Khamis, 13 Julai 2017

Bawang Putih Bawang Merah

Salam Malam Jumaat,


Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.

Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.”

“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang.

“Terima kasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti,” janji pak Ali.

Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.

Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.

“Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati.

Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.

Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja.

Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya.

Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.

Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.

"Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.

Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.

Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.

Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. 

“Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.”

Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”

Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”

Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.

Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis.

“Ke mana engkau pergi?”

Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab Bawang Merah.

“Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya,” jawab Mak Bawang Putih berbohong.

Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.

“Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.

Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.

Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:

“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.

Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak.

“Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Bawang Putih.

Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.

“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:

"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.

“Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api,” katanya kepada Bawang Merah.

“Baiklah Mak Cik.”

Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu.

Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …

“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.” kemudian suara itu pun hilang.

Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.

“Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi” herdik Mak Bawang Putih.

Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tulang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi:

Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.

Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda.

Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.

“Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri.

“Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri.

“Cuba Datuk dengar sendiri.”

“Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk Menteri.
Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri.

Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.

Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.

“Assaalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”jawab Mak Bawang Putih.

“Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana.” Kata Datuk Menteri.

“Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik,” jawab Mak Bawang Putih.

Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.

“Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik!” jawab Datuk Menteri.

“ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik” jawab Mak Bawang Putih.

Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.

“Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!”

“Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih.

“Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai.”

Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung.

Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.

“Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya baginda.

“Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri”.

Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.

Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti.

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.

“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.

“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”

“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.

“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,” pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”

“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.

“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”

“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”

“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.

“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”

“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjangan.”

“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda.”

“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”

“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.

“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.

Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.

“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.

“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.

“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”

“Siapa yang mengajar semua ini?”

“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.


Sekian..


Versi Indonesia

Dikisahkan, hiduplah seorang anak gadis cantik nan baik bernama Bawang Putih. Bawang Putih tinggal berdua dengan ayahnya yang sangat dia cintai di sebuah desa di daerah Yogyakarta. Ibu kandung Bawang Putih sudah lama meninggal akibat sakit keras yang dideritanya. Bawang Putih hidup di keluarga yang sangat sederhana, ayahnya hanya pedagang kecil. Walupun begitu mereka selalu bersyukur atas nikmat yang dikaruniahkan oleh Tuhan tersebut.

Semenjak ditinggal oleh Ibunya, Bawang Putih merasa sangat kesepian. Apalagi jika ayahnya pergi ke pasar seharian untuk berdagang. Melihat kondisi Bawang Putih yang seperti itu, Ayahnya berniat untuk mempersunting Mbok Rondo, seorang janda dengan satu anak gadis yang hidup satu desa dengannya. Dengan harapan, Bawang Putih tidak lagi kesepian karena ada yang menemaninya di rumah. Namun, ayah Bawang Putih tidak serta merta langsung menikahinya. Sebagai ayah yang bijak, meminta pertimbangan Bawang Putih tentang rencananya tersebut.

Bawang Putih mengerti maksud ayahnya tersebut. Dia pun merasa kehadiran Mbok Rondo dalam keluarganya akan membuat suasana semakin ramai dan akan membuat dia tidak merasakan kesepian lagi. Apalagi, Mbok Rondo memilki seorang anak gadis yang bernama Bawang Merah, yang umurnya tidak jauh dari Bawang Putih. Dengan pertimbangan tersebut, Bawang Putih menyetujui permintaan ayahnya untuk menikah dengan Mbok Rondo.

Setelah menikah, Mbok Rondo dan anak gadisnya, Bawang Merah, tinggal bersama dengan Bawang Putih dan ayahnya. Awalnya, Mbok Rondo dan Bawagn Merah bersikap sangat baik dengan Bawang Putih. Namun, setelah beberapa lama, sifat asli mereka beruda mulai terlihat. Ketika ayah Bawang Putih sedang pergi berdagang, Mbok Rondo dan Bawang Merah kerap memarahi Bawang Putih dan menyuruhnya untuk melakukan pekerjaan berat dengan mengerjakan semua pekerjaan rumah dari mulai bersih-bersih, mencuci dan memasak. Sedangkan Mbok Rondo dan Bawang Merah hanya bermalas-malasan saja.

Bawang Putih tidak berani menceritakan apa yang dilakukan oleh ibu dan saudari tirinya tersebut ke ayahnya. Hal itu dikarenakan beberapa bulan terakhir ayahnya sering jatuh sakit. Bawang Putih tidak ingin membuat khawatir ayahnya yang akan membuat kondisinya semakin buruk. Apa yang dikhawatirkan Bawang Putih pun terjadi, ayah yang sangat dia cintai meninggal dunia karena sakit yang dia derita. Sejak saat itu, kehidupan Bawang Putih semakin menyedihkan. Ibu tiri dan saudara tirinya semakin berkuasa dan semena-mena terhadap Bawang Putih. Bahkan, Mbok Rondo tidak segan-segan menampar Bawang Putih jika dia lalay mengerjakan semua pekerjaan rumah yang dibebani kepadanya.

Suatu pagi, usai bersih-bersih rumah, Bawang Putih pergi ke sungai untuk mencuci satu keranjang penuh pakian kotor Mbok Rondo dan Bawang Merah. Satu per satu, pakain kontor tersebut dia cuci dengan bersih. Alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika salah satu pakaian kotor tersebut hayut terbawa arus sungai. Pakain tersebut merupakan pakain kesukaan Mbok Rondo. Pakaian tersebut sudah hanyut terlalu jauh untuk di ambilnya. Dengan perasaan takut, Bawang Putih pun kembali ke rumah dan menceritakaan kepada ibu tirinya.

Jelas saja, Mbok Rondo murka mendengar pakaian kesukaanya hilang hanyut di sungai. Mbok Rondo tak segan menampar Bawang Putih atas kecerobohannya tersebut. Bawang Putih pun diancam diusir dari rumahnya jika tidak menemukan kembali pakaian kesukaan ibu tirinya tersebut. Bergegas, Bawang Putih langsung menyusuri sungai untuk mencari pakaian tersebut. Bawang Putih bertanya kepada setiap orang yang dia temui, namun mereka tidak melihat ada pakaian hayut di sungai. Hari semakin sore, Bawang Putih masih tetap berjalan menyusuri tepi sungai berharap dia menemukan pakaian tersebut.

Setelah beberapa jam berjalan, dia bertemu dengan seorang nenek yang sedang mencuci beras di pinggir sungai. Bawang Putih mulanya takut bertanya kepada nenek tersebut, karena penampilanya yang sangat menyeramkan. Namun Bawang Putih harus menemukan pakaian ibu tirinya tersebut. Jika tidak, dia akan diusir dari rumah yang dia tempati dari sejak kecil tersebut.

"Maaf nek, Apakah nenek melihat pakaian hayut di sungai ini", Bawang Putih bertanya dengan takut.

"Mmmm.. Pakaian ya. Apakah pakaian yang kau cari berwarna merah dengan corak kembang-kembang?" Tanya nenek menyeramkan tersebut.

"Iya.. iya.. nek. Itu pakaian yang saya cari." Jawab Bawang Putih bahagia.

"Tadi nenek temukan pakaian tersebut tersakut di batu. Mari ke rumah nenek, hari juga sudah mulai gelap. Menginaplah malam ini." Nenek itu barkata.

Bawang putih pun menuruti perkataan Nenek tersebut untuk pergi dan menginap semalam di rumahnya yang tidak jauh dari sungai. Alangkah terkejutnya Bawang Putih melihat rumah nenek tersebut sangat kotor dan berantakan. Karena kasihan, Bawang Putih memutuskan untuk tinggal beberapa hari bersama Nenek tersebut dan membantunya melakukan pekerjaan sehari-hari. Dengan rajin, Bawang Putih memberihkan rumah, mencucikan baju, dan juga memasak. Nenek tersebut senang, masih ada orang baik yang mau membantunya. Setelah beberapa hari berlalu, Bawang Putih pun memutuskan untuk pulang karena takut Ibu tirinya marah karena tidak pulang beberapa hari.

"Nek, sebenarnya saya ingin tinggal lebih lama di sini. Namun, saya haru mengembalikan pakaian ini ke ibu saya. Saya takut di marah, Nek." Kata Bawang Putih.

"Baiklah nak, nenek mengerti. Karena kamu sudah baik membantu Nenek di sini. Ambil lah salah satu dari ke dua labut kuning ini sebagai hadiah." Pinta Nenek.

Awalnya, Bawang Putih ingin menolak pemberian Nenek tersebut karena ia pikir labu tersebut merupakan simpanan makanan nenek. Namun, pikir Bawang Putih, tidak lah baik menolak pemberian orang. Akirnya dia mengambil satu yang terkecil dari dua labu tersebut. Kemudian, Bawang Putih pun izin pergi dan kembali pulang ke rumahnya. Tidak lupa, dia juga membawa pakaian ibu tirinya tersebut.

Setibanya di rumah, Bawang Putih pun memberikan pakaian tersebut ke ibu tirinya. Ibu tirinya tetap saja marah. Mungkin karena Bawang Putih tidak kembali selama beberapa hari. Ibu tirinya tersebut pun langsung menyuruhnya untuk ke dapur untuk menyiapkan makanan. Teringat dengan labu yang diberikan oleh Nenek, Bawang Putih pun berencana untuk memasak sayur labu. Namun, alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika membelah labu tersebut yang ternyata berisi perhiasan emas, berlian, dan permata. Mbok Rono dan Bawang Merah yang melihat kejadian itu langsung merebut paksa perhiasan di tangan Bawang Putih.

"Hey, Bawang Putih! Ceritakan dari mana kamu mendapatkan perhiasan sebanyak ini!" Tanya Mbok Rondo dengan nada memaksa.

Bawang putih menceritakan semuanya kepada Mbok Rondo dan Bawang Merah. Mendengar cerita tersebut, Mbok Rondo meminta Bawang Merah untuk melakukan hal yang sama dengan Bawang Putih. Ke esoak harinya, Bawang Merah pun pergi ke rumah nenek di pinggir sungai tersebut. Seperti bawang putih, bawang merah pun diminta untuk menemaninya selama seminggu. Tidak seperti bawang putih yang rajin, selama seminggu itu bawang merah hanya bermalas-malasan. Kalaupun ada yang dikerjakan maka hasilnya tidak pernah bagus karena selalu dikerjakan dengan asal-asalan. Akhirnya setelah beberapa hari, nenek itu membolehkan bawang merah untuk pergi.

“Bukankah seharusnya nenek memberiku labu sebagai hadiah karena membantu dan menemanimu selama beberapa hari?” tanya Bawang Merah.

Nenek itu terpaksa menyuruh bawang merah memilih salah satu dari dua labu yang ditawarkan. Dengan cepat bawang merah mengambil labu yang besar dan tanpa mengucapkan terima kasih dia melenggang pergi. Sesampainya di rumah bawang merah segera menemui ibunya dan dengan gembira memperlihatkan labu yang dibawanya. Karena takut bawang putih akan meminta bagian, mereka menyuruh bawang putih untuk pergi ke sungai. Lalu dengan tidak sabar mereka membelah labu tersebut. Tapi ternyata bukan emas permata yang keluar dari labu tersebut, melainkan binatang-binatang berbisa seperti ular, kalajengking, dan lain-lain. Binatang-binatang itu langsung menyerang bawang merah dan ibunya hingga tewas.

Akhirnya, Bawang Putih berhasil mendapatkan kembali semua perhiasan emas, berlian, dan permata yang telah di rampas oleh ibu tirinya tersebut. Bawang Putih kemudian menjualnya sedikit demi sedikit untuk memenuhi kebutuhan hidupnya sehari-hari.


Batu Belah Batu Bertangkup

Salam Malam Jumaat,


Kisah Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah kisah lagenda yang terkenal buat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia. Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan Kapar, Klang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.

Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.

Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.

Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.

Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan, mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Keesokan harinya Si Bunga Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran Ratu Jayang Sakti menyabung ayam.

Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adiknya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama. Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.

Beberapa tahun telah berlalu kedua-dua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur kelihatan begitu cantik dan pandai mengubah bunga serta annyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayang Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika menang.

Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar lagi suara seram dan sebarang pergerakan dari batu tersebut.

Cerita lagenda ini mempunyai beberapa versinya tersendiri daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Yang mempunyai persamaan hanyalah batu yang menelan mangsanya. Kedudukkan Batu Belah Batu Bertangkup berada di Kampung Batu Belah, Kapar, Klang. Tempat ia sudah tak wujud lagi apabila ia sudah diletupkan untuk membuat jalan. Lagenda ini pernah diadaptasi kepada filem Melayu hitam putih pada tahun 1959 yang bertajuk yang sama. Apa-apa sila layari filem klasik ini yang diadaptasi daripada lagenda.



Khamis, 18 Mei 2017

Salam Malam Jumaat semua

Salam Malam Jumaat semua, buat masa ni saya tak berkongsi sebarang info mahupun cerita apabila masa kerja yang tak menentu. pada masa ni saya sedang mengumpulkan cerita seram di tempat kera saya dan sekuel kepada cerita pengalaman saya terutamanya "Seorang Diri" ada masuk kedua. Jadi harap bersabar dimana saya akan menyambung juga di blog mahupun di FB juga.
Keadaan sekarang tak menentu dan juga keadaan ekonomi yang mengecewakan sekali. Maaf ini cuma luahan hati sahaja apabila kita mencari rezeki, semestinya ada akan mengambil kesempatan dalam mendapatkan keuntungan daripada mementing pekerjanya dengan membayar gaji yang teramat rendah dan melanggar gaji minimum negeri. Sehinggakan ada tak ingin ambil tahu perihal pekerja langsung terutamanya apabila tercedera di tempat kerja, overtime dan gaji yang tertunggak lebih beberapa bulan. Dari mengugut kepada merayu tetapi gaji masih tak dibayar dan ada lebih teruk gaji hanya dimasukkan separuh lepas beberapa bulan langsung tak dipedulikan. Ada potongan epf tapi apabila diperiksa langsung tiada buat. Pihak KWSP saya dah complain baru ada tindakkan hanya tinggal Jabatan Tenaga Buruh. Orang yang menindas pekerja ni patut dibalas kaw2 apabila mereka ni golongan yang tak tahu menghargai orang lain dan golongan yang tak akan sedar.
Nak berniaga tapi dua2 hati dalam perniagaan. Nak untung sahaja tapi tak ingin menangung kerugian. Maaflah saya keena luahkan disini apabila saya tak dapat luahkan di FB mahupun di mana2 sosial media yang lain.
Saya akan berkongsi pada masa terdekat ni apabila masa kerja saya kekal. Harap maaf dan terima kasih dengan terus menyokong blog ni.

Khamis, 16 Februari 2017

Tun Teja

Salam Malam Jumaat,


Tun Teja Ratna Benggala nama penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.

Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.

Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, baliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.

Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari. Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.

Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat sewaktu Portugis mula menyerang Melaka yang pada ketika itu Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar, pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di Merlimau, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.

Berbeza dengan versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.

Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.

Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.

Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara

Pada tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.

Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).

Tun Teja Gering

Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.

Kemangkatan Tun Teja

Mengikut sumber sejarah
“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga- jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun Teja harus telah sampai saatnya.”

Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTEJA.

Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”

“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah meninggal dunia ..”

Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.
Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.

Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU

Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.

Malah ia turut diadaptasi kepadda layar perak oleh pengarah dan seniman agong P. Ramlee dalam Cerita Hang Tuah.

Makam Tun Teja

Makam Tun Teja

Khamis, 19 Januari 2017

Perayaan Dong Zhi / Solstis Musim Sejuk

Salam Malam Jumaat,

 

Perayaan Dong Zhi ataupun dikenali sebagai Perayaan Solstis Musim Sejuk. Dalam bahasa Cina : 冬至 pinyin: Dōngzhì yang bermaksud hari dimana musim paling sejuk keterlaluan. Dong Zhi disambut selepas tamatnya hari perayaan menuai.

Ia merupakan salah satu perayaan penting yang disambut oleh masyarakat Cina dan turut disambut di beberapa negara di Asian Timur yang lain, ia disambut pada tempoh suria Dong Zhi (solstis musim sejuk pada hari ke-11 bulan lunar pada sekitar 22 Disember apabila cahaya mataheri adalah yang paling lemah dan hari siang yang terpendek. Dimana ia pernah berlaku pada 22 Disember (waktu Asia Timur) pada tahun 2011.

Perayaan ini berasal denhan kepercayaan Cina mengenai konsep Yin dan Yan, dimana ia melambangkan keseimbangan dan keharmonian di dalam kosmos. Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk. Kepentingan falsafah ini dilambangkan oleh Heksagram I Ching, F’u ( 復, “Kembali” ).

Aktiviti
Secara tradisi, Perayaan Dong Zhi adalah masa keluarga untuk berkumpul ataupun bersama-sama. Aktiviti utama yang berlaku dalam perhimpunan keluarga (terutamanya di Selatan China dan masyarakat Cina di luar negara) dengan membuat dan memakan TangYuan (湯圓) iaitu berbola yang diperbuat daripada beras pulut dimana ia melambangkan keharmonian dan penyatuan semula. Tangyuan biasanya diperbuat dariapda tepung beras pulut dimana diberikan warna yang cerah ataupun kebiasanya berwarna putih dan merah jambu.

Ahli keluarga akan menerima sekurang-kurangnya satu biji tangyuan yang bersaiz besar bersamaan dengan beberapa yang bersaiz kecil. Ada tangyuan ini hanya biasa sahaja manakala ada yang mempunyai inti. Tangyuan ini dimasak sama ada sup manis ataupun masin, ia disajikan bersama-sama berbola bersama-sama sup di mangkuk yang sama.

Manakala di Utara China. Tradisi agak berbeza sedikit daripada memakan Tangyuan. Mereka akan memakan ladu "qùhán jiāoěr tāng" (祛寒嬌耳湯)  dimana mereka mempercayai ia boleh memanaskan diri daripada kesejukkan musim sejuk.

Ada beberapa tempat du Selatan China, dimana ahli keluarga berkumpul dan memakan makanan daripada kacang merah dan nasi pulut dipercayai dapat menghalau hantu dan benda-benda jahat.
Mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama / “surname” ataupun suku keluarga yang sama. Akan menuju ataupun berkumpul di tokong nenek moyang dimana mereka akan menyembah mengikut susunan umur. Selepas upacara tersebut, jamuan ataupun makan besar akan dibuat.

Permahaman
Perayaan DongZhi merupakan salah satu adat yang sudah menjadi turun-temurun. Selain daripada menyambut kesyukuran dan keluarga berkumpul dimana ia adalah kunci kekeluargaan. 

Mereka yang berkerja akan menyiapkan kerja secepat mungkin semata-mata nak berkumpul sesama keluarga dan makan besar bersama-sama. Ia dapat mengeratkan silatulrahim diantara keluarga semasa membuat bersama-sama berbola daripada tepung beras pulut yang dijadikan Tangyuan. Selesai sahaja membuat Tangyuan serta sudah dimasak, keluarga akan bersama-sama menjamunya.

Agak terkilan juga apabila ada mereka terutamanya golongan muda tak mengamalnya mahupun tak tahu membuat Tangyuan ini (ia berasas daripada pengalaman peribadi), dimana ada mengatakan ia kepercayaan lama dan mereka ini hidup di zaman moden. Ada juga yang menganuti agama lain daripada agama yang dianuti ibubapa mereka ini, dengan membuang adat semua atas alasan agama. Kes paling teruk mereka yang tidak beragama, mereka akan mengkeji mahupun menghina adat nenek moyangnya sendiri tanpa mengerti maksud adat itu sendiri.

Walaupun saya ini daripada darah campuran, budaya dan adat terutamanya dibahagian ibu saya teramat kuat. Secara tak langsung ia menjadi sesuatu yang harus diketahui juga. Kepelbagaian budaya dan adat daripada kedua-dua pihak, ia membuat saya lebih faham akan adat dan budaya selagi ia tidak lari daripada landasan agama yang dianuti walaupun berbeza satu sama lain. 

Tangyuan ataupun saya lebih selesai memanggilnya sebagai Tongyuan ada beberapa jenis daripada jenis yang manis kepada jenis yang masin seperti mana saya akan jelaskan tadi serta ada hanyalah biasa sahaja malah yang berinti. Tongyuan kebiasanya disajikan pada Chap Goh Meh dan perayaan Dong Zhi tapi ia juga akan disajikan pada Hari Jadi dan Hari Perkahwinan. Cara membuatnya ada beberapa cara terutamanya memasaknya dimana saya akan kongsikan bagaimana caranya, dimana saya akan mengajar cara membuat yang mempunyai sup manis.

Bahan asas dalam perbuatan Tongyuan adalah tepung beras pulut dan air sahaja. Ia mengikut citarasa juga berapa banyak tepung nak digunakan apabila ia pelihat berapa banyak air diperlukan juga dalam membuatnya. Tepung akan diulit bersama-sama dengan air sehinggakan ia menjadi adunan sebati. Sila pastikan ia adunan itu tak berapa keras apabila ia mengambil masa yang lama untuk dimasak dan tengah-tengahnya tidak akan masak serta ia sukar untuk dikunyah. Adunan itu tak boleh terlampau lembik apabila ia akan hancur apabila dimasak. Adunan tersebut haruslah sederhana, tak lebih keras dan tak terlampau lembik. Masa diulit menjadi berbola, hanyalah ulit lembut bukan diulit keras apabila ia tak akan masak. Semasa nak ulit menjadi berbola, disinilah terpulang kepada diri sendiri sama ada nak meletakkan inti ataupun dibiarkan kosong. Antara inti-inti yang boleh digunakan adalah tausa (paste kacang merah yang boleh dibeli dimana-mana pasaraya, ataupun dibuat sendiri), kacang hancur bercampur gula, mentega kacang, custard yang sudah dibekukan dan isi buah (isi durian, manga, peach, nanas dan banyak lagi). Pastikan kulit itu sederhana tebal bukan nipis apabila inti itu akan pecah semasa dimasak dan berbola berinti ini kebiasanya bersaiz besar.

Tongyuan ini ada 2 cara memasaknya dengan memasaknya pada air biasa ataupun bersama-sama sup manisan. Yang mengunakan air biasa ini dikira sebagai memasak berbola itu 2 kali, dengan memasaknya di air biasa apabila berbola itu timbul maka dikeluarkan sebelum dimasukkan bersama-sama dengan sup manis sebelum disajikan. Sup manis ini mempunyai 2 jenis sama ada menggunakan gula putih mahupun gula merah. Tapi saya lebih kepada cara masyarakat Teochew dengan mengunakan gula merah bercampur dengan air biasa serta dimasak bersama-sama dengan daun pandan dan terpulanglah nak menambah hirisan halia didalam sup manisan ini. Yang gula putih hanyalah dimasak hampir sama dengan cara gula merah cuma ia dimasak hanya bersama-sama dengan daun pandan sahaja. Berbola yang belum dimasak akan dimasak bersama-sama dengan sup manis ini sehinggakan ia masak dimana ia akan timbul pada permukaan maka ia sudah siap untuk disajikan.

Terdapat satu lagi cara dimana berbola itu lebih sedap dikunyah apabila dengan memasak terlebih dahulu sedikit adunan tersebut di dalam sup manisan sehingga ia timbul sebelum dicampur semula ke dalam tepung diulit semula menjadikan ia adunan yang baru. Ia boleh dikatakan 2-3 kali kerja bergantung kepada cara memasak yang dipilih. Hasilnya lebih sedap daripada kebiasanya.

Ramai tidak tahu bahawa Tongyuan ini mempunyai 2 jenis sama ada disajikan panas mahupun sejuk. Yang versi sejuk pula berbola itu akan dimasak terbelih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air sirap buah-buahan campur dimana boleh didapatkan di dalam tin. Tapi ia bukan kegemaran saya dimana saya lebih sukakan versi panas.

Sampai disini sahaja saya berkongsi mengenai perayaan Dongzhi, sekurang-kurangnya kamu faham serba sedikit mengenai salah satu daripada adat masyarakat Cina. Bukan alasannya berlainan agama, adat dan budaya ini ditinggalkan asalkan ia mengikuti landasan agama yang dianuti. Ia merupakan adat yang harus dilindungi untuk generasi yang akan datang malah ia merupakan salah satu daripada jati diri juga.


TongYuan versi masin 

TongYuan versi manis


Salam Malam Jumaat semua

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan bakal Selamat Tahun Baru Cina.

Terima kasih berkunjung ke blog saya dan memberikan sokong dengan infomasi, penulisan dan cerita seram yang saya kongsikan di sini.

Diharapkan banyak bersama apabila saya sendang bekerja mencari rezeki dan masa masih belum menentu. Buat masa ini saya sedang mengumpul cerita-cerita seram dan bakal dikongsikan disini termasuk juga cerita-cerita daripadda member di group di fb.

Jika berminat nak berkongsi cerita sila hantar ke email saya dan saya akan adjust jika ada penggunaan short form. Jika ada masa saya akan terus mencari infomasi-infomasi yang menarik ke group ni.

Terima kasih dengan kesabaran kamu semua dan teruskan memberikan sokongan ke group ni.