Salam Malam Jumaat semua, walaupun keadaan
dah serba moden akan tetapi sihir masih lagi digunakan baik untuk perniagaan,
hubungan, dan dendam. Budaya yang tak akan hilang mahupun ditelan zaman, selagi
ada mereka yang sanggup menggunakan cara halus (cara pengecut) untuk membalas
dendam. Selagi dendam itu tak terbalas, selagi itu hati mereka tak akan tenang.
Dosa dan pahala, buang ke laut semata-mata
untuk mendapatkan sesuatu yang bukan hak dan juga melunaskan dendam. Apabila
perniagaan lain lebih maju daripada perniagaan dimana yang menjual dan
memberikan service yang sama, oleh
kerana tak ingin mempunyai persaingan dari peniagaan. Sihir digunakan untuk
memusnahkan persaingan dalam perniagaan.
Bukan sahaja perniagaan dimana sihir
digunakan, selalu kes dimana berkaitan dengan perhubungan. Jika cinta ditolak,
hati dibatu api oleh syaitan untuk membalas dengan dengan cara halus sama ada
membuat mangsa sengsara ataupun membuat mangsa bergila-gila kepada perlaku. Keadaan
si mangsa akan dalam tak terurus dan sering kali nampak senyum serta bercakap
seorang diri. Hanya perlaku sahaja boleh menarik semula sihir yang dikena,
secara terpaksa ibubapa si mangsa mengkahwinkan anak kepada perlaku sebab tak
sanggup melihat anak mereka terus sengsara. Jika ada mereka yang pakar dapat
mengubati, sihir itu dipulangkan kepada perlaku. Dimana Tuhan sahaja yang tahu
apa yang terjadi kepada perlaku.
Satu lagi jenis sihir untuk meruntuhkan
ataupun merampas rumah tangga, kebiasanya berlaku kepada si suami. Diberikan
sihir terutamanya di makanan agar membuat si suami lupa kepada isterinya dan
keluarga ini, semata-mata nakkan wang dan harta yang ada pada si suami.
Sehinggakan berlakunya perceraian. Sihir-sihir yang kita sering kali dengar
adalah nasi kangkang, digunakan untuk menundukkan si suami dan si suami akan
menjadi setia hanya kepada si isteri sehinggakan sanggup memulaukan kawan,
saudara dan ibubapa sendiri. Sihir dimana sukar untuk diubati akan tetapi
dengan bantuan perubatan alternatif, mampu mengubatinya.
Dengan keadaan serba moden, perbuatan sihir
menjadi kerja yang mudah apabila ia menjadi budaya untuk berkongsi keseluruhan
mengenai perihal peribadi di dunia media sosial. Gambar lengkap tak kisah
nampak keseluruhan tubuh badan ataupun wajah, kepada nama lengkap serta nama
ibubapa. Ia memudahkan mereka yang nak sihir dengan kerja syirik ini. Pada
zaman dahulu ia adalah kerja yang sukar tapi dengan peredaran masa ia menjadi
kerja paling mudah. Nak mencari penyihir pun kena masuk kampung dan jauh
terpencil. Tapi dengan adanya internet, dari santau kepada ilmu pengasih boleh
didapati dengan mudah sekali pada hujung jari sahaja. Malah mantera-mantera
pada sihir dan memanggil pun ada, dengan menaip pada bahagian Google search.
Akhir Zaman, manusia dah mulai tak pedulikan
perihal dosa dan pahala. Tak ingin ada persaingan mahupun tak dapat menerima
Qada dan Qadar ketentuan Ilahi. Dengan rakusan nafsu, sihir digunakan untuk
memuaskan hati. Karma itu ada tapi kita tahu bila Tuhan akan membalas perbuatan
dosa besar ini, mahupun di dunia ataupun di kubur.
Sampai disini sahaja pendapat saya mengenai
Sihir. Sejarah mengenai Sihir ini agak panjang dan jika ada masa saya akan
kongsikan. Salam Malam Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan