Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun yang agak menakutkan sekali yang mengisahkan tapak bangunan sekolah dibina diatas kubur lama. Ia dikenali sebagai "Gakkou no Kaidan" atau "Cerita Seram di Sekolah". Cerita urban legend juga dikenali sebagai "7 Wonder of the School" atau "7 keajaiban di sekolah".
Pada satu seketika dahulu di Jepun, terdapat permintaan dalam keperluan untuk mendirikan sekolah baru. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa pihak kerajaan memerlukan tanah yang agak murah dimana mereka boleh membina sekolah. Jadi mereka membinanya di atas tanah perkuburan lama. Ini menyebabkan penyebaran khabar angin dan gosip di kalangan kanak-kanak bahawa sekolah mereka berhantu.
Ada mereka mengatakan jikalau kamu mengunjungi sekolah berkenaan pada waktu tengah malam, kamu bakal mengalami banyak pengalaman seram dan pelik yang berlaku. Bunyi menyeramkan dan penampakan yang menyeramkan, seperti kelihatan lilin terapung di kawasan sekolah, kedengaran bunyi tapak kaki di kawasan sekolah dan mata patung arca sentiasa memandang kamu sepanjang semasa kamu melalui kawasan tersebut. Di makmal sains, kerangka anatomi akan bergerak dengan sendirinya, kedengaran bunyi bola ghaib melantun di dalam gym dan kelihatan beberapa lembaga tangan bergentayangan di dalam bilik darjah.
Jikalau kamu berjalan di perkarangan sekolah, jelmaan tangan akan keluar dari bawah dan cuba mencapai kamu untuk ditarik ke bawah. Jikalau kamu mengorek tanah di kawasan perkarangan sekolah, kamu akan menemui batu nisan. Jikalau kamu je kawasan kolam renang, jelmaan tangan akan cuba menarik kaki dan tangan ke dasar kolam renang bertujuan untuk melemaskan kamu. Bangunan lama akan muncul di perkarangan sekolah dan terdapatnya anak tangga yang menuju entah ke mana. Jikalau kamu cuba berjalan atau menaikinya, kamu akan lesap selamanya. Ada yang mengatakan terdapat 1 kubikal tandas yang berhantu dan jikalau kamu memasukinya, seutas tali akan jatuh dari siling dalam bentuk seperti tali gantung.
Terdapat satu cerita yang berlaku di sebuah pekan kecil di Jepun. Sekumpulan budak remaja lelaki telah mendengar khabar angin mengenai sekolah mereka menurut lagenda, jikalau kamu pergi ke sekolah pada waktu malam pada 15 hari bulan pada bulan berkenaan kejadian pelik bakal berlaku.
Terdapat satu patung arca yang berdiri pada laluan menuju ke sekolah, dikatakan mata patung itu akan mengekori kamu semasa kamu berlalu di sana. Jikalau kamu berjalan menuju ke tangga utama, angka anak tangga akn berubah apabila kamu menuruninya. Jikalau kamu membuka paip air di makmal sains, darah akan mengalir keluar bulan air biasa. Jikalau sesiapa sahaja masuk ke kubikal tandas terakhir di aras bawah, orang itu tidak akan keluar bernafas lagi.
Sekumpulan budak remaja itu mengambil keputusan untuk ke sekolah pada malam hari untuk menguji kebenaran lagenda berkenaan atau ia sekadar cerita rekaan sahaja. Pada 15 hari bulan pada bulan tersebut, mereka telah mengambil keputusan untuk curi keluar dari rumah mereka dan bertemu 0ada tepat tengah malam. Terdapat 4 orang kesemuanya : Shinichi, Miko, Takashi dan Hiro.
Ketika Mereka berjalan menuju ke pagar sekolah dan di hadapan laluan, mereka memandang ke arah patung arca dan menunggu jikalau ada benda bakal berlaku. Mata patung arca memandang ke arah kiri, walaupun mereka berlalu pergi, kedudukan mata itu tidak berubah.
"Ia sekadar lagenda bosoh sahaja." gelak ketawa salah seorang daripada mereka.
Sebaik sahaja mereka memasuki sekolah, dengan langkah berhati-hati mereka menaiki anak tangga. Satu, dua, tiga... Terdapat 13 anak tangga kesemuanya. Apabila mereka menuruninya pun tetap 13 anak tangga.
" Satu lagi cerita dongeng." kata salah satu remaja berkenaan.
Apabila berjalan menuju ke makmal sains lalu mereka membuka kesemua paip air. Bukan darah yang mengalir keluar sebaliknya keluar dengan deras adalah air biasa.
" Dah agak pun, kita datang ke sini hanyalah sia-sia sahaja." kata salah seorang daripada mereka dalam nada hampa.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menguji lagenda terakhir sebelum mereka balik ke rumah, ia mengenai tandas di aras bawah. Setianya mereka di sana, tiada yang berani nak masuk walaupun pada awalnya mereka kelihatan bersemangat bercakap mengenainya tadi. Tiada yang tergesa-gesa untuk memasuki kubikal tandas puaka itu.
Akhirnya salah seorang daripada mereka yang bernama Shinichi menyahut cabaran dan mengatakan dia tidak takut kepada apa-apa. Dia melangkah masuk, sementara rakannya menunggunya di luar. Mereka memandang ke arah jam, ia adalah 1 pagi tepat.
Seminit berlalu, Shinichi keluar daripada tandas dengan senyuman sinis pada wajahnya.
" Tiada apa-apa pun. Kesemua sekadar cerita kanak-kanak dan cerita rakyat sahaja." kata Shinichi.
Kesemuanya mereka ketawa dan berlalu pergi. Sebaik sahaja mereka keluar ke perkarangan sekolah. Mereka sempat memandang pada patung arca, pandangannya masih memandang ke arah bahagian kiri.
" Agak menghampakan." kata salah seorang daripada mereka dan kesemuanya berjalan ke rumah masing-masing.
Pada keesokan harinya, setiap daripada mereka menerima panggilan telefon daripada Mak Shinichi yang dalam keadaan cemas.
" Adakah Shinichi bersama kamu semalam? Dia tiada di dalam biliknya semasa saya pergi memeriksanya tadi pagi. Dia curi-curi keluar dan dia masih belum balik rumah. Mana dia?" desakan Mak Shinichi.
Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memberitahu ibubapa mereka mengenai exporasi mereka semalam. Ibubapa mereka terus menghubungi guru besar sekolah. Akhirnya guru besar, ibubapa serta kumpulan remaja itu berkumpul diluar sekolah.
" Apa yang kamu katakan? Kamu mengatakan mengenai patung arca diluar sekolah? Matanya sentiasa memandang ke arah kanan." tanya guru besar.
"Tapi semalam kami nampak sendiri ia memandang ke arah kiri!" kata salah seorang daripada mereka.
Sebaik sahaja mereka memasuki pintu pagar sekolah, mereka agak terkejut apabila patung arca memang memandang ke arah kanan.
"Apa cerita dengan anak tangga di tangga utama?" soal salah seorang daripada Mereka.
Dengan tergesa-gesa mereka berlari ke tangga lalu mengira anak tangganya.
" Satu, dua, tiga... Dua belas?!"
" Ya. Tangga itu mempunyai 12 anak tangga dan sentiasa 12. Semasa pembinaan, arkitek pernah membuat kesilapan pada seni bina. Ia sepatutnya mempunyai 13 anak tangga." jelas guru besar.
" Mustahil!" jerit salah seorang daripada mereka." Macam mana pula paip air yang ada di makmal?"
Sebaik sahaja mereka kesemuanya memasuki makmal sains, lalu melihat pada sinki. Kesemuanya mempunyai bekas merah pekat seperti darah. Kumpulan remaja berkenaan terus menjadi pucat dengan ketakutan.
" Tapi... Tapi... Apa terjadi kepada Shinichi? Sebab dia masuk ke dalam tandas." kata mereka dalam keadaan gelisah.
" Mari pergi dan lihat." kata guru besar dengan nada risau.
Apabila kesemuanya berkumpul diluar tandas. Dengan saling memandang satu sama lain, baik remaja dan ibubapa mereka. Dengan hati yang berat, guru besar mencapai tombol pintu tandas lalu menolak pintu itu terbuka.
Mak Shinichi menjerit sekuat hatinya dalam keadaan histeria sebelum rebah tak sedarkan diri. Manakala yang lain tersentak dan berundur ke belakang, malah ada mereka termuntah di lantai.
Kelihatan mayat kawan mereka Shinichi sedang tergantung di atas siling dengan tali terlilit pada lehernya. Mukanya pucat dan matanya terbeliak lebar, kaku dengan ketakutan yang teramat sekali. Lehernya telah di kelar dari hujung ke hujung telinga dan keseluruhan darahnya kering dari tubuhnya, dimana darah itu menbanjiri keseluruhan lantai tandas. Segala organ dan ususnya dikeluarkan dan ia kelihatan tertusuk kemas di tengah-tengah tandas.
Salah seorang daripada mereka tergamak dan tersentak. Dia memandang tanpa berkedip mata pada jam tangan pada lengan Shinichi. Ia terhenti pada tepat jam 1 pagi.
Cerita ini banyak di adaptasi dalam bentuk pelbagai media seperti drama, filem, manga dan anime.
Cerita urban legend yang terkenal mengenai Hanako-San pun turut dikaitkan mahupun tersenarai dalam cerita urban legend ini.
Setiap sekolah mempunyai cerita dan versi mereka masing-masing, baik ia adalah sekolah baru mahupun sekolah lama. Sama seperti cerita seram di sekolah di tanah air kita sendiri.