Khamis, 25 Januari 2024

Lintasan Kereta Api

 

Gambar hiasan 

Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Lintasan Kereta api. 

Cerita ini terjadi kepada seorang wanita berjalan balik dari tempat kerjanya, apabila dia terdengar bunyi amaran lintasan kereta api berbunyi, lalu dia berhenti dan tunggu kereta api itu lalu. Dengan tiba-tiba seorang pelajar perempuan menengah rendah bergegas lari di tepinya dan tanpa berfikir panjang lalu dia menunduk kepalanya pada palang penghalang, berlari ke arah landasan kereta api. Ia mengambil masa untuk palang penghalang tersebut untuk turun keseluruhan sebelum tibanya kereta api, pelajar itu tidak kisah sama sekali. Akan tetapi semasa dia nak melintas, kakinya tersepit dan dia tidak mampu bergerak.

Pelajar itu menjadi panik dan gagal untuk melepaskan kakinya yang tersepit itu. Bunyi kereta api dan lampu menunjukkan kereta api bakal tiba menyalah memberitahu kereta api semangkin dekat, tetapi tiada sesiapa mampu menyelamatkan pelajar tersebut. Akhirnya pelajar itu menjerit sekuat hatinya, "SAYA TAK NAK MATI!!" 

Wanita itu hanya mengalihkan pandangannya.

Beberapa seketika kemudian, wanita dengan perlahan-lahan membuka matanya dan kereta api itu lalu tanpa sebarang kecelakaan mahupun kemalangan dan palang penghalang dinaikkan semula. Manakala mereka yang menunggu mulai melintas lintasan Kereta api itu seperti biasa. Tiada langsung jejak pelajar perempuan dimana kakinya tersepit di landasan kereta api.

"Itu agak ganjil" fikir wanita itu, lalu dia terpandang pada tepi landasan kereta api. Dia perasan kalungan bunga dan beberapa batang colok menyala berada di sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan