Khamis, 18 Januari 2024

Fortune Game

 


Salam Malam Jumaat semua. 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan yang menyeramkan iaitu fortune game.

Fortune game adalah sejenis upacara menilik nasib purba Jepun. Ia teramat terkenal pada satu seketika dahulu di Jepun, yang dikenali sebagai "Tsuji-Ura" atau "Crossroad Fortune - Telling" (Ramalan nasib di persimpangan jalan). Di barat dikenali sebagai "Crossroads Divination" (Ramalan Persimpangan jalan).

Untuk memainkan permainan ini, kamu memerlukan penyukat rambut dan sesuatu untuk menutup wajah kamu. Ia boleh dimainkan secara seorang diri ataupun bersama kawan. 

AMARAN:

Kami tidak menyarankan kamu untuk memainkan permainan ini. Apabila pernah terjadi dahulu, terdapatnya mereka (orang Jepun) mengambil nyawa mereka sendiri selepas bermain Tsuji-Ura apabila tidak boleh menerima ramalan yang diberikan.


  1. Ambil penyikat rambut dan pergi ke persimpangan jalan pada waktu malam. 
  2. Bunyikan menggunakan jari kamu pada gigi berus sebanyak 3 kali. Lalu membaca mantera ini sebanyak 3 kali : "Tsuji-Ura, Tsuji-Ura, berikan saya jawapan yang benar."
  3. Kamu kena tunggu sesampainya seseorang yang asing lalu. Ia harus orang yang kamu tidak kenali bukannya orang yang kamu kenal. Apabila orang itu dekat, tutup wajah kamu dengan sesuatu seperti tangan kamu, buku, surat khabar mahupun beg asalkan ia menyembunyikan wajah kamu. Jikalau kamu berteman, kawan kamu harus menutupkan wajah mereka juga. 
  4. Tanya orang yang tidak dikenali itu untuk memberitahu mengenai ramalan buat kamu. Jika dia tidak menjawab atau tidak layan, kamu kena tunggu sesampainya orang lain yang tidak dikenali lalu.

Di barat, mereka mempercayai bahawa hantu mereka yang sudah mati berjalan sepanjang jalan pada waktu malam. Mereka percaya bahawa syaitan boleh ditemui pada persimpangan jalan pada waktu malam dengan menyerupai seperti manusia biasa. Ketika bermain permainan Ramalan Persimpangan Jalan, ada kemungkinan yang menjawab soalan itu adalah hantu mahupun syaitan. 

Kamu tidak tahu, sama ada orang yang tidak dikenali yang membuat ramalan itu adalah hantu mahupun syaitan.

Cerita urban legend mengenai Tsuji-Ura pernah di adaptasi oleh mangaka terkena bernama Junji Itou baik dalam versi manga (Comic) mahupun versi anime.



Fakta menarik:

Permainan Tsuji-Ura menjadi terkenal sehinggakan orang Jepun menghasilkan sejenis Keropok kecil dengan sekeping kertas tertulisnya ramalan. Snek ini dikenali sebagai "Tsuji-Ura Senbai" yang bermaksud "Keropok ramalan persimpangan jalan."



Beberapa tahun kemudian, selepas perang dunia kedua di Amerika. Restoran Cina mengguna pakai keropok Jepun ini dan menggunakan sebagai "Fortune Cookies" atau "Biskut Ramalan".

Sekarang kamu tahu jikalau kamu pernah memakannya dimana ia berasal dari Jepun mengenai upacara menilik nasib purba Jepun. 



Nota:

Selain dari kami tidak mengalakkan kamu memainkan permainan ini dengan berdiri di persimpangan jalan pada waktu malam, bercakap dengan orang yang kamu tidak dikenali boleh membawa risiko tinggi seperti kamu dirompak, diculik mahupun kedua-duanya sekali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan