Salam Malam Jumaat,
Apabila kita mendengar nama bujang senang disebut, di fikiran kita akan
tergambarlah Sarawak, di mana Sarawak dan bujang senang tidak dapat dipisahkan.
ada banyak versi mengenai bujang senang. Tetapi jarang bagi kita mendengar
legenda sang buaya dari negeri lain, kecualilah dogeng sang kancil
mempermainkan buaya. Kali ini saya ingin berkongsi cerita legenda mengenai
buaya di sungai Kinabatangan, Sabah.
Pada masa dahulu dikatakan di sungai kinabatangan, buaya boleh
berkomunikasi dengan manusia dan pada waktu tersebut juga wujud keharmonian
diantara buaya dan manusia. Cerita ini bermula bila mana seekor buaya putih air
tawar yang bernama Terrunggari telah menarik seorang budak ke dalam sungai dan
dibawanya budak itu ke muara sungai kinabatangan. Tujuan Terrunggari menaik
budak tersebut ialah untuk menjadikan budak tersebut sebagai saksi antara
pertarunganya (Terrunggari) dengan seekor buaya dari laut yang besar yang
bernama Berlintang. Berlintang ialah buaya yang memerintah laut pada masa
tersebut.
Berlintang bukan sahaja memerintah laut, tetapi ingin merampas kuasa di
sungai yang pada masa itu dikuasai oleh Terrunggari. Jadi sebelum Berlintang
berhasrat mengusai sungai, dia perlu berdepan dengan Terrunggari. Terunggari
tidak mahu membiarkan Berlintang mengusai sungai disebabkan Berlintang seekor
buaya yang ganas dan akan menyerang haiwan dan manusia di sungai Kinabatangan.
Sebelum bertarung, Terrunggari memberitahu budak tersebut, kalau darah
putih muncul dari dasar sungai semasa pertarungan tersebut berakhir, itu bermaksud
dia kalah dan dia mahu budak tersebut memberikan amaran pada orang kampung
supaya berpindah dari sungai Kinabatangan bagi menjamin keselamatan mereka dari
diserang oleh Berlintang. Jika darah merah yang muncul dari dasar sungai pula,
ini bermaksud Terrunggari menang dan orang kampung tidak perlu takut kerana
keamannan antara buaya dan manusia akan terus terjamin.
Kemudian, berlakulah pergaduhan diantara Terrunggari dan Berlintang di mana
di akhir pertarungan tersebut, darah merah telah muncul dari dasar sungai. Jadi
ini bermaksud Terrungari menang dan manusia tidak perlu takut kerana Terunggari
tidak akan menyerang manusia.
Tapi ini adalah lagenda dan cerita dogeng semata-mata kerana mengikut
statistik, setiap tahun, akan ada orang menjadi mangsa kepada buaya di sungai
tersebut.
Warna fon tu mrnyakitkan mata
BalasPadam