Khamis, 27 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Harap maaf saya masih belum kembali sihat, baru sehari sihat dijangkit balik.  Harap semua dapat bersabar, saya akan kembali berkongsi sebaik sahaja saya kembali sihat. Ia sesuai saya tak boleh jangka bila saya akan kembali sihat.

Harap maaf dengan masalah kesihatan saya ini. Ia diluar dugaan saya. 

Khamis, 20 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca saya tak kisah mereka di Malaysia mahupun dimana kamu berada. Harap maaf pada malam ini saya tidak akan berkongsi sebarang post selain daripada menghormati perayaan ini, saya masih belum kembali sihat dan sembuh dari sakit.

Saya mengharapkan kamu semua memberikan saya masa untuk berehat dan sebaik sahaja saya kembali sihat maka saya akan berkongsi semula. Ia memerlukan masa yang lama untuk membuat kaji selidik, mengalihan bahasa dan taip pada blogspot ini. Sekarang yang tinggal, kesemuanya adalah versi panjang dan memerlukan masa untuk menulis. Dengan ini harap kamu bersabar dan menantikan apa yang bakal saya kongsikan pada masa akan datang. 

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Happy Eid Al-Adha Mubarak. 




Khamis, 13 Jun 2024

Salam Malam Jumaat semua

 

Salam Malam Jumaat semua dan mohon maaf. 

Buat minggu ini saya tidak akan berkongsi apa-apa apabila saya jatuh sakit dengan demam dan lagi nak berunsur pulih malah mangkin menjadi teruk. Maka harap bersabar dengan post yang saya akan kongsikan masa akan datang, apabila saya beransur pulih daripada penyakit ini.

Selagi-lagi saya memohon maaf sebab ia di luar kemampuan saya untuk jatuh sakit. Harap semua boleh bersabar dan nantikan pengkongsian sebaik sahaja saya kembali pulih. 

Khamis, 6 Jun 2024

Bake-neko

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai makhluk mistik daripada cerita rakyat Jepun yang dikenali sebagai Demon Cat atau Bake-neko.

Bake-neko merupakan seekor kucing yang boleh bertukar menjadi makhluk menakutkan. Menurut lagenda, ia mampu berubah bentuk serta mengambil bentuk manusia. Maksud Bake-neko adalah "Raksasa Kucing" atau "Kucing Transformasi".



Pada zaman dahulu di Jepun, terdapat banyak pantang-larang berkaitan dengan kucing. Ramai percaya bahawa kucing yang boleh menjadi makhluk menakutkan yang dikenali sebagai Bake-neko, jikalau ia hidup di tempat yang sama selama 13 tahun dan apabila ia mencecah lebih 8 pon beratnya.

Ada yang mengatakan Bake-neko mampu berjalan pada 2 kakinya seperti manusia. Ia mampu berubah bentuk dan mengambil bentuk manusia, adakalanya ia akan memakan individu tersebut sebelum mencuri identiti mereka. Bake-neko boleh memasuki muka pintu menggunakan tangannya yang besar, mencari mangsa manusia seperti kucing mencari tikus dari lubang tetikus.


Terdapat sebuah cerita mengenai Bake-neko yang berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Takasu Genbe, dimana kucing peliharaannya hilang dan pada hari yang sama personaliti ibunya mulai berubah keseluruhan. Ibunya mulai suka menyendiri dan makan seorang diri. Oleh kerana curiga, salah seorang ahli keluarga mengintai ke dalam bilik ibu, mereka menjadi takut apabila mereka melihat bukan ibunya sebaliknya seekor kucing raksasa yang mengenakan pakaian ibu mereka, tengah makan dengan lahapnya bangkai haiwan. Dengan serba salah, Takasu membunuh wanita yang menyerupai ibunya dan dalam beberapa hari tubuh badan itu berubah menjadi kucing peliharaan yang hilang. Selepas itu Takasu membongkar tikar tatami dan lantai bilik ibunya. Dia menemui ibunya dalam keadaan tinggal rangka sahaja dan bersih dari sebarang sisa isi.


Sebuah lagi cerita yang terkenal yang dikenali sebagai "The Devil Cat of Nabeshima", yang menceritakan seorang putera menjadi mangsa kepada Bake-neko. Satu malam, Sang putera itu bersiar-siar di taman istana bersama dengan seorang geisha kesukaannya, yang bernama O Toyo. Tanpa pengetahuan mereka ketika berdua-duan, mereka sedang diperhatikan oleh satu makhluk yang bersembunyi di tempat gelap.

Selepas Sang putera itu kembali ke bilik tidurnya, Bake-neko terus menyelinap masuk ke rumah Geisha dan tunggu di bawah katil sehingga gadis itu tertidur. Pada sekitar tengah malam, Bake-neko keluar dari tempat ia bersembunyi lalu menyerang gadis yang sedang tidur dan mencekik gadis itu sehingga meninggal dunia. Kemudian ia menarik mayat gadis itu keluar, mengorek lubang pada bawah katil bunga untuk menanam mayat gadis itu di kubur yang cetek. 

Selepas menyembunyikan segalanya perbuatannya, Bake-neko berubah bentuk menjadi bentuk Geisha yang sudah meninggal dunia, untuk memperdayakan pandangan orang lain. Setiap malam, Bake-neko dalam bentuk Geisha akan menyelinap ke bilik Sang putera untuk meminum darahnya.

Selang beberapa hari, Sang putera mengadu yang dia sering mengalami mimpi ngeri. Mangkin hari, dia menjadi lemah dan pucat. Doktor menjadi musykil dengan penyakit misteri yang dialami oleh Sang putera dan dia memerintah pengawal untuk berjaga di biliknya dan menjadi baginda ketika dia tengah tidur. Akan tetapi pada waktu tengah malam, kesemua pengawal mulai mengantuk walaupun kuat mereka cuba bertahan akhirnya mereka terlelap. 

Pada akhirnya, seorang askar muda yang berkhidmat di bawah Raja Istana. Apabila dia terdengar berita kejadian aneh ini, dia secara sukarela untuk berjaga dan mengawal Sang putera. Apabila tibanya tengah malam, askar itu melihat satu per satu pengawal mulai terlelap. Askar itu pun mulai berasa mengantuk. Dengan keadaan terdesak, dia mengambil sebilah pisau lalu menusuk pada pahanya untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Jikalau dia nak terlelap, dia akan memutarkan pisau pada lukanya untuk meningkatkan kesakitan dan mengelak dari tertidur. 

Pada tengah malam, askar itu melihat pintu gelongsor di dalam bilik Sang putera mulai terbuka. Seorang Geisha yang cantik mulai senyap-senyap masuk ke dalam bilik dan berjalan ke arah tepi katil Sang putera. Askar itu bangkit dengan sebilah pisau di tangannya dan menuju ke arah Geisha. Apabila Geisha itu berpaling dan ternampak askar itu, Geisha itu mulai melarikan diri tergesa-gesa secara senyap-senyap ketika dia datang.

Selama 3 malam, askar itu menjaga Sang putera yang sedang tidur dan akan menusuk pisau pada luka pahanya setiap malam untuk mengelak daripada terlelap. Sang putera mulai bertenaga semula. Apabila askar itu cuba memberitahu Sang putera mengenai Geisha, akan tetapi Sang putera enggan mendengarnya. Malah Sang putera tidak membenarkan sesiapapun mempersoalkan kesetiaan terhadap teman wanita kesukaannya. Tanpa rasa putus asa, askar itu membuat rancangan untuk memusnahkan Geisha itu sendiri. 

Pada malam yang sama, askar itu mengetuk pada pintu rumah Geisha tersebut. Dia mengatakan kepada Geisha tersebut bahawa dia ada mesej dari Sang putera. Sebaiknya sahaja Geisha itu membuka pintunya, askar itu menghunuskan pedangnya dan cuba menikam Geisha tersebut akan tetapi Geisha itu dapat mengelak dari serangan tersebut ni. Geisha itu berubah bentuk menjadi Bake-neko dan mulai menyerang askar tersebut dalam kemarahan, berdesing dan meludah apabila ia cuba melindungi dirinya. 

Keduanya rancak bertempur, apabila askar itu bakal mendapat kelebihan, Bake-neko itu melarikan diri dengan berlari keluar melalui tingkap ke bumbung dan akhirnya turun ke taman. Ia berjaya melarikan dirinya ke kawasan bukit.

Pada keesokan harinya, askar itu memberitahu kepada Sang putera, kejadian yang sebenarnya. Tukang kebun istana mulai mengalir katil bunga dan menemui mayat Geisha yang sebenarnya. Dengan keadaan sedih, Sang putera memerintah pengawalnya untuk memburu Bake-neko tersebut. Akhirnya Bake-neko itu berjaya dibunuh oleh askar muda tersebut yang menemui rahsia jahat Bake-neko.