Khamis, 3 Ogos 2017

Ada sebab mengapa bahagian 4

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua-tua selalu memerikan nasihat kepada kita agar bersihkan betul-betul darah pada luka dan khas buat kaum hawa mengenai semasa datang bulan. Bagi mengelak daripada mahluk-mahluk ghaib daripada menganggu. Hampir sama kes mengapa Orang tua-tua melarang kita daripada memotong kuku pada waktu malam, sama kes dengan memotong rambut. Alasannya nanti pendek umur dan pontianak akan datang menganngu. Secara kebiasanya ada akan mengatakan ia kepercayaan karut sehinggakan tahap menghina dan secara tak langsung mengderhaka kepada mereka orang tua-tua ini.

Kita kena faham keadaan dahulu teramat berbeza dengan keadaan sekarang ini. Dahulunya pada malam hari, diterangi dengan lampu pelita dan lilin sahaja. Penglihatan pada malam hari tak sebaik pada siang hari. Kebiasanya gunting digunakan untuk memotong kuku dan rambut, ia kira kerja yang mustahil dan sukar apabila ia digunakan pada waktu malam.Jika tersilap langkah semestinya ia akan mencederakan kita ini. 


Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.


Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya. 


Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya.  Maka tidak hairan  melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.



Jika diberikan makanan percuma  semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Maka teramat digalakkan untuk membersihkan darah di tempat kemalangan, selain daripada ia mengeluarkan bau yang tidak memyenangkan malah ada individu tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menggunakan darah berkenaan. Bukan sahaja di jalan raya malah dirumah. Darah ni harus dibersihkan dengan baik sekali. Lebih baik mencegah daripada kejadian tak diingini berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan