Khamis, 27 Julai 2017

Ada sebab mengapa bahagian 3

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua dahulu membuat pantang mahupun petua untuk digunakan dalam kehidupan dan keadaan pada masa tu lain daripada keadaan sekarang ni. Tapi perbezaan sekarang sahaja adalah sifat hormat-menghormati baik kepada orang lain dan makhluk ciptaan-Nya. Pada malam ini saya akan berkongsi mengenai KEHADIRAN.

Jika kamu dengar ia dekat bererti ia jauh manakala jika kamu dengar ia jauh maka ia dekat.

Jika ia datang membawa bau yang busuk kemudian bertukar menjadi wangi bererti ia membawa maksud yang baik dan ia tidak menganggu. Manakala jika kamu terbau ia wangi dahulu kemudian bertukar menjadi busuk bererti ia membawa maksud yang tidak baik dan baik berjaga-jaga sebab ia datang menganggu.

Jika bersendirian dan kamu terdengar ada memanggil kamu, baik berjaga-jaga sebab ia memanggil kamu.

Jika kamu terdengar bunyi orang memberikan salam kepada kamu penuh maka haruslah dijawab, manakala jika kamu dengar bunyi orang memberikan salam kepada kamu kurang jelas mahupun lengkap baik berdiama diri daripada memjawab. Sebab ada kemungkinan ada benda lain nak masuk ke rumah kamu jika kamu menjawab maka kamu membenarkan benda tu masuk ke rumah kamu.

Jika kita berada di tempat baru disaran agar tidak bercakap besar mahupun bersikap tinggi diri, kamu sendiri mencari pasal apabila ia adalah  perbuatan biadap bukan sahaja buat benda halus nie malah kita manusia pun sama.

Jika ada benda pelik ataupun ganjil ditempat-tempat yang dikatakan keras mahupun angker, baik jangan ditegur. Jika ditegur ia datang dengan penuh dendam apabila benda tu tidak suka ditegur apabila benda nie menanggap sebagai biadap.

Jika ilmu tiada di dada baik jangan memandai membuat perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri dan lebih teruk menyusahkan orang lain. Baik jaga diri sendiri dahulu jangan nak menunjuk kelebihan yang tak setinggi mana.

Janganlah gatal tangan sangat nak pergi adventure ke tempat2 yang berhantu. keras mahupun angker. Jangan nak katakan berdarah muda pergi ke tempat-tempat berkenan dengan ilmu yang cetek, lebih teruk membawa anak orang lain (anak gadis) ke sana. Jika ada berlaku apa-apa bukannya berlaku kepada diri sendiri sebaliknya jika ia berlaku kepada anak gadis tersebut, ada juga kamu kena buku lima daripada beliau anak gadis itu. 

Jangan biadap terutamanya tempat-tempat seperti kubur, tempat berpuaka, berhantu mahupun keras. Jika buat juga nasib kamu apabila pembalasan dia lebih teruk dan ubatnya pun kita berminta maaf juga. Bukan kita sahaja yang tinggal di dunia nie, malah kita berkongsi dengan mahluk lain seperti mana mereka nie ciptaan Tuhan juga.

Biarlah kamu digelarkan macam mana sekalipun pengecut, penakut dan lain, daripada kawan kamu mencabar membuat perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga kamu sendiri. Jika kamu kuat semangat mahupun iman bukan bererti kamu dikenakan gangguan sebaliknya ia jatuh kepada orang yang terdekat dengan kamu. Biar sekalipun ia berkaitan dengan duit sekalipun. Baik jangan.

Petua orang tua nie ada banyak tidak boleh diterima mahupun diluar pengangan agama, tapi ada sebab mengapa. Janganlah kita menghina mahupun menidakkan sebab ia kira derhaka kepada orang tua itu sendiri dan secara tak langsung ia salah semua pegangan agama. Ikut ataupun tidak tu terpulang la. Kita kena faham keadaan sekarang tak sama dengan keadaan pada masa orang tua-tua nie berbeza sekali dengan kita. 

Percaya mahupun tidak tu terpulang, sebab ia adalah salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa. Jika kita menidakkan kewujudannya bererti kamu menidakkan ciptaan Tuhan. Apabila semua agama ada menerangkan kewujudan mahluk halus. Kita kena sedar bahawa kita manusia nie berkongsi dengan haiwan, tumbuhan dan mahluk dimana mata kita tak mampu melihatnya. Hanya satu sahaja HORMAT itu sahaja.

PERCAYA MAHUPUN TIDAK ITU TERPULANG LA, LAGIPUN TIADA SESIAPA ADA HAK MEMAKSA KAMU UNTUK MENPERCAYAINYA.

Khamis, 20 Julai 2017

Ada sebab mengapa bahagian 2

Salam Malam Jumaat,


Ada sebabnya kita kena suruh oleh orang tua2 jangan tamak ketika memburu ataupun memancing. Sikap no.1 satu harus buang takut2 ada benda lain jadikan kita mangsa buruannya kelak.
Hantu Tinggi, Hantu Galah, Hantu Pemburu dan ada banyak lagi. Yang sering kita dengar mengenainya buat mereka yang pernah terserempak dengannya.
Hantu Tinggi antara hantu paling ditakuti buat mereka yang pergi memburu dan memancing ikan di sungai mahupun tempat2 yang berair. Hantu ini suka berjalan2 pada waktu malam adakalanya waktu siang. Ketinggian hantu nie mengalahkan pokok malah ia mempunyai kaki yang lebat berbulu serta berkulit gelap. Bagi beberapa kaum orang Borneo, ia juga dipanggil sebagai "Antu Langke" dan ia menyerupai seperti gergasi berbulu yang dijangka sekitar 10 - 12 kaki tinggi. Hantu nie mempunyai kuku serta gigi yang serba tajam yang senang2 mengoyak dan memakan daging manusia. Kebiasanya ia menyerang mangsanya yang tersesat, serta mereka yang suka pergi memancing mahupun memburu.
Hantu tinggi juga dikenali sebagai Hantu Pemburu, semangat pemburu yang berasal daripada Sumatra. Dalam lagenda mengatakan bahawa hantu nie mempunyai keluarganya tersendiri serta isteri dan anak2nya. Kebiasanya ia diiringi dengan anjing2 yang ternyata besar sekali saiznya serta ia seperti hantu, pergi memburu. Apa2 saja hantu nie sentuh ataupun tangkap memang jalan punya.
Bagi masyarakat Iban di Sarawak percaya bahawa ia juga adalah Hantu Gergasi yang mempunyai saiz yang besar dan tinggi serta ia mempunyai nafsu makan yang tiada tandingan terutamanya daging manusia. Apabila ia lapar, hantu nie akan membaca penyakit ke tempat yang tertentu. Apabila satu perkampungan (rumah panjang) itu mengalami epidemic seperti kolera, maka satu pondok akan dibina untuk memberikan makanan mahupun juadah ke dalamnya untuk santapan hantu nie dengan harapan ia akan berpuas hati.
Kebiasanya hantu nie memang diiringi dengan anjing2 buruannya dan bila anjing tu mengesan mangsanya semestinya si mangsa memang tiada peluang untuk hidup.
Di sini admin nak ceritakan 2 kisah mengenai hantu nie yang admin dengar masa admin kecil dari arwah pak cik admin serta dari mak admin.
1)
Admin suka dengar cerita mistik daripada arwah pak cik admin (bahagian beliau lelaki). Pak cik admin nie berani mati la sebab pernah jadi askar dulu serta keberanian dia boleh tahan masa di remaja lagi. Kira pak cik admin nie ada ilmu dalam hal mistik. Suka sekali dengar dia bercerita terutamanya dia pernah terserempak dengan hantu tinggi bersama2 dengan kawannya, dia tahu dia tidak boleh lalu diantara kakangan hantu nie kerna jika kau buat juga memang nyawa kamu melayang jawapannya. Jadi di lalu di siring kaki hantu tu, memang berbulu lebat sama ia memang berkulit gelap. Dia pernah bilang kalau kau cabut salah satu bulu kaki dia, hantu nie jadi sahabat dia. Pernah admin tanya mengapa dia tidak cabut, pak cik admin kasi tau maintenance dia tinggi (faham2 maksud dia).
Walaupun pak cik admin nie banyak ilmu tapi masa dia meninggal dunia, beliau pergi dengan aman. Arwah pak cik admin nie paling admin sayang.
2)
Nie pula cerita daripada mak admin, nie kisah mengenai datuk admin la. Masa tu datuk admin nie pergi memancing ikan di sungai dan rata2 hutan tu belum kena terokai lagi. Walaupun datuk admin nie cina tapi dia boleh berbahasa orang di sana sama ilmu dia memang banyak juga. Anyway datuk admin nie terserempak dengan hantu tinggi masa dia pergi memancing sama kawan dia. Masa mereka nie sibuk memancing entah dari mana terdengar bah bunyi anjing menyalak dan dari jauh datuk admin ternampak sesuatu gelap sama tinggi berjalan ke arah mereka nie. (Maaf admin terlupa masa ia berlaku bila sebab cerita nie admin dengar masa kecil2 lagi) Datuk admin terus kasi tau kawan dia, untuk selamatkan diri mereka kasi terbalik tu perahu dan sembunyi di bawahnya. Datuk saya memang nampak bila dia intai, tu hantu macam tercari2 tapi nasib baik lagi itu anjing dia kasi sikut di bahu hantu tu. Kalau tu anjing di tanah memang melayang tu nyawa. Bia tu hantu gagal mencari mangsa dia jadi hantu tu blah la. Perlahan2 datuk admin dan kawan dia kasi terbalik balik tu perahu, tanpa membuang masa diorang terus balik dan indak lagi memancing tu kawasan lagi.
Ada sebabnya apa yang orang tua2 bilang sama kita sebab mereka nie sayang sama kita dan terpulang kepada kita untuk percaya atau indak.

Ada sebab mengapa bahagian 1

Salam Malam Jumaat

Ada sebab mengapa orang tua2 melarang kita balik lewat terutamanya budak2. Lewat saja ada la yang kena rotan berabis. Bukan apa bah kita manusia masa dia singkat hanya pada siang hari manakala malam harinya kebiasanya masa kita tidur. Sebabnya kepercayaan orang tua percaya bahawa lepas sahaja Maghrib iaitu masa terbitnya matahari ataupun langit muali menjadi malam, adalah milik benda2 yang tidak nampak dan alam yang lain.
Ada orang tua selalu kata sampai pedas tu telinga, nanti terlanggar anak hantu susah nanti dan paling terutama sekali nanti kena tapuk hantu. Nie rata2 tahu hantu apa yang dimaksudkan bukan? Memang tidak lain tidak bukan iaitu hantu Kopek/susu/tetek.
Hantu nie menyerupai seorang wanita tua dengan payu dara yang uzur atau nama lain besar macam labu. Hobi dia suka menyerang mangsanya terutamanya budak2 dengan menyembunyikan di sebalik payu daranya yang besar tu dan adakalanya menyeksa mangsanya dengan melemaskan mangsanya dengan payu dara yang besar tu.
Si mangsa sering kali nampak ibubapanya mencari mahupun memanggilnya akan tteapi si mangsa tidak dapat berbuat apa2 malah dia langsung tidak mampu bersuara untuk memberitahu di mana dia berada. Hantu nie mulai la menyakat mangsanya dengan memberi makanan dan minuman, bagi mangsanya ia seperti makanan biasa padahal ia sebaliknya. Nie apa admin pernah dengar la, dibagi makan mee dan air padahal ia adalah cacing tanah dan air nanah ada lebih teruk pula najis. Hantu nie berikan ilusi kepada mangsanya supaya tidak takut kepadanya selagi hantu masih tawan mangsanya itu.
Maka tidak hairan la ibubapa si mangsa akan meminta pertolongan dengan mereka yang mashir dalam hal nie. Kebiasanya ada doa2 akan dibawa dengan meminta perlindungan daripada Ilahi, ada pula menyuruh mengetuk periuk dan belanga. Kebiasanya si mangsa akan terkeluar daripada persembunyiannya itu ataupun dijumpai. Rata2 si mangsa berada berdekatan sahaja dan dari segi fizikal dia memang menjadi lemah. Jadi mereka kena diberikan minum air menguat semangat mahupun pulih semangat.
Nak tau mengapa hantu tu kasi lepas si mangsanya, ada orang tua2 bilang tu hantu lari ketakutan sebab bunyi tu dan ada pula bilang hantu tu menari2 sebab kira enjoy dengan bunyi tu sehinggakan mereka jadi lalai lalu si mangsa boleh terlepas.
Hantu nie boleh dikaitkan dengan ahli sihir Rangda iaitu ratu kepada raksasa mistik Leyaks di Bali iaitu semangat jahat yang menyerupai seperti wanita tua yang berbogel dengan rambut kusut mengurai, mata yang terbonjol, taring yang panjang serta payu dara yang besar sekali dan kuku yang serba tajam. (nak tau lebih cari di google sebab admin malas nak jelaskan banyak di sini dan apa yang admin tau ia adalah jenis tarian keagamaan hindu di Bali.)
Hantu nie juga hampir sama dengan satu kisah lagenda di Rusia di Slavic Folklore mengenai Baba Yaga, seorang wanita tua penyihir yang terbang mengunakan lesung serta sering kali mencari mangsanya kesukaannya iaitu budak2.
Nie ramai tidak tahu bahawa hantu nie ada male counterpart iaitu Hantu Kangkang, nie kira obvious macam mana ia menyerang mangsanya dan menyembunyikan mangsanya. Hantu nie mempunyai kemaluan yang teramat besar sekali (kira awkward admin nak jelaskan tadi), hantu nie menyembunyikan mangsanya hampir sama dengan hantu tetek dengan sembunyikan di sebalik kemaluannya itu. Cara menyelamatkan mangsanya maybe sama macam hantu tetek sebab info mengenai hantu nie tidak banyak kira kurang peminat dia la kot.
Setiap larangan ataupun pantang yang dibuat oleh orang tua2 ada sebabnya itu pun untuk kepentingan anak2 mahupun cucu cicit piun dia juga. Hanya terpulang sama kita untuk percaya atau tidak kerna ia salah satu budaya yang hampir pupus ditelan zaman.

Khamis, 13 Julai 2017

Bawang Putih Bawang Merah

Salam Malam Jumaat,


Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.

Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.”

“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang.

“Terima kasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti,” janji pak Ali.

Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.

Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.

“Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati.

Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.

Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja.

Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya.

Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.

Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.

"Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.

Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.

Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.

Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. 

“Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.”

Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”

Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”

Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.

Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis.

“Ke mana engkau pergi?”

Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab Bawang Merah.

“Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya,” jawab Mak Bawang Putih berbohong.

Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.

“Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.

Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.

Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:

“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.

Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak.

“Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Bawang Putih.

Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.

“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:

"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.

“Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api,” katanya kepada Bawang Merah.

“Baiklah Mak Cik.”

Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu.

Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …

“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.” kemudian suara itu pun hilang.

Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.

“Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi” herdik Mak Bawang Putih.

Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tulang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi:

Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.

Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda.

Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.

“Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri.

“Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri.

“Cuba Datuk dengar sendiri.”

“Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk Menteri.
Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri.

Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.

Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.

“Assaalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”jawab Mak Bawang Putih.

“Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana.” Kata Datuk Menteri.

“Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik,” jawab Mak Bawang Putih.

Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.

“Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik!” jawab Datuk Menteri.

“ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik” jawab Mak Bawang Putih.

Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.

“Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!”

“Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih.

“Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai.”

Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung.

Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.

“Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya baginda.

“Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri”.

Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.

Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti.

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.

“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.

“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”

“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.

“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,” pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”

“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.

“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”

“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”

“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.

“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”

“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjangan.”

“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda.”

“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”

“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.

“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.

Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.

“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.

“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.

“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”

“Siapa yang mengajar semua ini?”

“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.


Sekian..


Versi Indonesia

Dikisahkan, hiduplah seorang anak gadis cantik nan baik bernama Bawang Putih. Bawang Putih tinggal berdua dengan ayahnya yang sangat dia cintai di sebuah desa di daerah Yogyakarta. Ibu kandung Bawang Putih sudah lama meninggal akibat sakit keras yang dideritanya. Bawang Putih hidup di keluarga yang sangat sederhana, ayahnya hanya pedagang kecil. Walupun begitu mereka selalu bersyukur atas nikmat yang dikaruniahkan oleh Tuhan tersebut.

Semenjak ditinggal oleh Ibunya, Bawang Putih merasa sangat kesepian. Apalagi jika ayahnya pergi ke pasar seharian untuk berdagang. Melihat kondisi Bawang Putih yang seperti itu, Ayahnya berniat untuk mempersunting Mbok Rondo, seorang janda dengan satu anak gadis yang hidup satu desa dengannya. Dengan harapan, Bawang Putih tidak lagi kesepian karena ada yang menemaninya di rumah. Namun, ayah Bawang Putih tidak serta merta langsung menikahinya. Sebagai ayah yang bijak, meminta pertimbangan Bawang Putih tentang rencananya tersebut.

Bawang Putih mengerti maksud ayahnya tersebut. Dia pun merasa kehadiran Mbok Rondo dalam keluarganya akan membuat suasana semakin ramai dan akan membuat dia tidak merasakan kesepian lagi. Apalagi, Mbok Rondo memilki seorang anak gadis yang bernama Bawang Merah, yang umurnya tidak jauh dari Bawang Putih. Dengan pertimbangan tersebut, Bawang Putih menyetujui permintaan ayahnya untuk menikah dengan Mbok Rondo.

Setelah menikah, Mbok Rondo dan anak gadisnya, Bawang Merah, tinggal bersama dengan Bawang Putih dan ayahnya. Awalnya, Mbok Rondo dan Bawagn Merah bersikap sangat baik dengan Bawang Putih. Namun, setelah beberapa lama, sifat asli mereka beruda mulai terlihat. Ketika ayah Bawang Putih sedang pergi berdagang, Mbok Rondo dan Bawang Merah kerap memarahi Bawang Putih dan menyuruhnya untuk melakukan pekerjaan berat dengan mengerjakan semua pekerjaan rumah dari mulai bersih-bersih, mencuci dan memasak. Sedangkan Mbok Rondo dan Bawang Merah hanya bermalas-malasan saja.

Bawang Putih tidak berani menceritakan apa yang dilakukan oleh ibu dan saudari tirinya tersebut ke ayahnya. Hal itu dikarenakan beberapa bulan terakhir ayahnya sering jatuh sakit. Bawang Putih tidak ingin membuat khawatir ayahnya yang akan membuat kondisinya semakin buruk. Apa yang dikhawatirkan Bawang Putih pun terjadi, ayah yang sangat dia cintai meninggal dunia karena sakit yang dia derita. Sejak saat itu, kehidupan Bawang Putih semakin menyedihkan. Ibu tiri dan saudara tirinya semakin berkuasa dan semena-mena terhadap Bawang Putih. Bahkan, Mbok Rondo tidak segan-segan menampar Bawang Putih jika dia lalay mengerjakan semua pekerjaan rumah yang dibebani kepadanya.

Suatu pagi, usai bersih-bersih rumah, Bawang Putih pergi ke sungai untuk mencuci satu keranjang penuh pakian kotor Mbok Rondo dan Bawang Merah. Satu per satu, pakain kontor tersebut dia cuci dengan bersih. Alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika salah satu pakaian kotor tersebut hayut terbawa arus sungai. Pakain tersebut merupakan pakain kesukaan Mbok Rondo. Pakaian tersebut sudah hanyut terlalu jauh untuk di ambilnya. Dengan perasaan takut, Bawang Putih pun kembali ke rumah dan menceritakaan kepada ibu tirinya.

Jelas saja, Mbok Rondo murka mendengar pakaian kesukaanya hilang hanyut di sungai. Mbok Rondo tak segan menampar Bawang Putih atas kecerobohannya tersebut. Bawang Putih pun diancam diusir dari rumahnya jika tidak menemukan kembali pakaian kesukaan ibu tirinya tersebut. Bergegas, Bawang Putih langsung menyusuri sungai untuk mencari pakaian tersebut. Bawang Putih bertanya kepada setiap orang yang dia temui, namun mereka tidak melihat ada pakaian hayut di sungai. Hari semakin sore, Bawang Putih masih tetap berjalan menyusuri tepi sungai berharap dia menemukan pakaian tersebut.

Setelah beberapa jam berjalan, dia bertemu dengan seorang nenek yang sedang mencuci beras di pinggir sungai. Bawang Putih mulanya takut bertanya kepada nenek tersebut, karena penampilanya yang sangat menyeramkan. Namun Bawang Putih harus menemukan pakaian ibu tirinya tersebut. Jika tidak, dia akan diusir dari rumah yang dia tempati dari sejak kecil tersebut.

"Maaf nek, Apakah nenek melihat pakaian hayut di sungai ini", Bawang Putih bertanya dengan takut.

"Mmmm.. Pakaian ya. Apakah pakaian yang kau cari berwarna merah dengan corak kembang-kembang?" Tanya nenek menyeramkan tersebut.

"Iya.. iya.. nek. Itu pakaian yang saya cari." Jawab Bawang Putih bahagia.

"Tadi nenek temukan pakaian tersebut tersakut di batu. Mari ke rumah nenek, hari juga sudah mulai gelap. Menginaplah malam ini." Nenek itu barkata.

Bawang putih pun menuruti perkataan Nenek tersebut untuk pergi dan menginap semalam di rumahnya yang tidak jauh dari sungai. Alangkah terkejutnya Bawang Putih melihat rumah nenek tersebut sangat kotor dan berantakan. Karena kasihan, Bawang Putih memutuskan untuk tinggal beberapa hari bersama Nenek tersebut dan membantunya melakukan pekerjaan sehari-hari. Dengan rajin, Bawang Putih memberihkan rumah, mencucikan baju, dan juga memasak. Nenek tersebut senang, masih ada orang baik yang mau membantunya. Setelah beberapa hari berlalu, Bawang Putih pun memutuskan untuk pulang karena takut Ibu tirinya marah karena tidak pulang beberapa hari.

"Nek, sebenarnya saya ingin tinggal lebih lama di sini. Namun, saya haru mengembalikan pakaian ini ke ibu saya. Saya takut di marah, Nek." Kata Bawang Putih.

"Baiklah nak, nenek mengerti. Karena kamu sudah baik membantu Nenek di sini. Ambil lah salah satu dari ke dua labut kuning ini sebagai hadiah." Pinta Nenek.

Awalnya, Bawang Putih ingin menolak pemberian Nenek tersebut karena ia pikir labu tersebut merupakan simpanan makanan nenek. Namun, pikir Bawang Putih, tidak lah baik menolak pemberian orang. Akirnya dia mengambil satu yang terkecil dari dua labu tersebut. Kemudian, Bawang Putih pun izin pergi dan kembali pulang ke rumahnya. Tidak lupa, dia juga membawa pakaian ibu tirinya tersebut.

Setibanya di rumah, Bawang Putih pun memberikan pakaian tersebut ke ibu tirinya. Ibu tirinya tetap saja marah. Mungkin karena Bawang Putih tidak kembali selama beberapa hari. Ibu tirinya tersebut pun langsung menyuruhnya untuk ke dapur untuk menyiapkan makanan. Teringat dengan labu yang diberikan oleh Nenek, Bawang Putih pun berencana untuk memasak sayur labu. Namun, alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika membelah labu tersebut yang ternyata berisi perhiasan emas, berlian, dan permata. Mbok Rono dan Bawang Merah yang melihat kejadian itu langsung merebut paksa perhiasan di tangan Bawang Putih.

"Hey, Bawang Putih! Ceritakan dari mana kamu mendapatkan perhiasan sebanyak ini!" Tanya Mbok Rondo dengan nada memaksa.

Bawang putih menceritakan semuanya kepada Mbok Rondo dan Bawang Merah. Mendengar cerita tersebut, Mbok Rondo meminta Bawang Merah untuk melakukan hal yang sama dengan Bawang Putih. Ke esoak harinya, Bawang Merah pun pergi ke rumah nenek di pinggir sungai tersebut. Seperti bawang putih, bawang merah pun diminta untuk menemaninya selama seminggu. Tidak seperti bawang putih yang rajin, selama seminggu itu bawang merah hanya bermalas-malasan. Kalaupun ada yang dikerjakan maka hasilnya tidak pernah bagus karena selalu dikerjakan dengan asal-asalan. Akhirnya setelah beberapa hari, nenek itu membolehkan bawang merah untuk pergi.

“Bukankah seharusnya nenek memberiku labu sebagai hadiah karena membantu dan menemanimu selama beberapa hari?” tanya Bawang Merah.

Nenek itu terpaksa menyuruh bawang merah memilih salah satu dari dua labu yang ditawarkan. Dengan cepat bawang merah mengambil labu yang besar dan tanpa mengucapkan terima kasih dia melenggang pergi. Sesampainya di rumah bawang merah segera menemui ibunya dan dengan gembira memperlihatkan labu yang dibawanya. Karena takut bawang putih akan meminta bagian, mereka menyuruh bawang putih untuk pergi ke sungai. Lalu dengan tidak sabar mereka membelah labu tersebut. Tapi ternyata bukan emas permata yang keluar dari labu tersebut, melainkan binatang-binatang berbisa seperti ular, kalajengking, dan lain-lain. Binatang-binatang itu langsung menyerang bawang merah dan ibunya hingga tewas.

Akhirnya, Bawang Putih berhasil mendapatkan kembali semua perhiasan emas, berlian, dan permata yang telah di rampas oleh ibu tirinya tersebut. Bawang Putih kemudian menjualnya sedikit demi sedikit untuk memenuhi kebutuhan hidupnya sehari-hari.