Salam Malam Jumaat semua, Terima Kasih buat mereka yang datang ke Blogspot salammalamjumaat ini. Teruskan memberikan sokongan anda baik memberikan komen mahupun menjadi cctv.
Kamu teramat galakkan untuk berkongsi apa yang terkandung di dalam blog ini, cuma saya meminta agar tak curi sebaliknya letakkan link dimana kamu menemui infomasi ini. Kebanyakkan info ini saya cari sendiri, kaji selidik dan membuat translation sendiri. Adakah tak rasa bersalah dengan menggunakan bahan yang kamu ambil dimana bukan hak kamu?
Blog ini tak membawa sebarang pendapatan dan saya berkongsi pun dengan keikhlasan hati untuk membuka minda dan memberikan pengetahuan mengenai infomasi dimana ramai tak tahu selain daripada sejarah dan lagenda.
Apabila perasaan apabila sumber saya digunakan secara meluas di Facebook dan apabila disoal dimana mereka dapatkan sumber, kebiasaannya berdiam diri dan buat tak kisah. Ya ia memang kerja stress untuk mencari bahan setiap hari untuk dikongsikan di group mahupun page di Facebook. Apabila saya turut lalui setiap hari dan setiap malam, apabila saya menguruskan bukan 1 tapi 3 group dimana saya kena berkongsi cerita seram dan info setiap hari. Tolak lagi penapisan post terlarang yang tidak berkaitan termasuk juga member troll.
Sebaiknya sila kongsikan link blog ini jika kamu menggunakan bahan dan info yang terdapat daripada group ni.
Terima kasih dan teruskan memberikan sokongan ke blog ini.
Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 24 Ogos 2017
Ada sebab mengapa, bahagian 7.
Salam Malam Jumaat,
Ada sebab mengapa orang tua-tua melarang kita memakai loceng terutamanya rantai loceng ataupun loceng kaki. Selain daripada ia membawa kepada bunyi bising dan ia sesuatu yang tak harus dipakai sebagai aksesori.
Loceng ini adalah kira penarik mahupun memanggil mahluk-mahluk halus ini. Malah didalam agama Islam melarang penggunaan loceng. Selain daripada itu, ia kira kamu sengaja memanggil benda itu kepada kamu dan selalu kesnya di dalam rumah. Rata-rata mahluk ini akan datang ke rumah dan malah terus menetap di rumah kamu diami.
Kedengaran bunyi loceng padahal tiada yang mengerakkan mahupun kamu sengaja membunyikannya. Ia adalah penanda bahawa mahluk berkenaan ada di rumah dan teramat mustahil apa jenis mahupun bilangan yang tinggal di rumah kamu. Apabila benda ini mulai menggangu bererti rumah tu tak kuat terutamanya dinding apabila tiada pendinding keimanan, jika rumah tu dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci dan solat, mahluk halus tak akan tahan lama dan lari keluar.
Terpulang kepada kita sama ada nak dengar mahupun tak pedulikan langsung. Ia sekadar nasihat daripada orang tua-tua sahaja. Lagipun agama dan kepercayaan lain ada menggunakan loceng dalam keagamaan mereka juga, jadi lebih baik biarkan mereka gunakan bukan kita yang beragama Islam.
Lebih baik hormati daripada bersikap biadap dan kurang ajar kepada orang tua-tua.
Selain itu bukan hak kita sebagai orang Islam untuk menindas mereka yang bukan beragama Islam untuk menghina dan bersikap biadap, selain daripada ia perbuatan mereka tak bertamadun malah ia menjejaskan nama baik agama Islam seperti mana berlaku sekarang ini baik di muka television mahupun di dunia media sosial. Ditegaskan bukan hak kita mahupun sikap Malaysian, perbuatan racist adalah perbuatan paling rendah daripada lain dan ia dilarang tegas dalam agama.
Khamis, 17 Ogos 2017
Salam Malam Jumaat
Salam Malam Jumaat, sekali lagi saya berkongsi gambar meme seram. Perkara biasalah jika banyak masa terluang mencarinya, gara-gara tanggungjawab saya sebagai admin group di fb. Sila layan kebanyakkan dalam bahasa Inggeris. Kalau bab meme seram kebanyakkan dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa tu mustahil ada.
Salam Malam Jumaat semua,
Salam Malam Jumaat semua, pada malam ini saya akan berkongsi sedikit koleksi gambar info seram sahaja. Maaflah kebanyakkan dalam bahasa Inggeris. Ada banyak lagi info dan cerita seram, dalam process ditaip. Kes paling susah adalah bab nak translate daripada bahasa Inggeris kepada bahasa.
Sila layan gambar di bawah ni..
Sila layan gambar di bawah ni..
Ada sebab mengapa, bahagian 6.
Salam Malam Jumaat,
Ada sebab mengapa orang tua-tua sering kali berpesan dengan kita apabila kita terlihat, terhidu dan terdengar sesuatu yang ganjil. Jangan sesekali menegurnya serta lebih baik kita berdiam diri dan buat-buat kamu tidak melihat, terhidu dan terdengar.
Semua kejadian yang tidak diingini berlaku mahupun gangguan pun semuanya bermula apabila kita menegur. Walaupun semua bermula dariapda perasaan ingin tahu adakalanya boleh mengkianati diri kita sendiri.
Selalunya kes yang berlaku apabila berlakunya gangguan bermula daripada ditegur mahupun menegur. Apabila kita terlihat, terhidu mahupun terdengar sesuautu yang ganjil terus kita menegur agar kita tahu apakah benda itu. Tak kiralah secara biasa mahupun memuji.
Contohnya ketika di dalam hutan, kubur, sungai, laut, gunung, bukit, gua, tempat-tempat yang sudah lama ditinggalkan mahupun terbiar, tempat berlakunya kematian (hospital) dan tempat-tempat yang sunyi hanya pada malam hari.
Benda-benda halus ini pantang sekali ditegur apabila ia beranggap kamu bertindak biadap apabila kamu menegur apa yang ia lakukan dan kamu bakal diganggu semata-mata ia ingin mengajar kamu akibat bersikap biadap. Punca kedua pun alam manusia dan alam ghaib adalah dua alam yang teramat berbeza dimana satu sama lain tidak boleh dilihat sama sekali. Apabila kita manusia menegur, kamu telah menyatakan secara terbuka yang kamu melihat mahluk halus itu. Bagi kita tahu mahluk halus ini tak boleh dilihat oleh mata kita sendiri maka peraturan bagi kedua-dua alam itu menjelaskan kita tak boleh melihat satu sama lain ataupun bersemuka. Apabila mahluk halus itu mendapat tahu yang kita menegurnya, ia akan menganggu apabila kita tahu kehadirannya.
Jadi lebih baik kita sahaja mengetahuinya dan Jangan kamu menehurnya. Jika kamu seorang maka kamu seorang sahaja yang kena manakala jika kamu berkumpulan maka sekumpulan itu akan diganggu. Tak kisah sesiapa yang menegurnya sekalipun, semua akan menerima tempiasnya. Berdiam daripada menyusahkan orang lain, sekurang-kurangnya kamu boleh mengelak daripada kejadian yang lebih teruk daripada berlaku.
Setiap pesanan orang tua-tua ada sebabnya mengapa dan percaya mahupun tidak itu terpulang jika kita mahu mempercayai ataupun tidak. Sediakan payung sebelum hujan dan janganlah kita menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain. Asalkan Jangan Tegur.
Khamis, 10 Ogos 2017
Ada sebab mengapa, bahagian 5.
Salam Malam Jumaat,
Ada sebab mengapa orang tua-tua dahulu akan memberitahu untuk meminta izin terutamanya memasukki tempat baru mahupun melepaskan hajat. Apabila mereka percaya kewujudan mahluk Ciptaan-Nya yang lain dimana rata-rata orang sekarang sudah tak mempercayainya walaupun kuat beragama.
Pedulilah apa yang dikatakan, khurafat dan syirik sekalipun apabila kemaluan kamu membengkak ataupun perut kamu seperti ibu yang mengandung 9 bulan ataupun dalam keadaan membusung. Apa yang kamu nak katakan apabila ia terjadi kepada diri sendiri?
Orang tua-tua sering kali berpesan jangan membuang air kecil mahupun besar ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya ditempat-tempat yang terpencil, hutan, busut, tempat air bertakung, mata air, pokok dan sebagainya.
Tempat-tempat berkenaan pada pandangan mata kasar hanya itu sahaja akan tetapi bagi alam ghaib, ia merupakan tempat tinggal bagi mahluk-mahluk halus ini. Ia semestinya perbuatan yang biadap apabila rumah kamu sendiri dikencing mahupun dikotori dengan najis bukan. Biarpun bagi kita manusia akan turut berfikiran yang sama bukan?
Apabila keadaan darurat dan terdesak serta tiada tempat lain boleh digunakan untuk melepaskan hajat kamu maka ia terpaksa. Bukan main lepas sahaja tanpa membuat apa-apa bukan. Sebelum kamu ingin melepaskan hajat kamu, bacalah “Bismilllah” barulah kamu lepaskan. Yang lain seperti meminta izin, ludah pada tempat yang kamu nak lepaskan hajat, dengan berkata “Tumpang ke tepi” dan seperti mana orang tua-tua sering kali memberitahu dengan meminta izin dengan “Datuk, Nenek. Cucu tumpang .... (air kecing ataupun besar, tengok kepada keadaan).
Percaya mahupun tidak itu terpulang la. Jangan berikan alasan ia mengarut sebab darjat kita sebagai manusia adalah lebih tinggi daripada mahluk-mahluk halus nie akan tetapi jika ia berlaku seperti mana diterangkan awal tadi. Ia boleh membuat sesiapa sahaja terdiam dan rasa menyesal itu baru timbul. Nasi sudah mencari bubur, maka terimalah pembalasan atas perbuatan yang biadap itu sendiri. Jika kamu bawa berubat, semua akan memberikan penjelasan yang sama dan cara mengubati pun tidak memerlukan banyak perkara. Ubatnya kamu perlu meminta maaf, pada tempat-tempat kamu lepaskan hajat tanpa memberitahu itu. Hanya terpulang kepada Yang Maha Esa sama ada mahluk yang tinggal di sana memaafkan perbuatan kamu itu ataupun tidak. Jika ego kamu menguasai diri kamu, tak ingin meminta maaf maka penderitaan itu akan berterusan sehinggakan kamu meminta maaf.
Dunia ini bukan sahaja didiami oleh kita manusia sahaja malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain seperti tumbuhan, haiwan serta mahluk-mahluk halus dimana pancaindera kita tak mampu melihatnya kecuali mereka yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Kita kena sedar mengenainya dan kita kena sedar bahawa kita berkongsi dengan yang lain. Meminta izin itu tidak salah juga bukan?
Khamis, 3 Ogos 2017
Ada sebab mengapa bahagian 4
Salam Malam Jumaat,
Ada sebab mengapa orang tua-tua selalu memerikan nasihat kepada kita agar bersihkan betul-betul darah pada luka dan khas buat kaum hawa mengenai semasa datang bulan. Bagi mengelak daripada mahluk-mahluk ghaib daripada menganggu. Hampir sama kes mengapa Orang tua-tua melarang kita daripada memotong kuku pada waktu malam, sama kes dengan memotong rambut. Alasannya nanti pendek umur dan pontianak akan datang menganngu. Secara kebiasanya ada akan mengatakan ia kepercayaan karut sehinggakan tahap menghina dan secara tak langsung mengderhaka kepada mereka orang tua-tua ini.
Kita kena faham keadaan dahulu teramat berbeza dengan keadaan sekarang ini. Dahulunya pada malam hari, diterangi dengan lampu pelita dan lilin sahaja. Penglihatan pada malam hari tak sebaik pada siang hari. Kebiasanya gunting digunakan untuk memotong kuku dan rambut, ia kira kerja yang mustahil dan sukar apabila ia digunakan pada waktu malam.Jika tersilap langkah semestinya ia akan mencederakan kita ini.
Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.
Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya.
Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya. Maka tidak hairan melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.
Jika diberikan makanan percuma semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.
Maka teramat digalakkan untuk membersihkan darah di tempat kemalangan, selain daripada ia mengeluarkan bau yang tidak memyenangkan malah ada individu tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menggunakan darah berkenaan. Bukan sahaja di jalan raya malah dirumah. Darah ni harus dibersihkan dengan baik sekali. Lebih baik mencegah daripada kejadian tak diingini berlaku.
Kita kena faham keadaan dahulu teramat berbeza dengan keadaan sekarang ini. Dahulunya pada malam hari, diterangi dengan lampu pelita dan lilin sahaja. Penglihatan pada malam hari tak sebaik pada siang hari. Kebiasanya gunting digunakan untuk memotong kuku dan rambut, ia kira kerja yang mustahil dan sukar apabila ia digunakan pada waktu malam.Jika tersilap langkah semestinya ia akan mencederakan kita ini.
Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.
Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya.
Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya. Maka tidak hairan melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.
Jika diberikan makanan percuma semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.
Maka teramat digalakkan untuk membersihkan darah di tempat kemalangan, selain daripada ia mengeluarkan bau yang tidak memyenangkan malah ada individu tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menggunakan darah berkenaan. Bukan sahaja di jalan raya malah dirumah. Darah ni harus dibersihkan dengan baik sekali. Lebih baik mencegah daripada kejadian tak diingini berlaku.
Langgan:
Catatan (Atom)