku itu sampai ke pengetahuan Raja Abdullah dan baginda mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota Jelasin dan menuju ke daerah Melor dan disini baginda membuka penempatan yang baru dinamakan Kota Mahligai.
Namun, apalah kudrat itu jika dibandingkan dengan keupayaan tentera Raja Siam yang besar dan terkenal dengan kehandalannya. Tindak tanduk Raja Abdullah dapat dihidu oleh Raja Siam dan Kota Mahligai telah diserang dengan dasyat. Kemusnahan dan kehancuran merebak dengan meluas, kematian berlaku dimana-mana.
Puteri Saadong yang melihat akan kehancuran kerajaannya itu berasa amat kecewa, tambahan pula baginda merasakan dirinya seaakan gagal untuk menjaga amanat dari paduka bondanya, Paduka Chik Siti. Baginda mahu melihat kemusnahan ini berhenti serta merta dan tidak mahu, kerana dirinya, Kerajaan tanah Serendah Sekebun Bunga yang menanggung akibat. Baginda tahu, satu keputusan segera perlu dibuat, meskipun itu bakal mengorbankan dirinya.
Biarlah dirinya dimiliki oleh Raja Siam, asalkan rakyat jelata tidak terus menerima akibat! Raja Abdullah amat kecewa dengan keputusan isterinya tetapi baginda juga sedar, itu adalah demi masa depan kerajaan dan rakyat jelata. Niat Raja Siam menyerang Kelantan cuma satu, iaitu memiliki Puteri Saadong, jadi, dari terus menerima azab, biarkanlah Raja Siam itu mendapat apa yang dihajatinya. Tapi sumpah dan janji Puteri Saadong pada suaminya, Raja Abdullah, walau apa pun, Raja Siam itu hanya mampu memiliki tubuhnya, tapi tidak cinta dan hatinya. Dan demi itu juga, Puteri Saadong juga berjanji, pada suatu hari nanti, Puteri Saadong akan tetap kembali kepada Raja Abdullah. Meskipun berat bagi Raja Abdullah, itulah satu-satunya jalan yang terbaik....
Sebaik sahaja Puteri Saadong menawarkan diri untuk dimiliki oleh Raja Siam, serangan keatas Kota Mahligai dihentikan serta merta...masakan tidak hajat dan tujuan yang terpendam dan impian yang disangka telah terkubur kini termakbul. Sebuah angkatan besar ditubuhkan seakan sebuah angkatan perkahwinan, bersertakan gajah kenaikan besar membawa Puteri Saadong meninggalkan tanah Kelantan menuju pulang ke Siam. Diatas gajah itu Puteri saadong melemparkan pandangan kearah tanah tercinta demi korban serta kasih sayang terhadap rakyat jelata dan tentu khususnya kepada suami yang amat dicintainya, Raja Abdullah. Namun sumpah dan janjinya pemergiannya ke Siam bukanlah untuk selamanya tetapi baginda tetap akan kembali...itu janjinya.
Di Siam, setiap saat dan masa Puteri Saadong bermohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar dipeliharakan dirinya dari nafsu serakah Raja Siam yang tidak putus harap dan sentiasa mencari jalan untuk meraikan kejayaan menawan "kemenangannya" di Kota Mahligai. Kesuciannya hanya untuk dinikmati suami tercinta yang telah ditinggal jauh di Kelantan tetapi tanpa penat dan serik Raja Siam tetap cuba utnuk merampasnya dari Puteri Saadong.
Dan hinggalah pada satu peristiwa, nekad Raja Siam yang durjana itu membawa padah pada diri sendiri. Berkat ilmu yang diperturunkan serta diwarisi dari paduka bonda yang tercinta Almarhum Chik Siti Wan Kembang dan juga berkat doa yang tak putus jemu dipanjatkan kepada Allah Azzawajala, sewaktu Raja Siam sedang cuba meniduri puteri jelita itu, serta merta Raja Siam diserang penyakit sopak dan gatal-gatal yang melampau hingga menyebabkan kulitnya berdarah dan bernanah. Serta merta Raja itu meninggalkan kamar tempat baginda menawan Puteri Saadong.
Keadaan berlanjutan hingga Raja Siam itu terpaksa membawa perkara itu kepda nujum istana yang mana nujum telah membawa kesimpulan yang amat sukar untuk diterima. Kerana Daulat yang kukuh terpelihara pada diri Puteri Saadong, mengakibatkan punca penyakit yang sedang galak mengembang di badan Raja Siam itu. Hanya satu cara sahaja yang dapat menghentikan bencana itu iaitu dapatkan air basuhan kaki puteri itu dan ia akan menjada penawar pada racun yang sedang merebak.
Kepastian itu amat sukar untuk ditelan oleh Raja Siam, namun keadaan dirinya yang sangat darurat hinggakan baginda berasa malu untuk keluar menjalankan urusan negara akhirnya terpaksa menerima hakikat dia terpaksa menunduk kalah pada tawanannya. Pujuk demi pujuk, rayu demi rayu akhirnya Puteri Saadong akur tapi dengan bersyarat. Tinggalnya di Siam akan tamat setelah dia menyerahkan air basuhan kaki tersebut dan Puteri Saadong minta agar dihantar pulang ke Kota Mahligai, demi baginda terlalu rindukan tanah tempat tumpah darahnya dan yang paling penting mengotakan janji pada suami tercinta Raja Abdullah yang telah ditinggalkan setelah sekian lama.
Janji dikota dan Puteri saadong dihantar pulang ke Kota Mahligai. Tiada yang dirasa oleh puteri itu selain rasa syukur yang tinggi dan peluang untuk baginda melepaskan rindu nan membuak bakal termakbul. Impian untuk mengotakan janji kepada Raja Abdullah bukan lagi sekadar mimpi yang menghantui tidurnya setiap malam selama baginda terseksa di Siam. Namun siapalah kita manusia yang serba lemah jika dibandingkan dengan takdir Tuhan yang telah tertulis....
Bayangkan rasa yang bercambah dihati seandainya kepulangan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh sang suami, sebaliknya melihat suami yang dirindui telah mengambil langkah untuk berpaling dari janji. Patah hati Puteri Saadong melihat Raja Abdullah berada diatas singgahsana bersama isteri baru, Puteri Rokiah anak kepada Penghulu Ngah Jembal. Berlaku pertengkaran yang dasyat antara suami isteri itu dan akibat dari gagal menahan rasa amarah dan cemburu lantaran rasa diri dikhianati, Puteri Saadong mencabut pacak sanggul emas lantas menusuk ke perut suaminya. Lantas Raja Abdullah terjelepok jatuh di kaki tangga singgahsana kaku tidak bernyawa. Puteri Saadong lantas sedar dari lamunan rasa amarahnya namun apakan daya, perkara yang telah berlaku tidak lagi boleh ditarik balik.
Menyesali dan bertaubat atas ketelanjurannya, Puteri Saadong telah turun dari takhta kerajaan Kota Mahligai dan menyerahkannya kepada adinda kepada Almarhum Raja Abdullah, Raja Abdul Karim. Sementelah itu Puteri Saadong telah membawa diri meninggalkan Kota Mahligai dan menuju kearah Gunung Chinta Wangsa tempat persemayaman almarhum bondanya untuk mengasingkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Dan semenjak dari itu tiadalah lagi khabar diketahui tentang puteri jelita yang pernah menggugat keagungan kuasa seorang Raja dan juga yang amat dicintai oleh hambanya...Demikianlah diceritakan orang....
Khamis, 4 Ogos 2016
Cerita Mitos Beras Terbakar Langkawi Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh
Salam Malam Jumaat,
Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras
Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja,
Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu
ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam
tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.
Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu
sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh
dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah
meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu
ada sampai sekarang.
Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan
pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah
Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh
orang-orang Siam.
Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan
panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik
iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa
Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya
sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan
musuh.
Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut
kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan
kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang
dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh
keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan
terbakar.
Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai
penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.
| Beras Terbakar |
| Tapak dimana sawah-sawah yang dibakar oleh tentera siam, apabila dikorek masih terdapatnya beras-beras yang terbakar. |
Khamis, 28 Julai 2016
Lagenda Jentayu
Salam Malam Jumaat,
Diriwayatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, disuatu masa, dunia ini
didiami oleh ratusan jutaan burung-burung dari pelbagai jenis dan warna.Seiring
alam dan juga dada langit berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung
yang berjumlah berjuta-juta terbang ke sana dan ke mari.Sebentar berwarna
kuning,sebentar lagi berwarna kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih
berganti.Alam bertukar dalam kesukacitaan dunia ketika itu.
Burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung yang teramat besar di
dunia ini.Seekor burung Jentayu dan seekor burung Garuda.Dikatakan kedua-dua
ekor ini mengaku bersaudara dan beramat kasih antara satu sama lain.
Burung Jentayu merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur
air.Bulunya berwarna putih kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak.Di
atas kepalanya terdapat jambul seperti sebuah mahkota yang berkilauan umpama
intan.Manakala burung Garuda seekor burung sakti yang hebat.Memebawa unsur api
dengan bentuk seperti helang.Berbulu kuning keemasan dan mempunyai tanduk di kepala
yang menyala seperti api.
Kedua-dua burung ini tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan
burung-burung yang lain.Mereka sering dilihat berputar-putaran di langit
menigtari alam sambil membawa dua hawa sejuk dan panas.Adapun di dalam erat
persaudaraan itu terselah perbezaan antara keperibadian kedua-dua ekor burung
ini.Jentayu amat meredah diri,manis pertuturan dan sikapnya,dan juga
berdikari.Manakala Garuda panas baran dan amat mencintai kekayaan dunia.
Di dalam kerajaan manusia terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan
Rom di barat meliputi benua Eropah dan Asia Utara.Kerajaan Raja Sulaiman
ditengah-tengah meliputi Afrika,Timur Tengah,Asia Tengah,India,dan Nusantara.Kerajaan
China ditimur meliputi Indon-china,China dan juga timur jauh.
........................................................................................................................................
Tersebut pada suatu hari,sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual,timbullah
satu hal musabab.Garuda amat berbangga dengan kehebatannya dan ingin mengaut
segala kekayaan dunia untuk dirinya.Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa
tugas mereka adalah memenuhi amanah Allah .Sebagai penguasa Mergastua di muka
bumi ini dan setiap diri makhluk mempunyai banyak kelemahan.Nasihat Jentayu itu
rupa-rupanya menyakiti hati Garuda.Lantas dengan ketika itu juga Garuda
memerangi Jentayu dengan segala kesaktian.Jentayu tidak mahu mencetuskan
huru-hara.Kemudian Jentayu meminta maaf kepada Garuda,tetapi Garuda tidak
memaafkan Jentayu dan memutuskan hubungan persaudaraan mereka.
Jentayu berduka lara lantas terbang jauh ke kaki langit.Dalam perjalanan
itu, Jentayu singgah di Negeri Rom dan bertemu dengan Merong Mahawangsa, sepupu
Maharaja Rom yang menyelamatkan dirinya daripada memakan buah Megabayu yang
beracun.Sebagai tanda berterima kasih,Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah
panah sakti dan mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melepaskan anak panah
itu saat raja itu dalam bahaya.
Setelah bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik di hati Garuda
terkenangkan saudaranya itu.Tiba-tiba pecah berita Maharaja Rom akan
mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China .Mendengar berita itu,Raja
Sulaiman berasa hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun
kedua-dua mempelai berasal dari negara yang berbeza dan jauh jaraknya antara
satu sama lain."Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya"
Garuda yang ketika itu berada di balai penghadapan itu terdengar madah Raja
Sulaiman itu.Garuda percaya bahawa dirinya dapat menghalang perkahwinan antara
putera Rom dan Puteri Maharaja China dengan menggunakan kesaktiannya.Garuda
juga bersumpah di hadapan Raja Sulaiman,sekirannya dia gagal menghalang
perkahwinan antara putera Rom dan Maharaja China, dia akan mengurung dirinya di dalam kawah gunung
berapi.Raja Sulaiman cuba memberi nasihat kepada Garuda bahawa jangan bersikap
sombong.
Garuda lansung tidak mempedulikan nasihat Raja Sulaiman.Dia bertekad
menghalang perkahwinan itu kerana dia berasa dapat berbuat sedemikian.Langkah
pertamanya ialah menyerang istana Maharaja China.Terlalu ramai bala tentera
China yang terkoban.Garuda mematahkan tingkat atas pagoda istana dan terus
membawa puteri Maharaja China ke Pulau Langkawi .
Rombongan mempelai putera Rom sudah memasuki Tanjung Harapan. diketuai oleh
Raja Merong Mahawangsa sebagai paman kepada putera Rom.Burung Rajawali yang
sedang berlegar di langit terbang ke Pulau Langkawi untuk menyampaikan khabar kepada Garuda bahawa mempelai putera Rom
sudah tiba di Teluk Benggala.
Di Teluk Baggala itu,Garuda menyerang dan memusnahkan Jong bahtera Rom yang
berjumlah 100 buah lengkap bersenjata.Anak panah umpama hujan menuju ke arah
Garuda.Namun tidak berupaya melukakannya.Garuda memuntahkan api dari paruhnya
menyebabkan habis kesemua bahtera hancur terbakar.Putera Rom jatuh ke laut dan
hilang dari pandangan.
Di saat genting itu,Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panak
kesaktiannya.Anak panah itu luncur ke udara umpama kilat putih membelah
langit,berputar-putar menjadi Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya,Garuda.
Peperangan sengit sudah tidak dapat dielakkan lagi.Satu pertarungan hidup
dan mati.Setitis air mata Jentayu jatuh ke bumi.Pertempuran bermula.Halilintar
sabung menyabung.Ombak beralun tujuh hasta,manakala seluruh Nusantara sudah
gempa dengan dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan kuasa sakti
Garuda dan Jentayu.
Pertarungan itu amat memeranjatkan Garuda kerana kekuatan Jentayu seimbang
dengan dirinya.Di dalam pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat berhubung
secara laduni.
"Bersungguh benar abang Garuda ingin menghapuskan kita" keluh
Jentayu.
"Aku akan hapuskan siapa yang berani menghalang rancanganku ,termasuk
dirimu Jentayu"!!! mata Garuda sudah menyorot ganas.
Mereka bertarung dengan kesaktian yang amat hebat.
Jentayu berfikir bahawa sahabtanya Garuda tetap akan membunuhnya.Jentayu
sengaja membuka ruang.Tikaman susuh kiri Garuda terbenam ke ulu hati
Jentayu.Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya sendiri.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir,setitis air mata jentayu jatuh ke dalam laut
disambut sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara.Jasad Jentayu jatuh ke dalam
laut Khalzum.Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.
Garuda bersorak riang.Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita
kejayaanya.Raja Sulaiman mendapat ilham bahawa Putera Maharaja Rom hanyut
terdampar di laut Selat Melaka dan bertemu puteri Maharaja China di Pulau
Langkawi.Raja Sulaiman menitahkan agar Pagoda itu dibawa ke istana baginda.
Sebaik sahaja dibuka pintu Pagoda itu,Keluarlah putera Maharaja Rom dan
Puteri Maharaja China menghadap Raja Sulaiman.Garuda merasa amat malu akan
tindakannya lalu terbang ke lautan
pasifik dan menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah di sebuah pulau.
![]() |
| Ia lebih kepada lagenda bukan kepada versi wayang. Pertarungan 2 jenis burung. |
Khamis, 21 Julai 2016
Kepercayaan 'Labus'
Salam Malam Jumaat,
Sebelum kedatangan mubaligh Kristian pada sekitar tahun 1950-an, satu-satuya kepercayaan suku kaum Momogun Rungus ialah kepercayaan animisme. Mereka menyebut kepercayaan ini sebagai agama Labus (disebut Labvus).
Menurut agama ini apabila bangsa Momogun dianiaya atau dijajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yang tidak pernah terjadi seperti serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap Momogun. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk sebagai wasiatnya kepada Momogun.
Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:
AGAMA – berasal dari bahasa Rungus boleh dilakukan
‘A’ - boleh
‘Gama’ - buat / lakukan
LABUS – bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus
Ringkasnya,agama Labus bermaksud satu set hukum momogun yang boleh dilakukan untuk melepaskan mereka dari hukuman, laknat, sumpahan atau murka dari tuhan.
Menurut Bobolizan Gomburon dan Guraumanuk, manusia ini pada asalnya adalah dewa. Setelah dihasut oleh Rogon iaitu anak Kinoringan Mamangun sendiri, manusia yang ketika itu adalah dewa telah ikut serta merebut takhta Kinoringan. Maka akhirnya Pomogunan Tavanus (Syurga) telah huru hara dan Kinoringan mematahkan bala tentera Rogon dan menjatuhkan hukuman kepada pengikut-pengikutnya. Manusia yang termakan kata-kata Rogon pada mulanya dipanggil sebagai Rumandavi (dewa) kini dipanggil Riniba(manusia).
Riniba diambildari kata ‘SIBA’ bermaksud rendah.Riniba bermakna makhluk ciptaan Kinoringan Mamangun yang telah direndahkan statusnya.
Untuk mengelakan kutukan dari Kinoringan terhadap mereka yang mengkhianati kemuliaan hati-Nya, maka wujudlah agama Labus yang diturunkan kepada Bobolizan Guraumanuk untuk menggantikan hukuman keras yang diwartakan oleh Bobolizan Gomburon.
Agama Labus yang diwartakan Bobolizan Guraumanuk ini menghapuskan hukuman mati seperti memasukkan pesalah yang membunuh orang ke dalam bubu dengan batu lalu dibuang ke dalam laut (hukum gomburon) dengan setiap kesalahan orang momogun boleh dibayar dengan mengorbankan haiwan ternak seperti ayam (nilai ayam bergantung kepada warna hitam / putih. Warna lain tidak diterima), atau kesalahan besar korbankan khinzir atau kerbau.
Setelah pihak British menjajah kepulauan Borneo, barulah agama lain wujud di kalangan masyarakat Momogun Rungus. Menurut sumber yang boleh dipercayai, agama suku kaum Rungus yang pertama dianuti ialah agama Kristian dari denominasi Protestan. Menurut sejarah gereja berkenaan, pada tahun 1953 para penginjil (diketuai oleh Missioner Bienz) dari Jerman datang ke kawasan Kudat untuk memberitakan injil tentang Jesus Christ (Nabi Isa). Pada masa kini, 90% dari suku kaum Rungus adalah beragama Kristian denominasi Protestan,5% dari Kristian mazhab lain dan selebihnya beragama Islam akibat daripada perkahwinan campur .
Walau bagaimanapun, agama Labus masih diamalkan oleh sebilangan warga Momogun Rungus yang berada di kawasan pedalaman bagi menghormati semangat Lumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun-temurun.
Upacara Mamasi & Managas
Agama Labus mempunyai kalender sendiri. Dalam agama Labus tahun ia bermula sebagai pesta kaamatan/kokotuan ialah bulan satu. KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya jika menurut agama Labus.Tahun ini ialah tahun ke-11 dalam agama labus. Kitaran tahunnya adalah 100 tahun. Selepas 100 tahun, maka bermula lagi ke tahun 1 dan demikianlah pusingannya seterusnya.
Ada dua perkara yang penting semasa 100 tahun dalam kalender agama Labus iaitu upacara Mamasi dan upacara Managas.
Upacara Managas
Upacara Managas sudah 200 tahun tidak dijalankan. Ini kerana penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu dihalang pihak British kerana upacara itu bercanggah dengan undang-undang British. Managas adalah satu upacara penyucian negeri Sabah yang dilakukan oleh nenek moyang Momogun Rungus sejak di Nunuk Ragang pada zaman purba lagi, ia adalah satu upacara korban. Korban Managas bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yang berbuat jahat akan ditimpa wabak penyakit dan pelbagai malapetaka.
Berikutan gagalnya upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana wabak penyakit dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Penyakit malaria, tibi, cacar dan kolera menyerang Kudat dengan luar biasa pada waktu itu kerana upacara Managas gagal dijalankan. Ramai pegawai British menjadi mangsa disebabkan penyakit itu.
Untuk memanggil semangat Lumaag yang menjaga Gunung Kinabalu, maka upacara memalu gong selama 40 hari 40 malam perlu dijalankan dengan tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa Momogun. Upacara Miagung atau Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.
Upacara Miagung ini dilakukan oleh kaum lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari 40 malam secara berterusan manakala upacara Komburongoh dijalankan oleh kaum wanita dengan membakar Komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobolizan rovusan yang layak akan mengendalikan upacara ini.
Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa-dosa manusia yang dilakukan dalam tempoh 100 tahun sebelumnya.
Managas bermakna "melupuskan hutang dosa".Mengikut adat dan pantang larang dalam upacara Managas ,ia haruslah dilakukan dengan mengorbankan seorang manusia yang masih teruna atau perawan yang dibeli dari saudagar Brunei dan Sulu. Upacara ini bertujuan untuk melindungi segala kesalahan bangsa. Korban haruslah teruna atau perawan. Jika korban itu tidak suci, maka akan berlaku malapetaka yang dashyat kepada pembekal korban tersebut. Dalam upacara managas manusia yg menjadi korban tidak boleh disebut orang atau manusia tetapi haruslah disebut sebagai sada tagazo atau panagas.
Disebabkan perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting. Darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia dalam tempoh 50 tahun dan selepas itu pelupusan hutang dosa harus dibayar dengan nyawa manusia melalui titisan darah korban managas.
Upacara Mamasi
Upacara mamasi bermakna "menyuburkan perjanjian managas" yang dilakukan 50 tahun lalu. Ia adalah satu upacara mengingatkan kepada Lumaag bahawa perjanjian itu masih terus dipegang. Dengan memercikkan darah korban di bumi,maka perjanjian telah diperbaharui. Upacara Mamasi dilakukan pada tahun ke-50 oleh bobolizan rovusan dan korban yang digunakan ialah khinzir.
Setelah perjanjian diperbaharui, maka tiada bencana alam dan penyakit yang akan menimpa Momogun.
Kedua upacara ini dilakukan bagi menebus dosa-dosa dalam tempoh kitaran 100 tahun. Jika bangsa Momogun ditindas dan dianiaya dalam pelbagai bentuk semasa Momogun tiada pemimpin mereka, maka Lumaag akan melangkahi bumi Momogun dan akan menaburkan segala bentuk malapetaka. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk dalam wasiatnya.
Menurut Bobolizan Guraumanuk, inilah perjanjian kesejahteraan bagi bangsa Momogun dan jika suatu hari nanti bangsa Momogun dianiaya oleh bangsa lain maka akan berlaku satu malapetaka yang menimpa dunia sehingga berakhir dengan lxunsuton (gempa bumi), darun monirang dan lxusuvon.Hal ini disamakan sebagai hari kiamat. Lxunsuton adalah gempa bumi yang akan menghancurkan dunia pada masa akan datang sementara lxusuvon adalah kiamat yang berlaku pada zaman purba. Walaupun demikian, lxusuvon akan berlaku juga pada masa akan datang disertai lxunsuton bagi mengakhiri riwayat dunia ini.
Upacara ini ditinggalkan sahaja pada hari ini dan tidak pernah dilakukan lagi berikutan ramai orang Momogun yang telah menjadi Kristian. Upacara ini ditentang habis-habisan oleh pihak British sehingga akhirnya Aki Tumanggung Karantud ditangkap dan dihukum buang negeri oleh British.
Sebelum kedatangan mubaligh Kristian pada sekitar tahun 1950-an, satu-satuya kepercayaan suku kaum Momogun Rungus ialah kepercayaan animisme. Mereka menyebut kepercayaan ini sebagai agama Labus (disebut Labvus).
Menurut agama ini apabila bangsa Momogun dianiaya atau dijajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yang tidak pernah terjadi seperti serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap Momogun. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk sebagai wasiatnya kepada Momogun.
Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:
AGAMA – berasal dari bahasa Rungus boleh dilakukan
‘A’ - boleh
‘Gama’ - buat / lakukan
LABUS – bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus
Ringkasnya,agama Labus bermaksud satu set hukum momogun yang boleh dilakukan untuk melepaskan mereka dari hukuman, laknat, sumpahan atau murka dari tuhan.
Menurut Bobolizan Gomburon dan Guraumanuk, manusia ini pada asalnya adalah dewa. Setelah dihasut oleh Rogon iaitu anak Kinoringan Mamangun sendiri, manusia yang ketika itu adalah dewa telah ikut serta merebut takhta Kinoringan. Maka akhirnya Pomogunan Tavanus (Syurga) telah huru hara dan Kinoringan mematahkan bala tentera Rogon dan menjatuhkan hukuman kepada pengikut-pengikutnya. Manusia yang termakan kata-kata Rogon pada mulanya dipanggil sebagai Rumandavi (dewa) kini dipanggil Riniba(manusia).
Riniba diambildari kata ‘SIBA’ bermaksud rendah.Riniba bermakna makhluk ciptaan Kinoringan Mamangun yang telah direndahkan statusnya.
Untuk mengelakan kutukan dari Kinoringan terhadap mereka yang mengkhianati kemuliaan hati-Nya, maka wujudlah agama Labus yang diturunkan kepada Bobolizan Guraumanuk untuk menggantikan hukuman keras yang diwartakan oleh Bobolizan Gomburon.
Agama Labus yang diwartakan Bobolizan Guraumanuk ini menghapuskan hukuman mati seperti memasukkan pesalah yang membunuh orang ke dalam bubu dengan batu lalu dibuang ke dalam laut (hukum gomburon) dengan setiap kesalahan orang momogun boleh dibayar dengan mengorbankan haiwan ternak seperti ayam (nilai ayam bergantung kepada warna hitam / putih. Warna lain tidak diterima), atau kesalahan besar korbankan khinzir atau kerbau.
Setelah pihak British menjajah kepulauan Borneo, barulah agama lain wujud di kalangan masyarakat Momogun Rungus. Menurut sumber yang boleh dipercayai, agama suku kaum Rungus yang pertama dianuti ialah agama Kristian dari denominasi Protestan. Menurut sejarah gereja berkenaan, pada tahun 1953 para penginjil (diketuai oleh Missioner Bienz) dari Jerman datang ke kawasan Kudat untuk memberitakan injil tentang Jesus Christ (Nabi Isa). Pada masa kini, 90% dari suku kaum Rungus adalah beragama Kristian denominasi Protestan,5% dari Kristian mazhab lain dan selebihnya beragama Islam akibat daripada perkahwinan campur .
Walau bagaimanapun, agama Labus masih diamalkan oleh sebilangan warga Momogun Rungus yang berada di kawasan pedalaman bagi menghormati semangat Lumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun-temurun.
![]() |
| Lumaag Nabalu menjaga Gunung Kinabalu Alexander Marcellinus (2007) |
Agama Labus mempunyai kalender sendiri. Dalam agama Labus tahun ia bermula sebagai pesta kaamatan/kokotuan ialah bulan satu. KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya jika menurut agama Labus.Tahun ini ialah tahun ke-11 dalam agama labus. Kitaran tahunnya adalah 100 tahun. Selepas 100 tahun, maka bermula lagi ke tahun 1 dan demikianlah pusingannya seterusnya.
Ada dua perkara yang penting semasa 100 tahun dalam kalender agama Labus iaitu upacara Mamasi dan upacara Managas.
Upacara Managas
Upacara Managas sudah 200 tahun tidak dijalankan. Ini kerana penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu dihalang pihak British kerana upacara itu bercanggah dengan undang-undang British. Managas adalah satu upacara penyucian negeri Sabah yang dilakukan oleh nenek moyang Momogun Rungus sejak di Nunuk Ragang pada zaman purba lagi, ia adalah satu upacara korban. Korban Managas bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yang berbuat jahat akan ditimpa wabak penyakit dan pelbagai malapetaka.
Berikutan gagalnya upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana wabak penyakit dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Penyakit malaria, tibi, cacar dan kolera menyerang Kudat dengan luar biasa pada waktu itu kerana upacara Managas gagal dijalankan. Ramai pegawai British menjadi mangsa disebabkan penyakit itu.
Untuk memanggil semangat Lumaag yang menjaga Gunung Kinabalu, maka upacara memalu gong selama 40 hari 40 malam perlu dijalankan dengan tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa Momogun. Upacara Miagung atau Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.
Upacara Miagung ini dilakukan oleh kaum lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari 40 malam secara berterusan manakala upacara Komburongoh dijalankan oleh kaum wanita dengan membakar Komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobolizan rovusan yang layak akan mengendalikan upacara ini.
Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa-dosa manusia yang dilakukan dalam tempoh 100 tahun sebelumnya.
Managas bermakna "melupuskan hutang dosa".Mengikut adat dan pantang larang dalam upacara Managas ,ia haruslah dilakukan dengan mengorbankan seorang manusia yang masih teruna atau perawan yang dibeli dari saudagar Brunei dan Sulu. Upacara ini bertujuan untuk melindungi segala kesalahan bangsa. Korban haruslah teruna atau perawan. Jika korban itu tidak suci, maka akan berlaku malapetaka yang dashyat kepada pembekal korban tersebut. Dalam upacara managas manusia yg menjadi korban tidak boleh disebut orang atau manusia tetapi haruslah disebut sebagai sada tagazo atau panagas.
Disebabkan perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting. Darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia dalam tempoh 50 tahun dan selepas itu pelupusan hutang dosa harus dibayar dengan nyawa manusia melalui titisan darah korban managas.
Upacara Mamasi
Upacara mamasi bermakna "menyuburkan perjanjian managas" yang dilakukan 50 tahun lalu. Ia adalah satu upacara mengingatkan kepada Lumaag bahawa perjanjian itu masih terus dipegang. Dengan memercikkan darah korban di bumi,maka perjanjian telah diperbaharui. Upacara Mamasi dilakukan pada tahun ke-50 oleh bobolizan rovusan dan korban yang digunakan ialah khinzir.
Setelah perjanjian diperbaharui, maka tiada bencana alam dan penyakit yang akan menimpa Momogun.
Kedua upacara ini dilakukan bagi menebus dosa-dosa dalam tempoh kitaran 100 tahun. Jika bangsa Momogun ditindas dan dianiaya dalam pelbagai bentuk semasa Momogun tiada pemimpin mereka, maka Lumaag akan melangkahi bumi Momogun dan akan menaburkan segala bentuk malapetaka. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk dalam wasiatnya.
Menurut Bobolizan Guraumanuk, inilah perjanjian kesejahteraan bagi bangsa Momogun dan jika suatu hari nanti bangsa Momogun dianiaya oleh bangsa lain maka akan berlaku satu malapetaka yang menimpa dunia sehingga berakhir dengan lxunsuton (gempa bumi), darun monirang dan lxusuvon.Hal ini disamakan sebagai hari kiamat. Lxunsuton adalah gempa bumi yang akan menghancurkan dunia pada masa akan datang sementara lxusuvon adalah kiamat yang berlaku pada zaman purba. Walaupun demikian, lxusuvon akan berlaku juga pada masa akan datang disertai lxunsuton bagi mengakhiri riwayat dunia ini.
Upacara ini ditinggalkan sahaja pada hari ini dan tidak pernah dilakukan lagi berikutan ramai orang Momogun yang telah menjadi Kristian. Upacara ini ditentang habis-habisan oleh pihak British sehingga akhirnya Aki Tumanggung Karantud ditangkap dan dihukum buang negeri oleh British.
sumber : www.sabah.edu.my
Khamis, 7 Julai 2016
Lagenda Raja Bersiong Oleh : Atan S. B.
Salam Malam Jumaat,
Pada zaman dahulu, Negeri Kedah berada di bawah pemerintahan Raja Siam. Kebanyakan Raja Kedah menggunakan nama dalam bahasa Siam. Malahan terdapat juga yang berketurunan Siam. Raja Ong Maha Perita Daria adalah salah seorang daripada mereka, tetapi baginda lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.
Pada masa pemerintahannya, Raja Bersiong sangat zalim. Rakyat Kedah sentiasa dalam ketakutan. Tiada siapa berani membuat kekacauan, kerana apabila ditangkap mereka akan diseksa atau terus dibunuh oleh para pengawal atau panglima Raja Bersiong.
Kuasa jajahan Raja Bersiong bertambah daripada masa ke semasa. Sebahagian besar Lembah Bujang yang terletak di tengah negeri Kedah berada di bawah pemerintahan baginda, tetapi baginda tidak berasa puas hati. Baginda mahu meluaskan lagi taklukannya. Ini telah dihalang oleh panglima-panglima yang gagah berani. Raja Bersiong yang semakin tua itu sudah tidak berdaya untuk melawan panglima-panglima tersebut. Baginda kembali dan berehat di istana.
Baginda sangat suka makan masakan kari. Paling digemari apabila kari itu pedas dan dibubuh banyak rempah. Masakan kari yang menjadi kegemaran baginda ialah masakan kari sayur bayam.
Setiap kali baginda santap, dua orang panglima berkawal di belakang baginda, kerana Raja Bersiong sangat takut kalau ada orang yang mahu membunuh baginda.
Sepatutnya baginda tidak harus berasa apa-apa kerana istana baginda dikawal oleh pengawal-pengawal yang sangat setia kepada baginda.
Raja juga selalu bimbang sekiranya ada orang mahu meracuni baginda. Sesungguhnya ini amat mustahil kerana baginda mempunyai dua orang tukang masak yang sangat jujur. Seorang ditugaskan untuk membasuh sayur-sayur bayam sementara seorang lagi yang sangat pandai memasak kari disuruh memasak kari bayam ini untuk santapannya. Kedua-dua tukang masak ini bersahabat baik.
Setiap pagi semasa raja masih tidur, kedua-dua orang tukang masak itu mesti menyiapkan masakan kari bayam. Sekiranya masakan tersebut belum tersedia sewaktu raja bangun daripada peraduannya, baginda akan memarahi dan menghukum kedua-dua orang tukang masak itu.
Baginda sangat suka berburu, terutama memburu rusa. Dalam kawasan Lembah Bujang, terdapat bermacam-macam jenis kancil dan rusa liar. Binatang-binatang itu sangat pantas berlari, kerana itu Raja Bersiong mempunyai dua ekor anjing yang terlatih untuk membantu baginda dalam pemburuan. Oleh itu, setiap kali berburu, baginda akan berjaya membunuh beberapa ekor rusa yang besar. Apabila kembali ke istana, baginda akan memerintahkan tukang masak mencampurkan daging rusa tersebut ke dalam masakan kari kegemaran baginda untuk menambahkan lagi kelazatannya.
Waktu ini kumpulan baginda berada di tengah hutan. Kerana bimbangkan keselamatan raja, para pengawal menyuruh baginda berteduh di dalam sebuah gua yang berhampiran. Pada mulanya baginda menolak, dan baginda mahu meneruskan pemburuan. Tetapi setelah dilihat hari semakin gelap dan hujan semakin lebat, baginda pun bersetuju dengan cadangan tersebut.
Hujan yang lebat itu berlarutan selama empat jam. Baginda sangat marah dan mula terasa lapar. Tetapi apabila teringatkan tangkapan yang telah dibuat, baginda berasa gembira kerana telah berjaya menangkap enam ekor rusa yang besar-besar.
Setelah hujan berhenti, Raja Bersiong memerintahkan orang-orangnya supaya bersiap untuk pulang. Tidak ada gunanya meneruskan pemburuan kerana semua binatang telah lari jauh ke tengah hutan.
Atas perintah raja, semua hasil buruan dimuatkan ke atas dua buah kereta tolak. Setelah siap, mereka pun berangkat menuju ke istana.
Sementara itu di istana, kedua-dua orang tukang masak raja berasa bimbang kerana raja mereka belum pulang. Mereka sedang sibuk menyiapkan masakan kari untuk raja dan pengawal yang turut serta berburu.
Tukang masak yang bertugas memasak kari raja adalah seorang yang suka berkhayal.
Sewaktu memasak kari raja, beliau memikirkan keselamatan baginda. Tiba-tiba pisau yang digunakan terhiris jarinya sendiri. Masa itu juga darah keluar dan beberapa titik darah telah termasuk ke dalam periuk yang berisi kari raja.
"Apa mesti aku buat?" ia berkata sendirian. "Sekiranya baginda tahu tentang perkara ini, tentu aku akan dihukum nanti. Aku mesti sediakan masakan yang lain sebelum baginda sampai".
Untuk memasak kari yang istimewa itu memakan masa sekurang-kurangnya satu jam. Dalam keadaan kelam-kabut itu, tukang masak terdengar bunyi trumpet, menandakan raja dan rombongannya telah sampai. Tentunya tukang masak tidak sempat menyediakan kari yang lain. Beliau berharap semoga raja tidak akan merasakan sebarang perbedaan dalam masakannya kali ini.
Raja Bersiong yang sedang kelaparan itu memandang kepada masakan kegemarannya. Baunya yang wangi makin menambahkan lagi selera baginda. Tanpa membuang masa, baginda mengambil sepinggan nasi dan terus memakannya dengan masakan kari yang terhidang.
Setelah hampir separuh kari tersebut dimakannya, baru baginda menyedari akan perubahan rasanya. Baginda tidak pernah merasakan kari yang seperti ini sebelumnya. Segera baginda perintahkan pengawal memanggil tukang masaknya untuk mengetahui apakah yang telah dimasukkan ke dalam kari baginda kali ini.
"Apakah yang telah kamu masukkan ke dalam kari beta hari ini?" soal raja kepada tukang masak.
Tukang masak yang menyediakan masakan itu terus sahaja mengaku kesalahannya. Ia tahu tidak ada gunanya ia berbohong kepada raja. Sebaliknya dengan berterus-terang ia berharap raja dapat memaafkan kesalahannya.
"Ampun tuanku, semasa patik menyediakan kari tuanku, dengan tidak sengaja jari patik telah terluka dan beberapa titik darah telah termasuk ke dalam kari tuanku. Ampunkan patik tuanku, patik tidak sempat menyediakan masakan kari yang lain. Tolong ampunkan patik tuanku".
"Oh begitu," sahut raja. "Jadi campuran darahlah yang menyebabkan kari beta terasa berlainan daripada biasa. Kari ini sungguh sedap. Beta mahu kamu campurkan lebih banyak darah di setiap masakan beta pada masa akan datang".
Mendengar arahan tersebut, tukang masak menjadi takut. Beliau tahu apakah yang dimaksudkan oleh raja itu. Raja Bersiong adalah seorang raja yang zalim. Baginda menyimpan banyak musuh di dalam penjara. Setengah-setengah daripada mereka sedang menanti masa untuk dihukum bunuh. Raja berpaling kepada pengawal dan bersuara dengan kuat.
"Pergi ke penjara dan lihat siapa akan dibunuh hari ini. Bawa sebuah bekas bersama kamu. Setelah memenggal lehernya, kamu masukkan semua darahnya ke dalam bekas dan bawa kepada beta".
Pengawal itu pun segera pergi ke penjara. Pada masa itu terdapat seorang musuh raja yang telah tua. Ia sepatutnya menjalani hukuman bunuh hari itu. Ia dibunuh di situ juga oleh pengawal yang menjalankan perintah Raja Bersiong itu. Darahnya dimasukkan ke dalam bekas dan dibawa kepada raja.
Raja Bersiong tersenyum melihat bekas yang berisi darah itu. Orang ramai yang berada dalam istana berasa takut, tetapi mereka tidak berani berkata apa-apa. Mereka tahu raja yang laparkan darah manusia itu akan membunuh sesiapa sahaja untuk mendapatkan darah.
Bermula dari hari itu, Raja Bersiong tidak dapat hidup tanpa merasa darah manusia. Orang-orang tahanan semakin banyak yang dibunuh, walaupun mereka tidak bersalah. Kerana ini, baginda sangat dibenci oleh orang-orang dalam istana.
Setelah didapati orang tahanan dalam penjara tinggal beberapa orang sahaja lagi, Raja Bersiong tahu ia mesti mencari jalan untuk mendapatkan bekalan darah yang berterusan. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal supaya menculik budak-budak yang tidak bersalah. Walaupun penculikan itu dilakukan oleh pengawal-pengawal raja, tetapi orang ramai menyedari siapakah yang bertanggungjawab atas semua kejadian itu. Budak-budak yang tidak bernasib baik terus dibunuh dan darah mereka diberikan kepada tukang masak untuk dicampurkan ke dalam kari raja.
Penduduk kampung tersangat marah akan Raja Bersiong. Perbuatan baginda membunuh orang-orang yang tidak bersalah hanya untuk mendapatkan darah mereka dianggap sungguh zalim.
Perbuatan Raja Bersiong memakan darah manusia ini menyebabkan dua batang taring atau siong tertumbuh di sebelah mulutnya. Perkara ini tidak disedarinya sehingga pada satu pagi, setelah sedar daripada peraduannya, baginda terasa sakit di mulut. Baginda meminta seorang menteri yang telah tua supaya melihat apakah punca kesakitan itu.
Setelah memerhatikan dengan teliti, menteri itu sungguh terperanjat dengan apa yang dilihatnya. Ia segera memberitahu raja. "Ampun tuanku, kesakitan yang tuanku alami itu bukanlah berpunca daripada gigi. Tetapi terdapat dua batang siong telah tumbuh di sebelah mulut tuanku, dan siong inilah yang menyebabkan tuanku berasa sakit".
Apabila mendengar perkara tersebut, Raja Bersiong pun ketawa dengan kuatnya. Suara baginda itu telah menakutkan orang-orang dalam istana. Mereka tahu tentu ada sesuatu perkara yang berlaku.
Berita raja mempunyai siong itu tersebar di seluruh negeri. Baginda sungguh bangga dengan siong-siong tersebut. Baginda mahu seluruh rakyat tahu bahawa siong baginda bertambah panjang apabila baginda memakan darah manusia. Perkara ini sangat menakutkan rakyat Kedah.
Raja Bersiong berharap dengan adanya siong itu, rakyat bertambah hormat dan musuh akan takut kepada baginda. Pembunuhan ke atas budak-budak dan rakyat yang tidak bersalah terus dilakukan. Baginda mahukan darah untuk memuaskan seleranya yang semakin bertambah.
Tukang masak baginda berasa sungguh sedih di atas kekejaman yang dilakukan oleh pengawal-pengawal raja. Ia mesti melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Ia bercadang untuk membunuh Raja Bersiong dan menamatkan kekejaman baginda. Setelah merancang beberapa hari, akhirnya pada suatu hari semasa raja keluar berburu, tukang masak mengambil peluang ini untuk meracuni raja.
Rancangan ini tidak diberitahu kepada sesiapa kerana takut rahsia ini akan diketahui raja.
Tukang masak mengambil masa lebih daripada satu jam untuk memasak kari raja pada hari itu. Semasa tidak ada orang yang melihat, dia pun mengeluarkan satu benda yang berbentuk seperti tanduk yang mengandungi racun di dalamnya. Ia segera menaburkan racun tersebut ke dalam kari raja.
Hari ini Raja Bersiong berasa sedih kerana kumpulannya tidak dapat membunuh banyak rusa. Baginda segera perintahkan supaya pulang ke istana. Dalam perjalanan, tidak ada siapa berani bersuara. Suara nyanyian dan pukulan gendang juga tidak kedengaran.
Setelah sampai di istana, Raja Bersiong segera perintahkan supaya disediakan makan malamnya. Tetapi kali ini dua ekor anjing buruan baginda turut bersama semasa baginda berada di meja makan. Baginda perlukan teman setelah gagal dalam pemburuan.
Tukang masak pun membawa kari kegemaran baginda ke meja. Ia terlalu takut sehingga tangannya menggigil, tetapi mujurlah raja tidak melihat.
Sebelum sempat Raja Bersiong memakan kari yang beracun itu, seekor daripada anjingnya yang kelaparan telah melompat ke atas meja makan dan terlanggar mangkuk yang berisi kari itu. Kari itu pun tumpah ke lantai.
Raja yang sedang lapar, terkejut dengan peristiwa itu. Dengan marah baginda perintahkan pengawal supaya menghalau anjing-anjing itu keluar. Tetapi belum sempat pengawal menghalaunya, anjing-anjing itu telah memakan kari yang tumpah di lantai.
Dalam beberapa saat sahaja racun yang berbisa itu meresap masuk ke dalam badan anjing-anjing itu. Kedua-duanya menggelepar kesakitan. Setelah memeriksa kedua-dua ekor anjing itu, pengawal pun memberitahu raja bahawa anjing tersebut telah mati. Nyatalah kepada baginda bahawa kari itu mengandungi racun. Baginda berasa lega kerana anjing-anjing itu telah menyelamatkan nyawa baginda.
Maka tahulah raja bahawa tukang masaknya mencuba meracuni baginda. Kerana ialah sahaja yang memasak dan menyediakan kari baginda selama ini. Segera diperintahkan supaya kedua-dua tukang masak ditangkap dan disiksa.
Setelah puas mendapat seksaan, maka tukang masak yang bertanggungjawab memasukkan racun ke dalam kari raja pun mengaku kesalahannya. Ia tidak sanggup melihat kawannya yang tidak bersalah disiksa juga. Raja amat murka dengan pengakuan tersebut. Baginda segera memerintahkan supaya dipenggal leher tukang masak itu.
Perintah tersebut segera dijalankan. Baginda kemudian mengarahkan tukang masak yang seorang lagi supaya mengambil alih tugas tukang masak yang telah dibunuh itu.
Dari hari itu, raja mempunyai seorang tukang masak sahaja. Baginda memerintahkan dua orang pengawal menjaga setiap gerak-geri tukang masak tersebut untuk memastikan ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan raja. Tentunya pengawasan ini tidak perlu, kerana tukang masak itu terlalu takut, dan ia tidak akan mencuba sesuatu yang boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Raja Bersiong tetap dengan kekejamannya. Beberapa orang nelayan yang berani, berpakat untuk menamatkan perbuatan itu. Salah seorang daripada mereka memberitahu kawan-kawannya bahawa masa untuk mereka memberontak telah tiba. Walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap tetapi mereka berazam untuk menamatkan pemerintahan Raja Bersiong yang zalim itu.
Tetapi malangnya, rancangan kaum nelayan itu telah diketahui oleh Raja Bersiong. Baginda mendapat berita tersebut daripada salah seorang nelayan yang telah belot terhadap kawan-kawannya. Raja Bersiong segera memerintahkan askar-askar simpanannya yang bersenjatakan senapang supaya bersembunyi di dalam hutan berhampiran dengan istana.
Apabila askar-askar melihat kumpulan nelayan sedang mara menuju ke istana, mereka segera menyerang dan menembak beberapa orang daripada mereka. Kaum nelayan yang terkejut dengan serangan itu terus melarikan diri.
Kaum nelayan menuju ke kampung mereka untuk menyelamatkan diri dengan harapan askar-askar Raja Bersiong tidak akan mengejar mereka. Tetapi sesampai sahaja mereka di kampung, dilihat banyak askar yang lengkap bersenjata menanti. Ini kerana nelayan yang belot tadi telah memberitahu Raja Bersiong tentang tempat kediaman nelayan-nelayan tersebut.
Salah seorang daripada nelayan yang dilantik menjadi ketua dalam kumpulan nelayan itu telah menyeru kawan-kawannya supaya melawan askar-askar tersebut sehingga ke akhir hayat mereka. Tidak ada gunanya mereka menyerah kerana mereka akan dibunuh juga.
Maka berlakulah peperangan. Askar-askar Raja Bersiong telah berjaya membunuh semua nelayan yang memberontak itu. Tetapi kematian mereka bukan kerana menyerah tetapi kerana melawan.
Semasa peristiwa ini berlaku, salah seorang daripada menteri Raja Bersiong tidak ada dalam negeri. Setelah beliau kembali ke Kedah, keluarganya telah menceritakan apa yang telah berlaku dan tentang kematian adiknya yang termasuk dalam kumpulan nelayan itu.
Setelah mendengar berita itu, menteri berasa marah dan sedih. Selama ini, beliau amat patuh kepada raja, dan kini adiknya sendiri telah dibunuh. Beliau adalah seorang yang cintakan keamanan dan tidak sanggup melihat kekejaman yang berterusan berlaku ke atas rakyat Kedah. Beliau berfikir sudah tibalah masanya untuk menamatkan kezaliman Raja Bersiong itu. Beliau mesti mengambil sesuatu tindakan.
Menteri tersebut adalah seorang yang terkenal di kalangan orang-orang istana. Beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kekacauan dalam istana. Beliau menantikan hari apabila raja keluar berburu dengan pengawal-pengawal baginda. Tidak beberapa lama kemudian keluarlah raja berburu ke dalam hutan. Masa inilah yang dinantikan oleh menteri itu. Beliau segera melancarkan pemberontakan. Beliau berjaya mendapat sokongan daripada menteri-menteri dan askar-askar Raja Bersiong.
Beliau segera menyusun satu angkatan yang besar mengandungi beribu-ribu orang askar. Mereka berbaris menuju ke tempat Raja Bersiong sedang berburu.
Raja sungguh terkejut melihat askar-askar yang begitu banyak menuju ke arah baginda.
Tahulah baginda bahawa menteri dan askar-askarnya telah belot. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal yang berjumlah seratus orang bersama baginda itu supaya melawan angkatan menteri itu. Tetapi tidak seorang pengawal pun yang menurut perintah baginda, malahan kesemuanya telah masuk ke dalam kumpulan menteri tadi. Tinggallah baginda seorang diri.
Raja Bersiong mula berasa takut. Baginda terus melarikan diri ke dalam hutan yang tebal itu. Menteri memberitahu orang-orangnya supaya jangan menangkap Raja Bersiong. Beliau tahu, raja Bersiong tidak akan berani lagi keluar daripada hutan itu.
Tahulah angkatan menteri itu bahawa mereka sekarang telah selamat daripada kekejaman Raja Bersiong. Semua rakyat Kedah sungguh gembira dengan kejayaan menteri dan askar-askarnya.
Beberapa tahun kemudian mangkatlah Raja Bersiong di dalam hutan yang tebal itu kerana terlalu tua.
Di bawah pemerintahan menteri yang adil itu, kawasan Lembah Bujang menjadi maju dan aman selalu. Rakyat tidak lagi berasa takut. Raja Bersiong yang zalim tidak mengganggu mereka lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)















